Wednesday, July 31, 2013
Tuesday, July 30, 2013
Perkongsian kasih burung dan orkid
"Dan kalau Allah menghendaki Nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu dalam menjalankan apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padaNya" (Suroh Al-Maidah 5:48)
~~ Orkid itu baru kembang sekuntum tetapi pokok bunga burung itu ada banyak juga bunganya.~~
Monday, July 29, 2013
Pengawal peribadi adik
Peralatan kerja - Penat membuat kerja bantal sudah tersedia. Semua pengawal tidak pernah berganjak dari awal tuannya membuat kerja sehinggalah tuannya terlena. |
Bagaikan arkitek dan jurutera - Macam-macam rekaan yang tidak boleh difahami maksud tersirat |
Ada sedikit kerisauan kerana usia adik hampir menjangkau 10 tahun tetapi masih suka bermain ini semua. Berpuluh-puluh anak-anak patung telah diberikan kepada sepupunya. Baki yang ada masih tertinggal inilah yang menjadi pendamping bila dia sendirian.
~~ Menanti dan menanti bila agaknya adik akan tinggalkan permainan ini semua.~~
Friday, July 26, 2013
Zakat dan sedekah
Islam itu ditegakkan atas lima dasar: Menyaksikan bahawa tiada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, menunaikan solat lima waktu, membayar zakat, berpuasa di bulan ramadhan dan menunaikan ibadah Haji (Riwayat: Tarmizi dan lain-lain).
Resit - Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah menetapkan zakat tahun ini adalah RM8/- seorang |
~~ Ambillah zakat dari harta mereka, guna membersihkan dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doamu itu menumbuhkan ketenteraman jiwa bagi mereka. (At-Taubah: 103) ~~
Thursday, July 25, 2013
Sentuhan pertama untuk Hari Raya 1434H
Alat - Siap uli semua tepung dengan butter, bawang-bawang, garam dan sebagainya mulalah menggunakan alat ini sebagai pembantu. |
Selonggok - Siap bergulung semuanya diamkan seketika. Sakit pinggang duduk mengerjakan ini sehingga jadi begini. macam-macam saiz. Jari adik, Mak Zah dan aku semua tidak sama saiz cubitannya. |
Tiga - Mujur ada tiga sekurang-kurangnya kami bertiga menggalas. Mak Zah, adik dan aku. Lihat licin tidak tinggal sisa semua bahan yang diuli kami siapkan dalam hari itu juga. |
Menanti masuk balang - Masih panas lagi masa ini. Dapat satu setengah balang. Cukuplah. |
~~ Harap menepati selera tetamu yang hadir di Hari Raya kelak.~~
Wednesday, July 24, 2013
Tuesday, July 23, 2013
Mengapa doa tidak maqbul?
- Tahu akan kebesaran dan kekuasaan Allah tetapi tidak menunaikan suruhanNya
- Mulut berkata cintakan rasul Allah tetapi tidak mengamalkan sunnahnya
- Membaca Al-Quran sekadar membaca namun tidak mengamalkannya
- Tahu syaitan itu musuh tetapi bagaikan bersahabat kerana tidak memeranginya
- Tahu mati itu pasti tetapi tidak pernah bersedia untuk mencari bekalan
- Menceritakan aib orang jadi amalan sedangkan aib sendiri tidak disedari
- Mempercayai syurga dan neraka tetapi cara hidup bagaikan dunia inilah syurga tanpa ingat neraka
- Menziarahi kubur tetapi tidak mengambil iktibar dari kematian
- Memperolehi segala nikmat dari Allah tetapi tidak pernah bersyukur
Sila tambah lagi di ruang komen kepada yang ada lagi peringatan buat sesama kita. Terima kasih.
