Hati resah dan tidak tenteram. Jejari menari atas keyboard tetapi fikiran melayang memikirkan adik yang sepatutnya cuti sekolah tetapi enggan. Baru beberapa hari sekolah malu hendak cuti katanya. Tambahan pula pernah terjadi pada kawannya jawatan sebagai penolong kelas dilucut gara-gara selalu cuti. Itu yang paling dia takut dan malu. Dia ingat cikgu dia tidak faham agaknya. Sebelum pergi ke sekolah aku siap berpesan pada si kakak untuk tengokkan adik.
Perkarangan MBJB - Masa hari terakhir sekolah ke JB singgah di MBJB ambil gambar untuk keperluan kakak yang sulung buat kertas kerja sejarah dia. Masa itu memang gerimis.
EON - Singgah di Eon tengok-tengok kereta. Masih boleh bergaya dengan kereta Inspira. Dia suka warna merah. Waktu itu kena lagi gerimis. Suruh pakai topi papa dia enggan.
Maghrib - Ketika membaca Yaasin boleh lagi membaca hingga ke ayat akhir. Tapi ketika Papa-mama-kakak berzikir dia sudah mula terbaring dan terus lena. Papa angkat buka telekung rasa badan adik panas. Demam dia.....
Klinik - Hantar ke klinik sudah tidak larat. Sementara menanti ubat diberikan dia boleh tertidur di riba Mak Zah dia.
Ubat - Itu dia ubat yang doktor bagi buat adik. Mula-mula doktor hendak beri pil tapi adik tidak pandai telan pil. Jadi ganti ubat sirap, mudah untuknya menelan.
Bila anak tidak sihat kita pun bagaikan tidak sihat. Minda tidak sihat. Tidur malam tadi pintu bilik mereka aku tidak benarkan berkunci agar mudah untuk aku keluar-masuk. Bila sudah lena aku tutup air-conditioner. Tidur seorang mama tidak lena walau dia kelihatannya lena penangan ubat yang diberi. Harap hari ini bertambah sihat hendaknya.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteDemam...sebagai tanda dan 'arahan' Allah agar berhati-hati dan berpada-pada melakukan sesuatu. Pada adik, rajin-rajin makan ubat dan moga cepat sembuh.
kesian adik~~cepat baik tahu~~akak pun jaga kesihatan~~nanti kalau semua demam sapa nak jaga?he~~
ReplyDeleteskrg musim demam kan kak, kpd adik semoga cepat sihat ya, bagusnya komited nk gi skolah
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteSesekali demam mengingatkan kita bahawa kita tak punya kuasa apa-apa melainkan pertolongan dan bantuan Allah Taala..
Moga dia cepat sembuh..amin
kesian si adik...tp semangat lagi nak sekolah...
ReplyDeletesemoga adik cepat sembuh...mmg anak2 sakit hati ibu susah hati.. cuaca tak menentu ni memang mcm2 penyakit datang...
akak jgn smpai tak cukup rest plak kak,nnt akak plak tak sihat..semoga semuanya kembali pulih..Amin...
Memang takkan tenang hati seorang ibu bila anaknya tidak sihat. Begitu juga dengan kakcik, jangankan si Adik, kalau Along tak sihat pun hati kakcik sangat resah.
ReplyDeletesalam kak zakie..
ReplyDeleteitulah naluri seorang ibukan..
pesanan buat adik,
semoga tabah dan kuat utk menempuhi ujian allah..sesungguhnya org yg di beri ujian ini adalah istimewa disisinya tak kiralah ujian itu besar ataupun kecil..
as salam n selamat pagi kak zakie...
ReplyDeletemmg begitulah lumrahnya menjadi ibu...bila anak2 demam/sakit hati ni mmg gundah gulana sentiasa.....
sama mcm anak2 lia...ssh nak di suruh cuti sekolah w'pun demam...
mudah2an adik cepat sihat yer....
salam kak,
ReplyDeleteibu pun kena jaga diri jugak...nanti ibu lara, anak lagi cempegha..hihi
Untuk mu adik ,
ucu harap adik semakin sembuh hari ini...biarlah adik rest hari ni, makan ubat dan dok kat rumah jer..InsyaALLAH nanti bagi surat MC kat cikgu..adik tak ke sekolah bersebab la cikgu...jgnla lucutkan apa2 jawatan adik tu...bleh kan dik..jaga diri, minta pada ALLAH kesembuhan jua dan x tinggal solat yer.
