Friday, May 29, 2015

Bila ibu-mama-emak-umi-mummy teruja

Lupa diri. Malu untuk ke hadapan semua di tolak tepi demi kerana anak. Tanpa rasa segan-silu lorong pemisah antara kerusi hadirian kaum wanita dan lelaki diredah cepat dan serta-merta sesak. Masing-masing teruja mahu melihat anak-anak membuat persembahan. Kalau setakat mengambil gambar tidak ada masalah sebab klik sekali sudah habis. Tetapi apabila terujanya masing-masing mahu merakam video persembahan dari mula anak menaiki pentas sehingga persembahan berakhir beginilah jadinya. Bahagian hadapan pentas dipenuhi oleh wanita yang sedia dengan gadjet untuk merakam. Penonton di belakang melihat bahagian belakang mereka.

Menutup pandangan - Teruja merakam persembahan lupa di belakang mereka ada ramai penonton melihat bahagian belakang masing-masing yang size kebanyakkannya jika duduk di kerusi penuh satu kerusi. (Waktu ini adalah persembahan anak-anak TAJ - Tadika Agama Johor membuat persembahan nasyid). 
Begitulah bila sudah teruja lupa kanan-kiri-depan-belakang. Lihatlah anak-anak betapa seorang wanita yang kamu panggil mak-ibu-mama-mummy-umi ini mampu berbuat apa saja demi anak yang dikasihi. Lupa seketika yang dibelakang mereka ramai insan bergelar ayah/papa/daddy/abuya/abi melihat belakang mereka. Kami terperanjat kerana tiba-tiba ramai wanita berduyun ke hadapan pentas. Sungguh waktu itu kami langsung tidak dapat melihat persembahan anak-anak mereka dari mula sehingga akhir persembahan hanya kerana masing-masing mahu merakam video. Mungkin tidak puas merakam dari tempat duduk. Aku saja mengambil gambar adik mengambil hadiah dari tempat duduk yang aku zoom tapi memang kurang jelas.

~~ Rasululllah SAW bersabda yang bermaksud:  Malu sentiasa seiring dengan iman, bila salah satunya tercabut hilanglah yang lainnya. (Riwayat al-Hakim). ~~




Thursday, May 28, 2015

Perjuangan yang pasti akan diteruskan

Sewaktu membuka televisyen petang Sabtu sebelum siaran langsung perlawanan piala FA Kelantan dengan LionXII baru-baru ini adalah aku bersembang dengan anak-anak. Seronok melihat warna merah yang ceria. Bukan saja pada baju, tetapi juga di topi, tudung, bendera hinggalah pada contengan muka. Pada anak yang belum begitu cekap pemikiran mestilah menganggap mereka yang menconteng/melukis muka itu tidak bersolat. Aku sebagai mama yang sudah tua pasti cepat saja memberi jawapan terbaik.

"Mereka rata-rata dari negeri Kelantan sayang. Jauh. Solat mereka boleh dijamak dan qasar. Jangan buruk sangka. Kedudukan Kelantan untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil bukan saja dua marhalah bahkan melebihi dari itu. Islam memberi jalan mudah dan amat indah. Mereka tentulah bersolat jamak/qasar untuk solat zuhor dan asar. Selepas itu barulah mereka melukis muka masing-masing. Oleh sebab itu sebelum maghrib lagi mereka sudah berada di dalam stadium. Maghrib pula mereka jamak takhir dengan Isyak.  balik dari menonton cuci muka mereka sudah boleh bersolat. Semua ini amat memudahkan dan tidak ada masalah". Indah perjalanan mereka. 

Selesai memberi jawapan tidak lama pihak televisyen menemuramah seorang wanita dan sungguh benar bagai jawapan yang aku berikan pada anak. Mereka singgah dan berehat di masjid sebelum meneruskan destinasi ke stadium. Walaupun tidak dinyatakan mereka bersolat tetapi kita fahamlah singgah di masjid mestilah untuk bersolat. Kalau dikatakan bersolat bimbang dikata riak pula. Indah dan cantik jawapan diberi dan benarlah apa yang aku jelaskan pada adik.

