Sebaik kad dikembalikan bersama resit pembayaran, pantas saja anak-anak mahu melihat berapa kos yang telah dibayar oleh papa mereka. Jelas tertera kos perkhidmatan masih ada lagi. Puas hati mereka bila sebelum ini mama-papa sudah katakan kos perkhidmatan masih belum lagi dihapuskan pihak kerajaan. Pihak hotel mestilah selagi boleh mendapat untung mereka tetap maraihnya sehingga ada kata putus dari pihak berwajib. Kita kena akur sebab ketirisan amat ketara sebaik GST dilancarkan. Banyak makanisma masih belum mendapat kata putus yang akhirnya rakyat/pengguna yang kena tanggung kos tersebut.
|
1 - Buffet yang ada |
|
2 - Adik asyik teringatkan Mr. Bean bila nampak tiram tersebut |
|
3 - Sebenarnya banyak lagi tetapi ini saja tempat yang anak daraku captured |
|
Pilihan - Antara pilihan selepas kenyang baru teringat untuk dipotretkan |
|
Pilihan juga - Adik suka betul dengan mashmellow dan angur yg dicelup white coklat nampak macam sedap betul dia makan. |
|
Anak mama - Terkenang yg satu nun jauh dimata bila begini. |
|
Balik - Gula kapas buat sendiri. Posing di lobby sebab adik suka dengan cendalier yang bergantung diatas kepalanya cantik. |
|
Jambatan Permas Jaya - Dalam perjalanan pulang sempat merakam gambar kilauan lampu seberang tambak. |
Sebenarnya malam sabtu lepas kami menikmati hidangan makan malam di Renaissance Hotel di Permas Jaya, Masai. Keluar dari JB seketika semata-mata mahu membandingkan harga di kawasan luar JB. Ternyata masih lebih kurang sama saja. Bahkan lebih mahal sikit kerana GST charges incurred.
~~ Mengenang mereka yang masih tinggal di dalam khemah dan bulan ramadhan yang kian menjelang tiba terasa hiba. Cubit peha kiri peha kanan terasa.~~
emm entah apa nak jadi kan Malaysia kita ni. sy hari2 kt rumah dok bincang sembang dengan en suami pasal gst,pasal masa depan negara.Abah pun hari2 kol pokok perbincangan pasal gst juga..huhu..
ReplyDeleteyg masih berkhemah tu lagilah hiba bila dikenang
sedapnya menjamu selera bersama keluarga...gst ni lngkh kjaan mencukai peniaga2 besar tp mrk manipulasi pengguna pula...walau kurng untung 6 sen saja lngsung xmau mmg kapitalis...
ReplyDeletelepas gst di lancarkan berkira2 sikit nak makan kat kedai yg ada gst.. hahahaa... rela masak di rumah :p... sedapnya kak zakie gather2 bersama family yea... imanina pun suka marshmallow
ReplyDeletepenat dgr iklan di radio katanye lps gst brg lebih murah... aduhla...
ReplyDeletemmg perlu di timbang semula gst nih, sbb ada je peniaga yg amik kesempatan, tak daftar gst tp katanyer ada
harga semakin murah hanyalah omongan kosong..
ReplyDeletemereka suruh kita redha dan bersyukur..... pening
ReplyDeletedi mana2 masih lagi bercerita tentang GST...kerajaan perlu perhalusi lagi, banyak yang perlu diperbetulkan..peniaga ambil kesempatan, kita yang membayar...hmm
ReplyDeletesedap nyer sekali sekala mkn macam ni kan tapi uhuks..tgk harga erks mesti telan air liur ;)
ReplyDeleteApa kabar kakak, sihat?
ReplyDeleteMenjengah entry berkenaan lihat bil...sudah tentunya GST kan...sama lah macam julia sis, kita bukan berkira, tp kena ambil kira utk kaedah penjimatan juga...meriah menu adik makan...rasa nak tumpang sekali
Singgah pagi...
ReplyDeleteSkrg nie mmg kena lebih berhati².. Nak makan sedap²...mahal² ckit...kena pk GST..hihi
hidup semakin menekan... nak beli apa2 pun risaukan gst.. hihi
ReplyDeleteWahhhh nampaknya adik matchinglah dengan En Papa, warna cream... Manis orangnya adik ni.
