Thursday, December 30, 2010

Hadiah Akhir Tahun

Musim orang mengadakan majlis perkahwinan sempena cuti sekolah kian berakhir. Kalau emak-bapak pengantin dan pasangan pengantin banyak mendapat hadiah tidak kurang juga aku yang masih jauh untuk mengadakan majlis seumpama itu. Hanya hadiahnya saja berbeza dari hadiah majlis perkahwinan.

Semenjak aku membenarkan syarikat yang ada jalinan dengan syarikat tempat aku bertugas mengambil bayaran (payment) dalam minggu ini, saban hari aku menerima banyak habuan. Bila datang untuk mengambil cek pasti ada saja buah tangan berupa diari dan kalendar. Ada juga yang membawa planner, key-chain, payung, alat pembuka surat dan frame. Hadiah sebegini kebanyakannya dari syarikat insuran, bank, corporat, pembekal, agensi pelancungan dan sebagainya. Musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak. Aku terima semuanya dengan hati berbunga gembira .

Apabila pemberian melebihi keperluan, aku agih-agihkan kepada yang mahu. Memo sudah aku edarkan kepada sesiapa yang perlu atau mahukan diari dan kalendar dipersilakan datang ke bilik aku kerana aku hanya memerlukan satu saja diari dan kalender untuk satu tahun walau jumlah harinya beratus-ratus hari. Manakala key-chain dan topi menjadi milik anak aku. Payung ada masuk kereta aku, ada yang aku bagi kepada pakcik guard dan lebihnya aku tidak tahu kemana sebab aku letak di atas meja security. Alat pembuka surat dan frame menjadi hak milik aku. Apa yang pasti koleksi topi dan key-chain anak aku bertambah lagi.







Ada satu hadiah yang menggelikan hati tapi tetap aku
terima juga apabila Director kepada syarikat security
guard menghadiahkan aku sepasang sari impot dari India.
Akan aku ubah-suai menjadi abaya. Kena beli kain lapiknya dulu.

Monday, December 27, 2010

Wet World

Petang 24 Disember 2010 membawa langkah kami sekeluarga ke destinasi yang telah dirancang oleh tiga anak dara aku. Mereka telah tahu doktor telah membenarkan aku bergerak agak lasak. Alasan akhir tahun bahaya untuk mandi pantai membuka minda mereka mencari tempat yang membolehkan mereka bermain dengan air. Selepas Asar kami bertolak dan bermalam di Kampung Peserai, Batu Pahat rumah tinggalan allahyarham ibu-bapa mertuaku a.k.a ibu-bapa hubby. Lebih kurang jam 9:45 pagi, 25 Disember 2010 kami telah tiba di Wet World.

Beratur - Di sini tiket dibeli dengan harga jauh lebih murah di A'Famosa, Sunway Lagoon dan Bukit Gambang Resort. Sistem pakai gelang pelekat sama saja.

Bilik Persalinan - Beratur jika hendak menukar pakaian. Kami telah bersiap di rumah. Cuma selepas siap hendak pulang kami kena beratur juga hendak mandi.

Siap - Semua sudah bersedia untuk memulakan berbasah-basahan dengan air
Berenang - Papa memang juara berenang dulu sewaktu bekerja di Sofitel Hotel. Kami naik tube ini sebab tidak tahu berenang. Tidak bahaya seperti namanya juga - "Lazy River" sangat malas arus airnya bergerak.

Slide - Adik paling suka tempat ini. Air sekadar paras lutut kita sahaja. (Sebenarnya ada tempat-tempat lain yang tidak dapat kami rakamkan - camera jenis non-waterproof)

Berendam - Masa sudah hendak pulang kerana azan solat zuhor berkumandang kedengaran hingga ke kawasan permainan ini, dia masih belum puas hendak berendam lagi.
Dinasour - Banyak replika dinasour seperti ini. Adik tidak mahu bergambar sama. Takut dinasour hidup agaknya Ha..ha...ha.... (sebenarnya dia sudah menggigil sejuk)
Makan tenghari - Selepas solat Zuhor di Masjid Bukit Pasir kami makan di Restoran Ahmad Shah (hadapan Hospital Pakar Putera). Lihat tinggal tulang dan sisa. Nasi tak habis, kerana banyak sangat. Tidak mahu membazir kami bungkus bawa balik.
Asam pedas - Anak-anak makan nasi baryani aku makan nasi putih dengan asam pedas dan telur dadar saja.



