Pada hari Sabtu lepas aku berpeluang mengikut hubby ke ladang menternak lembu kepunyaan seorang doktor veterinar bertempat di Simpang Renggam. Kerana keadaan jalan yang agak ala-ala ranger maka kami pergi menggunakan 4WD. Aku pergi berdua saja. Lebih kurang satu jam setengah kami telah tiba di ladang tersebut.
"Wangi tau. Nak ikut I turun ke tak?" hubby bertanya sebelum melangkah turun.
"Hm... I tak kisah. Ikutlah." Aku tidak mahu mengalah.
Turun dari 4WD ternyata baunya sudah cukup menusuk lubang hidung aku yang memang sudah cukup besar. Rasa bagai tidak tertanggung. Mahu saja aku menutup lubang hidung tetapi bimbang mengguris hati pekerja-pekerja ladang yang ada. Jadi dengan senyum aku turut menapak di belakang hubby bertemu tuan punya ladang, Doktor Isa. Kembang-kuncup lubang hidung lama-kelamaan terasa kurang pula bau menyucuk itu mungkin sudah jadi immune. Cuaca panas terik membuat aku berlari dan berteduh di bawah pokok kelapa sawit. Ladang lembu kepunyaan doktor ini bukan saja menernak lembu kerana dari jauh kelihatan kandang kambing dan ayam. Oh.... kaya doktor ini hatiku berdetik. Kalau seekor lembu yang kecil pun harganya RM 2700/- berapa pendapatannya kalau terjual beratus ekor sebulan. Mahu tidak dia sanggup berhenti jadi doktor.
Sewaktu hubby berbincang untuk memilih lembu yang akan dijadikan sedekah buat Maulud Nabi aku mencuri peluang snap sana-sini setelah meminta izin dari doktor tersebut.
Mesin pengisar - Bukan kisar pasir tapi rumput/pokok jagung yang dijadikan campuran pada makanan lembu-lembu tersebut
Berlonggok - Pokok jagung ini akan dikisar dan dicampur dengan makanan sintetik Putih Sekawan - Walau begitu banyak tapi semuanya jantan dan tidak bergaduh.
Hitam dan belang - Kandang ini kebanyakannya hitam dan bertompok hitam-putih. Lebih kecil saiznya.
Sembelih - Ada juga penjualan daging kerana doktor itu sendiri yang menjadi tukang menyembelih. Hubby tolong snapkan gambar ini (aku belum kuat untuk melihat adegan itu). Mendengar rintihan lembu pun sudah rasa sayu.
Besar - Lembu ini harganya RM 6500/- Tak pernah aku melihat lembu sebesar ini
Perhati - "Jangan main-main lembu hubby aku tengah perhatikan engkau tu."
Pilihan - "Itulah engaku tak percaya buat apa jeling-jeling." Inilah lembu pilihan hubby yang akan disembelih dan dijadikan hidangan bersama nasi beryani untuk sambutan maulud nabi nanti.
Banyaknya lembu dia.. siap sembelih lagi,Kalau amy ada dekat situ x sanggup ow tengok lembu tue di sembelih.Tak sampai hati mahu amy menangis same.
ReplyDeleteOh... mesti ramai yang akan menikmati keenakan daging lembu itu nanti. Syukur Alahmdulillah. :)
ReplyDeleteseronok dapat pergi tempat macam tu...aina suka bab2 pertanian tapi kat KL ni bertani dalam pasu ja, bela ikan dlm aquarium...tapi boleh ke tahan dengan bau2annya...itulah alah bisa tegal biasa...
ReplyDeletebau 2 makin kita tutp idong mmg makin sengit.hahaha..bau je mcm bese..pasti imun.
ReplyDeletemuge murah rejeki kakzakie sepamily.. amin.. :)
ReplyDeletep/s akak paham bahase lembu ek? wah, terer nye.. hehehehe
mahal eh harga lembu skang ni????
ReplyDeletesedapnya daging lembu fresh
buat rendang tok!
Assalamualaikum Kakzakie,
ReplyDeleteOrang melayu sekarang bisness macam2 dah yer.
Teringat orang kampong, kita nampak hidup dia orang macam tak bergaya, tapi lembu banyak di kandang, kalau seekor RM2700, kalau ada 10 ekor, dah kuat tu.
byknya lembu...tp mmg besarlah lembu yg rm 6500 tu..baka mana agaknya
ReplyDeleteglamer lembu tu dpt masuk blog..hehe!
ReplyDeleteAmy Syaquena,
ReplyDeleteItulah kakak pun tak tergamak bila tahu dia nak sembelih. Terus bagi kamera kat hubby. Tapi dengar bunyi lembu selepas disembelih tersangat sayu. Ngeri....
