Monday, February 28, 2011

Kem Waja Diri

Pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad yang baru lalu seluruh kakitangan warga Sekolah Agama Senai Utama menjalankan aktiviti Kem Waja Diri. Pelajar yang memegang jawatan sebagai Pengawas, Pengawas Perpustakaan, Ahli Jawatankuasa Persatuan, Ketua dan Penolong Kelas diwajibkan untuk turut-serta. Pembayaran sebanyak RM 65/- dikenakan pada setiap murid. Pembayaran itu meliputi segala-galanya termasuk makan, tempat tinggal dan peralatan aktiviti.

Oleh kerana ibu-bapa tidak terlibat dan murid-murid tidak dibenarkan membawa kamera dan telefon bimbit, tiadalah rakaman aktiviti yang dapat dipaparkan.

Fail - Setiap murid dibekalkan fail lengkap dengan senarai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam

Kepulangan - Melibatkan 3 buah bas, kepulangan anak-anak dinanti oleh penjaga masing-masing

Sibuk - Masing-masing turun dari bas dengan keletihan


Penjaga - Mencari anak masing-masing memandangkan waktu sudah hampir maghrib

Dedikasi - Memastikan jumlah murid yang kembali seperti jumlah yang pulang. Bertungkus-lumus ustaz & ustazah walau bukan anak mereka.

Senyum - Bersalam dengan ustazah yang dikasihi sebelum pulang.

Letih - Walau letih masih mahu berposing dengan teman disayang

Baju kotor - Bau hapak dan hangit dari pakaian kotor yang dikumpul selama 3 hari di kem.

Walaupun letih dan penat sepanjang 3 hari 2 malam menjalankan aktiviti yang disusun, kem ini bertujuan membina sifat jati diri setiap murid. Kalau para kakitangan awam diarah menghadiri kursus biro tatanegara, tetapi anak-anak ini telah diasuh dari usia 9 tahun lagi yang mana motifnya adalah sama, mahukan anak-anak yang cemerlang ilmu dunia dan akhirat.


81 comments:

  1. sy ske kem
    hehehe
    best
    dpt knl rmai org
    :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... semoga mereka yang ikut serta dalam program ini terbuka hatinya dan mengamalkan apa yang telah diajrkan itu...
    memang perlu dan penting program2 sebegini untuk membina jati diri anak anak.. :)

    ReplyDelete
  3. mmg baguskan sesekali hantar anak2 gi tempat mcm ni..baru la ade kesederan sikit kat dia org ni...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum,

    Guru dah menjalankan amanahnya, menjadi tanggungjawab ibu bapa pula intuk meneruskan kecemerlangan anak-anak, insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. amy suka kem kak tapi bonda gan ayahanda dari kecik memang x izinkan amy turut serta..satu masalah kesihatan sebab amy mudah pitam dan kedua sebab lemah semangat..huhu tapi teringin sangat nak join..

    ReplyDelete
  6. waalaikumusalam

    kakak.....moga2 KEM ini buatkan anak kakzakie dan semua peserta bertambah lagi ilmiah mereka..

    kak, boleh tak add FB ayu, umairahayu@yahoo.com... ada hal sikit...

    thanks..

    ReplyDelete
  7. puteri,

    bukan kenal ramai kawan aje puteri, banyak serangga dan pokok boleh dikenali :)

    ReplyDelete
  8. kella,

    Itulah tujuan utama pendedahan ini. Biar mereka tahu bagaimana hidup bermasyarakat dan pentingnya org lain pada diri kita.

    ReplyDelete
  9. sebenarnya secara peribadi saya amat bersetuju dengan kem2 sebegini termasuk juga seperti PLKN. semoga ada sesuatu yang bermanfaat dapat di pelajari di sana.

    ReplyDelete
  10. ainnoraini,

    Sedikit pendedahan tapi banyak yg ditemba sebenarnya.