Sambil itu anak ke dua berpantun;
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu, besenang-senang kemudian

"Kena terbalikkan pantun ini ya kak" itu katanya kepada kakak sulung. "Kenapa kak?" Adik bertanya. "Sebab kita bergembira dulu, lepas mandi kita rasa sakit." Itu jawapan kakaknya. "Adik tak rasa sakit pun. Adik rasa nak pergi lagi. Lain kali kita pergi pagi-pagi sampai puas." Tukas adik pantas. Aku biarkan saja mereka mengulas pantun tersebut sambil si papa bertanya" Siapa yang kata sakit esok tak boleh berjalan lagi kena rehat". Mendengar kata si papa semua terjerit kata tak penat. Sebab esok ada destinasi lain pula. Mengejar masa sebelum cuti sekolah berakhir dan mama mereka sudah sembuh sepenuhnya.





Hari berikutnya aku tidak berhak paparkan di blog
kerana anak-anak sudah booking masuk dalam fb mereka

Thursday, December 23, 2010

Singgah Selalu


Sudah namanya Restoran Singgah Selalu, itu yang membuatkan mereka yang pernah singgah sekali akan datang singgah lagi. Begitulah juga dengan aku sekeluarga semalam. Memandangkan tempoh cuti sekolah sudah hampir ke penghujungnya, permintaan anak-anak sebelum yang sulung balik asrama banyak lagi yang hendak dilunaskan. Salah satunya makan malam di Restoran Singgah Selalu. Anak aku suka "shark-fin soup" nya. Jadi semalam selepas solat maghrib kami pun singgahlah ke sana.

Semangkuk - Shark-fin soup menjadi menu utama keluarga bila makan di luar

Chicken Chop - Bila waiter ambil order boleh adik minta chicken-chop juga

Siakap Steam Nyonya - Masak macam ini aku paling suka

Semeja penuh - brokoli masak bawang putih, Udang goreng butter, Siakap Steam Nyonya, Ketam black-pepper , shark-fin sup makan dengan nasi putih. Adik makan chicken-chop.

Kakak & Adik - Dua orang kakak makan si adik merayap masuk tempat permainan

Kawan - Boleh Align Centerpulak dia bertemu kawan di tempat permainan

Selepas makan malam itu kami singah di Plaza Angsana dan terus menuju ke Badan Book Store. Apa lagi yang hendak dicari oleh anak-anak kalau bukan novel. Membaca novel memang semuanya rajin tidak perlu disuruh. Tetapi bila bab membaca buku pelajaran tidak sampai satu jam sudah bangun ke dapur buka peti ais, buka tudung saji atas meja, masuk bilik air, keluar masuk bilik entah apa yang dicari. Tidak seperti bila mereka membaca novel. Kalau memabaca novel lepas makan pun membaca, hendak tidur membaca, sementara menunggu iklan TV membaca, hingga tidur pun dengan novel. Kalaulah mereka membaca buku pelajaran seperti mana mereka membaca novel-novel itu alangkah baiknya. Cemburu melihat anak orang lain menelaah pelajaran seperti anak aku membaca novel. Alasan mereka cuti sekolah lagi.....

Wednesday, December 22, 2010

Janganlah.....

Bezakan yang mana satu membebel dan yang mana satu nasihat. Ibu, emak, umi, mama, bonda dan apa juga panggilan tetap mempunyai maksud yang sama. Banyak yang dipermulaan kata nasihatnya akan dimulai dengan perkataan jangan. Contoh yang paling biasa seperti “Jangan balik lewat. Jangan lupa beritahu mak. Jangan lupa solat. Jangan lupa makan. Jangan lupa makan ubat. Jangan leka/cuai. Maka banyak lagi jangan yang diutarakan. Ada juga ayat yang berulang-ulang setiap kali mata bertentang mata. Contohnya; "kasut sekolah dah cuci?" Atau mungkin "kerja sekolah dah buat?" Itulah antara yang aku masih ingat waktu aku masih mempunyai emak. Kini bila diri telah mempunyai zuriat perkara yang sama seolah-olah mewarisi diri aku.

