Friday, February 28, 2014

Bungaku sendu dimusim kemarau

Al Qur’an menjelaskan, Allah Swt telah berfirman:

 “Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota, sebelum Dia mengutus di ibukota itu seorang rasul yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan tidak pernah (pula) Kami membinasakan kota-kota; kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.” (QS. Al Qhashash, 28 : 59) 

Rose kuning - Sekejap saja bertukar ke warna putih  dan gugur kepanasan
Orkid purple/kuning - Tidak mampu mengeluarkan lebih kuntuman bunga. Sekadar ini saja yang mampu.
“Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, sedang penduduknya orang-orang yang berbuat kebaikan.” (QS. Hud : 117)

Bunga raya kuning - Kembang elok diwaktu pagi, petang sudah terkulai
Orkid kampung - Sekuntum bunga dan satu lagi belum kembang. Ini saja yang ada.
Orkid jengking - Sudah tidak boleh bertahan lama sebagaimana selalu. Masuk minggu kedua sudah mula kering.
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” (QS. Al Isra, 17 : 16) 

Bunga raya peach dan merah - Yang merah sudah tidak sebesar seperti biasa. Saiz jadi kecil. Lihat perbandingan dgn yg warna peach.
Rose - Daun saja yang banyak bila bunga tidak mampu bertahan lama.
Bunga raya - Merupakan bunga yang paling tidak tahan lama. Pagi saja mampu menceriakan taman. Tengahari sudah mula layu.
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari dosa-dosamu.” (QS. As Syura, 42 : 30) 

~~ Bersama kita mohon kepadaNya moga ujian diberi tidak berpanjangan.~~

 

Thursday, February 27, 2014

Bila adik serik mama/papa yang lega

Lama sudah adik merengek mahu ke sekolah dengan menaiki basikal. Walaupun dekat tetapi laluan kenderaan yang banyak membuat aku dan papanya tidak pernah memberikan kebenaran. Alasan kami berikan sebab basikal adik tidak ada bakul dan beg sekolah pula berkilo-kilo beratnya. Tidak boleh diberikan alasan banyak kenderaan kerana padanya dia boleh berhati-hati. Lama menyepi sehingga pada hari Sabtu lepas apabila pihak sekolah mengadakan acara merentas desa kami benarkan adik ke sekolah menaiki basikal sebab tidak membawa beg berat dan kenderaan pun kurang bila hari cuti. Beg sandang kecil sekadar diisi dengan botol air. Pergilah adik dengan sahabat baiknya Mohd. Hafiz. Telefon bimbit juga aku bekalkan untuk mudah berhubung - tidak ada kelas boleh. Itu pun sewaktu pergi papanya mengekor dengan motorsikal di belakang. Balik mereka berdua selamat, kami pun lega.
Basikal adik - Menunggang basikal inilah adik ke sekolah semalam.

Semalam sebab hari Rabu adalah hari ko-korikulum merengek lagi mahu berbasikal. Alasan juga diberi hari Rabu jadual buku tidak berat. Kami benarkan lagi. Tengahari balik sekolah sudah menelefon aku di pejabat. Bila telefon bimbit berdering waktu tengahari aku pasti mesti salah seorang anak yang memanggil. Solat Zuhor aku tidak khusyuk. Selesai solat aku telefon balik. Adik mengadu "Sesak nafaslah adik balik tadi mama. Sudahlah panas ada kebakaran lagi dekat sebelah jambatan tadi. Banyak asap sampai adik tak nampak jalan. Nasib baik ada polis jaga. Adik dengan Hafiz dah tak nak naik basikal lagilah." Alhamdulillah lega aku sebab tidak perlu memaksa lagi. Hati aku sebenarnya tidak senang anak berbasikal tanpa pengawasan. Sedangkan bermain di kawasan rumah pun bimbang apalagi bila ke sekolah.
Topi keselamatan - Rasanya adalah sekali-dua saja topi ini dipakai sewaktu mula membeli basikal. Selepas itu tersadai tidak digunakan lagi. Dulu RM50/- tidak tahu sekarang.


