Malam agak dingin kerana hujan baru saja berhenti. Titisannya masih ada lagi di dedaunan pokok mangga yang megah berdiri di tepi pagar kelas tuisyen anak. Aku keluar dari kereta memberi salam seorang wanita lebih separuh abad, yang aku kira sama seperti aku mahu mengambil anak yang akan keluar sebentar lagi.
Wanita itu: Pandai-pandai pun kalau akhirnya lupa pada kita tak guna dik.
Aku: Kenapa makcik kata gitu?
Wanita itu: Adik tahu tak makcik ada anak 10 orang. Yang makcik tunggu ni bukan anak tapi cucu. Ayah dialah satu-satunya anak yang masih ingat dan selalu balik menjenguk makcik.
Aku: Oh ye.
Perasaan bimbang nanti cerita menjadi umpatan aku tidak mahu bertanya lanjut. Namun dia masih mahu bercerita juga dan seakan-akan mahu melepaskan perasaan yang berbuku di hati. Akur dan tidak mahu membuatnya berkecil hati terpaksalah aku pasang telinga sambil angguk dan senyum. Penceritaan wanita itu benar-benar menagih airmata. Mujur tidak ada orang lain di waktu itu.
Suami telah meninggal dunia. Daripada 10 orang anak satu saja yang kurang berjaya bererti tidak sampai ke menara gading. Sembilan anaknya yang cemerlang tidak pernah lupa mengirim wang setiap bulan tetapi untuk menjenguknya hanya setahun sekali itupun pada hari Hari Raya. Balik pun hanya semalaman sahaja. Satu anak yang dikatakan kurang berjaya inilah yang sering menjenguknya. Sebab itulah dia selalu datang ke rumah anak ini. Anak yang tinggal diluar negera hendak mendail telefon keras jari katanya. Airmata luruh dipipi tetapi terus bercerita juga. Akibat terlalu berjaya semua susah hendak meninggalkan tugasan apa lagi yang tinggal di luar negara. Pernah dibawa ke sana tetapi sekadar duduk di dalam rumah menanti anak-menantu-cucu balik waktu petang.
Anak yang satu dan dikatakan kurang berjaya ini sebenarnya sahabat suami aku sebelah taman. Selalu bertemu di masjid. Sebab itulah aku bimbang mahu mendengar cerita yang mahu diluahkan. Walau kurang berjaya padanya, tapi pada kami dia juga berjaya kerana mempunyai syarikat kontraktor sendiri di samping kilang/kedai kecil menghasilkan 'frozen foods', air soya dan tauhu untuk pasaran berdekatan.
Mendengar cerita makcik itu malam tadi tidur kami berbicara tentang anak-anak. Hubby kata mesti ada silapnya yang tidak disedari atau memang Allah hendak menguji makcik tadi. Kenalah kita bersyukur jika ahli keluarga kita tidak seperti anak-anak makcik itu kerana kejayaan kita berpunca susah-payah orang tua kita yang celik ilmu. Bayangkan kalau mereka tidak pentingkan ilmu adakah kita akan berada seperti sekarang? Ilmu yang perlu buat anak-anak bukan sekadar untuk meraih kejayaan duniawi sahaja tetapi ukhrawi juga. Bukan juga tidak perlu mendidik anak-anak terlalu pandai seperti kata makcik itu. Kalau boleh tanggung-jawab dan ingatan terhadap ibu-bapa walau tidak banyak sekelumit pun jadilah ianya ada di sanubari. Wang bukan segala-galanya buat ibu-bapa kita.
Wanita itu: Pandai-pandai pun kalau akhirnya lupa pada kita tak guna dik.
Aku: Kenapa makcik kata gitu?
Wanita itu: Adik tahu tak makcik ada anak 10 orang. Yang makcik tunggu ni bukan anak tapi cucu. Ayah dialah satu-satunya anak yang masih ingat dan selalu balik menjenguk makcik.
Aku: Oh ye.
Perasaan bimbang nanti cerita menjadi umpatan aku tidak mahu bertanya lanjut. Namun dia masih mahu bercerita juga dan seakan-akan mahu melepaskan perasaan yang berbuku di hati. Akur dan tidak mahu membuatnya berkecil hati terpaksalah aku pasang telinga sambil angguk dan senyum. Penceritaan wanita itu benar-benar menagih airmata. Mujur tidak ada orang lain di waktu itu.
Suami telah meninggal dunia. Daripada 10 orang anak satu saja yang kurang berjaya bererti tidak sampai ke menara gading. Sembilan anaknya yang cemerlang tidak pernah lupa mengirim wang setiap bulan tetapi untuk menjenguknya hanya setahun sekali itupun pada hari Hari Raya. Balik pun hanya semalaman sahaja. Satu anak yang dikatakan kurang berjaya inilah yang sering menjenguknya. Sebab itulah dia selalu datang ke rumah anak ini. Anak yang tinggal diluar negera hendak mendail telefon keras jari katanya. Airmata luruh dipipi tetapi terus bercerita juga. Akibat terlalu berjaya semua susah hendak meninggalkan tugasan apa lagi yang tinggal di luar negara. Pernah dibawa ke sana tetapi sekadar duduk di dalam rumah menanti anak-menantu-cucu balik waktu petang.