Kakcik,
ReplyDeleteInsya-Allah harap dapatlah dimanfaatkan hujung minggu ini....
JunAina,
ReplyDeleteOh... Aina tahu panas sungguh tempat tu. Nasib keliling ladang ada pokok kelapa sawit. Baunya terlalulah menyucuk hidung.
peGuaM_BiSaYa,
ReplyDeleteGitulah bau sebenarnya masih ada tapi tak terasa sangat bila dah lama-lama berada di ladang itu.
Penjejak Mimpi,
ReplyDeletePM tahu tak kakak rasa dia faham dgn kata-kata pekerjanya. Bila disuruh keluar ikut lorong tersedia utk ke arah sembelihan dia akur tau.
Dgn kakak dia jeling semacam buat kakak takut :)
miloais,
ReplyDeleteHari Sabtu ini terkorbanlah dia untuk santapan. Masak terpulanglah pada AJK dan tukang masak. Kalau kakak tak kisah, makan je....
Kunang-kunang,
ReplyDeleteBetul tu. Kakak kagum dengan keluasan ladang dia. Siap ada rumah simpanan makanan berguni-guni. Ada ladang jagung tapi bukan untuk dijual jagungnya tapi pokoknya dikisar jadi makanan lembu/kambing. Kakak rasa income dia ratus-ribu.
Kalau tidak tak kan sanggup berhenti dari jadi doktor.
Ila,
ReplyDeleteLembu itu memang teramat besar dua kali ganda lembu biasa. Kita berdiri luar kandang pun takut. Kesian yg lain tak ada tali ikat tapi dia kena ikat juga walau dalam kandang.
makdara TERdiva,
ReplyDeleteAlahai lembu ada value tau MDT.
p/s: ada cakap-cakap dgn hubby kena kumpul duit dari sekarang bila pencen boleh bela lembu. Hahaha.....
salam kak zakie..bau yng semerbak tu sebenarnya bau duit kan huhu
ReplyDeletemesti sedap daging lembu yg baru sembelih... :D
ReplyDeletesalam kakzakie :)
ReplyDeleteooh! part yg tak sggup dengar rintihan lembu tu boleh buat kita tak sanggup nak makan.. ngee.. elakkan elakkan.. hee
permintaa daging mmg sentiasa ada...klu ternak besar-besran camtu buleh buat duit punyalah
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie..kurusnya lembu2 tue..tak cukup makan erk?? heheheeee
ReplyDeleteloh napa tak kabo.. lembu kitorang lagik murah nego jee
ReplyDeleteAs Salam kak....
ReplyDeletebila baca n3 ni t'ingat kat ayah kat kg....ayah lia bela kambing boer...dulu penah juga dia bela lembu nih tp x lama...masa raya korban tahun 2008 ayah jual semua sekali...x daya dia nak jaga lembu n kambing.....
bab rintihan lembu tu...lia pun x sampai hati klu dgr....rasa mcm sayu bunyinya kan kak....
teringat cerita lembu dengan budak yang tak solat...
ReplyDeleteMakcik makan daging lembu okeylah, tapi bab nak tengok masa sembelih.seriau je.takut tengok darah, cam nak pitam.
ReplyDeletekak.. masa kat maha lah kita berpeluang tengok macam macam jenih lembu! memang teruja melihat lembu yang besar bagak! huhuhuhu....
ReplyDeletetapi taklah berbau sanga.. yela sikit kan... kalau kat kandang macam akak gi tu... huhuuhuhu... heheheh hahaha la jawabnya.. :)
السلم عليكم ورØمة الله
ReplyDeleteEloklah ramai orang kita terlibat dalam perniagaan ini, tak perlulah kita nak import dari luar negara
suka makan sup ekor lembu...
ReplyDeleteKak,saya x besa ngn lembu..
ReplyDeleteTapi mase kecik2 dulu ade pekerja ayah hadiahkan
saya kerbau balar (putih)..nama jer kerbau saya
tapi dia yg jaga...huhuh
assalamualaikum,
ReplyDeletekau lembu,
dia rusa,
hehe....
Assalamualaikum.
ReplyDeleteBahagian paling sedap sekali ialah ekornya. Kalau tidak masakan sup ekor menjadi rebutan...
Belum begitu kuat semangat nak sembelih lembu...
TQ
assalammulaikum kak zakie..member kaseh pun berhenti kerja usahakan ladang lembu kak...
ReplyDeleteperghhh, besarnya lembu berharga RM6500 tuh. tapi punya la mahal kan.....