Perlu diingat Allah juga ada mengatakan jangan terhadap kita:

“Maka janganlah sekali-kali kamu mengatakan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak kedua mereka melainkan ucapkanlah kepada ibu-bapa kamu perkataan yang mulia” – Al-Israk ayat 23.

Oleh itu sekali ini aku ingin menitipkan kata janganlah membuat ibu-bapa kita terluka walau sekadar bunyi “ah” dari diri kita. Sesungguhnya doa seorang ibu tiada tabir yang melindunginya bahkan ia akan terus sampai kepada Nya. Berbahagia dan beruntunglah mereka yang mempunyai ibu-bapa.

Lamanya masa itu
kocak riak gembira
berlarian tanpa henti
mengatur masak-masak bawah para
membina pondok-pondok bawah kolong rumah
tanpa pengertian perit sebuah kehidupan
akhirnya aku tahu emak sudah tiada

Lamanya masa itu
luruh airmata kerinduan
kain batik emak diusung kesana-sini
baju emak didakap
mengharap bau yang telah tiada
kerinduan kian mengasak
hingga kelelahan
di atas sejadah merapak
bibir dan hati bersatu
moga persemadian diredhai olehNya.


Sunday, December 19, 2010

Jom Makan Coklat

Expo coklat yang diadakan di Danga City Mall tidak melepaskan peluang kami sekeluarga menikmatinya. Jom lihat kami sekeluarga menikmati coklat-coklat yang mempunyai berbagai variasi rasa, corak dan warna.

Booth pertama yang kami singgah

Adik dapat belon dan kipas upin-ipin percuma

Ini Booth student dari UIA berasal dari Uzbakestan. Perkataan Melayu yang dia pandai, pedas. Adik ketawa mendengarnya....

Lihat warna kuning, purple, hijau pun ada

Keluar dari expo balik bawa banyak coklat

Hari ini bila aku nak ambil gambar sebab nak upload dalam PC ini saja yang tinggal. Banyak yang sudah masuk dalam perut anak dara tiga orang ini


Sebenarnya sekadar meluangkan masa dengan anak-anak yang seminggu ini mereka tidak ke mana-mana di sebabkan kesibukan mama dan papa mereka

Tuesday, December 14, 2010

Laporan Polis


Selepas solat Maghrib seperti biasa aku mengajar anak-anak mengaji. Belum selesai anak-anak mengaji terdengar ding-dong loceng diikuti salam diluar rumah. Jarang ada tetamu diwaktu seperti ini. Terkejut kerana yang datang adalah seorang wanita yang dulu tinggal sederet dengan rumahku tetapi telah berpindah selepas dia diceraikan suami. Datang berseorangan tanpa anak-anak. Salam ku hulur dan tanpa perlu aku bertanya airmata yang luruh dan suara tersekat-sekat dia menceritakan segalanya tanpa ku pinta dari awal hingga akhirnya.

Berputar ligat kotak fikiran aku mencari jalan apa yang harus dibuat. Hubby belum balik dari masjid kerana memang biasanya selepas Maghrib dia akan terus solat Isyak baru balik rumah. Bagi meredakan situasi aku jemput dia minum air teh dengan sedikit kuih. “Kita tunggu Encik K balik. Mudah sikit sebab polis sini pun ramai yang solat di masjid kita.” Aku menasihati.

Jam 9:30 malam wanita itu, aku dan hubby sudah berada di perkarangan Balai Polis. Laporan dicatat pihak polis yang aku kira masih junior bila melihat cara dia menarikan jejarinya dikeyboad komputer. Rumah dicampak dengan seluar dalam basah, dicampak dengan kertas yang melakar kemaluan wanita dan lelaki, kemudian kertas dibentuk seperti mainan roket dan diluncurkan kerumahnya. Ada yang lebih membuat wanita ini sedih bila tingkap di kopak dan kain langsirnya digunting dari luar rumah. Itulah antara kandungan laporan yang diberikan kepada pihak polis. Apa yang aku tahu kedudukan rumahnya di “end lot” tiada tanah dibahagian tepi. Hanya longkang yang memisahkan rumahnya dengan jalan laluan.

