Hampir seminggu ruang tamu kini ada perhiasan baru. Ada nyawa-nyawa yang perlu dijaga rapi. Lengkap dengan persembunyian dan taman mini buat keselesaan yang menghuni.
“Papa janji kalau dapat nombor satu sampai tiga baru boleh beli”. Tuntutan dari apa yang dijanjikan itulah menjadi penyebab ada nyawa-nyawa kerdil perlu diperhati dan dijaga saban hari. Lima ekor ikan dalam satu balang manakala satu balang lagi menempatkan dua ekor kura-kura kerdil. Aku sekadar membiarkan apa yang dituntut dan ditunai oleh penghuni rumah aku itu tanpa banyak bicara. Aku juga tidak melayan apabila pada hari pertama dua anak bersama papanya merangkak-rangkak mencari satu kura-kura yang terlepas keluar dari balang akibat terlupa menutup balang tersebut. Kura-kura tersebut merangkak hingga ke bawah meja computer sedangkan balang terletak di atas rak-rak VCD. Sebaik kura-kura dijumpai kedengaran derai tawa kegembiraan.
Sebelum itu aku sudah berkata usah dijanji benda-benda begitu. Menyangka sebab markah yang diperolehi banyak tidak mencecah 95-100 seperti selalu maka janji itu diberi. Buat aku berjanji membeli novel adalah suatu yang lebih mudah dan pasti tidak membebankan. Kalau membeli 5 buah novel untuk nombor satu, 4 buah novel kalau nombor dua dan 3 buah novel kalau nombor tiga cukup senang. Lihatlah saja rentetan daripada berjanji dengan jumlah berapa ekor ikan dan kura-kura sebagai hadiah.
Inilah akibat berjanji dengan benda hidup kenalah masing-masing menjaga nyawa-nyawa tersebut. Sekarang selain kami papa-mama yang mereka temui untuk memberi salam waktu hendak tidur, bangun tidur dan pergi sekolah, pada binatang belaan masing-masing juga tidak dilupakan. Kalau boleh dicium pun agaknya mahu dicium juga belaannya itu. Aku pun tidak pasti berapa lama nyawa-nyawa ini boleh bertahan.
Titisan: Dia kelelahan. Panjang rentetan perjalanan yang dilalui tidak disedari. Terjaga dari lena baru dirasai jari-jemarinya sakit, tubuh terasa longlai sekali kerana terlalu banyak tenaga digunakan di sepanjang ruang-ruang masa yang dilewati tempohari. Lama dia melabuhkan punggung bagi menghilangkan kelelahan itu. Dia termangu lesu.....
hahaha, saya juga berkongsi minat yang sama. suka untuk beli ikan pelihara yang cantik2 kat akuarium, suka kepada kucing & burung tapi masalah besar saya apabila nak pulang kampung. sape nak tolong bagi makan kan?
ReplyDeletesebelum ada gak kucing, setiap kali balik kampung mesti di angkutnya sekali walau ke mana pegi pun. susah woooo......
dulu en somi saye ade bela ikan...sayang betul dia kat ikan tu...kalau boleh nak jer berenang dgn ikan tu agaknye...tapi dah tak panjang umo...
ReplyDeletesekarang ni sibuk nak bela arnab la pulak...dah beli pun rumah arnab tu...cume blm beli arnab nye jer...
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya juga minat pada ikan. tapi....suatu hari "gapi pelangi" saya mati kesemuanya.
Sekarang ada pleiboi dan pleigil dan jugan si kembang dengan anaknya.
Tentu Kakzakie amat sibuk melayan nyawa-nyawa itu.
selamat pagi kakakku sayang
ReplyDeletesaya paling lemah kalau bela benda hidup.
masalahnya en zalie nie minat..tapi agak malas gitu nak uruskan...
yang jadi tukang bersihkan surelah ayu kan....
so........
daku pulak yang hampir kelemasan dan hilang nyawa.....
PS: lawanya ikan2 dan kura2 belaan kak sklrg..
Pernah ada hobi yang sama....
ReplyDeletetapi dah tak sambong bila sekor demi sekor mati....
akhirnya akuarium tu di hadiahkan pada kawan....
hehe
alo alo comel kura-kura. Bila nampak ikan kak zakie , teringat masa Firdaus merengek-rengek nak akuarium kecik ada ikan laga.Masa 1 atau dua hari bela, firduas jaga tip top. masuk hari ke 4 , bolayan, ikan tu habis mati, berbagai barang dibaginya ikan tu makan.harap-harap anak kak zakie tak cepat jemu cam firdaus.
ReplyDeletesy suka tengok tp kurang berminat nak membela... tiada ruang dan masa... takut diminta balasan lak kat akhirat nnt... tak bela betul2 kan...