~~ Membaca Al-Quran di bulan mulia ini juga bererti memohon maghfiroh daripada Allah.~~
Monday, July 22, 2013
Akhirnya dia akan dikorbankan
Reban baru - Ada 7 ekor penghuni baru yang membuat aku menjerit-jerit kegelian. Memang cantik tapi aku takut untuk mendekati reban ini. |
Spesis lain - Gebu putih arnab ini. Aku jenis geli akibatnya gambar semuanya kurang cantik. Bila dia melenting-lenting ketika kami cuma mendekati rebannya aku pun melenting sama, geli. |
" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai" (Al-a'raaf:179)
~~ Matinya ternakan tiada dakwa-dakwi seperti kita yang melalui alam kubur yang pasti menggerunkan. Selamat beramal di hari ke 13 Ramadhan.~~
Saturday, July 20, 2013
Bila tidak tahu apa mahu diperkatakan
Tidak semua orang yang tahu itu sedar.
Tetapi kalau orang yang sedar biasanya dia akan tahu.
Oleh itu lebih baik jadi hamba Allah yang sedar.
Daripada orang yang tahu saja tetapi tidak sedar.
Sebab orang yang sedar biasanya akan melaksanakannya.
Tetapi orang yang tahu belum tentu dia akan melaksanakannya.
~~ Sekadar renungan di bulan ramadhan ini. ~~
Friday, July 19, 2013
Perjalanan yang panjang mencari destinasi
Perjalanan di dunia bukan seperti di atas lebuhraya boleh ditebus bayar dengan kad seperti ini. Hendak masuk menggunakan lebuhraya kena ambil resit dan apabila tiba masa mahu keluar kenalah membayar secukupnya.
Dari Abi Hurairoh r.a di riwayatkan rasulullah saw bersabda" Dibentangkan titian as sirat antara neraka jahannam, maka akulah dan ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata ketika itu kecuali para rasul dan doa mereka ialah, Ya Allah selamatkanlah, selamatkanlah."
Dari Abi Said Al-Khudriy r.a rasulullah bersabda "Maka orang Mukmin akan melaluinya seperti kerdipan mata, ada seperti kilat dan taufan, ada seperti burung, seperti kuda dan tunggangan yang terbaik, maka yang berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar, yang terkait masuk ke dalam neraka..." sebahagian dari hadith riwayat Muslim.
~~ Sesungguhnya lapar mereka yang berpuasa itu penuh dengan nikmat tidak terhingga bila tiba masa iftar.~~
* sejak akhir-akhir ini aku bw dari link blogger yang komen N3 aku sebab dashboard bagaikan merajuk. Blog list pula lama sudah aku tidak ada sejak malware menyerang. Mohon maaf.*
Labels:
Agama,
Perjalanan,
Puasa,
Ramadhan,
Touch & Go
Thursday, July 18, 2013
Menjalin yang kecil menjadi lebar
Bila dilahirkan dari keluarga miskin tidak mustahil apa juga jalan dicari untuk tidak membazir. Itulah aku yang sewaktu usia kecilnya tidak pernah menikmati kehidupan mewah seperti anak-anak sekarang. Aku dulu bermain dengan jarum dan kain. Allahyarhamah mak pakar menjahit, oleh itu semua perca kain tidak dibuang. Selain dijalin menjadi selimut, kami juga boleh menjadikannya sebagai alas lap kaki atau alas meja. Itulah juga yang aku lakukan hingga kini.
Plastik jam - Bukan jam isi di dalamnya tetapi hasil perca yang sedia untuk aku cantumkan. Ada setengah lagi yang belum dijalin. |
Warna-warni - Haaa... inilah dia isi di dalam beg plastik tersebut |
Jalinan - Selagi boleh dicantum akan aku cantum terus. Boleh saja untuk dijadilan alas kaki atau alas meja. |
Idea memasukkan ini sebagai N3 apabila teman blogger Bin Muhammad menunjukkan bahan terbuang yang mana salah satunya adalah sepeti yang aku buat ini. Banyak idea dari bahan terbuang boleh dimanfaatkan kepada yang mahu.