Anak yang satu dan dikatakan kurang berjaya ini sebenarnya sahabat suami aku sebelah taman. Selalu bertemu di masjid. Sebab itulah aku bimbang mahu mendengar cerita yang mahu diluahkan. Walau kurang berjaya padanya, tapi pada kami dia juga berjaya kerana mempunyai syarikat kontraktor sendiri di samping kilang/kedai kecil menghasilkan 'frozen foods', air soya dan tauhu untuk pasaran berdekatan.
Mendengar cerita makcik itu malam tadi tidur kami berbicara tentang anak-anak. Hubby kata mesti ada silapnya yang tidak disedari atau memang Allah hendak menguji makcik tadi. Kenalah kita bersyukur jika ahli keluarga kita tidak seperti anak-anak makcik itu kerana kejayaan kita berpunca susah-payah orang tua kita yang celik ilmu. Bayangkan kalau mereka tidak pentingkan ilmu adakah kita akan berada seperti sekarang? Ilmu yang perlu buat anak-anak bukan sekadar untuk meraih kejayaan duniawi sahaja tetapi ukhrawi juga. Bukan juga tidak perlu mendidik anak-anak terlalu pandai seperti kata makcik itu. Kalau boleh tanggung-jawab dan ingatan terhadap ibu-bapa walau tidak banyak sekelumit pun jadilah ianya ada di sanubari. Wang bukan segala-galanya buat ibu-bapa kita.
~ Bapak..... tiba-tiba kakak teringat masa main bang-selebu (susun tapak tangan atas bantal), gelek-gelek telur (gengam ibujari dan susun menaik) , enjit-enjit semut (cubit belakang tangan sakit sikit tak kisah), sapu-sapu lengit (semua julur kaki), dan paling seronok bila pijak belakang bapak selepas habis mengaji, boleh joget-joget lagi. Kakak tak akan lupa sampai bila-bila. Buat bapak selamat Hari Bapa. Kakak sayang bapak ~
hmmm mlm tdi pas berjemaah maghrib dan baca yasin, semua anak2 pakat duk berdiri dan melompat belakang abah, abah biarkan aje, seronok tgk dia duk melayan anak2..alangkah seronoknya, terasa nikmat hidup sementara
ReplyDeletecerita yg penuh pengajaran..
ReplyDeleteterima kasih ka sudi kongsi..
sorang ibu boleh jaga 10 orang anak
tapi 10 orang anak belum tentu boleh jaga sorang ibu kan..huhu
Jom Terjah Sini :)
ibu menjaga sepuloh anak sampai berjaya walaupun ada satu @ dua yang ketinggalan.. anak sepuluh setakaat ibu seorang pun susah untuk dikenang pengorbanannya..
ReplyDeleteteringat satu tazkirah us.hasan din kat tv dulu..ibu bapa jangan pilih kasih..ada anak yg tidak berjaya entah yg tu akan selalu jaga kita...
ReplyDelete-seorg ibu boleh jaga sepuluh anak..tp belum pada anak..ingat diri sendiri yg jauh dr ibu bapa :-(
takut juga membaca ni..
ReplyDeletemasa depan kita tak tahu lagi
nak siapkan syahmi lebih kpd ilmu
agama...nakkan jadi ustaz ..amin
SALAM,
ReplyDeleteSEMOGA ANAK2 KITA TIDAK SEDEMKIAN ! PADA 2 JULAI 2011 INI JAM 10 -11 PAGI DI MUSOLAH EHSAN JALAN3/6F,BBB, LF ADA MENJEMPUT IMAM MUDA ASYRAF UNTUK BERTEMU DGN ANAK2, MENANTU DAN IBU BAPA. LF MEMINTA IM ASYRAF BERCAKAP TERUS KPD ANAK2 TENTANG ISU INI. SILA DATANG DAN JEMPUT SAMA ANAK2
benar le kata orang, "ibu bole jaga 10 anak, tapi 10 anak belum tentu dapat jaga ibu seorang..." moga kita tak diuji begitu.
ReplyDeletetapi pnah gak pesan dengan orang rumah, "jangan la sedih kalo kita dah tua esok dihantar ke rumah orang tua-tua, sebab kecik dorang kita hantar ke nurseri... cuma jangan dorang tak jemput time petang macamana kita jemput sudah laaaa..."
errr game yang last tu dah banyak yang tak ingat lagu dia
janji Allah harta dan anak2 adalah ujian buat umat manusia...