ReplyDeleteTulah kanda, masa dinda makan luar hari tu, Service charge 10% tu pun masih ada lagi, ingatkan cuma 6% jer.... Sabar ajelah
sekarang ni kalau di malaysia nak buat apa pun kena fikir gst, makan gst, beli barang gst, pendekata apa saja kita buat mesti ada gst kesiannnn kan kakzakie..:(
ReplyDeletesekali sekala makan di hotel ... nampak semua sedap dan menyelerakan.
ReplyDeleteMasih tak puas hati dgn service caj 10% tu. Kata dulu caj tu dah tak ada dan digantikan dgn 6% GST semata2 ... huhu
Betul tu kakzakie... rata2 masih lagi membincangkan GST ni.. kita org bawahan ni, hendak tak hendak, kena hadapkan juga.. Allah jua yg mencukupi rezeki kita kan kak ..
ReplyDeleteSbb gst ni la membuatkan belanjawan dapur segala kena control ,kak. Makin tersepit rasa nyawa bila mengenangkan kos sara hidup semakin tinggi
ReplyDeleteBestnya buat gula kapas sendiri..sedapnya :)
ReplyDeleteDah tak larat nak tengok resit pembelian lagi, Kakzakie. Nak caj, cajlah. Kejap kata ini tak kena, itu tak kena tapi bila tengok resit ada je GSTnya.
ReplyDeletesama la kakak..falsya setiap kali mesti amek resit nak tgk berapa GST charge..;(..tp tuh la kadang yg xde kene mengena pun amek kesempatan..
ReplyDeletenak membeli brg keperluan ,nk makan kat luar pun kini terpaksa pertimbangkn ...sedih betul dengan adanya gst ni sanasini kena caj...
ReplyDeleteSekarang semua bende nak kena ambil kira. Beli barang di kedai runcit pun tak la semurah dulu....sakitnya hidup sebagai rakyat skrng ni...sedih...!
ReplyDeletehmm enaknya,,,,Obat Asam Urat
ReplyDeletesekarang ni nak bergembira, makan2 kat luar dah semakin mahal..semuanya kena GST..
ReplyDeletebak kata pak menteri, beli ikan/sayur, masak kat rumah, lagi fresh...jgn beli ikan sardin dlm tin, beli ikan sardin fresh..kenapalah M'sia ni ada menteri cam gini??..hehe..sakit hati, sakit kepala..
Beriya kerajaan kata kedai mkn restoran dan hotel tidak ada GST, tapi cuma ckap2 kosong..
ReplyDeleteak tau nak komen ape pasal cukai perkhismatan tu kak.. sedih..
ReplyDeletejom kita pakat tadah tangan doa..supaya segera datang pemimpin yg benar2 pemimpin, tg selamat dan menyelamatkan..yg beriman dan bertaqwa..supaya datang rahmat Allah..rakyat baik bila pemimpinnya baik..
ReplyDeleteDulu GM disitu ialah Marc Cosyns yang juga merupakan boss saya sewaktu di Kuala Lumpur dan Jakarta dulu....banyak kali juga saya bercerita pasal beliau. Kini bertugas di Marriott Miri dan Mulu.
ReplyDeletealhamdulillah sedapnya juadah akak.
ReplyDeletediorang ni buat GST tak nak kaji dalam-dalam..
mungkin ni strategi untuk pru akan datang.
pihak2 tu pikirkan untung je...yg jadi mangsanya kite jugak...kalau kite ni dah rase terbeban camne agaknye sedara2 yg lebih susah sekarang ni...benci dengan gst!!!
ReplyDeleteini sebab ianya menggantikan cukai sedia ada. Jadi kemungkinan barangan yg akan turun harganya ada tetapi apabila pelaksanaan tanpa perancangan yang rapi dan berlaku kelemahan di sana-sini rakyat menjadi mangsa.
ReplyDeleteDalam soal GST ini bukan kita sebagai pengguna sahaja perlu faham sebaliknya pembekal, pemborong dan peniaga mesti perlu lebih faham. Ramai peniaga selama ini lari dari membayar cukai sebab selalunya mereka declare pendapatan kurang dari jualan mereka. Dengan GST mereka tidak dapat lari tetapi rakyat pulak menadpat tempiasnya.
gst oh gst...mmg sakit hati kalau bercerita psl gst ni kak...