~~ Sekarang bulan ramadhan mana ada masak untuk makan tengahari, jadi bolehlah menggunakan waktu memasak atau waktu makan untuk mencantumkannya.~~
Wednesday, July 17, 2013
Tuesday, July 16, 2013
Fenomena Istiwa matahari sekali lagi
Pada 28-05-2013 fenomena istiwa matahari sudah pun berlaku pada jam 5:16 petang waktu Malaysia. Kepada sahabat-handai-rakan-taulan yang tertinggal atau terlupa di sini aku mengingatkan sekali lagi istiwa matahari akan berlaku pada hari ini, 16-07-2013 pada jam 5:28 petang. Memandangkan entri aku tentang istiwa matahari tempohari ada yang salah
faham ingin dijelaskan di sini Istiwa Matahari adalah fenomena dimana kedudukan matahari betul
tegak di atas kaabah. Oleh itulah dianjurkan untuk kita melihat arah qiblat yang tepat dimana kita berada. Ini bukan menentukan masuk waktu solat seperti yang kita belajar
sewaktu kanak-kanak dulu yang juga menggunakan kayu tegak, kemudian melihat panjang-pendik bayang. Tetapi ini adalah MENENTUKAN ARAH QIBLAT yang betul dari bayang-bayang yang terarca.
Gambar ulang-tayang - Pada 28-05-2013 tempohari anakanda sulung sedang bercuti dia yang membuatnya. |
~ Biar canggih mana pun seperti kompas tapi apa salahnya mencuba yang ini kerana matahari tidak mungkin rosak berbanding kompas yang kita miliki.~~
Monday, July 15, 2013
Inai ditepek bukan di tangan dan kuku
Bila balik kampung tidak lengkap jika tidak menghayun kaki merayap ke belakang rumah. Selain daun kesum, belimbing besi, limau kasturi, pucuk ubi dan bunga kantan, aku juga memetik daun inai.
Bunga - Sebelum menjadi biji/buah ianya meriah dengan bunga-bunga seperti ini. |
~ Walaupun bau kurang menyenangkan tetapi khasiatnya utk mengurangkan sakit kepala sangat berkesan.~~
Saturday, July 13, 2013
Bersedekah sebelum berzakat
Sedekah dan zakat berbeza antara jumlah dan nilai. Bersedekah tidak ada had dan nilai terpulang kepada empunya diri berapa yang ia mampu dan mahu. Tetapi zakat ada kiraan yang perlu diambil tahu. Begitu juga bentuk pemberian sedekah dan zakat. Kalau mahu bersedekah apa saja yang mahu diberikan kepada yang dia mahu berikan boleh saja tidak ada had. Namun zakat ada nilai tertentu dan had seperti duit dan makanan asasi. Tidak adalah zakat dengan panadol, nasi lemak atau sebagainya.
Memberi dan menerima - Gambar dari google |
Begitu juga dari segi masa. Kalau mahu bersedekah bila-bila pun boleh. Siang-malam-pagi-petang semua boleh. Setiap hari juga boleh tidak seperti zakat. Kalau zakat harta/binatang/tanaman kena ada kiraan jumlah dan masa (cukup haul). Begitu juga zakat fitrah dari awal ramadhan sehingga sebelum solat aidilfitri. Kalau dikeluarkan zakat fitrah selepas solat aidilfitri jadilah ianya sebagai sedekah.