Wasalam
ala siannya...semoga cepat sembuh ye adik.. :)
ReplyDeleteSalam akak...
ReplyDeleteAkak..naluri seorang ibu macam tulah ..berjiwa penyayang dan sentiasa bimbangkan mereka......Bagus anak akak...bersemangat dia nak kesekolah...saya pun dulu Aishaa demam...saya tak bagi pegi sekolah..dia nak pegi jugak...last2cikgu hantar balik .
salam kak..
ReplyDeletemoga adik cepat sembuh.. mungkin dia tak tahan kena gerimis tu...
kalau anak2 sakit,kita pun serba tak kena kan..itulah naluri seorang ibu kan
ReplyDelete"semoga adik cepat sembuh dan dapat ke sekolah dan ceria macam selalu.."
ReplyDeletecian adik...get well soon k!
ReplyDeletep/s:jemput JOIN giveaway nie
http://noremyrahmat.blogspot.com/2011/06/1st-giveaway-princess-house.html
alahai kesiannyer...
ReplyDeletekesian nyer si adik kak...
ReplyDeletegara2 kene gerimis ye trs dmm... tp dmm2 pun nk sekolah gk, nmpak sgt bukan budak yg suke ponteng sekolah ni kak.. semangatnyer kuat
tp sian tgk dia melepek masa kt klinik tuh... mmg tak lrt sgt...
walau saya tak pnh ada anak lg tp selalu teringat masa kecik2 kalu saya dmm, mak msti tak blh tdo sbb saya suke merengek2... sdangkan adik2 lain sume masa dmm ckup senang d jaga...
assalamualaikum kak :)
ReplyDeleteteringat pulak dulu zaman sekolah, komited pergi sekolah even demam. ~eheh.
get well soon for her kak. InsyaAllah.
teringat pula waktu yus sekolah dulu kak zakie. Yus sama macam anak akak, jenis yang takut cuti tanpa sebab. Demam pun nak ke sekolah..huhu. Siap nangis kalau tiada surat mc atau surat dari emak untuk di bawa ke skolah bila mak kata cuti je hari ini. Seboleh2 nak gak pegi sekolah...hihi.
ReplyDeleteSemoga anak akak cepat sembuh ya..:)
alahaii kesiannyaa...hehehe..comel jee die tidoo..bebudak kalau demam mmg nampak kesiankan..hehehe..
ReplyDeletesmoga cpt smbuh syg..
Jangan demam kure2 dah kak hehehe.. Kesian dia.. semoga dia cepat2 sembuh dan meneruskan persekolahan mcm biasa :)
ReplyDeletesemoga cepat sembuh...
ReplyDeleteakak follow me back
semoga cepat sembuh..
ReplyDeletemmg betul kak..kalau anak2 sakit, kita sebagai mak yg tak senang duduk...huhu...
wah!!!! leh bawak kami jejalan naik inspira kan heehehehehee
ReplyDeletekesian kat adik...
ReplyDeletemoga cepat sembuh ye...
jangan lupa makan ubat...
kak... gitu lah bila dah ada anak2 kan..
anak2 yg tak sihat... ngan mak sekali rasa tak sihat!
semoga cepat sembuh si anak...
ReplyDeletebetul kak, anak tidak sihat si ibu pun tidak sihat...lebih baik sakit itu utk ibu bukan untuk anak kecil kan...
Assalamualaikum kakZakie..
ReplyDeletekesiannye adik..efa doakan semoga adik cepat sembuh ya..
Jom Terjah Sini :)
Wa'alaikumslaam ahmad humairi,
ReplyDeleteKaffarah dariNya buat mama-papanya. Redha cikgu apa yg Allah beri. Terima kasih nasihat buat adik...
bujal x,
ReplyDeleteTerima kasih bujal. Kakak sihat cuma hati tak senang sebab adik tak mahu makan kalau demam...
ajumohit,
ReplyDeleteMasalahnya surat dari sekolah ada mengatakan kalau anak demam jangan benarkan ke sekolah....susahkan cikgu juga nanti
Wa'alaikumsalam Abd Razak,
ReplyDeleteBenar ustaz, penyakit datang sebagai ujian dan kaffarah buat si penjaga sebab dia belum mengerti apa.
Terima kasih doakan...