ReplyDeletekak zakie...
seronok dengar pengalaman bergurau senda dengan ayah tapi aina kehilangan kasih ayah pada usia 2 tahun...
thanks kak... satu coretan yg amat baik...
ReplyDeletehidup kita di masa depan tak tau lagi macam mana...
mungkin hari ni... kita rasa dah baik sangat dan dah cukup apa yg kita ajarkan pada anak2.. dan apa yg mereka pelajari disekolah @ mana2 institusi pengajian...
tapi hanya tuhan saja yg tahu kan???
moga2 dijauhkan Allah kejadian macam tu... hancur luluh hati mak-ayah bila anak2 buat hal macam tuh!
Setiap kali sebut pasal bapak - pasti airmata ini akan luruh juga. :(
ReplyDeleteASSALAM KAK..
ReplyDeleteSATU PENGAJARAN UTK SY DAN YG LAIN2..
DALAM MENDIDIK ANAK2..SESUNGGUHNYA SY AMAT TAKUT SEKIRANYA TERSALAH MEMBERI PENDIDIKAN...
SRONOK BILA TERINGAT PERMAINAN DOLU2..TAPI SEDIH & SEBAK BILA TERKENANG ARWAH ABAH..
betul kan kak..
ReplyDeletetak nak nati kita senasib mak cik itu..
kita harap anak2 kita nati selalu menjenguk kita..saat berada pada usia emas..bukn wang ringgit banyak kita perlukan..sekadar hrpkn perhatian dan kasih sayang dr anak2..atau cucu2..
huhu...tersentuh hati ni...
ReplyDeleteibubapa tiada galang gantinya..
ReplyDeletekenangan bersama arwah ayah takkan pernah dilupakan..kini ibu menjadi tempat gurauan dan ibulah segala2galanya buat kami adik beradik..
Mungkin makcik itu sudah mendidik anaknya dgn sesempurna mungkin, cuma ini ujian Allah..ataupun mungkin juga ini balasan ke atas perbuatannya dulu...Cerita ini saya jadikan iktibar kak..terima kasih berkongsi..
ReplyDeleteinsaf sy kak..ini rasa macam nak cari kerja di perlis..tp apakan daya rezeki sy di sini...tetibe nak nanges baca entri nie..
ReplyDeleteselamat hari bapa kepada abah sy..
Hmm..lagi kisah anak dan ibu@orangtua yg menyentuh hati. Esok masa depan kita tah bagaimana pula... Sesungguhnya HANYA ALLAH tempat pergantungan. Sandaran terhadap manusia baik suami mahupun anak sesuatu yg belum pasti..
ReplyDeletesalam kak...
ReplyDeletecerita akak ni banyak pengajarannya. Kita tak tahu kan apa yang akan berlaku masa depan, apa2 pun sentiasa berdoa yang terbaik untuk anak2. Moga mereka tak lupa pada orang tua bila dah berjaya nanti...
Salam akak..
ReplyDeleteAkak..memang sedih dengar cerita tu akak...semoga anak2 kita akan sentiasa ingatkan kita...
Akak..saya Walid dah meninggal...jadi saya ambik emak tinggal dengan saya..sayakan anak bongsu...nasib dia mahu...sebab sayangkan cucunya...semua anak2 tinggal dgn dia bila saya keja sbb dia tak kasi org jaga..tapi semua kerja rumah saya lakukan sendiri......biarpun saya penat tak apa, yg ptg saya gembira...syukur..sejak emak tinggal bersama..rezeki makin murah kak...itulah berkat emak ...lagipun kita hanya ada seorg emakkan...
sedih bila dengar cerita makcik tu...
ReplyDeletesemoga anak2 kita tidak lupakan kita bila mereka semua sudah berjaya.
kadang2 bukan wang ringgit yang mak ayah mahukan, tapi datang menjenguk mereka tiap2 bulan sudah cukup bermakna buat mereka...
Dunia dah akhir zaman...
ReplyDeleteSemakin moden kehidupan semakin renggang hubungan ibubapa dan anak..
Masing2 kejar dunia..Dah mcm omputih plak..sok2 ade yg saman parents sendiri...
assalamualaikum kak...
ReplyDeletekasih ayah..sangat sejati..walau tak mampu nak beri sesuatu kpd anaknya, akan berusaha juga utk mendapatkannya..satu coretan yang bagus....
kita sebagai ibu bapa kena adil dgn anak2 tak kira mereka berjaya dlm hidup atau tidak...sakit demam kita nanti belum tentu siapa di antara mereka yg lebih ambil tahu, siapa yg sentiasa menjaga kita..