    ReplyDelete
  11. Wa'alaikumsalam ahamd humairi,

    Cuba cikgu bayangkan 3 buah bas yg dipertanggung-jawabkan atas bahu beberapa org guru saja. Kesihan kakak melihat guru berlari-lari membawa haler memberitahu untuk berkumpul sebelum pulang. Nampak kesabaran dan dedikasi mereka dgn kerenah budak-budak yg dah sibuk nak balik.

    ReplyDelete
  12. Amy Syaquena,

    Sebelum pergi memang kena da kebenaran dari ibu-bapa sebab kalau yg tidak dibenarkan pun tidak boleh pergi. Malah murid-murid juga diajar jangan celupar walau apa yg terjadi. Itu pesan ustaz mereka (anak kakak yg bercirita).

    ReplyDelete
  13. Citarasa Rinduan,

    Mudah-mudahan Ayu itulah harpaan kami sebagi ibu-bapa.

    p/s: nanti kakak add FB itu ye...

    ReplyDelete
  14. eelobor,

    Betul eelobor. Memang penat kelihatan tapi banyak yg baru mereka dapat pelajari. Contohnya masak nasi dalam buluh, bakar ubi guna bara dan sebagainya. Katanya kotor tapi bila ustaz/ustazah mereka makan semua makan sama. Sayang tak ada gambar....

    ReplyDelete
  15. salam kak zakie..
    bestnyer gi kem..
    sib baik dulu ada sertai kem2 cenggini..takdelah terkilan..hehe

    ReplyDelete
  16. as-salam.

    suke gak joint kem mase sekolah dulu. skang da keje, rase kureng suke lak.. :)

    kak, nk tanye sket pasal stem. kakzakie kumpul stem local aje ke? stem oversea ade juge? sy ade bnyk stem oversea.. mgkn buleh ditukar sesame kite..
    (jarak bukan penghalang rasenye..)

    ReplyDelete
  17. sesekali refreshkan cas baru le idop lebih bersemangat

    moga berjaya dalam idop kelak

    ReplyDelete
  18. lama dah Bani tak pergi kem.. hehe.. kena organize kem ni.. :D

    ReplyDelete
  19. السلم عليكم ورحمة الله

    Usaha yang baik, moga ia bisa membina akhlak yang mulia buat anak-anak muda..

    ReplyDelete
  20. nurkass,

    Sekarang hutan pun dah cantik tak macam kem dulu-dulu. Tempat itu meamng dah di set utk dibuat kem pelajar atau belia. Cantik buat berlipur juga.

    ReplyDelete
  21. Penjejak Mimpi,

    Setem kakak banyak M'sia dan S'pore je. Kalau ada oversea pun satu-dua je. Tambahan sekarang banyak guna e-mail/courier. Susah nak dapat. PM untung sebab kawan kerja Post Office.

    ReplyDelete
  22. cemomoi,

    Cas baru itu memang buat semangat berkobar. Sehari-dua tak habis cerita kem. Kawan telefon pun kedengarannya cerita kem juga. Hm....

    ReplyDelete
  23. Seksi Bani,

    Masih solo-solo mudah kalau nak anjurkan kem. Buatlah lepas tu kakak tumpang lihat dari N3. Tentu seronok....

    ReplyDelete
  24. Wa'alaikumsalam Abd Razak,

    Usaha murni pihak sekolah amat kami hargai. Alhamdulillah ustaz segalanya berjalan seperti yg dikehendaki.

    ReplyDelete
  25. salam kak..patut kan kem macam ni buat awal tahun..bukan apa sebagai penggalak untuk mereka sepanjang tahun ni..

    ReplyDelete
  26. mudah2an semuanya mnjadi insan yg berguna. amin

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum kakzakie! :)

    hmm. best je la kan.
    tringat dulu masa skola. kem rakan masjid :)
    segalanya kongsi bersama. :)

    ReplyDelete
  28. sekolah agama kota kulai, kulaijaya tak pernah pun buat kem waja diri...baguslah cikgu2 kat situ.
    biasa yg buat kem2 ni...sek keb je.

