Friday, April 10, 2015

Nasi arab menambat selera

Universitinya ada membuat acara bahas 24 jam tanpa henti. Entah rekod apa yang mahu dipecahkan mama tidak kisah. Tetapi apa yang merisaukan bila dalam tempoh 24 jam itu tidur dan pembelajarannya tidak menentu waktu. Kak Reen terlibat sebanyak tiga kali untuk sessi selama 24 jam tersebut. Selainnya akan bergilir dengan teman-teman yang lain. Terakhir dia kena pada jam 3-5 pagi pada hari kedua. Waktu untuk orang bertahajjud dia berada di atas pentas. Pada malam esoknya itulah mereka semua diraikan oleh pihak universiti. Mereka makan nasi arab dan kambing golek. Mama-papa yang dapat tahu jadi teringin sama.

Pentas bahas - Inilah yang ditunjukkan kepada mama/papa dan adik-adik. Kak Reen terlibat secara langsung untuk sessi 24 jam tersebut.

Whatsapp - Conversation kami dua beranak. Kak Reen makan nasi arab Terengganu. Mama makan versi JB
Bagaimanapun buat kami di Johor Bahru cari saja mana yang rasa mahu. Bersebelahan masjid Wadihassan atau Wadihana yang bersebelahan dengan Danga Best World pun ada. Tetapi kali ini kami ke Jalan Kolam Air kawasan Taman Nong Cik kerana anak dara mama mahu singgah membeli apa yang di hajatinya di butik Sincerely By Us (SBU). Biasalah anak perempuan kalau tidak baju, shawl, coklat dan kek di SBU itu.

Nasi Maqluba - RM 16 satu set. Kambingnya berbungkus dengan aluminium foil. Papa makan sepinggan sendiri.

Nasi Mandey - Kami berkongsi sedulang. RM 45/-. Ada kambing dan ayam sekali. Tidak terhabis kami bungkus bawa balik. Sungguh memang sedap air tangan Ustaz Annuar ini. 

Sampingan - Sewaktu kami makan ada wanita menghidangkan di meja kami ini. Otak-otak perkara biasa di JB tapi yang dibungkus seperti lepat comel-comel ini dipanggil pepes. Aku rasa ini tradisi dari Indonesia sebab aku biasa nampak ianya juga ada dijual di KipMart Tampoi.  Kak Meen buka satu untuk dirasa. Kurang sesuai di tekak kami sekeluarga walaupun bau harum daun pisangnya sangat mengujakan.

Rezeki di tanahair kita melimpah-ruah. Biar pun ada tekanan sehingga penjual terpaksa meletak harga lebih mahal, tetap juga masih ada yang membelinya. Tetap juga kita lihat aliran yang membeli dan menjual bagaikan tidak ada kesan. Mulut masing-masing bungkam walau dalam hati menggelegak. 

~~ Berjimat pun berjimat juga tetapi keinginan tetap dipenuhi selagi mampu. Apa yang penting jangan sampai menjejaskan kehidupan harian yang dilalui.~~


47 comments:

  1. wah memang nak pecahkan rekod kalau dah buat 24 jam perbahasan tu...syabas buat ank kakzakie.
    bagi kami yg keluarga agak besar ni ,terpksa berfikir2 nak mkn kat luar kakzakie bila musim2 GST ni ,semua dh mahal.

    ReplyDelete
  2. ns arab mmg sedap kan kak... walaupun kadang sgt simple... tp nasi nye saja dh terasa kesedapan nyer... aiyan kalu mkn ns arab tak suke lauk tp dia blh mkn banyak nasi saja...

    kadang mmg harga dh naik tp mmg keperluan nk ke tak kene beli jgk...

    ReplyDelete
  3. tetiba teringin nak makan nasi arab..sura pun dah lama tak makan nasi arab..asyik makan nasi beriani mamak jer..huhu..
    memang pecah rekod la bahas 24 jam non stop..pengalaman berharga kak Reen kat universiti..:)

    ReplyDelete
  4. Salam. Hee nasi arab yang sedap tu mak. ;p

    ReplyDelete
  5. Nasi arab kambing golek..perghh..sedap tu..

