Urut badan - Sementara menanti masa tayangan hubby duduk mengurut badan di kerusi urut. Anak dara yang dua ini mana boleh lihat papa dia relax. Konon mahu mengurut papa dia sebagaimna kalau mama dia buat facial muka. Habis juga 5 ringgit kerana hendak sedapkan badan dan berurut lama sikit itulah jadinya. Kalau tidak silap aku bayaran dikenakan seringgit untuk tempoh 3 minit. Nasib baik anak-anak punya urutan tidak dikenakan bayaran.
Miasara - Budak mongel inilah yang sangat-sangat disukai keluarga kami. Tapi masa ini belum ditayangkan lagi. Kami menonton KL Gangster. Entahlah penilaian masing-masing sebab aku kurang berminat dan tidak pandai membuat penilaian.
Tiket - Jumlah keseluruhan RM 64/-untuk kami semua. Adik bergaya dengan tiket-tiket tersebut. Maklumlah tidak pernah nampak pun tiket wayang.
Silent mode- Gara-gara silent mode telefon berbunyi tidak disedari ditambah suasana dalam panggung yang bingit. Uhhh.... tak sanggup aku.
Oleh kerana belum bersolat zuhor lagi, jam 1:45 kami tinggalkan BP Mall dan belum pun jam 2:00 petang kami telah tiba di rumah kampung. Pendedahan pertama kali ke panggung buat anak-anak amat melegakan kerana janji telah tertunai. Itupun terasa kurang kerana yang sulung tidak dapat ikut lantaran ia berada di asrama. Untuk pergi lagi bagaikan tidak sanggup. Lain kali kalau hendak pergi biarlah mereka pergi bersama-sama sepupu-sepupu mereka. Aku sebenarnya kurang berminat kerana kalau boleh hari cuti aku mahu baring-baring saja.