Friday, January 20, 2017

Di mana nilai kemanusiaan itu?

Biarpun sama-sama binatang tetapi berlainan habitat dan kebolehan. Oleh sebab itulah ada yang menjadi mangsa kerana ada yang kuat berlagak menunjuk kebolehan. Akibatnya yang lemah terkulai tanpa bantuan dan pembelaan. Itulah kucing dan merpati di belakang rumah kami. Melihat kucing jantan yang garang membaham merpati yang sedang leka menikmati taburan sisa nasi yang kami tabur membuat Kak Meen marah. Sayangnya merpati sudah berada di mulut kucing lalu akibatnya merpati terkulai kesakitan.

Begitulah juga dengan manusia di bumi Allah ini. Ada manusia yang gagah tetapi rasa belas ihsan hilang dari dalam diri sehingga dengan rakusnya menghenyak golongan yang lemah tanpa sedikit pun diberi ruang. Siapa yang mampu membela seandainya yang mahu membantu juga sudah kelelahan dek bantuan tidak menembusi misi sebenar. Bantuan diberi disekat sewenang-wenangnya. Lebih sadis bila sesama saudara bercakaran. Hancur lumat nilai kemanusiaan sejagat.

Jinak - Benar jinak-jinak merpati senang di dekat ditangkap lari. Tapi kini dengan rela hati terpaksa menyerah diri mohon bantuan hubby.

Sakit - Kini merpati pasrah kerana tidak mampu terbang bila sayapnya terkulai dan kaki tidak mampu berdiri seperti biasa.

Mengharap - Penuh mengharap mampu terbang lagi. Dua hari juga menanggung derita.
Ramai sebenarnya saudara kita kini berada di dalam kelompok golongan yang tertindas bagai merpati di atas dan kawan-kawannya. Sering diburu kucing liar yang berkeliaran. Tetapi sekurang-kurangnya merpati ini masih ada yang menghulur bantuan tanpa sekatan sebab yang membantunya lebih berkuasa. Tidak seperti saudara kita terus tertindas kerana mereka yang mahu memberi bantuan tidak punya kuasa besar. Berada dalam zon selesa/aman kita sekarang ini, masih mampu melompat menari-nari tanpa sedar ramai saudara kita yang kini sudah tidak lena tidur, makan tidak terurus, pendidikan terabai; bahkan untuk beramal juga tidak tenteram. Harta-benda musnah tanpa jejak. Andai kita terus berkhayal dengan mimpi indah-indah dan bercakaran, tidak mustahil satu hari akan terjadi, kelompok kita yang dikatakan dalam 'zon aman' ini akan menjadi kelompok minoriti yang kocar-kacir dan akhirnya dihalau keluar dari zon aman ini. Na'uzubillah...

~~ Berpeganglah pada tali Allah dan ikat ukhuwah seerat yang termampu sesama ummah untuk terus bersatu.~~


33 comments:

  1. Penindasan masa kini tak boleh dah dikomen :( terpaksa hadap juga.

    ReplyDelete
  2. Betul tu kak zakie
    .
    Kita di Malaysia sibuk dan hanyut dalam hiburan 😃
    .
    Sampai tak ambil tahu penderitaan orang lain.
    .
    Yang ada harta banyak membazir perkara sia sia
    .
    Sedangkan duit tu ada bahagian orang lain.
    .
    Di akhirat kelak, semua perkara akan ditanya sekali
    .
    Kecuali soal harta
    .
    Harta akan disoal dua kali.
    .
    Dari mana kita dapat.

    .
    Dan ke mana kita belanjakan.
    .
    Sebaik baik harta adalah harta di tangan orang soleh.
    .
    Tapi, sekarang ni orang soleh tak nak pegang harta dan kuasa. Terpaksalah orang tak soleh yang ambil.
    .
    Dan jadilah kerosakan di sana sini.

    ReplyDelete
  3. Memang takut bila difikirkan masa depan anak2 kita kan kakzakie

    ReplyDelete
  4. Ntah le, bagaimana le ngn generasi kita di masa akan datang?

    Skrg nipn berleluasa tindas menindas..

    ReplyDelete
  5. Ntah le, bagaimana le ngn generasi kita di masa akan datang?

    Skrg nipn berleluasa tindas menindas..

    ReplyDelete
  6. kesian merpati tu, dibaham semasa menikmati rezeki..no mercy at all..
    mesti kucing tu ckp "ini memang makanan aku"..

    Hadis Rasulullah itu sudah tampak jelas - "umat Islam akhir zaman seperti buih-buih di lautan, ramai tapi lemah disebab dua penyakit - cintakan dunia dan takut mati"

    ReplyDelete
  7. Alahai siannya tengok burung tu.

    Betul tu kak, sekarang macam macam dah jadi. Kadang2 terfikir jugak macam mana lah keadaan kita akan datang

    ReplyDelete
  8. skrg ni penindasan mcm2 cara kak.. yg paling sedih penindasan yang boleh membawa kehilangan nyawa... kejam...

    (Allyssa sangat suka bird kak..:)

    ReplyDelete
  9. Takut sebenarnya melihat penindasan sesama manusia di luar sana.Yang kuat terus berkuasa ,rakyat marhaen terus merana.