ReplyDeleteAssalamu'alaikum kakzakie
ReplyDeleteUsaha menternak dan berniaga memang banyak manfaatnya namun tak ramai yang mahu buat seperti doktor ni kan... apa-apapun doktor ni dah memenuhi kefardhuan kifayah.. alhamdulillah
suri solehah,
ReplyDeleteDuit kita tak nampak tapi kita dapat agak kalau dalam masa tak sampai 2 jam kakak di situ dah ada 2 ekor dibeli cuba suri bayangkan.
seksi bani,
ReplyDeletedaging dah masaklah baru sedap, kalau fresh mentah siapa nak makan hehehe....
s.a.r,
ReplyDeletebunyi lembu mendesah dan mendengus tu ngeri tau.
redza,
ReplyDeletekakak agak income Dr. tu ratusan ribu sebulan. bayangkan kalau musim raya qurban. Wow!! pandai betul Dr itu kan....
Wa'alaikumsalam sahrom,
ReplyDeleteEh.... kalau ikut mata kakak gemuk. Seekor lembu boleh dapat beratus kilo daging. Belum masuk tulang lagi dan ekor utk buat sup. Hehehe....
cemomoi,
ReplyDeleteKalau kat pantai timur Dr. itu kata murah RM 200/- tak tahu betul ke tidak.
Wa'alaikumslaam Mamamya,
ReplyDeleteLia mesti tahu kan bagaimana untungnya menternak. Mungkin penjagaan susah ye. Oh... kakak pun tak tahu. Sayangnya kalau tak mudah nak buat aqiqah/qurban kan...
Inshan Marhaen,
ReplyDeleteBuat pedoman kita sebagai manusia sebenarnya cerita itu.
Cik Ina Minat DDC,
ReplyDeleteMemang takut Cik Ina. Kakak pun sama.
Baba makan daging siapa tak mhu kan.:)
kella,
ReplyDeleteKakak tak pergi MAHA tempohari. Tapi tengok lembu yg besar tiu takut kella. Kakak bayangkan kalau terlepas macamana ye?...
Wa'alaikumsalam Abd Razak,
ReplyDeleteItulah ustaz, bila ada org sendiri memudahkan kita. Ganjaran dunia dan akhirat dia dapat.
sham,
ReplyDeleteMakan roti cecah Sup ekor...:)
Cik Shinju,
ReplyDeleteHabis mana pergi kerbau tu sekarang? Dah sembelih atau nak buat kenduri besar akan datang?
Wa'alaikumslaam ahmad humairi,
ReplyDeleteKelakarlah cikgu nie.....
Ahmad P@P.
ReplyDeleteKalau musim Raya Qurban mesti banyak ekor. Masa itulah musim makan sup ekor. :)
Kaseh,
ReplyDeleteNak tahu tak kaseh, masa dlm perjalanan balik kakak dan hubby pun cakap tentang business lembu. Beranganlah.... hikhikhik....
eelobor,
ReplyDeleteSiapalah yg mampu membeli sebesar dan semahal itu ye...:)
Wa'alaikumsalam Werdah,
ReplyDeleteIalah Kak Werdah, walaupun tujuan ia business tapi fardhu kifayah ada di situ. Semua umat Islam sekitar bersyukur atas usaha dia seorang yg lain lepas dari tanggungan.
wah..beso2 ye kak lembu2 tu sume..mesti nahal kan?? =)
ReplyDeleteSyukur. Moga murah rezeki Akak sekeluarga..
ReplyDeletedengar bunyi dia pun x sanggup..sedih ow..
ReplyDeletep/s: jemput join contest sinar raudah
YATZAKIE,
ReplyDeleteNak business lembu ke? Kakak sokong kalau Yatzakie nak buat business ini.
azieazah,
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih azie moga begitu juga azie & keluarga.
Amy Syaquena,
ReplyDeleteSamalah kita. Kakak rasa kalau dah nama pun perempuan memang tak kuat.
p/s: kakak tahu dah. Tunggu ye...:)
fuyooo dah boleh bayar motor cash................
ReplyDeletesalam k zakie,
ReplyDeleteingat kan pilih lembu sbb buat kenduri nak terima menantu, rupa nya utk sedekah yer ..
cilik2 ku wong tuek ku pun belo lembu ..
okeh jugak, selalu melo wong tuek nyabit rumput (ngarit) ngawe pangan lembu ...
gambare ngawe aku nostalgia ....
Uncle,
ReplyDeleteBukan motor je uncle kereta pun boleh juga kalau sebulan punya hasil jualan (gambaran kakak) sebab tak samapi 2 jam dah ada dua org datang membeli.
Wa'alaikumsalam aby,
ReplyDeleteIsy...isy... anak dara kakak yg besar pun tak sampai 15 tahun lagi.