    ReplyDelete
  29. cemerlang dunia akhirat...insyaallah k.zakie, aina pun mengharapkan anak2 sebegitu tapi mampukah mendidik mereka sebegitu.

    ReplyDelete
  30. Bagus kem begini dapat membina semangat jati diri mereka...

    ReplyDelete
  31. as salam kakzakie...

    apa khabar..
    moga akak baik saja..

    waa...bagusla murid2 banyak aktiviti macam ni..ada kem..ada motivasi..baru semangat sikit dorang kan....penuh intipati yang dpt sepanjang kem...

    ReplyDelete
  32. Salam kak zakie.

    teringat masa dulu-dulu ikut kem pengawas zaman sekolah menengah. rindunya....

    ReplyDelete
  33. assalam.. singgah sini, tgk best le aktiviti

    ReplyDelete
  34. as salam kakzakie,

    anak2 memang seronok dapat join kem macam ni..bagus untuk jati diri dan ketahanan mental mereka

    semoga anak kakzakie cemerlang dalam pelajaran

    ReplyDelete
  35. salam

    penat lah pg kem..kalau 4, 5 tahun lepas, suka ikut kaunselor buat kem..sekarang dah malas..haha

    ReplyDelete
  36. suri solehah,

    Pihak sekolah merancang biasanya memang sebelum peperiksaan semester pertama dan sebelum sukan bermula. Agenda mereka telah susun utk setahun.

    ReplyDelete
  37. redza,

    Itulah kehendak kami sebagi penjaga dan ustaz & ustazah pembimbing....

    ReplyDelete
  38. CGG,

    Walau lama kejap dalam ingatan kan CGG. :)

    ReplyDelete
  39. s.a.r,

    Ingatan dulu mesti menerawang dlm kepala. Kongsi makan-minum. Kongsi sabun pun ada kan. Hehehe....

    ReplyDelete
  40. zue,

    Sekolah anak kakak sama je kebangsaan/agama ada saja kegiatan. Cuma sekolah agama tak ada sukan.

    ReplyDelete
  41. JunAina,

    Insya-Allah setalah kita berusaha, berdoa moga Allah beri pertolongan atas usaha yg kita lakukan.

    ReplyDelete
  42. Cikgu Nurin,

    Kakak rasa cikgu mesti arif bab-bab kem dgn murid-murid kan. Kerenah mereka boleh buat cikgu pening. Tapi percayalah cikgu Allah amat melihat setiap titik peluh yg dicurahkan...

    ReplyDelete
  43. Wa'alaikumsalam Adinda Amy Sensei,

    Alhamdulillah kakak sihat, moga Adinda Amy juga.

    Penat balik kem baring pun cerita pasal kem. Makan pun nak cerita, tak habis lagi ni cerita dia.

    ReplyDelete
  44. Pmerhati Dunia,

    Yg lepas tinggal kenangan tak akan kembali lagi. Tapi nostalgia mampu mambuat tersenyum sendirian... :)

    ReplyDelete
  45. maiyah,

    Kakak kagum dgn kekuatan maiyah. Aktiviti anak je maiyah. Terima kasih....

    ReplyDelete
  46. Wa'alaikumsalam ibuintan,

    Mahu anak cemerlang dunia dan akhirat. Macam juga ibuintan, kita berusaha yg termampu.....

    ReplyDelete
  47. IMANSHAH,

    Cikgu sekarang bawa pasukan hoki tak kurang juga hebatnya. Tanggung-jawab yg dipikul sama demi memberi yg terbaik buat murid-murid. Tahniah pasukan sek. cikgu berjaya meneruskan pertandingan.