~~ Aku mahu anak pandai berbasikal sebab tidak mahu seperti aku, tetapi jika ke sekolah walau dekat hati aku tidak tenang.~~

Wednesday, February 26, 2014

Bila hujung minggu tanpa anak dan suami

 
 ~~ Pagi makan dengan roti, tengahari makan dengan nasi.~~


Tuesday, February 25, 2014

Sedap dimakan dengan sup cendawan

Doh - Masukkan dlm bread maker semua bahan iaitu tepung, sedikit gula, tepung susu, butter (kadang aku ganti minyak zaitun), yis, bread improver, telur dan air. Pilih button bread dough. Set masa dikehendaki. Sebaik keluar dari bread maker masuk besen tutup
15 -20 minit kemudian - Doh sudah kembang memenuhi besen. Bagi buang angin dan bahagikan 3 bahagian.
Sapu butter+bawang putih - Leperkan seperti ini dan sapukan butter yang telah ditumbuk bersama bawang putih sebab aku kehabisan serbuk bawang putih. Jika menggunakan butter yang sudah masin tidak perlu letak garam.
Gulung - Setelah disapu segera gulungkan begini
Potong - Bahagikan tiga setiap satu seperti ini
9 biji - Susun dalam bekas yang sudah dilengser dengan butter. Tutup sebentar.
Selepas 15 minit - Bila sudah kembang sapukan baki butter dan bawang putih di atasnya dan sedia untuk dimasukkan ke dalam oven
Siap - Sedia untuk dimakan.
Sup cendawan segera - Gunakan ini saja kalau mahu segera. Makan roti tersebut cecah dengan ini.
~~ Boleh saja diubah untuk mengikut selera masing-masing. Kalau tidak mahu gulung buat  secara tocang pun boleh juga.~~

Monday, February 24, 2014

Dalam sarung ada biji, dalam biji ada batang inilah dia

Kriteria pemilihan jagung untuk dijual biasa yang besar saiznya, punya sarung luar yang tidak ada cacat cela, janggut yang cantik dan tidak kering sarung luarnya. Oleh itu sekiranya saiz jagung kecil dan tidak memuaskan hati ianya akan menjadi habuan tetamu yang berkunjung. Walau hakikatnya pada kami jagung-jagung itu masih elok dan sangatlah cantik. Anak-cucu bapak merupakan golongan yang paling puas menikmatinya. Kami tidak terlepas peluang. Walau sudah diagihkan kepada jiran-jiran baki masih banyak lagi. 

Rebus - Biasa orang merebus jagung dgn sarung tapi aku siap sudah bersihkan bimbang ada ulat sebab ini bukan jagung kategori A.
Ambil isinya - Bila sudah jemu untuk dimakan aku mencari jalan supaya tidak terbuang.
Biji-biji  jagung - Semangkuk penuh dari beberapa tongkol jagung.
Padanan - Sagu biji aku rendam untuk dipadankan bersama. Tidak lupa juga tepung cha-cha warna-warni yang lupa pula untuk difotokan sebagai paparan.
Siap - Bila biji jagung+sagu biji+tepung cha-cha +gula +santan bersatu dengan beraromakan daun pandan pasti jadi hidangan buat anak-anak yang datang mengaji. Ada yang mahu membawa balik untuk diberikan kepada ibu-bapanya juga. Anak yang soleh-solehah.
Gara-gara makan pengat jagung ini ada satu anak datang sekadar makan nasi lemak dan pengat ini lalu balik tidak mengaji. Aku tidak tahu kisah mereka sebab aku mengajar di dalam bilik. Bila aku bertanya kepada yang lain "Lisa dah balik mama, abang Aqil tak nak tunggu dia" itu yang diberitahu. Bungkusan jagung mentah yang sepatutnya untuk dibawa balik juga ditinggalkan. Itulah kerenah anak-anak macam-macam. Pasti balik rumah dimarahi ibu-bapanya.

~~ Kampung bapak sekarang musim jagung dan petai. Balik kampung mesti bonet kereta akan dipenuhkan dengan hasil ini.~~


Friday, February 21, 2014

Allahumma Solli ala Muhammad

Ceramah bersempena maulidurrasul dimulakan selepas solat maghrib. Tidak ramai wanita yang hadir. Tidak hairanlah mengapa lebih ramai kaum lelaki menjadi penghuni syurga berbanding perempuan. Ceramah oleh Ustaz yang didatangkan dari Darul-Quran (lupa nama beliau) tidak kurang menyengatnya. Memberi peringatan tentang hari kiamat terasa betapa kerdilnya diri ini. Kepanasan pada hari ini sudah membuat ramai antara kita mengeluh bayangkan pada hari untuk dihisab matahari berada sejengkal di atas kepala. Sangat menginsafkan.

