Thursday, November 6, 2014

Tangan pemandi mayat melekat pada mayat

Hari ini kita hayati kembali kisah yang pastinya kita semua telah ketahui. Seperti cerita sang kancil walau sudah ramai tahu tetapi sesekali mengimbau balik seronok juga. Seperti juga anak-anak yang sekarang bersuka-ria membaca buku cerita selepas habis peperiksaan dan cuti sekolah yang tidak lama lagi. Paparan ini berlaku ketika zaman Imam Malik. Sambil kita membaca sambil mengambil iktibarnya.

Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur). Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tanganya melekat pada tubuh mayat wanita tersebut.

Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu. Mana tidaknya tangan si pemandi mayat terlekat pada badan mayat tersebut sehingga semua yang berada waktu itu mati akal untuk melepaskan tangan itu dari tubuh mayat tersebut. Terdapat berbagai cadangan dan pendapat untuk menyelesaikan masalah tersebut. Akhirnya ada dua pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan.

Pertama, memotong tangan pemandi mayat itu atau keduanya tanam kedua-duanya iaitu mayat wanita dan pemandi mayat sekali gus. Oleh kerana kedua-dua cadangan tersebut kurang sesuai, salah seorang dari mereka memutuskan untuk meminta pendapat Imam Malik. Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. 

Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang berlaku lalu Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu. "Apa yang kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya?". Perempuan memandikan mayat bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tidak berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah. Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut akan tangannya akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata,"Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina". Sambil menampar-nampar dan memukul-mukul berkali-kali pada batang tubuh si mati. Imam Malik berkata "Kamu telah menjatuhkah qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan empat saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi."

Sewaktu pemandi mayat itu dijatuhkan hukuman, tiba-tiba sebaik masuk sebatan ke 80, maka dengan kekuasaan Allah terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

Pengajarannya:-

Jaga lidah jangan sebarkan fitnah.Jangan bersangka buruk dengn kuasa Allah. Walaupun kita tahu dia itu pelacur, tetapi kalau kita tidak pernah melihat perbuatan zinanya, maka kita dilarang menuduhnya berzina. Diharap kisah Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan dan iktibar. 