ReplyDeletekasih syg biarlah sama rata.
seorg ibu boleh jaga 10 anak..tapi 10 org anak belom tentu jaga seorg ibu..betul kata org dulu2
ReplyDeletekakzakie,
ReplyDeletemmglah hancur luluh hati kita bila anak2 buat kita mcm tu..tp kita juga kena selalu bersyukur setidak2nya walau anak2 tinggalkan kita..Allah tetap ada dgn kita
berat mata memandang,berat lg bahu memikul..selalu berdoa agar anak2 ingat Allah ingat ibubapa..Ameen
Terima kasih Kak kerana kongsikan cerita mcmni.. Byk pengajaran sebenarnya :)
ReplyDeleteermm..semoga tak terjadi pada anak2 kita yer kakak..kisah mcm ni byk dah berlaku dan semoga menjadi iktibar buat anak2
ReplyDeletekalau tak kerana usaha dan pengorbanan mak dan ayah kita, kita takkan berjaya seperti hari ini..
p/s : kakak, jom berbalas pantun di hari jumaat :)
menarik cerita akak ni..mesti makcik tu nak lepaskan dan luahkan apa yg dia pendam agaknya selama ni.
ReplyDeleteanak2 jgn lupakan jasa ibu bapa,jgn berkira berapa peruntukan untuk mereka,sbb memang takkan kurang bila kita memberi malahan insyaAllah bertambah...sbb mak ayah tak pernah berkira dgn kita sepanjan besarkan kita...
Assalamualaikum Kakzakie,
ReplyDeleteMemang sedih nasib ibu itu.
Tapi sebagai ibu kita sentiasa doakan semoga anak-anak kita berjaya, menjadi anak yang sholeh/solehah dan sayang serta ingat pada kita ibubapanya.
Andainya anak ini terlepas pandang tentang tidak keperihatinan mereka kepada kita, berdoalah semoga Allah membuka hati mereka.
Berjaya dalam hidup bukan bererti berjaya dalam pelajaran saja, ada orang tidak berapa berjaya dalam pelajaran tapi kaya raya kerana bila dia sedar pelajarannya tidak tinggi, dia berusaha keras cara lain untuk mendapat rezeki yang halal dari Allah.
Doa kita perlu untuk anak-anak kita.
@ ajumohit: Saat paling membahagiakan dapat main pijak-pijak belakang abah. Macam kakak dululah aju. Seronok bila teringat:)
ReplyDelete@ Efa Nur: Moga kita jadi macam yg satu anak makcik itu. Membahagiakan org tua sendiri tak rugi mana pun.
@ Ratu Kebaya: Apalah nasib makcik itu kan. Nasib ada satu lagi dapat digantungkan kasihnya
@ suri solehah: Sebab itulah suri kita sesama adik-beradik pun mesti saling berhubung supaya org tua tidak terpinggir. Sekurang-kurangnya kalau satu tak dapat balik ada lagi 2-3 yg balik. Buatlah giliran adik-beradik kena sepakat jaga org tua sama-sama....
ReplyDelete@ Ati Masrif: Insya-Allah Ati kalau betul kena juruskan dari sekarang. Tanamkan minat padanya sedari sekarang.
@ LUAHFIKIRAN: Alhamdulillah satu pendekatan yg baik. Kakak duduk di JBlah Dato'. Moga teman-teman lain yg duduk di sana dapat info ini. Amat baik sebagai pencerahan
@ cemomoi: Anak kita melihat apa yg kita lakukan sekarang. Insya-Allah kalau ilmu agama telah ditanamkan dan kita lakukan yg baik pada ibu-bapa dia nampak.Selainnya kita serah pada Allah.
ReplyDelete@ JunAIna: Ujian itulah yg menduga kita.....
Main dgn org-tua kita sampai bila-bila tak boleh lupa Aina.
@ miloais: Kenalah kita selalu berdoa moga anak-anak menjadi manusia yg membahagiakan dan punya ilmu dunia dan akhirat
selamat hari bapak... saye cadang nak recycle satu entry kat blog lama masuk ke blog baru pasal bapak tersayang la... ok x kak?
ReplyDeleteHARAp2 ank cik scya mse depan nt terpelihara (':
ReplyDelete@ kakcik: Kakak maklum benar kakcik. Segalanya terbayang diruang mata
ReplyDelete@ Syarifah Nadzarah: Kemampuan kita amat terhad. Namun sebagai manusia kita tetap mahu yg terbaik utk anak-anak kita kan SN...
...main zaman anak-anak mana tahu susahnya orgtua kita mencari nafkah
@ Sarah-Najwan: Rasanya siapa pun tak mahu nasib macam makcik itu. Kalau boleh mahu anak kita pun macam kita juga kan cikgu...
@ Mrs Eady: Terharu sebab kita punya rasa sebagai ibu juga
ReplyDelete@ Nurkass: Sentiasa titip doa padanya Kass. Untuk ibu yg ada jagalah dia sebaik yg kita mampu
@ Daddy Ziyyad: Sejarah dia tidak pula diceritakan namun seharusnya sebagai ibu kenalah dia berdoa agar pintu hati anak dibuka untuk kembali kepangkal jalan.