Jamuan - Inilah sebahagian wanita yang hadir pada malam tersebut
Adik and the geng - Jumpa pula kawan satu sekolah. Makan berlima satu dulang. Boleh minta tambah lagi.
Sisa - Tidak terhabis mereka berlima. Tinggal tulang kambing dan nasi tomato yang terkena banyak minyak.
Keperibadian baginda rasulullah yang tiada tolok bandingnya juga dipaparkan malam itu. Biar diulang-ulang sekalipun ianya tetap segar untuk dijadikan halua telinga. Kasih baginda terhadap umatnya sehingga Izrael yang datang mahu mencabut nyawa juga dipaparkan. Bagaimana baginda memohon agar kesakitan sakratulmaut umat baginda mahu ditanggungnya sebab tahu betapa sakitnya sakratulmaut yang diibaratkan tusukan 70 bilah pedang. Kalau boleh baginda tidak mahu umatnya menanggung kesakitan sakratulmaut. Apa lagi yang kita mahu selain syafaat baginda di hari kiamat. Mari kita berselawat.

~~ Renungan bersama walau sudah tahu bahwa tarikh kematian sebenarnya saban hari kian menghampiri kita.~~

Thursday, February 20, 2014

Cerita cerminmata adik

Lama - Sudah lebih setahun adik menggunakan yang ini. Bila asyik sakit kepala terpaksa bawa untuk pemerikasaan mata. Kena tukar baru. Cerminmata ini sudah tidak sesuai. Mata adik bukan semakin baik. Sama seperti mama dan kakak-kakak juga.
Baru - Pemeriksaan mata dibuat malam Khamis minggu lepas dan cerminmata ini diambil pada hari Jumaat dengan papa sebab mama bekerja.
Patah - Hari Selasa minggu ini merupakan hari ke 5 adik memakai sudah begini jadinya. Patah pada bahagian yang ada grid antara bahagian depan dengan belakang telinga. Masih juga dipakai sebab bila memakai tudung, selit di telinga tidak nampak. Tidak boleh pakai yg lama sebab kurang jelas akibatnya adik boleh sakit kepala.
Plaster - Macam orang sakit sudah dua hari menggunakan plaster begini.
 
Malam ini adik tidak ada tuisyen bolehlah pergi lagi ke Focus Point. Bulan ini merupakan bulan paling banyak adik menggunakan duit papa. Bill telefon adik sudah lebih RM200/-. Tidak tahu apa mengapa sebab telefon adik hanya digunakan di rumah. Rumah pula ada wifi percuma. Sebelum ini pernah terkena dan minta disekat bila bill sudah melebihi RM100/- tetapi ini melebihi RM200/- baru disekat. Cerminmata pula kena buat sampai dua kali. Mengalahkan gaji operator kilang budget adik. Pening papa dibuatnya.

~~ Tanggungjawab sebagai ibu-bapa bukan bagi makan saja.~~


Wednesday, February 19, 2014

Roti bijan berinti tuna

~~ Rotilah kuih paling mudah dibuat. Masuk semua bahan dalam bread maker, tinggalkan. Sudah naik, gayakan ikut rasa. Masuk oven, siap.~~

Tuesday, February 18, 2014

Pekak tetapi membuka selera

Rezeki yang sedap di depan mata. Sayangnya apabila tepung yang dibancuh mudah ini siap terhidang dipanggil lempeng pekak. Bagaikan OKU pula ianya dilabel dengan nama salah satu kecacatan manusia. Tidak tahulah kalau ada yang memanggil lempeng bisu atau buta. Kalau ikutkan lebih sesuai dipanggil lempeng penyet. Apa pun aku suka lempeng pekak ini.