Menurut cerita yang dituturkan kepada pihak polis, pada hari Ahad lalu dia membersihkan longkang kerana terlalu banyak tin-tin gam dibuang di situ. Kerana sakit hati dengan perbuatan tersebut sewaktu membersihkan longkang tersebut dia mencampak-campak keluar tin-tin tersebut dengan cara kasar sebelum ianya dibuang ke dalam tong sampah. Perbuatan wanita ini telah diperhatikan oleh anak muda yang merasa kerana tahu itu perbuatan mereka.

Menurut cerita hubby kawasan taman permainan dibelakang rumah wanita tersebut memang menjadi longgokan anak-anak muda hidu gam. Hari ini ditangkap tetapi sehari-dua kemudian sudah keluar lokap. Masalah yang berpanjangan tiada penghujungnya.

Selesai laporan hubby bertanya pada pihak polis berkenaan, “Sekarang macamana? Nak terus ke rumah dia ke?” Pihak polis menjawab “Kita kena siasat dulu bang. Masalah sekarang tak ada akta yang membolehkan kita tangkap dan lokap mereka yang hidu gam. Susah nak tahu kalau masa dia tak hidu. Sepatutnya ibu-bapa kena pantau anak-anak mereka jangan jadi begini. Kalau kita tahu siapa yang mengganggu rumah dia ini memang boleh ditangkap dan lokap mereka. Kami akan siasat laporan ini. Baliklah dulu nanti kami datang.” Aku, hubby dan wanita itu melongo.

Jam 11:30 malam selesai menghantar wanita itu pulang. Tiba di rumah sudah tiada mood hendak makan malam. Sebelum tidur malam itu kami bercerita tentang ujian wanita itu. Hidup di rumah murah dua bilik, tepi rumah orang lalu-lalang, kerja sebagai operator pengeluaran, ibu tunggal tiga anak, diganggu manusia yang tidak takut dosa-pahala. Itu sebahagian yang kita tahu. Hingga entry ini ditulis aku belum tahu kesudahannya. Bagaimana agaknya kalau itu terjadi pada kita?



Friday, December 10, 2010

Buah Nangka

Semilir keharuman baunya menerjah hingga ruang pejabat. Aku dengar ada derap-derap kasut menaiki tangga menuju pejabat. Pintu diketuk dan dikuak tanpa menunggu arahan masuk. Bau harum kian kuat . Sebaik aku angkat kepala inilah yang ada. Ini bukan nangka dari MAHA. Tapi rasanya tetap maha juga, maha sedap dan rangup. Lihatlah betapa setianya ia untuk dimakan.

Tidak sangka sepohon pokok nangka begitu megah berdiri di tepi pagar tempat aku bekerja. Rezeki jangan ditolak. “Puan hendak tengok pokoknya. Jomlah turun bawah” . Pantas kakiku menurut. Allah mengurniakan sepohon pokok nangka yang begitu lebat buahnya.

Ini mesti tunggu giliran akan jadi mangsa kena ngap oleh kami semua.

Lihatlah bergayutan buah-buah yang menunggu giliran masak.

Ini satu lagi jadi mangsa kami. Hendak petik tu memang memang Rajin Syafiq ni. Tapi bila hendak menyiangnya tidak larat. Banyak getah.

Pepatah Melayu ada mengatakan "Siapa yang makan nangka dialah yang kena getahnya".

Friday, December 3, 2010

Meeting - responsibility or duty


Everyone had received the memo one week earlier together with the previous minutes of meeting and also informed when the next meeting to be held.
.
.
.
In the meeting room.

Planning: Provides details to the ground all requirements!

Sales and Marketing: Entertainment customers? Ensure all orders received and to be fulfilled!

Personal: Company rules and diciplines no improvement. Further details required!


Engineer: Follow-up company capacity and technology involved. Show the working plan!
R & D: Not to prolong the research. Next month deadline. Amount incurred to show!

Account: Amount on paper is not our money yet (debtors). To show it in the bank statement!

Secretary: Minutes meeting accordingly.......
.
.

.
Meeting adjourned. Tea break.

From all the sentences above everyone had their responsibility and duty.
It is different between responsibility and duty.