Thursday, December 30, 2010
Hadiah Akhir Tahun
Semenjak aku membenarkan syarikat yang ada jalinan dengan syarikat tempat aku bertugas mengambil bayaran (payment) dalam minggu ini, saban hari aku menerima banyak habuan. Bila datang untuk mengambil cek pasti ada saja buah tangan berupa diari dan kalendar. Ada juga yang membawa planner, key-chain, payung, alat pembuka surat dan frame. Hadiah sebegini kebanyakannya dari syarikat insuran, bank, corporat, pembekal, agensi pelancungan dan sebagainya. Musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak. Aku terima semuanya dengan hati berbunga gembira .
Apabila pemberian melebihi keperluan, aku agih-agihkan kepada yang mahu. Memo sudah aku edarkan kepada sesiapa yang perlu atau mahukan diari dan kalendar dipersilakan datang ke bilik aku kerana aku hanya memerlukan satu saja diari dan kalender untuk satu tahun walau jumlah harinya beratus-ratus hari. Manakala key-chain dan topi menjadi milik anak aku. Payung ada masuk kereta aku, ada yang aku bagi kepada pakcik guard dan lebihnya aku tidak tahu kemana sebab aku letak di atas meja security. Alat pembuka surat dan frame menjadi hak milik aku. Apa yang pasti koleksi topi dan key-chain anak aku bertambah lagi.
Ada satu hadiah yang menggelikan hati tapi tetap aku
terima juga apabila Director kepada syarikat security
guard menghadiahkan aku sepasang sari impot dari India.
Akan aku ubah-suai menjadi abaya. Kena beli kain lapiknya dulu.
Monday, December 27, 2010
Wet World
Slide - Adik paling suka tempat ini. Air sekadar paras lutut kita sahaja. (Sebenarnya ada tempat-tempat lain yang tidak dapat kami rakamkan - camera jenis non-waterproof)
Berendam - Masa sudah hendak pulang kerana azan solat zuhor berkumandang kedengaran hingga ke kawasan permainan ini, dia masih belum puas hendak berendam lagi.
Hari berikutnya aku tidak berhak paparkan di blog
Thursday, December 23, 2010
Singgah Selalu
Chicken Chop - Bila waiter ambil order boleh adik minta chicken-chop juga
Siakap Steam Nyonya - Masak macam ini aku paling suka
Semeja penuh - brokoli masak bawang putih, Udang goreng butter, Siakap Steam Nyonya, Ketam black-pepper , shark-fin sup makan dengan nasi putih. Adik makan chicken-chop.
Kakak & Adik - Dua orang kakak makan si adik merayap masuk tempat permainan
Kawan - Boleh pulak dia bertemu kawan di tempat permainan
Selepas makan malam itu kami singah di Plaza Angsana dan terus menuju ke Badan Book Store. Apa lagi yang hendak dicari oleh anak-anak kalau bukan novel. Membaca novel memang semuanya rajin tidak perlu disuruh. Tetapi bila bab membaca buku pelajaran tidak sampai satu jam sudah bangun ke dapur buka peti ais, buka tudung saji atas meja, masuk bilik air, keluar masuk bilik entah apa yang dicari. Tidak seperti bila mereka membaca novel. Kalau memabaca novel lepas makan pun membaca, hendak tidur membaca, sementara menunggu iklan TV membaca, hingga tidur pun dengan novel. Kalaulah mereka membaca buku pelajaran seperti mana mereka membaca novel-novel itu alangkah baiknya. Cemburu melihat anak orang lain menelaah pelajaran seperti anak aku membaca novel. Alasan mereka cuti sekolah lagi.....Wednesday, December 22, 2010
Janganlah.....
Perlu diingat Allah juga ada mengatakan jangan terhadap kita:
“Maka janganlah sekali-kali kamu mengatakan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak kedua mereka melainkan ucapkanlah kepada ibu-bapa kamu perkataan yang mulia” – Al-Israk ayat 23.
Oleh itu sekali ini aku ingin menitipkan kata janganlah membuat ibu-bapa kita terluka walau sekadar bunyi “ah” dari diri kita. Sesungguhnya doa seorang ibu tiada tabir yang melindunginya bahkan ia akan terus sampai kepada Nya. Berbahagia dan beruntunglah mereka yang mempunyai ibu-bapa.
Lamanya masa itu
kocak riak gembira
berlarian tanpa henti
mengatur masak-masak bawah para
membina pondok-pondok bawah kolong rumah
tanpa pengertian perit sebuah kehidupan
akhirnya aku tahu emak sudah tiada
Lamanya masa itu
luruh airmata kerinduan
kain batik emak diusung kesana-sini
baju emak didakap
mengharap bau yang telah tiada
kerinduan kian mengasak
hingga kelelahan
di atas sejadah merapak
bibir dan hati bersatu
moga persemadian diredhai olehNya.
Sunday, December 19, 2010
Jom Makan Coklat
Booth pertama yang kami singgah
Adik dapat belon dan kipas upin-ipin percuma
Ini Booth student dari UIA berasal dari Uzbakestan. Perkataan Melayu yang dia pandai, pedas. Adik ketawa mendengarnya....