ReplyDeletesalam~ bebudak mmg suke benda2 comey ni....yg remeh nak menjaga..mommy lau boleh elak mmg elak..hehe
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletesaya tak bela ikan hiasan..mungkin tak minat kot..tapi mmg saya respek org yg bela ikan hiasan ini..rajin mereka bukan kepalang...
comel ikan2 tu..tpi sy xminat nk bela bnda bernyawa nih..susah nk pegi mana2
ReplyDeleteAssalamualaikum Kakzakie,
ReplyDeleteAkak pun ada juga bela ikan dalam akuarium ni. Bela ikan kelisa. Tapi selepas 2 kali ikan yang dibela di mati. Dah give-up. Kesian ikan2 tu mati. Sebabnya tidak diketahui.
Semoga ikan-ikan di akuarium rumah kakzakie tu panjang umornya.
hadiah aquarium tu leceh sikit, sebab kena jaga lepas tu...kalau rajin jaga takpe...
ReplyDeletekalau kasik buku mcm akak cakap tu, betul..mudah aja :)
eelobor,
ReplyDeleteKakak memang tak berminat apa jua pet. Tengok suka nak jaga teramatlah leceh.
Kucing lagilah kakak takut....
Ainnoraini,
ReplyDeleteEntahlah ain tengok arnab putih melepak memang suka. Kalau kakak memang tak bolehlah.....
Wa'alaikumsalam ahmad humairi,
ReplyDeleteKak tak berupaya seperti cikgu. Simpan sarang burung kerana kesian (teringat N3 cikgu dulu). Rajin mengulek dan rasa kasih mesti ada baru menjadi...
Citarasa Rinduan,
ReplyDeleteRajin juga ayu membersih ye. Kakak memang serah bulat-bulat pada papanya yg membeli siapa suruh. Kakak memang kalau nak pegang pun geli. Kalau ikan mati nak goreng tu kakak tak geli.....Hehehe....
gedek,
ReplyDeleteKakak kat bilik (ofis) ini pun ada gak. Tapi kerana kehendak syarikat. Nama kakak nak menjaga memang tak boleh harap. Ada yg membersihkan. Bagi makan kakak bolehlah. Heee....
Ci Ina MDDC,
ReplyDeleteKakak rasa tak lama ikan-ikan tu pun akan sama dgn ikan Firdaus. Kakak sekarang tunggu masa je....Bagi makan macam nak bagi ikan paus. Nanti papa dia yg keluarkan semula makanan yg dah kembang. Air naik berkeladak. Tunggu jelah Cik Ina....
mama maman,
ReplyDeleteSamalah kita. Nak buat lain [un terkejar-kejar ini nak mengulek ikan....
mommylavendar,
ReplyDeleteBetullah mommy. Tengok pun cantik. Tapi kalau rajin. Ini kalau air baru dua hari nak kena tukar meamng sah kerja lebih....
Wa'alaikumsalam sahrom,
ReplyDeleteSetuju sangat kata sahrom. Kakak percaya hanya yg prihatin saja boleh membela. Kakak memang tak boleh. Baru seminggu pun rasa dah lain macam....
redza,
ReplyDeleteBebudak bukan fikir tu. Boleh dia kata kalau nak berjalan boleh tumpang rumah jiran jagakan. Mudahnya dia cakap....
Wa'alaikumsalam kunang-kunang,
ReplyDeleteAlahai Kak Nim, kakak boleh bagi jangkaan paling lama pun sebulan-dua je. Baru-baru memang mereka semua suka, esok dah lama di hantar ke rumah kampung jadinya....
Ikan kelisa mahal kan.... sayangnya...
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteKakak memang dari dulu hadiah anak dgn benda mudah dan tahan guna. Tak ada yg leceh-leceh. Papa bebudak ini selalu ikutkan kata anak sebab itu mereka lebih suka minta papa dia dari mamanya yg kedukuuutt......
salam kak zakie..
ReplyDeletemoga sihat sejahtera hendaknya..
ooo..ada nyawa baru ye..seronok anak2 kak zakie kan..alhamdulillah..berjiwa penyayang..
hobi best ni...
ReplyDeleteiols dulu pun ada bela ikan ni
bila berpindah - sedekah ikan dengan aquarium sekali kat jiran...
tak berani nak janji benda2 macam tu dengan anak2 coz nanti bertambahlah kerja mama kat rumah dan bertambah letihlah jugak mama...
ReplyDeletesetakat ni anak belum besar lagi takde lah janji apa2... tapi klu hadiah itu sebagai dorongon apa salahnya... kak rumah munna en. abg mmg suka bela binatang... tapi munna tak benarkan cukuplah dgn kucing dan ikan je dulu...