@ Lalink7: Walau jauh Husz, talian telefon kan ke ada call dia selalu. Berapa ringgit sangatlah. Kalau tak dapat balik bulan ini suruh abang/kakak lain jenguk mereka. Yang penting janagn sampai dia merindui anak-anak. Kesianlah...
salam. harap2 anak2 yang 7 org ni akan mengenang kedua ibu bapa mereka kelak.
ReplyDeletetak mengharapkan duit mereka tapi sekadar menghargainya.....
Ya Allah, jadikan anak2ku di kalangan anak yang solih... Amin....
@ Ann Huda: Benar sandaran pada manusia terlalu rapuh. Namun sebagai manusia hati amat susah utk ditipu. Kasih tertumpah sukar utk dilupakan. Allah tetap tempat utk kita pasrah
ReplyDelete@ Yus: Itulah saja kemampuan kita. Setelah berusaha memberi kenalah kita berdoa. Betul tu...
@ Azi: Untunglah Azi masih punya ibu utk disandarkan kasih dan sayang. Kalau itu yg menggembirakan ianya jalan terbaik. Syukur rezeki berkat doa ibu juga Azi...
@ My Little Diary: Benar Rima macik itu kata duit pencen arwah suaminya lebih dari cukup. Dia rindu riuh-rendah suara anak-anak katanya.
ReplyDelete@ Cik Shinju: Kakak gerun bila fikir mahu hidup cara org putih Yun. Kalau boleh janganlah pada keluarga kita Yun...
@ Sahromnasrudin: Mana ada bapa sanggup melihat anak susah dan menderita? Bermati-matian hingga ada yg terkorban pun ada demi mencari nafkah. (cerita nelayan yg terkorban dulu). Sedih kan...
@ hani@debumelukut: Benar cikgu. Belum tentu yg ditatang itu yg menatang kita kelak. Oleh itu curahkan kasih seadil-adilnya.
ReplyDelete@ chichi: Itulah makcik itu kata malam itu
@ anitaare: Sekurang-kurangnya dia lega menceritakan apa yg terbuku walau kakak tak kenal yg 9 lagi anaknya.
SEMOGA KITA BERJAYA MENDIDIK ANAK2 KITA SEPERTIMANA IBU DAN AYAH KITA MENDIDIK KITA....
ReplyDelete@ wa khairul onggon: Melihat airmata makcik itu sudh cukup melihat walau sekadar rindu anak-anak cukup ianya mengguris hati tuanya
ReplyDelete@ makdara TERdiva: Benar cerita drama itu ada yg benar dan ada depan mata kita
Kita berusaha didik anak kita untuk cemeralng dunia & akhirat ye MDT.
p/s: pantun dah buat :)
@ ~izan~: Boleh pulak dia cerit pada kakak hal dia. Mungkin dah lama terpendam.
Kalau nak hitung jasa ibu-bapa kita tak terkira izan. Mana nak banding zaman sekarang yg lebih mudah mencari rezeki berbanding dulu.
@ Kunang-Kunang: Benar Kak Ani sebagai ibu kenalah berdoa sentiasa moga dgn itu akan ada perubahan pada anak yg lupa. Doa ibu tiada tirai lantas jangan sekali-kali doa yg tak baik pada anak-anak.
ReplyDelete@ JARI YG TERBARAI: Kakak belum baca yg lama mestilah no problem. Enen yg dah baca pun mesti suka kalau ianya ada pengisian yg cantik. Silakan JYT....kakak tunggu:D
@ Scya Lollita: Mohon padaNya ya cik Sya anak-anak menjadi yg terbaik
@ Hajah Nafisah Hj Mohd Nor: Bukan duit mereka yg diharapkan kerana ibu-bapa sekarang bukan org susah lagi, tapi kasih dan sayang dari anak-anak yg diharapkan.
ReplyDelete@ munna: Insya-Allah munna kalau kita praktikkan sebagimana yg telah kita terima dulu anak kita pun boleh menerima cara kita.
assalamualaikum kak. :)
ReplyDeletehmm. macam kata husband akak. mungkin ada salah silapnya sebelum ni an Allah memang sengaja nak uji makcik tu.
teringat satu dialog drama:
"tidak perlu balasan atas apa yang dah dikorbankan oleh ibu bapa untuk menjadikan anak berjaya, tetapi cukuplah sedikit perkongsian atas kejayaan yang diraih."
thanks for sharing kak :)
sedih lak baca...
ReplyDeleteiaya la..ilmu yang kita dapat sekarang adalah hasil titik peluh ibu bapa kita...tetiba teringat mama n abah...T_T
sedihnya :( tak mau jadi macam tu..
ReplyDeleteminta dijauhkan dengan perkara sebegini kak...
ReplyDeleterasa takut kalau betul2 terjadi kat diri sendiri
kakzakie..acik hanya ada kenangan..kedua orang tu dah meninggal dunia..
