Thursday, April 9, 2015

Bukan saja berzikir tapi juga pemurah

Sebagai manusia, kita amat digalakkan untuk menjadi seorang yang pemurah. Berilah sekadar yang termampu walaupun sedikit kerana sesungguhnya yang sedikit itu jika ia amat diperlukan pasti sangat memberi erti kepada yang menerimanya. Begitulah juga jika yang diberi adalah mereka yang sangat memerlukan ianya lebih bermakna berbanding jika ianya tidak begitu memerlukan. Berbanding jika memberi kepada yang kurang memerlukan atau yang langsung tidak memerlukan. 

Lalu aku rasa pokok bunga jambul ayam yang aku ada kini terlalu pemurah sehingga terpaksa aku musnahkan anak-anak benih yang memenuhi banyak pasu-pasu di sekeliling. Naik risau pula bila terlalu murah dia memberi benih tanpa diminta. 
Merata - Benih bunga merata pasu ia tumbuh. Banyak pasu yang berdekatan akan ditumbuhi dengan benih bunga ini. Terpaksa dicabut dan buang seperti rumput. Kalau dibiarkan pasti tidak muat pasu untuk menampungnya. Biji-biji hitam itulah benihnya. Musim hujan mudah saja benih akan jatuh dan tumbuh.

Gebus - Inilah pokoknya. Bermula dari benih yang tumbuh sendiri dan menumpang di pokok bunga puding ini. Tetapi akhirnya dia hidup lebih subur dari pokok asal di pasu ini.  Buat masa ini ada tiga pasu duduk menumpang di rumahku.
Pokok bunga aku ini bukan saja tidak henti berzikir tapi sangat pemurah memberikan benihnya tanpa henti. Pemurah poko tidak sama dengan kita manusia. Pemurah bukanlah dilihat dengan memberi wang yang ada kepada yang memerlukan saja. Islam memandang luas konsep bersedekah sebenarnya, seperti melakukan kebajikan yang diperlukan oleh insan lain tidak kiralah ianya berupa zahir mahupun kerohanian.

~~ Bersedekahlah kamu sekelian, biarpun hanya sebiji tamar kerana sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan sepertimana air yang mampu memadamkan api" Sabda baginda nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.~~


41 comments:

  1. As salam kakzakie...
    cantik sungguh bunga balung ayam tu, gebu....dan yang paling indahnya ia sentisa berzikir memuji Penciptanya...
    Subhanallah

    ReplyDelete
  2. cantik bunga ni kan kak...kat rumah takde lagi..tapi kalau rumah atok banyak la..bila dia berbunga tu yang nampak lebih cantik...

    ReplyDelete
  3. cantiknye kak zakie!!!! kalo penuh kat laman mesti lawa kan...dari jauh dah nampak warna meriah die..... lieya pes time lak tgk pokok ni kak...nampak sgt tak luas brejalan ni ekekekeek...

    ReplyDelete
  4. CANTIK SGT NI KALAU DIJADIKAN LANSKAP TAMAN MMG INDAH...NMPAK BNYAK DITANAM DI TAMAN TASEK PERDANA KL...BERZIKIR SP BUNGA2 YG MENGINDAHKN KEHIDUPN MENENANGKN JIWA.

    ReplyDelete
  5. cantik la bunga tuh kak...
    smlm nieyl ternampak pasu bunga kat belakang umah mak penuh..idea dah ade nak buat ape ngan pasu² tuh..tapi time je tak tahu la bler nak buat ..hahaha

    ReplyDelete
  6. bunga yg cantik.tumbuhan pun ada sifat. pemurah kan malu klu kita sebagai mansia tak mampu buat.sbb pemurah itu byk cabangnya

    ReplyDelete
  7. 'Gebu'nya bunga tu kak! Untung ada tangan yang mahir berbudi pada tanah ini. Kalau saya rasanya kena cari jalan lain untuk berbudi, dah tangan ni memang tak boleh nak harap kalau berbudi pada tanah. Tapikan nanti mak mertua saya datang, saya nak siapkan pasu, baja dan benih untuk Mami bercucuk tanam. Untuk sayalah, Mami tolong mulakan jer!

    ReplyDelete
  8. Sangat gebu bunga tu kak ... :)
    Bersedekah selagi kita mampu ...

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum...

    betul kakak...