~izan~,
ReplyDeletePagi tadi nampak bibir dia pun merah, badan panas lagi, susu pun tak mahuminum. Makan kismis pun macam nak tak nak je... Ubat bagi jugalah
Kakcik,
ReplyDeleteBegitulah agaknya dulu emak kita ye kakcik. Kalau kakcik ALong yg dah bujang pun hati tak senang apa lagi yg kecik nie...
nurkass,
ReplyDeleteNaluri yg tidak boleh dielakkan.
Ujian demam pun kakak dah bimbang Kass. Susah makan itulah yg dlm demam kena paksa...
Mamamya,
ReplyDeleteDr. dah bagi surat mc dah tapi dia tak nak jugalah lia. Lagi pula kalau hari ada pendidikan jasmani dia memang suka sangat...
ainhany,
ReplyDeleteIbunya no problem. Hati je tak selesa.
Terima kasihlah nasihat Ucu tu. Solat memeng dah tak boleh tinggal sebab adik dah 8 tahun...
My Little Diary,
ReplyDeleteMudah-mudahan berkat doa dan makan ubat...
Wa'alaikumsalam azi,
ReplyDeleteItulah yg kakak bimbang demam takut jangkit kawan. Cikgu pun bukan suka budak demam dtg sekolah. Susahkan dia....
Ratu Kebaya,
ReplyDeleteAnak kakak semua sama. Kalau kena gerimis atau panas yg terik mudah sangat demam. Antibodi tak kuatlah RK....
semoga anak cepat sembuh. begitulah menjadi mama, akan turut merasa "demam" jika si anaknya tidak sihat
ReplyDeleteIla,
ReplyDeleteBetul Ila... masalahnya kakak nak cuti jumaat ini. Kalau tak memamng kakak ambil cuti. Itu yg hati serba tak kena...
Piasara,
ReplyDeleteTerima kasih Pia... Insya-Allah lepas makan ubat kena dua hari oklah harapnya...
selalunye HKL jadi x sihat bile ank2 yg demam x suke nk makan ubat...hehehehehehe....
ReplyDeletenoremy bte rahmat,
ReplyDeleteThank you so much...
p/s: nanti kakak lihat ye...
JARI YG TERBARAI,
ReplyDeleteUjian datang sesekali...
norhidana,
ReplyDeleteOh... Dana nie manja lebih dari yg lain ye. Anak kakak kalau demam dia diam je... makan-minum pun susah itu yg nak kena pujuk hingga kadang buat hati geram juga...
Wa'alaikumsalam sar,
ReplyDeletetak bagus sebenarnya pergi sekolah kalau demam. Tapi dia ikut kata dia macam sar jugalah...
~yus~
ReplyDeleteItulah yus... susah juga tapi kalau macam tu kan. Suart mc dah ada sebenarnya tapi dia sendiri malu sebab sekolah kan baru mula. Tengah seronok...
Semoga Adik cepat sembuh..
ReplyDeleteKakzakie nak beli Inspira ya? Boleh lah update di blog macam mana prestasinya nanti ..
lalink7,
ReplyDeleteDah tak tahan sangat la tu Husz... Masa kakak ambil ubat dia pun dah lena atas riba Mak saudaranya. Masuk kereta pun berdukung....
wa khairul onggon,
ReplyDeleteIni bukan kura-kura khairul, sebab doktor dah sahkan. Hehehe.... Lagi pula budak kalau demam sikit masih meloncat-loncat, ini memang dah lepaklah...
Anum,
ReplyDeleteInsya-Allah.
Nanti kakak ikut ye...
wahida,
ReplyDeletebadan di pejabat hati dan kepada ingat yg sakit je kan...
sahromnasrudin,
ReplyDeleteKakak tengok sajalah. Sebelum itu kakak tengok City. Kena tunggu selepas raya tak jadilah. Masuk eon pulak. Harga lebih kurang je....
miloais,
ReplyDeleteDah jadi ibu barulah kita rasa kan milo. Dulu mak kita lagilah anak ramai. Tak terbayangkan...
Mamaema,
ReplyDeleteKalau boleh tak mahu anak sakit/demam tapi ujian dtg tak dapat nak buat apa...
Efa Nur,
ReplyDeleteTerima kasih doakan....
Hantu Kak Limah,
ReplyDeleteItulah HKL bila susah nak makan macam mana nak makan ubat kan. Ubat pula kena makan selepas makan. Inilah yg jadi kita sakit sama...
salam k.zakie...kesian adik...ucu doakan dari kejauhan, Insyaallah sembuh, rajin2lah mkn ubat ye...