ReplyDeletemacam dalam drama tb..tp betul2 berlaku di masyarakat kita ..tq utk pengajaran
ReplyDelete=)
Terkesan dengan perenggan akhir.. :(
ReplyDeletep/s rindu kat arwah abah..
hampir setiap hari saya jumpa orang yang datang mengadu di pejabat, cerita yang sama dengan makcik nih. semoga saya menjadi anak yang taat kepada ibu saya.
ReplyDeletetak boleh nak ucapkan selamat hari bapa kerana sudah meninggalkan kami semua 17 tahun lampau, namun hanya doa dan bacaan suci ayat Al-Qur'an akan saya kirimkan.....
gitulah bila dh berjaya kerjaya pula hebat pastilah sikit-sebanyak ibu bapa tua dilupa..kengkadang bukan dilupa tp sibuk sgt..dan bg sy kejayaan seseorg x sepatut dinilai berjaya atau tidak ke menara gading..ank yg dianggap kurang berjaya tu sebenarnyalah yg berjaya kerana punya kebijaksanaan membangunkan hidupnya sendiri walau tanpa sebarang kelayakan akademik..dan berjaya menggembirakan hati ibu lantaran sentiasa ada masa menjenguknya..
ReplyDeleteramai blogger yang dah wish hari bapa. saya je lom nak citer kesah saya dan ayah saya lagik...
ReplyDeletePasti ada hikmah di sebaliknya...
ReplyDeleteFasa Gerhana Bulan
Allah menguji dikala susah dan juga dikala senang...dikala anak ramai dan dikala tak ada anak juga...itu semua ujian dan dugaan dlm kehidupan kita...semoga kita beringat selalu akan ibu bapa...saya hanya ada ibu saja tapi walaupun jauh setiap 2-3 hari mesti teringat nk call....btw tq sharing kak:)
ReplyDeleteSalam, Andai sekarang kita berkata pada sianak," Ibu bagi makan cukup, apa korang nak kami tak pernah halang tapi korang asyik melawan je.." Mungkinkah satu hari nanti anak pula berkata, " Along dah bagi makan, antar mak pergi klinik bila mak sakit, jaga makan minum mak, mak janganlah membebel.. dudukla rumah along ni elok-elok"..
ReplyDeleteBANYAK TERJADI KES SEPERTI INI... yang kurang berjaya @ pun yang kurang disayangi masa kecil... selalunya, merekala yang akan menjaga ibu dan ayah... sebab tu mak selalu pesan kalau ada anak nanti jgn beza2kan.. dan yang berjaya plak kadangkala lupa diri...
ReplyDeleteramai dah saya lihat anak lupakan mak.
ReplyDeletetapi masih ramai yg saya lihat anak ingat kat mak dan selalu jenguk mak. moga Allah memelihara kita
"risau mengenangkan nasib bila tua nanti dan anak2 pula dah besar dan berjaya..macamana gamaknya,harap semuanya indah belaka.."
ReplyDeleteteresak2 ayu baca pengalaman ibu itu..
ReplyDeletesangat2 sedih..
kak.......
harapan ayu satu hari akan berubah.....
As-Salam KAKZAKIE
ReplyDeleteYang namanya ayahbonda, nampaknya akan sentiasa bimbang. Kuatir kalau anak-anak gagal. Kuatir juga sekalipun mereka berjaya. Sebab ayahbonda takut kesemuanya tak mampu menangani 'ujian', bila gagal atau bila berjaya.
apa kesudahannya hidup kita nnt kita tak tahu kan kak.. yg penting kita berikan yg terbaik utk anak2 kita semampu yg kita boleh.. sambil tu terus berbakti utk ibu bapa kita.. InsyaAllah.. ada rezeki, anak2 kita pula berbuat demikian dgn kita.. jika tidak, mungkin itu juga reseki utk kita utk terus bersabar dgn ujiannya..
ReplyDeleteSalam Kak Zakie ya allah sedihnya saya baca, tergamak ye anak2 dia buat macam tu, nauzubillah... takpe allah maha adil, itulah betul juga cakap suami akak tu, mmg Allah nak uji atau ada kesilapannya waktu lalu... anak yang selalu jenguk tu berjaya je, siap ada bisnes sendiri berkat ibu bapa... kalau ibu bapa redha apa yang kita buat pun akan menjadi berkat... insyaAllah
ReplyDeletesandiwara hidup yg tiada titik penamat....
ReplyDeletesalam kak..sedih lak baca ni...moga saya ni tak lupa kalau dah berjaya..takut juga Allah uji kita dengan harta sampai kita lupa asal usul kita...mogaALlah merahmati ibu bapa semua =)
ReplyDeleteNauzubillah...takutnya kak zakie, jangan lah sebab kerja, sebab berjauhan dengan ibu bapa terus lupakan mereka di kampung....