~~ Kalau kita ada kelebihan bersedekahlah disamping jangan lupa untuk berzakat di atas kemampuan yang kita miliki.~~
Friday, July 12, 2013
Rezeki dari Beijing
Sibuk membuat persiapan raya
solat terawih jangan dilupa
dalam hati tertanya-tanya
kiriman siapalah yang tertunda
Milik aku - Sudah tertulis memang ini menjadi milik aku walau tertunda masuk hari ketiga baru dapat dimiliki. |
Penuh masjid dengan jemaah
sungguh bersyukur alhamdulillah
murah rezeki erat ukhuwah
pemberian Anim diterima sudah
Secebis titipan - Adik paling suka apabila ada kiriman comel khas buat dirinya. Dua kali dia membaca dan ditekankan pembacaannya pada ayat "Keychain itu untuk adik" |
Cantik-comel-menarik - Walau untuk adik tetapi ahli dalam keluarga kami tetap mengabadikan setiap pemberian di dalam almari khas (tempat dimana piala anak-anak kami simpan). |
Selasai solat imam berdoa
makmum pula mengaminkannya
bukan satu tetapi dua
Allah jua mampu membalasnya
Simpan - Gantung bersama 'teman' yang lain. Duduknya bersebelahan dengan keychain dari Nini D dan Kakcik Nur Seroja |
Lumrah berpuasa letih terasa
namun ganjarannya semua tahu
syukran jazilan Anim dan keluarga
dari kami di Johor Bahru
~~ Walau persahabatan di alam maya, andai ada izin Allah pasti suatu masa akan bertemu juga.~~
Labels:
Blogger,
Cenderahati,
Hadiah,
Sahabat
Thursday, July 11, 2013
Cara mudah terawih buat anak-anak
Doa - Selesai terawih boleh baca doa ini sebelum diikuti dengan solat witir |
~~ Bersama kita mencari yang terbaik dicelah-celah kebaikan yang Allah kurniakan di bulan ramadhan ini.Tanggungjawab kita mendidik anak-anak yang baru berlatih.~~
Wednesday, July 10, 2013
Pendamping diri kita
Syaitan telah dibelenggu di bulan ramadhan ini. Seandainya masih ada yang melakukan kejahatan itu adalah nafsu yang membelenggu diri sendiri. Qarin adalah pendamping diri kita. Lawan nafsu jahat kita di bulan yang mulia ini.
~~ Selamat belajar melawan rasa lapar buat anak-anak yang baru belajar. Makcik doakan anak-anak semua diberi kekuatan hingga akhir ramadhan.~~
Tuesday, July 9, 2013
Ahlan wasahlan ya Ramadhan
Ahlan wasahlan ya ramadhan
kehadiranmu amat dinantikan
kepada semua rakan taulan
ampun dan maaf semua kesilapan
Ahlan wasahlan ya ramadhan
lapar dan dahaga satu kemestian
terikat terkunci semua syaitan
zikir dan tasbih disetiap pernafasan
Ahlan wasahlan ya ramadhan
tadarus al-quran di sana sini
agar dapat dijadikan bekalan
ketika izreal menghampiri diri
Ahlan wasahlan ya ramadhan
merintih si kecil menahan lapar
maghfiroh Mu kami dambakan
teguh iman dan sentiasa sabar
~~ Bersama menggapai untuk mendidik rohani dan jasmani di bulan ramadhan.~~
Monday, July 8, 2013
Suratan, takdir, kebetulan atau ujian
Terjadinya kisah ini sewaktu cuti sekolah tempohari.
Akibat mendengar hasutan pihak ketiga akhirnya anak itu dipulangkan semula kepada ibu kandung. Kebaikan yang dilakukan untuk membesarkannya selama berbelas tahun berakhir dengan sia-sia. Kini menyesal bila keadaan rumah tidak terurus. Mula merenung kebaikan anak tersebut. Selama ini anak itulah yang membersihkan apa-apa juga dirumah tersebut, tetapi kini anak itu tiada lagi. Dari hal menyapu rumah hingga membersihkan bilik mandi anak itulah yang membantu. Anak yang dulu dilahirkan atas keterlanjuran si ibu yang naif dengan agama kini dikembalikan kepada ibunya semula.