    ReplyDelete
  6. fuhh..nasi arab...makan nasi arab ni memang kenyang sangat...sebab banyak kan...

    ReplyDelete
  7. sedapnya nasi arab kan..masa pergi kedai yang jual nasi arab kat tmn dahlia tu,harap adalah nasi arab..tapi hampa...kedai tak menggambarkan apa yang dijualnya...
    wah..nak cari jugaklah nanti nasi arab ni

    ReplyDelete
  8. lama tak merasa nasi arab.. nyumsssss

    ReplyDelete
  9. Ayooooo bikin kecurr saja la kakak ni..
    ini mcm nk bt saja..
    zluuppp...

    ReplyDelete
  10. Nasib minggu lepas saya baru mkn nasi arab kak kalau tak meleleh gak ailio...kikiki

    ReplyDelete
  11. Saya pun rajin makan nasi Arab. Yang paling suka tentulah di AlRawsha - whole roasted chicken & mandy rice berharga RM35 *_* Kenyang satu family!

    Kami juga suka makan nasi Arab berdulang macam akak tunjuk gambar di sini. Ada ayam, daging dan kambing. Harganya RM79.50 sedulang. Kalau kami berempat memang bertapau. Saya siap-siap bawa bekas sebab kami makan bersila dalam 'kamar', kalau kutip baki makanan masuk bekas pun orang tak nampak!

    ReplyDelete
  12. xpernah lagi Haza rase nasi ayam.. Kena pi try ni.. Akak ape khabar?

    ReplyDelete
  13. SEDAPNYA NASI MANDY DGN KMBING GOLEK LAGI...WALAU GST PUN MKN TU MESTI KAN..BAJET UTK MKN JGN KURANG...

    ReplyDelete
  14. mmg penah dgr U buat debat 24j, takpelah..ok lagi debat kan..

    pepes..tak pnh jumpa lagi kak.

    betul kak, jualan tdg saya pun macam biasa. Mulanya saya ingat akan turun sbb org tgh sibuk pasal gst.

    ReplyDelete
  15. Singgah pagi..
    Setiap bulan nieyl pekena nasi arab akak..:)

    ReplyDelete
  16. ohh sy smp Sekarang tak merasa lagi makan nasik Arab ni.asyik western je..

    betul kak zakie,hati menggelegak pun berbelanja seperti biasa juga.tp sy mmg dari dulu sebelum gst pun dah mmg jimat..so tak terasa sangatlah..ayat sedapkan hati.hehe

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum kakzakie...sedapnya tengok nasi arab tu...rasa lapar la perut ni...:)

    ReplyDelete
  18. Saya sedang mengkonsumsi Obat Rematik Jelly Gamat Gold G apakah aman mengkonsumsi makanan seperti ini???

    ReplyDelete
  19. Tak dapat nasi arab pun takperlah...janji dapat otak-otak,,,hehe

    ReplyDelete
  20. Dulu masa mula2 pindah seremban memang selalu kami cari nasi arab kakzakie..lama2 jemu pulak..dah kerap sangat

    ReplyDelete
  21. Akak tetiba Aina pulak teringin nak makan nasi arab bila tengok gambar akak.

    ReplyDelete
  22. x jumpa lagi nasi arab yg sedap kat kelantan ni kak..huhu

    ReplyDelete
  23. emmm sedap nya nasi arab,, kalau ke danga bay kena singgah ni hihihi,, betul tu kak zaman GST ni bukan kita kena sekat perbelanjaan,, kalau dah berkeinginan apa salahnya sesekali mendapatkannya,,, hati pun senang kan hihihi,,cuma harus diukur pada kemampuan lah kan hihi,,

    ReplyDelete
  24. aduh kak....terus tekak terasa nak makan nasi arab...ehehehe...kena ajak mr hubby ni...btw aritu balik johor p makan otak2...sedap! ehehe

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum kakak.
    wah sama menu pulak ye..
    sedapnya nengok nasi nasi tu..

    rindu nk mkn otak otak kempas.
    kan setiap kali ke kedai makan area jb pasti akan ada di atas meja..

    arrghh rindunya

    ReplyDelete
  26. wah....nasi arab sekali pakej kambing golek. memang sedap sangat la terrrrrr

    ReplyDelete
  27. 24 jam???

    wow. saya 24 jam kat studio je dulu. hahha.

    saya tak pernah lagi join aktiviti macam tu. tak tau la uni saya dulu ada buat ke tak. tapi memang rare lah.!