TGNA - Siapa tidak kenal hamba Allah ini? Insan yang bertungkus-lumus mentarbiah rakyat negeri Kelantan khususnya dan Malaysia amnya, untuk selalu berada di landasan Islam. Buku ini aku terima semalam dari teman blogger CIKGU ANIM. Bagaikan sebuah hadiah istimewa buat aku kerana secara kebetulan hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan aku hidup bersama suami tercinta selama 20 tahun. Alhamdulillah... terima kasih CIKGU ANIM.
Sebuah penghayatan - Salah satu petikan yang terdapat di dalam buku tersebut. Indah untuk sama-sama kita renungkan. Banyak lagi yang boleh dihayati dari buku ini. Aku baru baca hingga muka surat 55 ketika menemankan anak belajar.  Samalah denga permainan bola sepak ini regu menang adalah kalah.

~~ Walaupun tewas namun tidak ada kekecohan dan diterima dengan hati terbuka. Hanya kami di Johor Bahru terkilan melihat piala menyeberangi Tambak Johor. ~~


Wednesday, May 27, 2015

Berhenti! bagi aku melintas dulu



~~ Mesti sibuk tuan awak mencari awak lembu~~

Tuesday, May 26, 2015

Biarlah cemerlang dunia dan akhirat

Hari Sabtu baru lepas sebagaimana yang telah disenaraikan dalam susunan tanggungjawab sebagai mama/papa yang satu ini pun kena tunaikan juga. Tidak boleh bermalas-malasan kena ke sekolah adik sebelum jam 8:00 pagi. Selesai pendaftaran jam sembilan pagi lagi sudah berada di dalam perut dewan sekolah adik. Anugerah kecemerlangan untuk tahun 2014 bagi sekolah agama adik diberikan pada tahun ini. Satu-satunya anak mama yang masih bersekolah rendah. Memandangkan tahun ini adik berada di dalam darjah 6, tahun depan kalau bernasib baik adalah peluang sekali lagi selepas itu tiadalah lagi.

Gembira - Alhamdulillah masih diberi peluang untuk adik naik ke pentas lagi. Untuk peperiksaan tahun 2014 adik mendapat dua anugerah.

Musuh tapi rakan karib - Inilah kawan karib adik aka musuh peperiksaan. Dari darjah satu lagi adik tidak dapat menewaskan kawan baiknya ini. Tetap adik nombor dua dari dulu hinggalah kini. Hanya UPKK saja mereka sama keputusan 8A (mungkin sebab markah tidak nampak hanya bergantung 'A' saja kalau ada markah pun rasanya adik tertinggal sedikit seperti selalu - biarpun kadang tidak sampai 1%).

Tokoh pelajar - Mohd. Ilham dinobatkan tokoh pelajar kerana mendapat pangkat satu dengan 10 aggregat dalam SDKA tahun lepas. Ketua murid. Anak yang gigih. Aku tidak terperanjat dia mendapat anugerah ini. Anak yang baik dan rajin. Sewaktu mahu memasuki ujian musabaqah dan perujian berzanji  pun dia sanggup berulang-alik ke rumah aku selepas solat isyak. Siap rakam apa yang aku baca ke dalam telefon bimbitnya. Beruntunglah mak-ayahnya.

Hadiah - Inilah yang adik dapat. Satu hadiah kerana dapat nombor dua dalam kelas dan satu lagi UPKK adik mendapat straight 8A. Alhamdulillah semuanya anugerah Allah.
Biar apa pun anugerah diperolehi ini semuanya adalah duniawi semata. Sebagai mama-papa tetap mengharap anak-anak cemerlang juga untuk dunia yang satu lagi yang kekal abadi. Mampu mendoakan mama-papa bila mama-papa sudah tiada di dunia ini. Itulah harapan setiap ibu-bapa pastinya.

~~ Kalau sebelum ini rakyat dikatakan tidak perlu percaya isu kanak-kanak di culik untuk dijadikan pengemis, berita semalam sahih isu itu sebenarnya memang ada.~~


Monday, May 25, 2015

Gala Kokurikulum kebangsaan 2015

Kem Tekali, Hulu Langat menjadi tempat Kak Meen bersama-sama peserta terpilih untuk menyertai Gala Kem Kokurikulum Kebangsaan pada tahun ini. Seramai 16 orang pelajar mewakili kontinjen negeri Johor untuk tahun 2015. Berlangsung pada minggu lepas dari hari Isnin sehingga Jumaat. Balik rumah suara serak dan muka gelap. Namun raut di wajah Kak Meen terpancar suatu kepuasan walau dapat dilihat keletihannya.