ReplyDeleteDaddy Ziyyad,
ReplyDeleteMudah-mudahan doc...
Kakak tengok sajalah doc. Sebab baru lepas tengok Honda-City. harganya lebih-kurang. Tapi City kena tunggu 3-4 mths.
eelobor,
ReplyDeleteKakak mohon ujian ini tak lama. Tidak mudah jadi mama tau Ee....
Ucu Faridah,
ReplyDeleteTerima kasih doakan Ucu. Ubat senang makan tapi makan bubur tak nak, nasi tak nak, mee sup tak nak. Susah kan sebab sebelum makan ubat nak kena makan dulu. Takut-takutkan tak boleh sekolah barulah makan sikit....
alahai..kesiannya...
ReplyDeletetakpe..esok lusa pasti baik demam dia tu..insya'Allah.. :)
Assalamulaikum kak zakie,
ReplyDeleteala ciannya adik demam, tapi masih rajin nak pegi sekolah. nasib baik akak ada sekolah yang sama , bolehlah nengokkan adik.semua yang dah jadik ibu cam tu kot, kalau anak sakit risau semacam je. lagi yang bekerja , risau je fikir anak kat tempat pengasuh.semoga adik cepat sembuh ye.jangan lupa kena makan ubat. la ingatkan itu kak zakie.
kesiannya...
ReplyDeletesmoga adik cepat sihat..
rajin2 mkn ubat ye..
Alahai sianya dia kak , semoga cepat sembuh ye..makan ubat on time ok
ReplyDeletesalam k zakie,
ReplyDeletepengubah Qadar bagi lapar adalah makan, pengubah qadar bagi ngantuk adalah tido, pengubah qadar bagi sakit ialah dengah berubat,
semoga adik cepat sembuh dan mamanya boleh tido lena mimpi pandu Inspira tuh
semoga cepat sembuh..anak² sy baru kebah je demamnya..lega..
ReplyDeleteSalam, macam tulah gayanya bila ada anak...orang kata biar anak atau suami yang sakit.. masih boleh dijaga tanpa masalah, jangan ibu yang sakit .. haru biru rumahtangga jadinya..
ReplyDeletekesiannya adik...semoga dia cepat sembuh, nampak dia sgt kuat, sakit2 pun dia gagahkan jugak...
ReplyDeletesemangat ke sekolah yg tinggi ..Alhamdulillah..moga jd anak yg berjaya dan cepat sembuh..sorry kak baru sempat bw ni..pun laju2 je...
ReplyDeletesemoga adik bertambah sihat!
ReplyDeletebiasalah kakzaki..bila anak demam, dengan mak sekali demam..bila malam pulak tidor2 ayam sebab risaukan anak
Memang kalau anak demam, mamanya pun akan demam sekali ... harap cepat sembuh ye!
ReplyDeletenabila_2908,
ReplyDeleteDoktor bagi cuti 2 hari je. Dia kata kalau 2 hari tak sembuh kena dtg lagi takut denggi katanya. Lagilah kakak tahut ZN...
Wa'alaikumsalam Cik Ina DDC,
ReplyDeleteItulah Cik Ina, nasib baik kakak dia ada boleh tengok-tengokkan. Dah pesan ada apa-apa call mama atau mak zah dia. Mak Zah duduk sekali dgn kakak. Dia yg jaga budak-budak nie...
Solihin Zubir,
ReplyDeleteAnak kakak kalau demam, makan ubat no problem, tapi makan nasi/bubur/apalah sebelum makan ubat itu yg susah...
Amy Syaquena,
ReplyDeleteMudah-mudahan sembuhlah malam ini. Kalau tak lusa kena jumpa doktor lagi.
Wa'alaikumsalam aby,
ReplyDeleteHarap sembuhlan bila makan ubat tu. Kakak tengok ubatnya hijau, kuning, putih, pink, colkat semua ada. Nasib semuanya manis....
Sebelum adik demam dah mimpi pun :)
Rina AVAIL,
ReplyDeleteMasa cuti sihat, dah sekolah pulak demam. Betul-betul kena uji.
Che Mid,
ReplyDeleteKalau ibunya yg demam masih boleh buat kerja dan tahu makan ubat sendiri, taklah kalau papa/anak yg demam kita kena ingatkan selalu....
Hanis MY,
ReplyDeleteMasa ke sekolah nampak lesu juga. Pikul beg pun kakak tak sampai hati. Kakak dia tolong...