    ReplyDelete
  10. Sentiasa perlu berhati-hati menangani kehidupan agar kita tidak kehilangan segala yg kita miliki.

    ReplyDelete
  11. Jauhkanlah kita semua dari perkara yang tidak baik dari menghimpit kehidupan kita.

    ReplyDelete
  12. Ngerikan kak bila memikirkan masa depan anak-anak. Apalah yang berlaku pada masa akan datang. Bukannya kita dapat menjangka aturcara yang Allah dah tetapkan. Walaupun berada di 'zon aman', bukan selamanya kita akan aman. Kita fikir cara untuk sama-sama mengekalkan keamanan itu. Kalau tidak, hancur segala yang kita dah bina selama bertahun-tahun.

    ReplyDelete
  13. Banyak sangat kak yang boleh kita lihat untuk dijadikan pengajaran dan peringatan...terutama dalam bab bersyukur...bila kita lihat saudara kita ditindas..itu bukan sia-sia..pasti Allah mahu mendidik kita..moga kita sentiasa sedar dan berusaha untuk membantu walau hanya sekadar doa yang berterusan..amin.

    ReplyDelete
  14. Belajar bersyukur ye kakzakie dan berusaha utk mengekalkan keamanan tu..
    Belajar juga mengasihani mereka yg tertindas itu..
    Bantu selagi mampu dan doakan..

    ReplyDelete
  15. Sedihnya kucing tu.. Huhu.. Dan kasihan juga merpati tu..

    Haiwan mmg Allah cipta sebegitu, pemangsa dan mangsa.. Lumrah kehidupan untuk kesinambungan hidup..

    ReplyDelete
  16. Betul tu akak. Walaupun umat Islam ramai.
    Tapi umpama buih di lautan.
    Tak boleh bagi kesan apa-apa kepada pantai.

    Hubungan dengan Allah jauh.
    Manakan Allah SWT nak bantu kita.
    Kena jaga balik hubungan dengan Allah dan sesama manusia.
    Semuanya bermula dari hati yang mempunyai iman yang sempurna.

    Jadi kena sempurnakan iman dan amal.

    ReplyDelete
  17. begitula hakikatnya dunia akhir zaman ni :(

    ReplyDelete
  18. Harap burung tu akan sihat seperti sediakala dan boleh terbang dengan aman

    ReplyDelete
  19. Yang paling ngeri mampu ke anak2 dimasa akan datang membeli rumah yang harganya tidak masuk akal. Mula bekerja sudah dibebani dengan membayar hutang yg sepatutnya tidak perlu berhutang. Boleh ke perkara mcm ini dikatakan penindasan.

    ReplyDelete
  20. akak... ubat resdung tu ada kelulusan KKM .. boleh la nak cuba untuk anak, mana tau serasi kan tuk dia

    ReplyDelete
  21. bsr ganjaran akak.... membantu burung yg perlu bantuan

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum,
    setiap kali membaca tulisan Kakzakie di sini, selalu termenung seketika...sebab setiap yang ditulis itu banyak makna yang tersirat.

    ReplyDelete
  23. Zaman penindasan..yg lemah menjadi mangsa..yg berkuasa bermaharajalela..sedih kan dunia sekarang ni

    ReplyDelete
  24. Cerita yang tersurat,
    pengajarannya tersirat

    ReplyDelete
  25. Betul kak,mcm mana sekali pun kita kena hdpp juga benda2 ni..
    Tak tau anak2 kita nanti. .

    Sian burung tu..lps ni baiklah tu..

    ReplyDelete
  26. Setuju kak :'( Sobs. Apapun hopefully siapa2 yang teraniaya tu Allah bantu n bela naseb dia samada di dunia mahupun akhirat. amin

    ReplyDelete
  27. Kita tak mampu hulur bantuan secara zahir, kita titipkan doa setiap hari buat mereka. In shaa Allah, suatu hari ada pembela utk islam.
    Kak, mereka bertuah sbb mereka takkan berdepan dgn dajjal laknatullah..

    ReplyDelete
  28. Berbuat baiklah kita sesama makhluk, sesama manusia.
    ..lg2 pd haiwan, jgn la dianiaya mereka..

    tp itulah hakikat sekarang..ramai y zalim.. y lemah ditindas..y bkuasa, terus bkuasa.

    ReplyDelete
  29. Kesian kat burung tu. Mudah2an dia cepat sembuh dan boleh terbang semula..

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Suka dengan entry ini, analogi muqaddimah yang menarik di antara penindasan dan pembelaan. Cuma, dari sudut fitrahnya burung memang makanan kucing. Sementelah lagi, keduanya tidak ada perkiraan dosa, tidak dipertanggungjawabkan sehingga berakhir di antara syurga dan neraka. Tetapi yang bergelar manusia, apa jua bentuk penindasan pasti ada perkiraan di hari kemudian. Yang duduk bersahaja tanpa berhasrat mahu membela yang tertindas mengikut kemampuan yang dimiliki, turut akan ditanya nanti.... Allahu rabbi..

    ReplyDelete