Saeki endi lembu ne? Makna ne aby kepenak angger arek korban/aqiqah orak payah tuku yo. Wah... angger kakak terus wahe belo angger kandang nge wes ono.
kak ada 4x4 kan..jom..kita pi taman negara....turun naik hutan...(awat aku lari tajuk nie..hahahha)
ReplyDeleteBesar lembu tu Kak.. wah.. akak boleh cakap Jawa ye.. hihi..
ReplyDeleteAslmkm.
ReplyDeleteHmmm ... Dua hari lagi akan masuk Rabiul Akhir.
So ini untuk acara belated Maulid Nabi?
Citarasa Rinduan,
ReplyDeleteAyu suka ranger ye. Sakit badan kan. Tapi sesekali mesti seronok. :)
wa khairul onggon,
ReplyDeleteBukan aje besar tapi banyak sangat. Siap ada birth cert. lagi. Bila kita pilih Dr. itu akan buka fail cari birth cert. Dari situ tahulah bila dia lahir dan berat sewaktu dibeli.
p/s: nak belajar bahasa jawa wellcome. :)
Wa'alaikum salam DDrfauziah,
ReplyDeleteKalau di Johor ni Kak G maulud nabi tak berhenti sehingga hampir menjelang syaaban masih ada lagi yg meraikannya.
as salam kak zakie,
ReplyDeleteberapa pula harga lembu yg hubby akak pilih tu..
ati pernah makan lembu yg baru sembelih
depa buat masak asam pedas melaka...terangkat ooo...
^____^
"assalam kak..ingat ank buah saya kt kg,dia ni rajin..ms skolah dulu selalu tolong atuknya jaga lembu..lama2 bila dh besar dia pun ada bela lembu sendiri...mula2 sekor,lama2 mkn bertambah...buat part time jer,bila time raya haji,musim kenduri org cari dia.."
ReplyDeleteWa'alaikumsalam Ati Masrif,
ReplyDeleteYg hubby kakak pilih tu RM 2700/- harganya.
Datanglah tempat kakak ahad ini ada Maulud Nabi. Tapi tak tahu AJK yg masak nak masak apa.
Piasara,
ReplyDeleteKakak percaya anak buah itu mesti pandai. Jadikan sandaran. Rasanya partime dia lebih banyak incomenya kalau sungguh-sungguh. Lagipun dah ada pengalaman. Tahniah buat dia...
maulud nabi kat masjid senai ke...bila tu?
ReplyDeleteseronoknya dpt mkn nasi berani dgn daging lembu.
(masjid kat tmn putri hari ahad ni ada kursus haji...utk daerah senai/kulai)
Assalamu'alaikum KAKZAKIE
ReplyDeleteMugo-mugo waras. Alhamdulillah dan syukur, dapat menyumbang seekor lembu untuk komuniti. Dicari dan dipilih sendiri pula tu. Tentulah yang terbaik.
Kat ladang lembu tu Kakzakie, yang bau tak wangi tu pun bila dikumpul dan dijual, dah boleh jadi RM. Kapan mbuka ladang lembune Kakzakie?
lembu ni kalau kena dgn cara penjagaannya boleh jadi bisnes yg membawa keuntungan yg banyak..
ReplyDeleteni masak rendang mmg sodap..hehe
Zue,
ReplyDeleteMasjid Senai pada 12-03-11, tapi taman kakak pada hari Ahad ini samalah dgn tempat Zue.
Wa'alaikumsalam Temuk,
ReplyDeleteAlhamdulillah kakak waras cikgu. Mugo-mugo cikgu pun ngono jugak. Ladang ini udhu ladang kakak cikgu. Kito tuku koro Dr. yg mbelo. Angger RM cukup, wes pencen kepingin jugak mbelo koyok Dr. kuwi. Hehehe....
LiFe KaMi,
ReplyDeleteSemua business kalau manjadi memang untung LK. Kakak nampak kalaulah terjual sepuluh ekor aje wah.... banyaknya income.
Masak apa tak kisah, kakak makan je. :)
teringat lembu nenek yg kami bela
ReplyDeletenama dia SALOMA! hahahahaha
kaler itam putih (tompok²)
tp sebab nenek nk g haji
& xder yg nk mengembala
maka SALOMA pun perlu dijual...
sy nangis giler² time tu tau kak
maklum la budak² kan...
sigh~
Salam Kak Zakie ni orang Simpang Renggam ke? Itu kampung Nur tu.. Masa Nur sekolah rendah, ayah Nur pernah bela beberapa ekor lembu. Tapi sekarang dah takde..
ReplyDeletesimpang renggam kak?
ReplyDeletefeedlot kn..
rasanya ayah TK slalu berurusan d sini dulu..
wah, moga murah rezeki akak skeluarga..
woww...bagusnyee qorbankan sekor..bgus laa..saya ingat untuk akikah tadi..hehehe..
ReplyDelete