Puding ini bukan puding makanan tetapi ini merupakan species pokok bunga. Mengapa dinamakan pokok puding aku pun kurang arif. Tetapi yang pasti dedaunnya yang berbagai bentuk dan warna itulah yang menarik mata memandang. Untuk kali ini aku paparkan yang berwarna hijau dan kuning, pokok bunga puding hasil tangan kakak aku, Mama Leha.
|
Hijau-kuning 1 - Warna kuning mendominan warna hijau. Lebar dan keras. |
|
Hijau-kuning 2 - Berjalur antara kuning dan hijau mengikut bentuk daun yang memanjang. |
|
Hijau-kuning 3 - Berpintal dan bundar bentuk daunnya. Warna kuning sekadar di tepi dan alur tengah daun. Sedikit sepahan warna kuning di sana-sini. |
|
Hijau-kuning 4 - Pecahan dua warna di atas daun yang comel. Membentuk pecahan abstract. |
|
Hijau-kuning 5 - Daun yang panjang tirus. Tidak semua daun mempunyai rona wana yang sama. Ada yang didominan dengan warna hijau dan ada juga yang didominan dgn warna kuning. |
|
Hijau-kuning 6 - Daun lebar panjang meliuk. Kebanyakan warna kuning berada di tengah-tengah daun. Manakala warna hijau duduk di bahagian tepinya. |
Maha berkuasanya Allah daun pokok pun boleh bervariasi. Selain bau yang berbeza warna dan bentuk juga pelbagai. Begitu juga dalam berjuta-juta jenis pokok setiap satu mempunyai bentuk dan warna yang berbeza. Kalaulah ada warna merah dan biru mengikut warna JDT aku rasa padang Larkin pasti akan menanam pokok tersebut. Untuk yang ini aku rasa sangat sesuai untuk negeri Kedah.
~~ Bila hasil tanaman subur bukan hati saja puas tapi mata juga sejuk memandang.~~
Cantik-cantik daun pokok akak ;)
ReplyDeleteJemput baca dengar adik berceloteh kak.
Pokok puding ni salah satu pokok bunga yang senang nak biak kan, KakZakie. Selain tanam dalam pasu, boleh juga dibuat pagar. Ataupun org tanam atas kuburan. ^_^.
ReplyDeleteWarna hijau kuning saja dah banyak jenis. Apatah lagi yg berwarna lain tu. Mmg canti kalau dikumpulkan.
Arwah makcik saya dulu suka tanam pokok puding. Katanya cantik dan senang dijaga.
ReplyDeletecntik cntik dan pelbagai warnanya
ReplyDeleteyang penting hijau kuning negeri ku. hihihi
WP ada juga tanam sebahagian pokok2 puding tu di sekeliling rumah.
ReplyDeleteTanam dalam pasi, atas tanah dan sebagai pokok pepagar.
Arwah mak ogy ada tinggalkan sepohon pokok bunga puding yg mcm gambar bawah sekali tu...
ReplyDeletekuning yg mnarik..
ReplyDeletesayangnya rumah jie xdpt nak tanam bunga2 ni..
banyak jenis juga yang ditanam yer..
ReplyDeletePuding gambar no 2 tu cantik...
ReplyDeleteI haven't any word to value this post.....Really i am awed from this post....the individual who make this post it was an extraordinary human..thanks for imparted this to us. Get 1000s of Twitter hashtags using Keyword Tool for (FREE)! Grow your Twitter followers & find trending topics. #1 BEST alternative to Twitter search!
ReplyDelete