ReplyDeleterakyat miskin semakin miskin terbeban dengan pelbagai cukai...
Saya dah tak tau nak luahkan rasa macamana kak, suka ke tak ke memang pasrah je la, memang la cukai gst tu kadang taklah banyak mana tapi bila selalu beli barang kalau dikumpul jumlah yang sikit tu, lama2 jadik banyak..Kalau gaji besar nak kena cukai apapun saya tak kisah, tapi kalau boleh biarlah setanding dengan perkhidmatan yang diberikan..
ReplyDeleteDiorang ni asal boleh pusing untuk kaut untung, diorang akan kaut untung. Macam hotel ni, tak tau la mana pergi keuntungan yang diorang kaut dari service charge tu pergi. Nak kata ke gaji pekerja, pekerja yang peringkat bawahan di hotel la yang selalu mengeluh soal gaji minimum.
ReplyDeleteOohhh..saya baru tahu ada Renaissance Hotel kat situ...
ReplyDeleteSaya dah lama tak makan kat hotel kak...hihihih
lama tak berjalan-jalan ke Johor.
ReplyDeleteDulu 2 tahun pernah bekerja di Senai.
Nampak sangat iklan kat TV tu penipu. Katanya service charge dihapuskan dan digantikan dengan 6% GST. Tapi ada jugak yang double charge 10%+6%. Mana yang turunnya. Skang ni memang nak kena fikir banyak kali kalau nak makan kat luar. Sedih lah kak. Cukai sana sini. Yg YG senang² naik gaji :-(
ReplyDeleteBestnya makan kat hotel.
kisah mangsa di banjir apa khabar agaknya? kerana GST, rakyat yg memerlukan hilang tempat mengadu.
ReplyDeletetanpa ketegasan kerajaan, rasanya peniaga di Malaysia akan mengenakan cukai GST & SST sekali gus. Mungkin bukan SST tapi dilindungi dgn nama lain iaitu cukai perkhidmatan. Tak fahamlah, bukan harga tu sendiri dah termasuk perkhidmatan kan? Kenapa nak ada cukai lagi?
mangsa banjir itulah yg saya mention kat satu blog yg merintih sbb GST . bknnya apa , wpun terpaksa meredah GST , kita masih lagi mampu dok rumah selesa , pandu kereta yg selesa blh juga makan2 diluar sambil shopping sdangkan mangsa banjir tu masih dalam khemah ... Doakanlah semoga kerajaan gunakan sebahagian GST tu utk selesakan mangsa banjir sebelum ramadhan ... GST itu hikmah disebalik Allah turunkan bencanan banjir ...
ReplyDeletekena berjimat dah skrg. smua bnda naik harga skrg
ReplyDeleteKita sebagai rakyat biasa redha ajelah nak buka mulut pun org tak akan dengar. Rasa mampu beli kalau tak duduk diam2.
ReplyDeleteduduk dalam negara sendiri... nak makan pun kena bayar cukai... sana sini cukai
ReplyDeleteassalamualaikum kakzakie...yer la skg ni semuanya dah mahal...makan sikit jer dah mahal kena charge ...:)
ReplyDeletedah kurang aktiviti makan2 luar ni kak lepas GST !
ReplyDeletetensen kan kak...sakit hati je tgk resit!
ReplyDeletesemua dah sibuk pertikai pasal GST ni,kak.tapi tulah,bila dipertikai,nanti kena duduk kat bulan pula.ahahaha.
ReplyDeleteassalam
ReplyDeletekenang tempat lama di.sana
akk, minta tolong, tolong doakan ayah rania supaya cepat sembuh, sebab ayah rania kena admit wad koi 12 mlm tdi kerna demam denggi.
terima kasih kakak
Adik bercitarasa tinggi ni...semua yg cantik dia suka termasuk chandelier tu....betul tu mmg semua cukai harus di perhalusi
ReplyDeletetiram tu memang geli nak makan bola teringat mr bean makan tiram busuk
ReplyDelete