    ReplyDelete
  28. bila semua perkara dah jadi kebiasaan, jadi mereka cuba buat sesuatu yg luar biasa. mungkin dgn cara itu para pelajar akan terbuka sikit mata tu??

    yg penting dapat makan sedap hokey.. hehe ^_^

    ReplyDelete
  29. Kakzakie kalau kak zai bab makan tak nak bajet. Sementara sihat dan umur masih ada makanlah bila teringin.

    ReplyDelete
  30. makan ramai2 dah mcm mkn nasi ambeng ... rindu lah pulak ... dah berthn juga saya x mkn nas ambeng ...

    ReplyDelete
  31. tulakan..bising sana, bising sini..tapi berbelanja masih cam biasa....ingatkan kena gst bole berjimat, tapi masih mewah dan mebazir juga..takpelah depa kaya..ingta hisab kat akhirat..takut.

    Nasi arab tu sedulang rm45, baloi tu makan reramai, kira jimat juga kan.

    ReplyDelete
  32. Syabas kak reen utk bahas...syabas mama dapat belasah nasi mandey...hee

    ReplyDelete
  33. Kak zakie... bestnya...
    lama dah x g JB... bila nk sampai ni... huhuhu...

    Kedai nsk arab yg akk g tu kedai apa?

    Btw... jom kak zakie dan peminat-peminat blog kak zakie jawab teka-teki di blog saya...
    hihihi....

    http://hnr318.blogspot.com/2015/04/smile-of-believer-tackling-lifes.html?m=0

    ReplyDelete
  34. nasi Arab..jarang sangat saya makan. Setahun sekali pun jauh. Last makan rasanya 2 tahun lepas...tapi begitulah kita kan Zakie, walaupun mahal, rezeki itu Allah tentukan...masih lagi kita dapat merasa nikmatnya tanpa gusar..

    ReplyDelete
  35. macam sedap jer yang dalam daun pisang tu kalau kat terengganu panggil pais

    ReplyDelete
  36. betul la, kita dengar ramai yang merungut ttg harga barang naik ekoran gst, tapi dalam hati ni terdetik jgk bila pegi supermrket orang bersesak jgk, kat restoren mewah orang ramai jgk mcm tidak terjejas apa pun...
    lalu tetiba rasa heran dan ajaib!

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum kak,
    Sedapnya madghut (nasi mandy) tu, maqlubah pun sama..
    Tapi saya lebih suka waraq `inab dan hamam mahshi...

    ReplyDelete
  38. Nasi arab ni memang best makan time lapar...ada sekali tu dtg time berbuka puasa...berselera makan...

    ReplyDelete
  39. nasi arab... sedap sangat! selalu makan dgn lauk ayam je.. tak gemar kambing :)

    ReplyDelete
  40. Wahhhhh mesti mama bangga ni, tahniah yer anakanda Nurienne...Nurienne berbahas dlm bahasa Arab ke kanda?

    Lama tak makan nasi Arab ni kanda....Dinda kalau makan pun kekadang package gitu Rm45 henggit. Tak pulak dicampurnya ayam ngan kambing...Kalau sekali pakej kan best!

    ReplyDelete
  41. Sedap nampak Nasi Arab tu.
    Lama dah tak makan Nasi Arab sebab tak jumpa kedai yang masuk tekak ni lagi.

    ReplyDelete
  42. anak2 suka lah nasi arab ni, KA & en hubby kurang sikit !

    ReplyDelete
  43. pepes?tak pernah jumpa dan rasa lagi,kak.

    betul la,kak.walau hati marah tapi demi kelangsungan hidup,pejam mata je la dengan isu tu.

    ReplyDelete