Dua hari lepas aku mendapat tasbih dari Yana Yani blogger Diari Seorang Mama. Mendapat tasbih ini buat aku teringat kisah aku di pejabat sebelum puasa yang lepas.
Waktu makan tengahari aku di pejabat tidak ada ketetapan masa. Bila-bila masa saja boleh makan tetapi biasanya aku lebih suka untuk makan agak-agak dalam setengah jam sebelum masuk waktu solat zuhor. Mudah bila selesai makan sebaik mencuci periuk, pinggan dan bekas bekal terus boleh berwudhuk. Tetapi pada hari itu kerana aku tidak boleh bersolat aku keluarkan tasbih untuk berzikir sambil melayan mata melihat monitor PC. Tanpa sengaja ketika supplier masuk aku terlupa tangan aku masih memegang tasbih. Sepontan mereka mengatakan yang agama mereka juga menggunakan tasbih ketika beribadat. Ketika itu kami berempat. Dua lelaki bangsa Cina, seorang India dan aku sebagai customer mereka.
Menurut supplier aku yang Cina tasbih dalam agama mereka yang menggunakan biasanya adalah sami-sami dan jumlahnya 108 biji/beads. Secara kebetulan kawan mereka yang Hindu juga mengatakan yang sami Hindu pun menggunakan tasbih 108 biji/beads. Tetapi kawan mereka yang seorang lagi neneknya Kristian tetapi bila ibunya menikah dengan ayahnya Buddha lalu ibunya turut menjadi Buddha. Dia melihat neneknya juga menggunakan tasbih tapi tidak tahu berapa kuantiti beadsnya. Jujur menurutnya dia tidak pernah bersembahyang. Bergegar bilik aku dengan gelak-ketawa tiga lelaki dek kerana seorang insan dengan jujur mengatakan dia tidak pernah bersembahyang. Masing-masing tempelak menempelak sebab semuanya belum berumahtangga. Jelas cara mereka tidak sama dengan cara kita. Apa yang pasti Islam agama syumul.
Coretan bingkisan - Dengan penuh terharu aku mendapat titipan ini dari teman blogger yang menggelarkan dirinya Yana Yani |
Ketika di rumah biasanya aku menggunakan tasbih yang 99 biji termasuk hujung yang besar jadi 100. Tetapi yang tersimpan di dalam handbag biasanya yang 33 biji ini. Pergi majlis tahlil pun aku bawa yang di atas itulah. Lepas ini bolehlah aku bergilir menggunakan apa yang Yana Yani bagi. Moga ganjaran dapat dikongksikan bersama. Pastinya telah dicatat oleh Raqib akan kebaikan ini. Terima kasih Yana Yani.
~~ Itu tasbih untuk bezikir. Mari kita baca tasbih kafarah bersama : Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allailahailla anta astaghfirukawa atubu ilaik. Akhiri dengan membaca suroh Al-Asr. ~~