4 keping - Seorang sekeping
Merah - Sambal tumis ikan bilis sering menjadi padanannya.
Cubalah - Kalau tidak tahan pedas si pekak ini boleh dipadankan dengan gula perang macam adik.
Terkenang waktu aku kanak-kanak dulu lempeng merupakan sarapan paling kerap allahyarhamah mak (al-fatihah buat mak) buat selain cekodok ikan bilis. Ubi, keledek, keladi usah dikata belakang rumah kami memang penuh dengan tanaman kontan tersebut. Puas di goreng allahyarhamah mak rebus. Jemu direbus dijadikan kuih. Begitulah susahnya dulu tetapi kerana masih kanak-kanak tidak mengerti erti kesusahan.

 ~~ Bukan pekak sebarang pekak, sedap dan mengenyangkan perut yang lapar:) ~~


Monday, February 17, 2014

Bermarhaban di hari ulangtahun

Malam Sabtu yang baru lalu kami dijemput untuk meraikan hari ulangtahun kelahiran teman merangkap jiran di taman perumahan kami. Kakak Hamidah meraikan majlis ulangtahun dengan menjemput anak-anak didik aku mengalunkan bacaan berzanji pada malam tersebut. Seronok juga melihat anak-anak kian berani tampil ke depan. Sudah boleh di bawa ke majlis orang dewasa.  

Malam itu (gambar ikut putaran jam) - Kak Midah sedang memotong kek, Firdaus membaca rawi 1, Nusroh rawi 3, Mak Zah rawi 2, adik rawi 4, Nurienne rawi 5 (lupa pula gambarnya). Mereka ini yang membaca rawi berzanji malam itu sebelum aku membacakan doa pada rawi terakhir.
Meraikan (gambar ikut putaran jam) - Kak Midah bersama jiran-jiran, kek red velvet, makanan pilihanku, hidangan juadah pada malam itu dan marhaban kami bersama-sama pada malam tersebut.
Sebenarnya biasa apabila aku ABC (Allah bagi cuti) dari membaca Al-Quran aku tukar mengajar anak-anak ini membaca berzanji. Walau sekadar sebulan sekali tetapi lama kelamaan dapat juga anak-anak tersebut mempelajarinya. Tarranum yang aku ajar pada mereka pun yang mudah seperti tarranum sikah. Kalau Nurienne sudah boleh mengalun tarrarum ras sebab sudah biasa memasuki pertandingan untuk sekolahnya.

~~Doa kami semoga Kak Hamidah jiran kami ini dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan terbaik untuk terus beribadah.~~

Friday, February 14, 2014

Pening penerbit mencari hari sesuai

Sebelum tahun 2014, adik dan dua lagi rakannya membuat rakaman di RTM setiap hari Sabtu atau Ahad. Bermula tahun 2014 ini ada sedikit kecelaruan. Dari Januari hingga kini mereka baru dapat membuat sekali rakaman. Cuti sekolah mereka kini adalah hari Jumaat dan Sabtu. Hari Sabtu pula masuk minggu ke tiga terkena pula hari ganti sekolah untuk Tahun Baru Cina. Masuk minggu ke 4 pula cuti am Tahun Baru Cina. Penerbit cuba mengelak membuat rakaman pada hari Jumaat kerana sebelum jam 12:30 tengahari rakaman perlu diselesaikan sebab yang lelaki mahu ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Walau bagaimanapun pada hari Jumaat minggu pertama bulan Februari (minggu lepas) terpaksa juga membuat rakaman sebab Sabtu minggu ini adalah hari sekolah ganti. Jam 8:00 pagi sudah berada di studio rakaman. Kena siapkan rakaman untuk 4-5 siaran  dan sebelum jam 12:30 akhirnya dapat juga diselesaikan.

Bertiga - Inilah dia anak-anak tersebut. Adik dengan Nusroh dan Hafiz.

Kesian juga melihat penerbit yang agak sukar mencari waktu sesuai untuk rakaman anak-anak. Sudah dua-tiga kali rancangan untuk membuat rakaman tergendala. Kalau tahun-tahun sebelum ini rakaman boleh dimulakan pada jam 9:00 atau 10:00 pagi tetapi sekarang jam 8:00 pagi sudah kena masuk konti rakaman. Jadual rakaman untuk program lain pun kena tempias terpaksa ditukar. Buat anak-anak pula jika hari bersekolah pastinya mereka tidak boleh membuat rakaman.