Jadi beringatlah sekiranya membantu menyebarkan sesuatu perkara buruk dalam masyarakat, negeri atau negara yang mana kita tidak menyaksi dan tiada saksi, maka tunggulah suatu hari kita akan menerima balasannya. Begitulah kemudahan teknologi ICT yang ada di tangan kita. Jangan kita mudah benar forward berita yang tidak pasti kebenarannya. Apa lagi jika ianya berkaitan dengan agama dan fitnah individu. 

~~~ Berhati-hati jangan sampai terjerat dengan jarum kejahatan.~~~


56 comments:

Anonymous said...

mendalam sungguh n3 ni kat, terkesan pada kita yg membacanyer. betapa besar dosa memnfitnah ni kan !

babYpose said...

fikiran tu kena kawalkan kz, hati pun, moga minda positif baru ke mulut dan perbuatan..

Siti Sharini said...

Allahuakbar..thanks for sharing kak..

Normala Saad said...

Fitnah...perbuatan yang tersangat dasyat! hanya orang yang biasa lalui saja tahu betapa peritnya kalau difitnah..Kalau tidak kuat iman, cekal hati..kuatkan semangat..terasa macam mahu lenyap dari dunia ini buat selama-lamanya. Namun percaya pada diri sendiri dan memohon keampunan & petunjuk dari Allah SWT setiap saat, terima ketentuannya, akhirnya yang benar akan timbul juga...keluarga saya adalah salah satu mangsanya. Allah Maha Kaya kini kami mampu tersenyum bahagia bersama keluarga tercinta. Saya suka baca kisah teladan ini. Terima kasih Zakie.Bagi pembawa fitnah bertaubatlah, Allah sentiasa menerima taubat hamba2Nya.

Bitt (double IS) said...

statement terakhir like sangat...overall cerita bagus dijadikan tauladan :)

Bitt (double IS) said...

statement terakhir like sangat...overall cerita bagus dijadikan tauladan :)

sud@is said...

Moga perkongsian ini menjadi pedoman bagi kita agar menjaga anggota terutama lidah dari cepat berkata-kata tanpa fakta iaitu fitnah.
Nauzubilla himinzalik....

amirah said...

astagfirullahalazim..takut ada yg kita bercakap tanpa disedari..mohon taubat dr Allah atas segala benda yg kita cakap yg kita sedar mahupun tak...

PeRdU cINta said...

setuju kak..mungkin kita yakin kebenaran sesuatu fakta atau berita dan cerita tersebut..tapi kita tetap terdedah dengan kelalaian juga..bila kita menutup aib orang..insyaAllah aib kita juga akan tertutup..

Mimie_Zatun said...

terima kasih kak..
sungguh bermakna pengajaran ini..

Mar Mansor said...

astaghfirullah..gerun saya membaca kisah ni..seringkali lidah tersasul jugak..

imm said...

terima kasih kak atas peringatan..kite dalam tak sedar selalu jtuhkan hukum je atas orang..astaghfirulallah..

eMMe said...

Kak Zakie entry yg penuh pengajaran... sebab lidah badan binasa... Ya Allah... ampunkan aku... moga kite dijauhkan dosa-dosa besar...

ewanthology said...

pengajaran berguna..jgn mudah melabel org lain.

Fazleyatul Aini said...

maknanya, walau kita tau dia bersalah, tapi tak saksikan sendiri, jgn sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah kan kak

Zaitun said...

Terima kasih kakzakie n3 yang memberi pengajaran. Jangan sesekali kita membuat fitnah tanpa saksi.

AMIIZAA@Mieja said...

kak, moga dijauhkan kita dari semua perkara buruk ini, amin

Yana Yani said...

saya tak pernah terbaca atau dengar kisah ni
apapun ianya sesuatu yang amat meaningful
setuju sangat dengan apa yang kakzakie katakan

zaman sekarang, fitnah dah jadi seperti makanan
moga kita semua dijauhkan dari hasad dan dengki manusia

Kamsiah yusoff said...

semoga kita dijauhkan dgn sifat2 seperti itu...

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...pengajaran yg baik dlm cerita ini...jauhilah sikap2 begini...:)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

zaman sekarang orang begitu mudah percayakan fitnah

Ujie Othman said...

Semoga Allah ampun dosa saya..kdg mmg terlanjur fikir. Cerita yg sgt baik.

JunAina said...

Pengajaran yang baik buat semua, harap dapat ambil iktibar.

Kniedaz said...

thanks kak sebab share kisah ni...zaman FB, Twitter dan segala macam tok nenek ni, kita sering lupa, asyik nak jadi reporter tak bertauliah je

saniahibrahim said...

cerita yang menjadi iktibar pada kita semua.zaman yang serba canggih skg ni fitnah menjadi berleluasa tersebar dgn pantas walaupun hakikatnya tak dapat dipastikan .