ReplyDeleteberapa kali bela ikan asyik mati saje
ReplyDeleteidea bagi hadiah novel tu
bagus juga utk anak ati
tul tu, kalu novel tentu maknya bule tumpang sekaki
ReplyDelete"cemomoi punya komen tu...kasi markah penuh..hehehhe..Saya tak pernah setuju nak bela apa2 di rumah ni kak..kalau bela ikan sapa yg nak cuci akuarium nnti,ishh byk keja lain lg nak buat la..dulu pernah bela kucing sbb adik nak sgt..lps seminggu jer separuh mati dikerjakan adik...suruh abahnya gi buang kat pasar."
ReplyDeleteWa'alaikumsalam nurkass,
ReplyDeleteSayang mereka tu lain macam nur. Boleh mati dibuatnya. Sekejap masuk guli, sekejap masuk bunga-bunga plastik (papa dia belilah tu), sekejap ada batu. Lemas kakak tengok...
miloais,
ReplyDeleteOh... milo suka ye. Kakak salutelah milo. Kakak tak boleh rajin pulak bab-bab ini.
JunAina,
ReplyDeleteTengok ajelah Aina. Berapa lama mereka boleh tahan.
p/s: kakak tak boleh masuk blog Aina. Lama dah. Anyway will try again....
munna,
ReplyDeleteRajin abe munna ye. Kalau gitu tak apa munna, jangan selepas boring kita pulak nak kena buat.
Ati Masrif,
ReplyDeleteKakak dari dulu hadiah anak kalau tak jam tangan, novel. Dah beratus novel hingga ada yg terbeli 2 tak sedar.
cemomoi,
ReplyDeleteSebenarnya novel tak boleh habis. Kekadang yg dah 2-3 tahun boleh dibaca semula. Tumpang sekaki tu lumrahlah....
piasara,
ReplyDeleteKakak sebenarnya kurang minat. Kucing pulak kakak geli. Akuarium leceh. Dulu bela akhirnya bawa balik kampung. Kat kampung lepas tu entah kemana matilah agaknya...
panjang umur depa tu kalau dijaga dengan baik...semoga depa cepat besar dan cepat ke skolah...hahahahahahah!
ReplyDeletesalam k zakie,
ReplyDeleteklu my luvly bulus kt sana,
pasti depa kerumun akuarium tu.
memikir mcm mana nak capai iwak iwak tuh ...
As'salammualaikum kak ,
ReplyDeletepernah ada hobi yang sama masa anak dara dulu , tapi lepas dah kawen nie macam kureng sikit..hobi tue lebih kepada burung pulak hehe..
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
ReplyDelete//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf lama tak ziarah blog anda
janji mesti dikota.... nak wat camnerrr....
yupppp biasalahhhhh hobi tak leh nak cakap apa lahhhh.... kalau bela binatang ni mmg susahkan nak jaga nyawa tu...... but bagi aku insya Allah ianya sebenarnya elok untuk terapi minda tau.....
ikan tu boleh besar takat mana? kalau besar, boleh ler goreng.. hehe.. :D
ReplyDeleteassalam kakzakie..
ReplyDeletedirumah akak pun ada ikan..sayang sangat anak akak dengan ikan tu..boleh pulak ikan2 tu.mengambil makanan yang masih ada ditangan dia.
Salam kakzakie
ReplyDeleteDang pun suka bela binatang.
Kakzakie ni darah apa ya? Let me guess, let me guess! Hmm..Syarifah kot?
assalamualaikum kak zakie.....
ReplyDeletetentu ank2 kak Zakie suka sangat dpt hadiah kaaaan.
kat umah ummi dulu ada le pelihara nyawa2 kecil tu , tp lecehnya bila nk jalan2 @ balik kmpong , last2 kasi org jer...
(ummi dah masukkan doa tersebut)
salam kak zakie,
ReplyDeletememang leceh bela benda2 hidup ni. Kalau tuannya sibuk, kitalah yang nak kena belakan..
Uncle,
ReplyDeleteKakak rasa tak sempat ke tadika dah kojol dah uncle... Kalau kura-kura tu mungkin juga boleh sempat ke tadika.... Hehehe.....
Wa'alaikumsalam aby,
ReplyDeleteKalau luvly bulus ada confirm iwak-iwak kena masuk dalam perut dia. Tak pun dah tergolek balang tu dan disepak-sepak ikan tu jadi mainan.:)
Amy Syaquena,
ReplyDeleteOh.... amy ada bela burung ye. Entahlan amy kakak kurang minat dgn apa juga pet.
Afzainizam,
ReplyDeleteKakak rasa memang dah menjadi terapi minda mereka sekarang. Bila belajar letih tapi selepas bercakap dgn bendalah tu dia fresh balik.
Seksi Bani,
ReplyDeleteKena tunggu besar kalau kat pasar tak de ikan bolehlah kakak goreng, itupun kalau SB yg nak makan. Hahahaha....