~~ Ketidak seragaman cuti hujung minggu antara ibu-bapa yang bekerja swasta dengan cuti anak-anak nampaknya kian terasa  Peluang untuk bersarapan pagi, makan tengahari dan minum petang atau beriadah di hujung minggu kian longgar. ~~

Thursday, February 13, 2014

Pejam mata dan senyum penuh makna

Sekadar memaparkan kisah baginda Rasulullah buat tatapan anak-anak. Buat kita yang telah dewasa pastinya kisah baginda ini sudah selalu diulang-ulang. Walau bagaimanapun percayalah kisah baginda tidak ada penamatnya. Walau diulang-ulang ia tetap segar untuk dihayati dan dijadikan renungan. 

Untuk pengetahuan anak-anak, baginda rasulullah tidak pernah makan luar seperti makcik ini. Baginda hanya makan apa yang dimasak oleh isteri baginda di rumah. Isteri-isteri baginda juga tidak pernah mengeluh. Masak untuk baginda bagaikan satu amalan yang sangat membahagiakan. Begitulah tidak ketinggalah isteri baginda yang paling muda iaitu Saidatina Aisyah. Pada hari itu Aisyah memasak roti lengkap dengan kuah pencecah. Setelah dihidang, Aisyah pun duduk di sebelah rasulullah. Sebaik baginda menyuap makanan baginda pun memejamkan mata dan tersenyum. Aisyah bertanya kepada rasulullah bimbang masakannya tidak sedap. Tetapi baginda menjawab dengan berhemah dan senyum menyatakan terlalu sedap dan mengucapkan terima kasih. Bila baginda sudah selesai makan lalu Aisyah pula menyuap untuk makan. Alangkah terkejutnya Aisyah bila dia rasa masin pada masakannya.

Garlic bread - Bukan roti ini ye anak-anak. Roti ini makcik buat untuk bersarapan dicecah dengan mushroom soup.
Lihatlah betapa baginda tidak pernah mahu mengecilkan hati orang lain walau isteri baginda sendiri. Baginda juga tetap makan. Sama kisah bagaimana baginda tidak mahu memberikan limau yang masam kepada sahabat baginda yang diberikan oleh seorang nasrani. Sebaik merasa limau masam itu baginda memejamkan mata dan tersenyum. Bila nasrani yang memberi berlalu baru baginda memberitahu kepada sahabat yang limau itu sebenarnya masam sebab itu baginda tidak mahu berkongsi kemasaman limau tersebut. Kalau manis dan sedap baru baginda berkongsi. Lihatlah anak-anak, baginda berkongsi yang baik bersama tapi jika tidak baik baginda sanggup tanggung sendiri.
Limau -Bukan limau ini yang makcik maksudkan ye sayang. Limau ini makcik dapat sempena Tahun Baru Cina yang baru lalu. Masih banyak lagi di pejabat makcik sekarang.
~~ Oleh itu jangan terus berkerut bila diberi makanan yang kurang enak kepada kita. Bersyukur masih ada rezeki untuk dinikmati.~~

Tuesday, February 11, 2014

Hujan turun juga akhirnya

Petang Sabtu yang baru lepas kami meredah panas terik mentari menuju ke Plaza Angsana kerana mencari beberapa keperluan diri. Namun tidak semua barang yang dicari dapat dibeli. Sementara adik bermain; aku, hubby dan Mak Zah menuju ke beberapa booth jualan. Membeli sedikit makanan dan buah tangan untuk Kak Long aku yang terlantar di hospital Sultan Ismail. Niat di hati sebenarnya ke Plaza Angsana sebentar saja kerana tujuan utama mahu ke hospital.