Kayu Manis said...

kerana mulut ye kak...zip je mulut tu...
payah sgguh jaga hati walau tonggang tonggek solat..
tulah masaalahnya bila tak faham makna bacaan dlm solat...whu'lm

Sura Mohd said...

pengajaran yg baik untuk diambil dari cerita ni..tema kasih kak diatas perkongsian yg hebat ini..:)

LadyBird said...

Huhu.. smg lidah ini terlindung dr menfitnah org.. ameeennn.. huhuhu.. mtk dijauhkn..

nohas said...

syukran berkongsi di sini..first time baca ni..huhu..

Benci pada dosa yg dilakukan, bukan pembuat dosa sbb Allah SWT Maha Menerima taubat hamba2nya..pintu taubat sentiasa terbuka sehingga roh ditarik ke kerongkong..

Nastyna said...

Zaman canggih sekarnag ni lagi gerun saya tengok post post dan komen2 certain individu... especially di kalangan orang kita la. apapun, minta diri sentiasa dilindungiNya.

Ann Ishak said...

begitu besar kekuasaan Allah

Unknown said...

Allah.. Terima kasih kakak atas cerita yang sangat memberikan teladan yang baik.. tekun Zura membaca nye. pertama kali dengar cerita ini kak~
Zura rasa cerita ini memang baik di ulang2 agar semua orang dapat mengetahui kesah ini.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Pengajaran untuk kita semua. Jagan suka bersangka buruk kepada orang. Terima kasih perkongsian cerita ini Kakak.

Mummydearie said...

Aduh, takutnya bila membaca! Zaman sekarang ni mudah sangat nak menyebarkan fitnah. Ikut sedap mulut, binasalah badan. Pahala tiada, dosa je yang penuh terbeban. Nauzubillah!

Lydia Miza said...

Moga kisah ni jd pengajaran ye kak.. Zaman kita ni sesuka hati je org nk tuduh2

aizamia3 said...

Jauhkanlah perkara yang tidak elok dari mendatangi kita..

εïзmmyHazaεïз said...

Terkesan di hati kak.. Maksud mendalam.. Astagrafirullah... Semoga kite ssmua sentiasa bawah rahmatNYA.. Gerun..

faraherda.razalan said...

Aduhai! Seram sejuk sy baca kisah akak ni. Ya Allah, jauhkanlah dari menjahatkan mulut ni.

Bunda_nora said...

Nauzubillah...

Semoga kita dijauhkan dari sifat keji ..memfitnah dan mengaibkan seseorang....
Semoga kisah ini menjadi iktibar dan pengajaran untuk kita semua...

nazayiena said...

Semoga jadi pengajaran kita semua...

Fiza Rahman said...

Terima kasih atas perkongsian ni kak. Sangat bagus kisah ni. Peringatan untuk kita semua.

eelobor said...

semoga sama2 jadikan pengajaran.... terima kasih akak

Gee Lion said...

ini best. memang cerita kakzakie keluar kena pada masanya.. inshaAllah kakzakie, kita sama2 jaga diri agar tak terkena jarum kejahatan tersebut.

OKje said...

Takutnya kanda......lebih baiklah diam daripada mengatakan yg tidak baik hal orang walaupun ianya benar....huhu

LYAfrina said...

Tq for sharing kak zakie.. mmg insaf sgt mbacanya.. walai sehina mana pom seseorg tu.. kita x layak jatuhkan aibnya n apatah lg bprasangaka..

Dunia skarang fitnah berleluasa. Sama2 kita.mjaga hati n lidah. Lidah kita lg tajam n berbisa

Hana Syed said...

dapat juga msg yang akhir ni di fwd dlm group keluarga.

Eray Majid said...

zaman sekarang lagi senang buat fitnah. pakai jari je. kenalah kita waspada. sebelum share atau up apa-apa, fikir dua tiga kali. sahihkan dulu berita, kalau tak jadi fitnah.

Falsya said...

Allahuakbar!!..semoga cerita ini menjadi pengaran..jaga lidah!..jaga kata2..

Myra Jay said...

Sebab tu kita kena jaga kata2 kita, kerana dosa fitnah amat berat..

mama eija said...

MasyaAllah besarnya doasa menfitnah... sangat terkesan buat sy.. mudah-mudahan menjadi tauladan untuk kita semua

Nor Azimah Ali said...

saya nak ambil cerita ni utk cerita kat anak-anak KAFA saya yea kzakie..

watieKB said...

Mudahnya manusia menghukum...Alhamdulillah...beri kesedaran pada saya..

Aziela said...

Kisah evergreen yang sangat perlu diteruskan agar boleh menjadi peringatan kepada keterlanjuran kita semua....

kakrose said...

betul tu zakie..KY pun berhati-hati untu share sesuatu berita, takut jadi fitnah.lebih baik bercerita apa yang kita alami sendiri..

Jari Manis said...

Jadinya jgn sesekali menyebarkan sesuatu berita jika belum pastu kan kak

QasehnyaRania said...

tima kasih kakak berkongsi.
dpt pulak saya baca pd hari jumaat penuh barakah ini