    Sisa hidup semakin pendek
    Yang boleh kita makan, makanlah.
    Yang boleh kita pakai, pakailah
    Yang ingin kita beli, belilah.
    Kalau masih mampu memberi, berilah
    Masih mampu berbahagi, berbahagilah
    Kerana semua yang ada tidak boleh kita bawa ke kubur

    ReplyDelete
  10. Salam sayang kzakie...
    Memberi di saat ada yg memerlukan sgt2, itulah yg sgt bermakna...dan lebih bermakna jika yg memberi tu benar2 ihklas...
    Saya pun ada satu bunga yg mgkn benih dibawak dek angin kelepuk jatuh dlm pasu bunga saya,tapi sekarang dia yg dominan..

    ReplyDelete
  11. subhanallah. semuanya indah belaka ciptaan Allah SWT

    ReplyDelete
  12. Rasanya ni pokok bunga balung ayam..kita ada juga tnm dulu...
    yelh kak nk dpt hsil berkualiti yg lain kna berkorban sikit..

    ReplyDelete
  13. Balung ayam namanya....cantik benor ye warnanya..

    ReplyDelete
  14. betul lah kak... gebu betul nengok bunga balung ayam tuh...

    bunga2 ni yg jenis benih gitu mmg mudah nk membiak kan kak... tau2 dh tumbuh merata2

    ReplyDelete
  15. Salam Kakzakie,

    Masya-Allah cukup cantik sekali kembangnya bunga balung ayam tu!!

    ReplyDelete
  16. cerah mata saya tengok bunga kak zakie. :)

    ReplyDelete
  17. canteknya kalau dah berbunga kan kakzakie...kalaulah dekat saya mintak anak2 pokok yang dibuang tu

    ReplyDelete
  18. antara saya suka baca kat blog nie, banyak pengalaman & pengajaran yang saya dapat kutip. terima kasih kerana berkongsi....

    ReplyDelete
  19. cantik kak kembangan iki
    kak saya dah lama tak cakap jawa
    jadi kekok

    kata-kata semangat dan doa juga satu pemberian juga kan kak..
    terima kasih atas entry ni..
    satu pemeberian yang berharga kak.
    alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  20. Wah...menjadi2 pulak pokok bunga ni...kalau tanam banyak pasu pasti indah laman rumah kan kak ...

    ReplyDelete
  21. Budak2 dulu suka tanam pokok balung ayam ni..suka lurut2 bujij hitam dia tu...

    ReplyDelete
  22. kak kalau ada biji benih lebih ..boleh tak yan nak sikit....susah nak dapat pokok jenis ni skarang..

    ReplyDelete
  23. MasyaaAllah gebusnya... yang diberi tu adalah milik kita... yang ada pada kita milik orang lain... baru dengar dari ustaz minggu lepas

    ReplyDelete
  24. ingatkan sape la tadi yg berzikir & pemurah.. pokok rupanya.. ^_^

    ReplyDelete
  25. setuju dgn komen suka suka sebab dulu pon pernah terbaca pertikan yg sama dari ustaz ....cantik kak bunga tu gebu

    ReplyDelete
  26. Bijinya haluskan macam benih bayam, memang jadi beranak-pinak.
    Cantik gebu warnanya.

    ReplyDelete
  27. Menjadi belaka pokok-pokok yang akak tanam. Ada apa-apa petua ke kak untuk bagi tanaman jadi cantik dan subur? Hehe

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum kak,
    Cantik dan gebunya bunga balung ayam tu. Seakan saya telah terlupa akan bunga yang satu ini dek kerana lama tidak melihatnya.

    Zikir dan pemurah, gabungan yang menarik. "Memberi bukan kerana mampu, tetapi memberi kerana mahu.."

    ReplyDelete
  29. ya Allah...chantek betul bunga nihh...sy suka bunga nih..masa kecik2 suka tanam heheheh

    ReplyDelete
  30. Cantiklah bunga tu kakzakie. Kalau ada laman luas boleh tabur bila dah hidup dan berbunga macam kat luar negara aje.

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum kakzakie...cantiknya bunga ciptaan Allah ni kn...jarang mas dpt tengok skg ni..;)

    ReplyDelete
  32. Terima kasih kerana mengingatkan dinda, wahai kekanda....
    Cantiknya bunga jambul ayam tu kanda, rasa nak ramas jer geram nengoknya...warna pun cantik fefel pink ek

    ReplyDelete
  33. wah cantik bunga ni kak !

    ReplyDelete
  34. wah cantik bunga ni kak !

    ReplyDelete
  35. cantiknya,kak..erm,patutlah namanya pokok bunga jambul ayam.sebab macam jambul ayam struktur kelopaknya.

    ReplyDelete