    ReplyDelete
  48. salam k zakie,
    dulu masa zaman sekolah rendah anak sulong aby,
    3 kali aby anta kt Summer Camp anjuran Dr Hassan Ali. masa tu Sabha Consultant memang popular.
    sekarang zaman Jee, cuma anta Camp2 anjuran sekolah jer.
    setuju dgn kata2 k zakie,
    mahu anak kita cemerlang dunia akhirat..

    ReplyDelete
  49. Aslmkm.
    Aktiviti terancang sebagai penjana minda & rohaniah yang cemerlang.
    Semoga sampai ke matlamat. Amin.

    ReplyDelete
  50. teringat masa IM jadi pengarah program perkhemahan remaja dahulu.. letih!

    ReplyDelete
  51. Wa'alaikumsalam aby,

    Kalau yg conduct org professional mesti lebih berkesan. lagi anak-anak minda mereka sukar memberontak, masih fresh lagi mudah dilentur.

    Apa yg kita harap anak kita menjadi yg terbaik.

    ReplyDelete
  52. Wa'alaikumsalam DDrfauziah,

    Itulah harapan pihak sekolah sekaligus kami warga penjaga murid-murid sekolah itu Kak G.

    ReplyDelete
  53. Insan Marhaen,

    Oh... IM ada pengalaman itu ye. Bagusnya boleh diterapkan pada anak-anak. Memang letih mengendali kem yg melibatkan ramai peserta. Ada ganjaran disebaliknya....

    ReplyDelete
  54. As Salam..

    Saya suka join kem zaman skolah dulu..
    Semangat tu tiapkali abes kem..huhuh
    Yg pastinya ia boleh menambah motivasi diri..

    ReplyDelete
  55. assalamualaikum kakzakie...

    semoga ilmu yang diperoleh selama 3 hari ini akan diparaktikkan dan membuahkan hasil yg positif

    ReplyDelete
  56. akak kalau dgn anak2...tang baju kotor tu yg tak tahan....

    ReplyDelete
  57. Cik Shinju,

    Zaman sekolah apa yg tak seronok. Tak de fikir macam mana nak bayar itu-ini. Pergi kem macam nak pergi Mekah. Balik kem semangat bukan main lagi. Hehehe....

    ReplyDelete
  58. Wa'alaikumsalam sahrom,

    Susah cakap sahrom, baru-baru nampak berkobar-kobar. Kena tunggu sebulan lagi mama-papa dia kena buat kem kat dia pulak, kalau tak hm.... memang lupa dah.

    ReplyDelete
  59. kpah k-poh,

    Betul tu. Bukannya baju tu dilipat elok walau dah dipakai. Semua masuk beg plastik sental dalam beg. Balik keluarlah baju2 tu. Tak boleh terus masuk mesin sebab ada pasir/rumput semua ikut sama.

    ReplyDelete
  60. saya suka kalau tibanya kem..tak kira samada sama2 join kem atau jadi facy..semuanya menghibukna..banyak gelagat dapat tgk..sy berjumpa ehem2 masa adanya kem macam nie..meninggalkan kenangan yang terindah..hehe

    ReplyDelete
  61. masa hani zaman sekolah dulu mmg salu join kem motivasi macam anak akak ni.penat dia mmg tak tkata kak,tu lah main sumbat je baju lam plastik.haha.tp bila ah msuk UNI, mmg jarang dah nak join kem2 ni..sbb busy dgan komitmen lain tp klau fakulti anjurkan.mmg pegi tp suasana kem tak sama masa zaman sekolah.hehe


    p/s; btw kak, MAAF sangat2 akak.sebab N3 hani buat akak pusing.INSYAALLAH, lepas ini hani akan menaip dlm bhsa kbangsaan kita okay :) tq kak, sudi dtg belog kta yg biasa2 ja ni :)

    ReplyDelete
  62. kira kak zakie ni cikgu la yer,
    samale dgn org umah saya..
    bdak2 mmg suka pergi kem ni..:)

    ReplyDelete
  63. Makcik suka hantar anak pergi tempat cam tu, masa cuti sekolah. Dapat dorang membina jati diri dan berdikari. Tak sabar nak tengok Firdaus besar, nak hantar tempat cam ni. Tinggal Firdaus je masih bersekolah. Tapi kalau dah besar, tak boleh kacau lagi.sedih. Cian Firdaus kalau kat rumah sorang, hujung minggu baru akak ngan abang dia datang temankan dia.