Kontinjen Johor - Kak Meen bersama-sama mereka yang dipilih sebagai mewakili negeri Johor. Bukan semua dari Johor Bahru kerana ada juga perwakilan dari  sekolah di luar daerah Johor bahru. (Kak Meen bertenggong tiga dari kanan)
Selain kegiatan kokurikulum, semua kontinjen juga dibawa untuk membuat lawatan seperti ke Putrajaya. Kegiatan kokurikulum mereka seperti biasa seperti rock climbing, memancing, scuba, kawat pakaian beruniform, persembahan pentas dan sebagainya. Mereka memperkenalkan budaya negeri masing-masing. Semua negeri-negeri seluruh Malaysia terlibat termasukklah wilayah persekutuan Labuan.

Aktiviti terakhir - Menurut Kak Meen ini aktiviti terakhir sebelum pulang ke Johor. (Kak Meen berdiri no. 2 dari kiri)
Terbaik ! - Siapa sangka tidak pernah memegang joran, tidak pernah mengikuti acara memancing pada hari itu Kak Meen menjadi wirawati pemancing terbaik apabila dia mendapat tiga ekor ikan untuk dijadikan BBQ. Hanya berbekal doa Al-fatihah katanya.  Selain memancing Kak Meen juga hero berenang sebab anak mama ini memang pandai berenang.
Pusat di JB - Malam Sabtu semua kontinjen Johor berkumpul semula di sini. Jam 8:00 selepas solat maghrib mama/papa dan adik menjemput Kak Meen di sini untuk pulang.
Lapar - Balik dari pusat Kokurikulum kami singgah mengisi perut. Dengan cuaca yang gerimis dan sejuk, perut pula lapar, nampak sedap betul melihat anak-anak makan. 
Cerita seronok apabila Kak Meen bercerita kumpulan mereka tidak makan nasi malam itu apabila kawan kumpulannya masak nasi tidak menjadi ketika kumpulan lain pergi memancing. Gelihati sebab mereka yang kena memasak mungkin tidak pernah ke kem sebelum ini. Makanlah mereka ikan bakar yang Kak Meen tangkap dengan roti. Apa pun itu sekadar satu aktiviti saja kerana segala kelengkapan termasuk makanan yang disediakan sangat sempurna. Sehari mereka diberi makan 5 kali. Sehari lengkap mereka diberi sarapan pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan akhirnya supper sebelum tidur. Apa yang pasti mereka yang turut serta ke Kem Kokurikulum itu semuanya pulang dengan gembira.

~~ Saudara Rohingya kita kian mendapat perhatian sebaik saja kerajaan Turki memberi bantuan besar-besaran.~~


Friday, May 22, 2015

Pandang nasihatnya bukan orangnya

Persepsi lebih dulu makan garam ada kalanya membuat kedangkalan seseorang untuk menerima nasihat dari mereka yang berusia jauh lebih muda itu terjadi. Apa lagi jika kedudukan pula sudah jauh lebih selesa berbanding dengan yang memberi nasihat. Apabila mendengar tazkirah/ceramah yang diberikan merasa semuanya telah diketahui. Sejauh mana apa yang dikatakan telah diketahui itu diaplikasikan dalam hidupnya hanya dia dan Allah saja yang tahu.

Hari ini kalau kita perhatikan untuk melihat merea yang mampu bersuara lantang sangat banyak. Mereka yang berani berhadapan di khalayak ramai memudahkan lagi untuknya menyampaikan ilmu. Selagi tidak menyentuh sensitiviti sosio-politik dan tidak melanggar syariat tidak ada siapa pun akan mengganggu. Perkara mudah membuat amal dengan membuat penyampaian/dakwah seperti ini. Biarpun mungkin hanya satu peratus yang dapat menerima apa yang disampaikan atau mungkin kurang dari satu peratus pun namun ianya adalah satu ganjaran yang amat bermakna. Kena tabah dan sedia menerima apa juga risiko pendengar yang tertidur, berbual tidak mengendahkan apa yang ditazkirahkan dan sebagainya. Pasak niat di hati bahawa apa yang disampaikan adalah ibadah dan tanggungjawab yang mahu disampaikan.