Maya Mayana,
ReplyDeleteSemangat kuat tapi fizikal lesu pun susah kan Yana. Kakak pesan pada kakaknya tengok kalau adik tidur call boleh ambil bawa balik saja. Tapi nampaknya tak ada call...
makdara TERdiva,
ReplyDeleteMudah-mudahan MDT...
Kita yg dah jadi ibu tahulah ye MDT. Mana boleh lena sebab selalunya panas akan tinggi kalau tengah malam kan...
Acik,
ReplyDeleteKakak demam tu taklah... tapi tidur tak boleh lena sebab bimbang demam memuncak waktu malam, bimbang dia tambah teruk masa di sekolah....
semoga anak akak cepat sembuh
ReplyDeletekalu anak sakit..mmg kita susah hati..xkira besar kecik..
sarah-najwan,
ReplyDeleteMudah-mudahan cikgu. Kakak memang susah hati kalau anak sakit/demam.
mudah2han cepat sembuh...:)
ReplyDeletedah sihat ke?
ReplyDeletecamna hari ni? ok dah ke? selalunya demam kejap jer tu..
ReplyDeleteya Allah adik..sakit2 pun nak pergi sekolah? takpe..walaupun baru je habis cuti, nak buat macam mana kan kak?
ReplyDeleteharap2 adik cepat sembuh...moga2 mak dia pun dapat tidur lena;)
Semuga segera sembuh...
ReplyDeleteSpratly bergolak ,risiko konflik 6 negara
kakzakie..sian adik..semoga adik cepat sembuh
ReplyDeletesemuga adik cepat sembuh. sian dia..
ReplyDeleteya kak zakie..
ReplyDeletekalau anak sakit...
kita turut sakit..
moga adik cepat sembuh ya..
ikut arahan ubat yang diberi doktor...
moga adik cepat sembuh...
ReplyDeletesetiap hari ada saja anak murid saya yg tidak hadir kerana demam
sejuk perut ibu adik~~~
ReplyDeletedah pandai same2 bc yaasin,,,
moga2 cepat sihat yea dik!
cepat-cepat sembuh
ReplyDeleteAslmkm.
ReplyDeleteBanyak orang kata gitu.
Kak G ada seorang anak saja. Mungkin tu la tak panic cenggitu.
Semoga adik cepat sembuh. Amin.
semoga cepat sembuh yer:)
ReplyDeleteMuge adik cepat sembuh, amin.
ReplyDeletep/s kakzakie pon kene jage kesihatan juge.. :)
@ KuNanGKuNanG: Alhamdulillah bertambah sihat. Dah nak makan mee sup.
ReplyDelete@ IMAH SHAH: Masih ada dedar lagi tapi oklah tak melepek macam semalam cikgu.
@ hani@debumelukut: Hari ini nampak ok sikit. Tapi bibir masih merah dan ada dedar sikit. Ubat kena bagi lagi
@ Afida Anuar: Nampaknya malam tadi dah nak makan mee sup dan panasnya kuranglah sikit.
ReplyDelete@ Afida Anuar: Terima kasih Mie...
@ Acik Erna: Hari ini dah boleh senyum walau masih perlu makan ubat lagi
@ kakpah: Petang ini kakak rasa dah oklah agaknya. Pagi tadi pergi sekolah pun dah boleh senyum
ReplyDelete@ Citarasa Rinduan: Makan ubat adik tak ada masalah tapi makan nasi susah kaalu demam. Tapi malam tadi dah makan mee sup sebelum makan ubat. Rasanya petang ini oklah...
@ ibuintan: Sebenarnya cikgu pun tahu kan ibuintan. Semalam dia beria-ia kerana ada pendidikan jasmani. Tapi semalam katanya cikgu tak bagi dia senam, suruh rehat saja.
@ Cik Ecah: Adik dah 8 tahunlah Cik Ecah. Adik mengaji sejak usia 3 tahun. Baca dah tak ada masalah insya-Allah..
ReplyDelete@ Cikli: Mudah-mudahan.... nampak macam dah lebih baik dari semalam
@ DDrfauziah: Wa'alaikumsalam. Kakak tak tahulah Kak G kalau anak demam tak nak makan paling risau. Lagi dia kata tekak dia sakit bila nak telan. Tapi malam tadi ok sikit.
@ Nieza: Terima kasih Nieza. Dah lebih baik dari semalam. Ada dedar sikit sebab itu ubat masih bagi lagi.