ReplyDeleteapa pun yang berlaku, mesti ada sebab musababnya jugak tu..kan kak? adalah hikmahnya tu...mungkin Allah nak sedarkan beliau mungkin tersalah didik anak dia. Diberi ilmu duniawi, tp tidak diberi ilmu ukhrawi..
Allahualam..
salam k zakie,
ReplyDeletewhat goes around comes around ..
gitu la kehidupan,
sekarang mereka abaikan ibu bapa mereka, nanti tk mustahil klu anak2 mereka abaikan mereka pula ...
wktu tu baru sedar perbuatan salah nya yg lampau ..
hidup tk lama ..
pejam celik sampaila putaran nya ..
@ sar: Kejayaan sudah diraih namun ada sedikit kekesalan di hati ibu pun rasanya tidak baik juga kerana mendidik anak adalah tanggungjawab sebagai ibu-bapa.
ReplyDelete@ HoneyBunny: Itulah dik kenalah kita ingat apa yg kita perolehi adalah hasil dari pengorbanan mereka
@ NOOR FATIN: Baguslah Fatin... tanamkan sifat ingat dan kasih pada org tua kita sampai bila-bila
ReplyDelete@ MamaEma: Sebelum terjadi kenlah kita beringat. Anak kita melihat apa yg kita lakukan. Insya-Allah kalau kita tidak begitu pada ibu-bapa kita anak kita pun sama juga
@ Achik Erna: Beruntung jika yg ditinggalkan anak yg soleh/solehah kan Acik. Moga kita tergolong dalam golongan yg ini
ReplyDelete@ OmbakBaik: Inilah drama kehidupan realiti. Kalau tengok makcik itu macam tak bermasalah tapi bila berbual tetiba boleh keluar cerita itu.
@ Penjejak Mimpi: Sedekahkan apa yg patutu pada arwah yg telah pergi PM. Itulah cara terbaik
ReplyDelete@ Eelobor: Insya-Allah boleh Ee... Mama masih ada jadi gunakan peluang ini utk terus melakukan apa yg membuatnya gembira.
Doa buat Abah EE selalu. Itulah yg terbaik.
@ Rina AVAIL: Betul Rina. Bukan bermakna kerana menggengam segulung ijazah/PhD ianya dikatakan telah berjaya kalau kehidupan kocar-kacir. Lihatlah ada yg sekolah tkat SPM tetapi mampu membina empayar perniagaan dan mendidik keluarga hingga cemeralng dunia/akhirat
ReplyDelete@ NM02: Masih ada masa lagi buat kita. Lagi pun kasih padanya perlu sepanjang masa
@ Miecyber: Benar Mie. Membuka mata kakak juga.
ReplyDelete@ Nieza: Alhamdulillah moga Nieza menjadi anak yg soleheh. Ingat ibu sudah terlalu gembira apabila dapat mendengar suara kita.
@ Che Mid: Pertuturan sebagai ibu-bapa sebab itu sangat perlu berhati-hati. Doa ibu tiada tabir pemisah. Oleh itu sebelum terjadi baik kita beringat
ReplyDelete@ dwaty: Hal inilah yg terjadi pada makcik itu dwaty. Mungkin kerana dia kurang berjaya jadi dialah yg selalu ada dirumah. Lainnya belajar keluar duduk jauh. Last bila anak ini menikah, dia tiada teman. Lalu anak inilah juga yg sering berulang-alik menjenguknya.
@ Mak Su: Kakak rasa yg lupa mak-ayah tak ramai banding yg ingat. Tapi yg sedikit ini rasa terkesan di hati kita
ReplyDelete@ Piasara: Kemampuan kita sebagai ibu-bapa adalah menjalankan tanggungjawab dan berdoa moga anak kita menajdi yg terbaik dunia & akhirat kan Pia. Selainnya kita searah pada Allah
@ Citarasa Rinduan: Ayu... makcik itu dekat sangat dengan tempat kita. Kesiankan...
ReplyDelete@ Temuk: Benar cikgu. Kalau boleh biarlah berjaya semuanya tapi naluri kebimbangan selalu menghantui bila melihat ada yg "gagal".
@ Hanis Azla: Pegangan kakak pun sama. Kita jalankan tanggung-jawab kita pada anak dan ibu-bapa kita yg terbaik. Kena ada keyakinan yg Allah maha adil.
ReplyDelete@ Hanis MY: Ujian Allah tidak kita ketahui samada ianya adalah kaffarah atas apa kesilapan kita. Susah-senang juga bukan bergantung pada kejayaan dari segi pelajaran. Benar anak yg jaga dia pada kami juga telah berjaya dlm hidup.
