Hari ini adik menduduki peperiksaan akhir tahun. Mama harap adik dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan moga jawapan yang adik berikan adalah jawapan yang dikehendaki. Mama pun ada beberapa soalan yang perlu dijawab walaupun bukan di dalam kelas macam adik. Soalan mama pun bukan dari Kementerian Pendidikan tapi dari teman blogger mama yang selalu mama panggil adik juga sebab dia masih solo lagi. Adik tahu apa makna solo yang mama gunakan di sini? Kak Sar ini masih belum ada pasangan macam mama dengan papa. Dia masih dalam pelayarannya mencari seorang insan sejenis dengan papa untuk dijadikan imam/guru dalam hidup dia.
Sekarang mama mahu menjawab soalan darinya:-
1. kenapa kamu berbloging?
Sebenarnya punca berblog kerana suka membaca entry dan mahu memberi komen. Akhirnya terjebak sama membuat N3. Sebab itulah entry di blog aku sekejap timbul, sekejap tenggelam. Tapi kalau berjalan membaca entry blogger memang suka. Tambah menarik jika dalam entry ada wajah/keletah anak-anak yang comel.
2. kenapa ada diskriminasi dalam semua hal?
Bila manusia punya otak sahaja tetapi lupa menggunakan sebaik-baiknya sehinggalah nafsu menguasai akal, satu darinya jadilah diskriminasi
3. cara terbaik nak cari jodoh selain solat istikharah? ~ahah
Minta bantuan saudara-mara atau melalui mereka yang dipercayai. Kalau berani cari ruangan mencari jodoh, tapi kena pastikan dulu sebelum membuat keputusan.
4. nama kamu paling suweet nak panggil :)
Kebanyakan memanggil Kak Zakie. Tidak kira yang sudah berusia mahupun yang muda. Dalam keluarga pun membahasakan diri "kakak" tidak tahu mengapa. Hingga ada kala kena ingatkan pada yang seusia anak-anak mohon dipanggil dengan panggilan auntie Zakie atau makcik Zakie.
5. selain saya, Allah, parent, jiran, saudara sepupu sepapat, siapakah yang kamu sayang :P
Selain yang di atas rasulullah juga dan tidak lupa mestilah hubby dan anak-anak
6. pendapat cik/encik/puan mengenai blog saya dan saya :D
Satu daripada blog yang rajin juga aku telusuri. Santai dan indah untuk dikongsi bersama. Tuan punya blog pula seorang gadis yang sedang mencari arah untuk menempuh kehidupan yang lebih sempurna sebagai wanita Muslimah. Punya integriti tinggi dan semangat kental.
Soalan dan tag kepada seseorang itu yang susah untuk dilakukan. Tapi kakak ada soalan teka-teki yang kakak dapat dari radio IKIM. Setiap pagi radio IKIM mesti ada teka-teki mahu dijawab. Kepada yang mahu menjawab cukuplah sekadar di ruangan komen saja. Soalannya:-

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
1. Dalam satu dunia hanya seorang saja yang dapat melakukan ibadah sunat ini dalam satu masa. Sebutkan apakah ibadah itu.
2. Siapakah satu-satunya sahabat Rasulullah yang ada disebut di dalam Al-Quran.
(Siapa yang mengikuti siaran radio IKIM saban pagi pasti dapat menjawab soalan ini)
~~ Peperiksaan di dunia kadang-kala membuat manusia bercelaru otak, tapi aku selalu lupa peperiksaan akhirat yang hampir seluruh soalannya telah diketahui tetapi masih tidak mampu untuk aku menjawabnya. ~~