Hari ini sudah 11 Raibull-Awwal dan dikebanyakkan tempat sudah tersusun jadual untuk meraikan maulidurrasul. Bersempena itulah aku titipkan titisan ini buat mengimbau kembali cerita yang sentiasa segar di minda kita semua.
Keistimewaan baginda Rasulullah sudah pun tercatat awal-awal di dalam kitab Taurat, Zabur dan Injil. Mereka yang beramal dengan kitab-kitab pasti dengan mudah akan beriman dengan baginda Muhammad rasulullah sallallahu alai wasallam dan Al-Quran. Mereka amat maklum kelahiran baginda membawa rahmat sekelian alam bukan seperti kita manusia biasa yang lahir bukan main diraikan tapi belum tentu mampu membimbing keluarga atau masyarakat ke jalan benar. Sekelian alam bermakna bukan untuk manusia sahaja tetapi apa juga yang ada di alam ini.
Sifat dan keperibadian baginda ternyata bukan saja disenangi oleh umat Islam tetapi juga kalangan mereka yang bukan Islam. Maksud bukan Islam di sini bukanlah musuh Islam seperti Abu Jahal. Abu Jahal bukan setakat membenci baginda tetapi juga ajaran Islam. Namun kalangan bukan Islam yang akhirnya dapat menerima baginda sudah pasti kagum dengan keperibadian baginda yang tidak ada tolok bandingnya.
1. Kisah Rukanah yang gagah perkasa. Ibaratnya seperti program WWF (world wrestling federation) beliau mengajak rasulullah bertanding dengan berjanji siapa yang tewas kena memberi 100 ekor kambing. Setelah 3 kali pusingan nyata Rukanah tewas di tangan baginda.
"Wahai Muhammad! Tiada siapa pun pernah dapat membaringkan aku
sehingga jatuh terlentang dalam pertarungan selain darimu! Sebelum ini
engkaulah yang paling aku benci. Tapi sekarang aku naik saksi tiada
Tuhan yang lebih benar yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t dan
Nabi Muhammad s.a.w itu RasulNya. "
Selepas dari itu barulah Rukanah memeluk agama Islam dan mengakui kenabian baginda rasullullah. Sebelum itu sebenarnya ada kisah di mana baginda diberikan mukjizat Allah dengan memanggil pokok yang didepannya lalu terbelah kerana sebelum itu masih tidak mampu membuka hidayah hati Rukanah, pokok itu tercantum semula dan kemudian kembali tertanam di atas tanah yang asal.
2.Israk-Mikraj pula satu rentetan yang tidak perlu dihuraikan kerana rata-rata kita setiap tahun pasti akan dihidangkan cerita bagaimana baginda rasulullah boleh naik ke sidrahtul-muntaha. Apa yang menarik bagaimana tindakan Nabi Musa menasihati baginda apabila dikhabarkan yang umat baginda pasti tidak mampu untuk menunaikan ibadah solat yang banyak. Cubalah bayangkan kalau kena 50 waktu adakah termampu oleh kita hari ini? Itulah Nabi Musa mengambil kesempatan menikmati Nur yang terpancar pada baginda rasullullah kerana bertemu Allah. Setiap kali baginda turun memberi khabar kepada Nabi Musa, Nabi Musa bersyukur dan gembira kerana nikmat nur yang ada pada Rasulullah hasil bertemu Allah.
3. Begitu juga syafaat baginda yang sering kita ketahui. Bila tiba hari kiamat kelak semua umat manusia akan mencari para nabi mereka. Tetapi semuanya tidak akan dihiraukan sehingga akhirnya seluruh umat manusia akan mencari baginda rasulullah, nabi Muhammad Sallallahualaihi wasallam memohon syafaatnya. Lalu apa lagi yang mahu kita kejar lagi. Seiiringkan dunia dan akhirat moga berbahagia di dunia yang sementara ini dan akhirat yang kekal abadi.
* Sebenarnya aku sedang seronok membaca kisah rasulullah bersempena bulan rabiulawwal ini.*
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
~~ Allahumma solli 'ala Muhammad, Wa 'ala ali Muhammad.~~