ReplyDelete@ Penjejak Mimpi: Dah beransur sembuh PM. Kakak sihat tak ada apa pun:)
banyak bersabar kak. mudah-mudahan adik cepat sembuh
ReplyDeletesabarlah adik cayang..
ReplyDeletedemam nak besar la tu..sabar ye
salam kak..
ReplyDeletebegitulah kita sbg ibukan..ank demam, kita ikut demam rasanyer...ank ieja demam masa tgh peksa tu ari..dua ari nak cuti sklh br smbg amek peksa...
wat adik rajin lah mkn ubt yer..
singgah follow sini...
ReplyDeletesemoga lekas sembuh buat anak kak zakie.... klu anak demam mmg rasa kita yg susah hati...nak kerja pun rasa risau je dgn anak...
ReplyDeletesemoga cepat sembuh hendaknya! semoga tidak melarat larat dari demam ke sakit lain pula..
ReplyDeletesabar ye kak zakie..
semoga cepat sembuh...sedih bila tengok adik tertidur dgn telekung.. mesti dah tak larat dah tueee
ReplyDeleteAssalamualaikum Kakzakie,
ReplyDeleteSemoga adik cepat sihat.
Akak masa bekerja dulu dan anak2 masih kecik, berjimat sungguh dengan cuti tahunan, takut dan bimbang ada anggota keluarga yang sakit.
salam kakzaki,
ReplyDeletetlg emailkan address akak pd saya yer..ada souvenirs skit nk bagi
ni email add saya (cilo_wan@yahoo.com)
siannyerrr..
ReplyDelete@ shameel Iskanadar: Insya-Allah dik. Harap hari ini bertamabah baiklah.
ReplyDelete@ cheq_hanyll: Dah besarlah kakak sayang. Adik alah dgn gerimis
@ ieja amieja: Oh ye ke ieja. nasib baik boleh belum cuti lagi masa itu ye...
@ NM02: Terima kasih. Kakak pun dah feedback sama:)
ReplyDelete@ munna: Betul munna. Macam-macam kita fikirkan. Inilah namanya ibu munna. Dulu mak kakak lagilah ramai anak macam mana agaknya ye.
@ kella: Kakak harap tidak melarat kella. Pagi tadi pun kelihatannya dah boleh senyum
@ Be Simple Beb: Betul BSB dia dah tak larat tambah lagi org berzikir mestilah dia tambah mengantuk kan...
ReplyDelete@ Kunang-Kunang: Betul Kak Ani. Kakak pun sama ingat nak cuti sebab dia sakit tapi dia sendiri tak nak bercuti. Kakak dah stand-bay kot kakak dia call dari sekolah, tak ada juga.
@ makdara TERdiva: Wah so nice... kakak feels so exited. You will receive it soon MDT. Thanks in advance.
ReplyDelete@ en_me: Terima kasih...
yelah kak, kalau anak2 tak sihat...kita lah yang paling risau sekali kan. takde dah dengar anak2 bergaduh..semua demam terlepek aje~
ReplyDeletebetul tu...risau sangat bila anak2 ni demam...
ReplyDelete,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
ReplyDelete//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
اسلام عليكم
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
kembara mahkota johor 2011 daulat tuanku
uihhhh kalau bebudak demam ni takut lahhhh.... kadang budak tak tahan pasal antibody dia kurang.... mudahan anak2 cepat sembuh
kesiannya..
ReplyDeletesemoga cepat sembuh..^^,
macamana adik hari ni kakzakie?harap dah baik dia..betullahkan kalau anak2 sakit..saya cukup risau..anak sulung suri batuk dah berlanjutan dekat sebulan dah..dah berapa kali tukar antibiotik pun tak tahu dah
ReplyDelete@Izan Ishak: Demam dah kebah dah hari ini tinggal sakit tekak pulak. Nak batuk agaknya...
ReplyDelete@ Sham: Dah jaid ibu-bapa baru kita faham ya sham...
@ Afzainizam: Alhamdulillah dah sembuh tinggal kakak rasa nak kena batuk agaknya
@ CIk pulau: Dah ok dah CP. Senang hati sikit. Kakak rasa di anak kena batuklah....
Salam.. Kak Zakie, rasanya semua yang bergelar ibu tentu rasa tak sedap hati bila anaknya sakit. Moga adik cepat sembuh.. rajin2 makan ubat ye.
ReplyDelete