Wa'alaikumsalam kak Erna,
ReplyDeleteMesti dah lama membela hingga ikan tu dah manja dgn anak-anak. Ini baru seminggu tak tahulah kak Erna....
Dang Tari,
ReplyDeleteDang membela binatang apa? Kalau bela ayam lagi berbaloi kan. Boleh sembelih.
Darah kakak darah O+. Hahaha.....
Wa'alaikumslam Ummi Humaira,
ReplyDeleteBukan lagi suka Ummi. Dia kata papa is the best in the world. Urut tangan dan kaki papa sebagai balasan.
p/s: Thanks for the doa. Kakak dah copy pun.
kakpah,
ReplyDeleteAlahai kakpah, kakak buat tak tahu je. Sekarang semua tengah rajin. Esok kalau malas kakak dah tahu mesti kena hantar kampung kumpul dlm akuarium besar kat sana. Kakak tunggu je....
masa bujang dulu member serumah ada bela ikan. balik kerja tgk ikan memang memberi ketenangan...sekarang ni balik kerja tgk anak-anak je dah cukup untuk ilangkan penat...;)
ReplyDeleteTeringat mak (68 tahun)yang tak minat akuarium, tapi bila balik menziarah semalam, dah ada akuarium besar di beranda...
ReplyDelete...demi melayan minat suaminya yang sudah semakin uzur, katanya.
As salam...
ReplyDeleteSaya dulu minat gak bela ikan hiasan..
Tapi x sampai hati sbb selalunya ikan2 tu mati..huhuh...Xde mase nak jaga btl2..
Skrg ni bela ikan puyu jer.Senang jaga,x payah bagi perhatian lebih :)
Sham...
ReplyDeleteTengok anak lebih selesa dan tenang kan sham.... Ikan tu penjagaannya leceh. Masa beberu memang rajin, kena sebulan-dua entah apa jadi.
ckLah,
ReplyDeleteKakak rasa kalau dah macam emak-ayah cikgu tu lain. Sebagai penenang sebab jauh dari anak-cucu. Lagi ustaz dah tak ada kerja lain biarlah dia bela ikan-ikan.
Wa'alaikumsalam cik Shinju,
ReplyDeleteKakak nama ikan pun tak tahu. Nanti kalau yg ini tak terjaga (atau mati) biar ganti ikan puyu macam cik shinju bela.
Cantik ke ikan puyu tu. Nak kena menggoogle nie...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebela ikan boleh jadi terapi tenang jer bile tgk iakan berenang2 :)
ReplyDeletesaya suke juge ikan puyu
kakzakie percaya tak, dang pernah bela itik peking tahun lepas,sebiji rupa Ningning Wonderpets. Namakan dodo. Punyalah manja. Tapi bila dah besar terpaksa hantar rumah bapa mertua sebab rumah dang rumah teres, jiran-jiran tak selesa. Tak sampai seminggu dodo di sana dang dapat tau dodo dah jadi lauk. Sedih sangat...
ReplyDeleteOppsss bukan Ningning tapi MingMing sebenarnya..hehe
ReplyDeleteCutenyer....
ReplyDeleteHotel ayam
assalamualaikum kak zakie
ReplyDeletelenggok tari si warna warni
bisa menenangkan hati
di teratak kami
pun ada pets ini
sebab datuknya nak beri
cucu-cucunya gembira hati.
salam kak zakie..mak suripun suka bela ikan..kat umah dia sekarang ni dia bela ikan kelah...cantik.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeletebuat apa tu?? dulu saya kan ada akuarium...then saya balik kampung..takde org jaga..kesian mati semuanya..macam nak nangis sebab jadik pembunuh
Peri PiA,
ReplyDeleteTenang melihat kalau ianya berkeadaan bersih dan cantik. Bila tak dibersihkan mata pun sakit...
Dang Tari,
ReplyDeleteBela itik kat taman tu memeng mengundang rasa tak senang jiran. Tapi sedap buat lauk itu memang pasti. Kat kampung kakak ada ayam-itik-angsa-turkey. Dah semakin membiak sekarang.
Miecyber,
ReplyDeleteCute mie.... tapi tak tahu sampai bila...:)
ummu,
ReplyDeletekalau cucu suka membela
mesti datuk memberinya
tak salah apalagi kalau suka
menjadi terapi minda katanya...
suri solehah,
ReplyDeleteKalau kat kampung akuarium besar mana pun ok. Rumah besar tapi kita rumah taman rasanya kalau bungalow ok gak ye....
IMANSHAH,
ReplyDeleteBesar nak goreng agaknya cikgu. Kura-kura tu tunggu dia bertelur nak biak satu kampung. Hehehe.....
Abang pernah kata nak beli ikan2 gak,,tp No takmo sbb nnt yg tukang cuci No jugaaaaak huhuhu..keje yg sedia ada ni pun dah tunggu shiff panjang..
ReplyDelete