Lihat warna kuning, purple, hijau pun ada
Keluar dari expo balik bawa banyak coklat
Hari ini bila aku nak ambil gambar sebab nak upload dalam PC ini saja yang tinggal. Banyak yang sudah masuk dalam perut anak dara tiga orang ini
Sebenarnya sekadar meluangkan masa dengan anak-anak yang seminggu ini mereka tidak ke mana-mana di sebabkan kesibukan mama dan papa mereka
Tuesday, December 14, 2010
Laporan Polis
Berputar ligat kotak fikiran aku mencari jalan apa yang harus dibuat. Hubby belum balik dari masjid kerana memang biasanya selepas Maghrib dia akan terus solat Isyak baru balik rumah. Bagi meredakan situasi aku jemput dia minum air teh dengan sedikit kuih. “Kita tunggu Encik K balik. Mudah sikit sebab polis sini pun ramai yang solat di masjid kita.” Aku menasihati.
Jam 9:30 malam wanita itu, aku dan hubby sudah berada di perkarangan Balai Polis. Laporan dicatat pihak polis yang aku kira masih junior bila melihat cara dia menarikan jejarinya dikeyboad komputer. Rumah dicampak dengan seluar dalam basah, dicampak dengan kertas yang melakar kemaluan wanita dan lelaki, kemudian kertas dibentuk seperti mainan roket dan diluncurkan kerumahnya. Ada yang lebih membuat wanita ini sedih bila tingkap di kopak dan kain langsirnya digunting dari luar rumah. Itulah antara kandungan laporan yang diberikan kepada pihak polis. Apa yang aku tahu kedudukan rumahnya di “end lot” tiada tanah dibahagian tepi. Hanya longkang yang memisahkan rumahnya dengan jalan laluan.
Menurut cerita yang dituturkan kepada pihak polis, pada hari Ahad lalu dia membersihkan longkang kerana terlalu banyak tin-tin gam dibuang di situ. Kerana sakit hati dengan perbuatan tersebut sewaktu membersihkan longkang tersebut dia mencampak-campak keluar tin-tin tersebut dengan cara kasar sebelum ianya dibuang ke dalam tong sampah. Perbuatan wanita ini telah diperhatikan oleh anak muda yang merasa kerana tahu itu perbuatan mereka.
Menurut cerita hubby kawasan taman permainan dibelakang rumah wanita tersebut memang menjadi longgokan anak-anak muda hidu gam. Hari ini ditangkap tetapi sehari-dua kemudian sudah keluar lokap. Masalah yang berpanjangan tiada penghujungnya.
Selesai laporan hubby bertanya pada pihak polis berkenaan, “Sekarang macamana? Nak terus ke rumah dia ke?” Pihak polis menjawab “Kita kena siasat dulu bang. Masalah sekarang tak ada akta yang membolehkan kita tangkap dan lokap mereka yang hidu gam. Susah nak tahu kalau masa dia tak hidu. Sepatutnya ibu-bapa kena pantau anak-anak mereka jangan jadi begini. Kalau kita tahu siapa yang mengganggu rumah dia ini memang boleh ditangkap dan lokap mereka. Kami akan siasat laporan ini. Baliklah dulu nanti kami datang.” Aku, hubby dan wanita itu melongo.
Jam 11:30 malam selesai menghantar wanita itu pulang. Tiba di rumah sudah tiada mood hendak makan malam. Sebelum tidur malam itu kami bercerita tentang ujian wanita itu. Hidup di rumah murah dua bilik, tepi rumah orang lalu-lalang, kerja sebagai operator pengeluaran, ibu tunggal tiga anak, diganggu manusia yang tidak takut dosa-pahala. Itu sebahagian yang kita tahu. Hingga entry ini ditulis aku belum tahu kesudahannya. Bagaimana agaknya kalau itu terjadi pada kita?
Friday, December 10, 2010
Buah Nangka
Tidak sangka sepohon pokok nangka begitu megah berdiri di tepi pagar tempat aku bekerja. Rezeki jangan ditolak. “Puan hendak tengok pokoknya. Jomlah turun bawah” . Pantas kakiku menurut. Allah mengurniakan sepohon pokok nangka yang begitu lebat buahnya.
Ini mesti tunggu giliran akan jadi mangsa kena ngap oleh kami semua.
Lihatlah bergayutan buah-buah yang menunggu giliran masak.
Ini satu lagi jadi mangsa kami. Hendak petik tu memang memang Rajin Syafiq ni. Tapi bila hendak menyiangnya tidak larat. Banyak getah.
Pepatah Melayu ada mengatakan "Siapa yang makan nangka dialah yang kena getahnya".
Friday, December 3, 2010
Meeting - responsibility or duty
.
In the meeting room.
Sales and Marketing: Entertainment customers? Ensure all orders received and to be fulfilled!
Personal: Company rules and diciplines no improvement. Further details required!
Account: Amount on paper is not our money yet (debtors). To show it in the bank statement!
Secretary: Minutes meeting accordingly.......
.
.
Meeting adjourned. Tea break.
From all the sentences above everyone had their responsibility and duty.