Berada di rumah kakak aku yang anak-anak panggil Mama Leha sangat mendamaikan. Dari ruang memasuki pintu pagar sehingga berada di halamannya pasti mata menjadi segar-bugar. Deretan pokok bunga puding beraneka warna daunnya, gantungan bunga orkid yang pelbagai dan di bahagian tepi rumah yang banyak hasil sayuran segar siapa pun pasti akan leka. Hanya kini kelihatan sudah ada rumput-rumput mencuri ruang dek kerana tuan empunya tidak mempunyai banyak masa untuk mengulek kesemuanya.
Sama - Pokok-pokok kektus yang sudah ditumbuhi rumput. Namun masih ada juga yang datang mahu membeli. |
Nenas - Kalau tidak kerana kami datang mungkin dia pun tidak sedar nenas yang di atas itu sudah terlentok mohon dipetik. Nenas yang bawah belum lagi matang. Tunggu masa lagi. |
~~ Mencari keindahan di sebalik ujian yang melanda.~~
moga Allah permudahkan urusan Mama Leha, banyak tanamannya, memang sejuk rumah kalau ada pokok banyak, aman je rasa
ReplyDeletesejuk betul tangan mama leha..semua tanaman menjadi..
ReplyDeletemoga abang haikal cepat sembuh..
Semoga anak buah akak cepat sembuh...
ReplyDeletesemoga dipermudahkan rezeki dan diberi kesembuhan hendaknya
ReplyDeleteKat rumah ni mahkota dewa terbiar jatuh gitu je kakzakie.Takde pulak yg dtg minta kalau tidak mmng beri je....cantek kan warna merah nya bagai buah yg masak ranum.
ReplyDeleteSemoga Haikal akan sembuh dan dapat kerja semula dan mama leha terus tabah jaga anak yg sakit.
InsyaĆllah...
ReplyDeletesemoga Allah permudahkan segalanya kak..Ameen...
Semoga Allah permudahkan urusannya..Sayangnya buah mahkota dewa tu..
ReplyDeleteSemoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan Mama Leha...
ReplyDeleteAllah tahu Mama Leha boleh melalui semuanya dengan ketabahan,,kesabaran dan rasa redha yang paling dalam...insyaAllah ganjaran besar sedang menanti Mama Leha kak..moga Allah luaskan pintu-pintu rezeki untuk Mama Leha..ringankan rasa kepayahan dan lancarkan setiap urusan kehidupan..ameen..
ReplyDeleteIndah halaman rumah dengan bunga rumah mama leha tu ye Kak..
ReplyDeletePokok puding memang mudah tumbuh..
Allahu..
Ujian yg memohon ketabahan yg kuat ye kak..
Skrg haikal memerlukan orang utk bergerak ye..
Semoga haikal segera semboh..
semoga mama Leha sabar n tabah dgn ujiannya.. sedih membacanya,.. awalnya igt terabai kerana kesibukan masa.. rupanya beliau diuji dgn ujian y berat.. tak apa lah.. semuanya ada hikmah besar tersembunyi...
ReplyDeletecantiknye pokok pokok tu....rietta rasa pucuk manis tu tempat rietta namanya lain...tpi dah lupa pula...moga anak buah akk cepat sembuh...
ReplyDeleterasa macam dekat kampung yg penuh dengan tanaman.. seronok pulak tengok gambar. syafakallah untuk abang ipar akak..semoga kembali sihat seperti sediakala..amin..
ReplyDeletebuah mahkota dewa tu keras sangat.. hr tu suami bwk blk bnyak buah..
ReplyDeletekerasnya..
Nenas tu sangat mengoda jiwa... sabar dengan Ujian Allab itu separuh dari iman.. Semoga kakak dan keluarga cekal menghafapi ujianNya
ReplyDeletesedihnya tgok gambar yg last, Allah nak trunkan ujian sekejap je, kita kena tabah menngharunginya
ReplyDeleteAllahu akbar besarnya dugaan Allah buat hambanya.Moga Kak Leha tabah menghadapinya. Sedih ye kanda tengok anak yg dulunya sihat tetiba terlantar macam tu...
ReplyDeleteMeriahnyaa macam macam ada. Allah moga diberi kesembuhan seperti sedia kala untuk anak buah kak Zakie
ReplyDeleteSyoknya rumah dikelilingi dengan pokok-pokok macamni siap ada nursery lagi. Mesti sejuk dan damai je kan? btw saya singgah dan follow blog ni ya. Jemputlah melawat blog saya yg masih baru :)
ReplyDeleteSemuga di beri kesembohan buat anak saudara zakie. Besnya keliling rumah di penuhi tanaman..
ReplyDeleteBerat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya
ReplyDeleteBertabahlah
Mama leha seorang yg tabah n mampu megurus masalahya..moga aak kesayangan segera pulih sediakala
ReplyDeleteSayu hati tgk ank saudara kzakie tu, entah apa hikmahnya bg dia, kita tk daya mencungkilnya. Moga dialah jadi jambatan ibundanya ke syurga.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteMoga Allah SWT memberikan segunung kesabaran dan ketabahan kepada mama Leha dan mengganjari dengan sebaik-baik balasan. Moga Allah SWT menyembuhkan abang Haikal...amiinn
YA ALLAH.semoga di percepat kan kesembuhan abg haikal...berat mata memandang,berat lagi bahu memikul...semoga sentiasa di beri kesabaran...aminnn
ReplyDeleteMoga Allah mudahkan urusan mama leha sekeluarga
ReplyDeleteMoga diberi kesembuhan dengan segera ;)
ReplyDeleteSemoga anak saudara Kakzakie akan segera pulih. Harap keluarga Mama Leha tabah ye.
ReplyDeletemoga Allah kuatkan semangat mama leha
ReplyDeletecantik cantik semuanya
pelbagai jenis tumbuhan menghiasi lama
pernah tgk dan pgg buah mahkota dewa tu semasa berkunjung ke rumah tukang urut chu mah yang mengurut saya sebelum pregnant ari tuh..
chu mah ada tanam dan buat kering macam kakak katakan tu..
dijual dalam peket peket kecik
mesti masih ramai yang nak kan supply kan kak zakie...
ReplyDeletemoga Allah permudahkan segala urusan mama leha
Semoga dikurniakan kesembuhan buat anak Saudara k.Zakie.
ReplyDeleteMaaf tanya dia kenapa tu accident ke?
Moga dipermudahkan urusan mama leha dan abg haikal..semoga kembali sembuh seperti sediakala
ReplyDeletesemoga anak buah akak kembali sembuh spt sediakala...
ReplyDeletemoga Mama Leha terus tabah...ujian dan rezeki Allah datang dari pelbagai bentuk..
ReplyDelete