Apa yang menyentap tangkai hati wanita bergelar ibu seperti aku bila anak itu akhirnya tahu dia adalah anak tidak sah taraf bukan sekadar anak angkat saja. Menangis hingga bengkak-bengkak mata bagaikan tidak ada siapa lagi tempat mahu mengadu. Jiwa kosong agaknya. Mujur ibu kandung menerimanya dengan baik. Bila timbuk kesedaran mahu diambil kembali si anak tetapi ibu kandung sudah tidak mahu melepaskannya lantaran si anak pun tidak mahu. Membayangkan mungkin anak akan menjadi sasaran maki-herdik-tamparan sebagainya itulah agaknya terasa berat mahu melepaskan. Namun dalam ramai anak-anak yang mengaji dengan aku dia salah seorang anak yang pandai tajwid berbanding yang lain-lain. Kini aku kehilangan satu anak mengaji yang pintar kerana dia tidak lagi tinggal di sini. Surau kami juga kehilangan bilal waktu zuhor kerana biasanya waktu zuhor di taman kami anak inilah yang melaungkan azan kerana majoriti kaum bapa bekerja.
Akibat mendengar hasutan pihak ketiga akhirnya anak itu dipulangkan semula kepada ibu kandung. Kebaikan yang dilakukan untuk membesarkannya selama berbelas tahun berakhir dengan sia-sia. Kini menyesal bila keadaan rumah tidak terurus. Mula merenung kebaikan anak tersebut. Selama ini anak itulah yang membersihkan apa-apa juga dirumah tersebut, tetapi kini anak itu tiada lagi. Dari hal menyapu rumah hingga membersihkan bilik mandi anak itulah yang membantu. Anak yang dulu dilahirkan atas keterlanjuran si ibu yang naif dengan agama kini dikembalikan kepada ibunya semula.
Apa yang menyentap tangkai hati wanita bergelar ibu seperti aku bila anak itu akhirnya tahu dia adalah anak tidak sah taraf bukan sekadar anak angkat saja. Menangis hingga bengkak-bengkak mata bagaikan tidak ada siapa lagi tempat mahu mengadu. Jiwa kosong agaknya. Mujur ibu kandung menerimanya dengan baik. Bila timbuk kesedaran mahu diambil kembali si anak tetapi ibu kandung sudah tidak mahu melepaskannya lantaran si anak pun tidak mahu. Membayangkan mungkin anak akan menjadi sasaran maki-herdik-tamparan sebagainya itulah agaknya terasa berat mahu melepaskan. Namun dalam ramai anak-anak yang mengaji dengan aku dia salah seorang anak yang pandai tajwid berbanding yang lain-lain. Kini aku kehilangan satu anak mengaji yang pintar kerana dia tidak lagi tinggal di sini. Surau kami juga kehilangan bilal waktu zuhor kerana biasanya waktu zuhor di taman kami anak inilah yang melaungkan azan kerana majoriti kaum bapa bekerja.
~~ Alangkah rugi andai berbelas tahun menabur jasa tapi tiada keikhlasan sia-sialah jadinya. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.~~
Labels:
Anak,
Cerita Masyarakat,
pengajaran
Saturday, July 6, 2013
Hitam-putih menawan kalbu
Ramadhan pasti ramai yang berzakat
perintah diberi kepada yang mampu
perintah diberi kepada yang mampu
menerima cenderahati seorang sahabat
dari utara ke Johor Bahru
Sampul dan secebis kata-kata - Datangnya disambut dengan hati penuh keriangan |
ramadhan al-mubaraq akan datang
bangun bersahur jangan dilupa
gembira di hati bukan kepalang
sebaik sampul surat ku buka
Rantai kunci aka dompet syiling - Inilah dia kiriman dari Ayu |
ramadahan bulan penuh berkat
sedekah dan zakat jangan dilupa
polkadot hitam cantik memikat
dari Ayu teman blogger
Dalam almari piala - Tergantung bersebelahan dengan unta dari Mekah dan sotong dari Labuan |
makan siang kenalah berehat
pembuka iftar dengan kurma
moga ukhuwah terjalin erat
terima kasih buat Ayu dan keluarga
~~ Selamat berhujung minggu dan lakukan persiapan akhir sebelum menjelang ramadhan.~~
~~ Selamat berhujung minggu dan lakukan persiapan akhir sebelum menjelang ramadhan.~~
Labels:
Blogger,
Cenderahati,
Pantun,
Sahabat,
Teka-teki
Subscribe to:
Posts (Atom)