@ Queenie: Selagi hidup kenalh melihat sandiwara ini
ReplyDelete@ Mohamadazhan: Alhamdulillah dik.. ingatlah bahawa kita berjaya berkat doa dan susah-payah mak-ayah juga. Moga kita dikuatkan iman
@ Afida Anuar: Apa yg Fida cakap macamlah apa yg hubby kakak cakap. Kenalah muhasabah diri mendekatkan diri pada Allah dan tak boleh ungkit apa yg telah diberi pada anak. Berdoa moga anak kembali kepangkal jalan itu yg terbaik.
ReplyDelete@ aby: Benar aby. Banyak yg kini berlaku putarannya kembali terlalu cepat. Sebelum mati lagi "cash" telah diterima kembali. Moga jadi ingatan pada kita
Semoga jalinan kasih sayang kita dengan bapa kita tidak akan putus...meski nyawa telah berpisah dari badan.
ReplyDeleteYa Allah, semoga kita tidak jadi anak yang lupa diri dan semoga anak2 kitapun sentiasa ingat dan berbakti kpd kita apabila kita tua nanti....
ReplyDeleteAssalamualaikum kak zakie,
ReplyDeleteJangan risau kak, Allah SWT akan bagi yang terbaek pada hambanya. Kita dah mendidik anak kita dari kecil ngan penuh kasih sayang dan tanggungjawab, jika satu hari dia tak ingat semua tu janganlah rasa putus asa.Insyaallah semoga anak-anak kita semua menyayangi kita sampai bila-bila. Bukan harta yang kita pinta dari mereka,hanya secebis kasih sayang.
salam kak,
ReplyDeletekemana hari ni :)
touchingnya kak , minta di jauhkan la macam tue..
ReplyDeleteSedih kak Zai baca,teringat seorang kawan hubby yang punya 4 orang anak semua tinggal diluar negara salah seorang doktor pakar tapi ayah dibiarkan bersaorangan cuma bekas menantu yang mengambil berat tentang hidupnya.
ReplyDeletedaripada 10,sorang je yg selalu balik jenguk...hmmm...yg lain tuh x sedar ke or buat2 x sedar...
ReplyDeleteSedihnya bila selesai membaca kisah ni.. Terima kasih kak atas peringatan.. Semoga kita semua sentiasa laksanakan tanggungjawab pada kedua2 ibu bapa hingga akhir hayat.
ReplyDeletetetiba plk rse sayu hati bc entry ni.. :(
ReplyDeletealhamdulillah, kerja guru ni banyak juga cuti, sempat menjengah ibu dan ayah..kalau cuti sebulan, sebulan lah di kampung
ReplyDeleteteramat sedih cerita itu...kita hanya mampu berdoa agar yang terbaik untuk anak2...selebihnya berserah
ReplyDelete@ckLah: Bentul cikgu jalinan antara ibu-bapa dan anak tidak seharusnya terpisah apabila merka tleh pergi.
ReplyDelete@ Tiraihati: Aminnn.... mudah-mudahan kita tidak seperti 9 anak makcik itu
@ Cik Ina DDC: Semoga doa-doa kitqa dan keikhlasan kita mendidik anak-anak dapat dinilai oleh anak kita dengan sebaik-baiknya. Mohon kasih berpanjangan
ReplyDelete@ Ati masrif: Kakak balik kg Batu Pahat, selain berkunjung majlis pengantin staff hubby
@ Amy Syaquena: Memang touching Amy. Sedih mengenang nasib makcik itu. Silapnya kita tak tahu...
ReplyDelete@ Zaitun: Macam-macam manusia ye Kak Zai. Macam tak ada perasaan dalam hati. Tak boleh memabayangkan kalau terjadi pada diri sendiri agaknya. Nak kata tak pandai dah menjawat jawatan tinggi...
@ Papa Mifz: Kalau yg lelaki kakak tak hairan sangat tapi yg perempuan bagaimana agaknya perasaan dia yg dah jadi ibu ye. Kakak pun susah nak tafsir.
ReplyDelete@ Nur-mba: Insya-Allah Nur kita buat yg terbaik pada anak-anak kita dan kita juga tunjukkan pada mereka yg datuk-nenek mereka itu adalah ibu-bapa yg kita kasihi agar mereka belajar dari apa yg kita lakukan pad org tua kita.
sedih bila baca perihal anak-anak yang tidak ingatkan ibu bapa. Walau sesibuk mana pun, datanglah menjenguk. Bukan harta yang dipinta...
ReplyDelete@ Ummi Alesya Sofya: Kita dan menjadi ibu dapat rasak itu yg sayu
ReplyDelete@ IMANSHAH: Lagipun cikgu masih bujang mudah utk selalu menjenguk mereka cikgu. Gunakan peluang yg ada cikgu
@ SUD@IS: Benar kemampuan kita hanya berdoa. Allah juga tempat berserah.
kak zakie, harap2 anak2 generasi baru ni tak lah lupakan ibubapanya..juga mengingati diri saya juga....buat masa nie belum berkahwin dan masih duduk bersama ibu bapa..
ReplyDelete