    ReplyDelete
  64. Tk pnh jg hadiri kem zaman skola2 dulu..
    ada jg seronoknya..

    ReplyDelete
  65. program yg berilmu mcm ni patut diadakan sekerap yang mungkin. secara langsung dapat memimpin mereka ke jalan yang betul

    ReplyDelete
  66. lalink7,

    Ha... ada jumpa ehem-ehem tu ye Husna masa kem. Tapi semua tinggal kenangan saja kan. :)

    ReplyDelete
  67. hani apandi,

    Selagi masih boleh hadiri kem pergilah. Nanti bila beranak-pinak sukar untuk turut serta. Pasti ada yg membuat kita lebih baik dlm setiap kem yg dihadiri.

    p/s: tak kisah hani kakak baca 2-3 kali kalau nak kena faham....

    ReplyDelete
  68. REPUBLIK N9,

    Bukan student kakak Hasrul. Anak kakak turut serta kem sekolahnya yg menganjurkan...

    ReplyDelete
  69. LiFe KaMi,

    Isy...Isy...kakak bukan cikgu. Dulu pernah juga mengajar selepas habis belajar tapi sekarang kakak bekerja sykt swasta. Ajar anak sendiri adalah hehehe....

    ReplyDelete
  70. Cik Ina Minat Do Do Cheng,

    Kalau Firdaus tu kecik lagi Cik Ina nanti besar mesti dia pun macam kakak & abang dia juga. Sekarang nak urus makan-pakai dia kat kem susah lagi. Dulu kakak dan abang dia mesti dah puas berkem sana-sini. Tapi kakak suka tengok Firdaus yg comel. Jarinya gebu. :)

    ReplyDelete
  71. Miecyber,

    Semoga tercapai harapan pihak penganjurnya...

    ReplyDelete
  72. toyolkiut,

    Sekarang macam dah jadi trend mana-mana society menganjurkan kem. Kalau dulu agak kurang.

    ReplyDelete
  73. Matahari @ MH,

    Biasanya kem dianjurkan sebelum peperiksaan. Ini supaya tidak menjejaskan akademik mereka. Ko-korikulum lain lagi banyak, pihak sekolah biaanya telah merancang untuk tempoh yg lama.

    ReplyDelete
  74. as salam kak zakie,

    ati ni fobia skit bila kem2 yg ke hutan
    risaukan anak2lah..
    kalau dalam dewan ok jelah..hihi

    ReplyDelete
  75. Salam kak Zakie.
    Teringat dulu pergi kem juga. Memang penat selepas tu,tapi pengalaman yg dapat tu x ternilai. Semangat setiakawan yg tinggi walau ada juga nila setitik... Semua tu dah jadi kenangan terindah. Memang berbaloi join kem kem macam ni..

    ReplyDelete
  76. Wa'alaikumsalam Ati Masrif,

    Mesti ada kejadian yg membuat Ati fobia ye. Insya-Allah facilitator dan guru-guru ada mengawal mereka. Tapi biasanya kehadiran perlu kebenaran ibu-bapa. Kalau ada penyakit seperti lelah juga tidak digalakkan.

    ReplyDelete
  77. Wa'alaikumsalam nur,

    Nostalgia zaman sekolah tetap dalam ingatan nur walau ada yg pahit tapi bila dikenang mampu membuat nur tersenyum kan....

    ReplyDelete
  78. Beruntung budak2 sekarang.

    Zaman kita sekolah dulu, memang tak dapat benda macam ni.

    ReplyDelete