Padat - Booth jualan banyak tidak diketahui anjuran apa. Buat adik permainan  ini lebih mengujakan. Sebaik membeli baju-baju anak dan makanan kami beredar keluar.
Alhamdulillah - Setelah sekian lama bumi Johor Bahru gersang dari simbahan hujan, petang itu hujan turun dengan lebatnya. Tiba di Taman Mount Austin bertambah lebat sehingga tempat parking pun sudah dinaiki air.
Hospital dan Masjid - Kami ke hospital menjenguk Kak Long aku. Adik tidak dapat naik sebab umur di bawah 12 tahun tidak dibenarkan.  Sementara kami naik ke wad adik ditemani sepupunya Kak Aza yang bercuti melihat mummynya (Kak Long aku itulah). Balik kami singgah di Masjid An-Najah untuk bersolat kelihatan ada masak-masak. Mesti ada majlis besar sebab kami dapat mencium aroma masakan mereka tetapi kami sekadar menumpang bersolat saja. Selesai solat kami balik.
Kak Long aku sudah berusia.Masuk wad kerana tulang punggung retak akibat jatuh terduduk. Usia sudah 60 tahun begitulah. Berpunca dari kain tersangkut pada motor temannya lalu dia terduduk di halaman rumah. Kak Long tidak perasan sewaktu dia turun dari motor kain masih tersangkut di bahagian pemijak. Sebaik kawannya mahu beredar itulah Kak Long terduduk. Sedikit saja insiden terjadi tapi akibatnya terlalu besar. Pada 15-02-2014 ini Kak Long akan di operation. Moga tidak ada komplikasi sebab Kak Long sudah berusia.

~~ Ujian Allah kalau hendak datang tidak mengira usia dan waktu. Menuntut kesabaran tinggi anak-anak dan keluarga. Anak sulung Kak Long dulu teman sepermainan aku.~~


Monday, February 10, 2014

Jawapan teka-teki lepas ada di sini

Teka-teki membawa bahagia. Bermula mendapat idea ini apabila adik bertanya mengapa selepas subuh dan asar tidak ada solat sunat. Begitu juga sebelum maghrib tidak ada juga solat sunat. Lalu sebagai mama kenalah jelaskan. Buat anak-anak di sini makcik jelaskan sebagai panduan dan sekiranya masih kurang jelas bolehlah rujuk kepada mama/papa masing-masing atau ustaz/ustazah di sekolah.

Baginda rasulullah bersabda "Barangsiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka" (HR Abu Daud & Tirmidzi)


Ibnu Umar meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda "Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhor empat rakaat." (Hadith riwayat Ahmad At-Trimidzi r.a) Empat rakaat di sini bermaksud dua sebelum (Qabliyah) dan dua selepas (Bakdiyah).


Sunat rawatib sebelum Asar (Qabliyah) adalah dua rakaat sebelum solat. Kena beringat tidak ada solat rawatib Bakdiyah selepas Asar. Baginda rasulullah bersabda " Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka." (HR At-Tabrani). 


Kesimpulannya sunat rawatib sebelum dan selepas solat fardhu dipanggil Qabliyah dan Bakdiyah. Solat subuh hanya ada Qabliyah. Solat Zuhor ada Qabliyah dan Bakdiyah. Solat Asar hanya ada Qabliyah saja. Maghrib hanya Bakdiyah dan Isyak ada Qabliyah dan Bakdiyah. Manakala untuk lebih indah jika mahu melakukan sunat selepas subuh tunggu setengah jam selepas waktu syuruk bolehkan melakukan solat sunat Dhuha. Begitu juga sebelum tidur bolehlah melakukan solat witir. Namun sekiranya masih ada kemahuan untuk bersolat sunat seperti tahajjud/hajt/tasbih dan sebagaikan lakukan witir selepas soalt sunat tersebut kerana itu lebih afdhal. Makcik harap anak-anak dapat faham dari penerangan makcik ini. Wallahu'alam.

Walau bagaimana pun makcik mahu mengucapkan terima kasih kepada semua teman makcik berikut:-
BloggerCikli
Delete
Rapunzel Cikilolo
Delete
mama_salyBlogger  
Cik Puan
Delete
 UmmuAidan-Arissa
Delete
Delete
BloggerKnor
Delete
paridah
Delete
Farah Waheda Wahid
Delete
Bloggerumi alya  
izan mama mia
Delete
adyna
Delete
BloggerbabYpose
Delete
BloggerBin Muhammad 
hazlina azmiBlogger 
Mia Kassim Blogger 
nadia rashid
Delete
Zaitun
Delete
Delete
Delete
Delete
BloggerAzhafizah Md Nor
Delete
BloggerMas Zull
Delete
Bloggeraby
Delete
Bloggerros_reeza
Delete
Ibu Lala
Delete
Bloggersuri solehah Blogger  
ANIM
Delete
ummiross

Delete
~~ Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah untuk kita amalkan.~~