Sebagai insan kerdil yang tidak mampu memberi tazkirah, sama-sama kita didik hati kita walau siapa pun yang berkata di hadapan kita selagi ianya memberi kebaikan dengarlah. Jangan melihat siapa yang berkata tapi ambil kebaikan yang disampaikan olehnya. Bukan tidak susah hati atau sedih buat mereka yang cuba memberi kebaikan andai suaranya bagai diabaikan.


Sekadar paparan - Dua ini pemberian customer aku di Singapore yang baru balik dari melancung ke Taiwan. Fridge magnet itu pasti aku tidak tolak tetapi biskut itu aku agih kepada teman Cina aku.

~~ Jika bersedih - Rebus kurma jadikan minuman seperti teh Insya-Allah boleh meredakan rasa sedih. ~~

Thursday, May 21, 2015

Mari menjalin benang

Anak zaman dulu tidak ada gadjet canggih lalu bila si emak bergelumang dengan kain dan benang secara tidak langsung anak pun akan ikut sama. Anak sekarang mama bergelumang dengan benang dan kain pun dia buat tidak tahu. Tetapi entah angin apa cuti baru ini Kak Meen teringin mahu belajar menjalin benang seperti yang aku sedang lakukan.

Jalin - Tulang belut untuk leher baju kurung pun aku jalin menggunakan benang bola seperti ini sebab lebih cepat siap. Kalau satu baju tidak sampai dua jam sudah boleh siap. Hanya dengan taliair aje. 

Belajar - Tiba masa menjahit baju kurung mudah untuk menggunakannya. Pilih saja mana satu yang sesuai. Yang ini Kak Meen gunakan untuk belajar menjalin/mengait.
Asas - Baru hendak memulakan jalinan. Tidak perlu membuat cadar atau alas meja seperti mama, kalau dapat membuat tapak gelas pun sudah memadai untuk permulaan. Itu yang mama mahu lihat.

Himpunan - Kena ada bermacam warna bagi memudahkan bila mahu disesuaikan dengan baju yang dibeli mudah untuk dipadankan. Semua ini bukan dibeli serentak. Bila mahu menggunakan tidak ada warna sesuai baru beli baru, kalau tidak aku guna benang lama (ada yang sudah bertahun lamanya).


Jalinan - Berkali-kali mama kata ini dinamakan taliair tapi asyik terlupa akan dikata mata-air. Manalah tidak berderai ketawa sama-sama akhirnya.

Pegang jarum dan lilit benang di tangan kena mahir baru menjalin akan lebih lancar dan cepat membentuk apa yang dikehendaki. Kalau lilitan di jari pun asyik terlerai, taliair pun akan longgar dan jalinan tidak sempurna. Kesabaran dan minat kena seiringkan barulah apa yang dikehendaki akan menjadi.

~~ Salah satu kemahiran yang kian luput ditelan zaman.~~

Wednesday, May 20, 2015

Rezeki dari orang memancing

Boncit kerana telurnya
Panjang berkilat
Oren cantik
Siap terhidang.

~~ Maha berkuasa Allah dijadikan ikan-ikan yang bersisik cantik dipandang mata, sedap pula dijadikan hidangan.~~



Tuesday, May 19, 2015

Baru lima kali saja

Hari ini sudah 1 Syaaban. Bersempena bulan Rejab yg baru berlalu entah berapa kali sudah aku mendengar kisah Israk & Mikraj kekasih kita Rasulullah Sallalahu'alai Wasallam. Memetik beberapa tazkirah yang diberikan oleh beberapa uztaz yang diundang di masjid mahupun di surau yang aku pergi bersempena majlis Israk & Mikraj baru-baru ini pasti hal berkaitan solat lima waktu akan disentuh berkali-kali. Walaupun nabi Musa sudah menasihatkan baginda nabi Muhammad Sallallahu'alaihi Wasallam yang umat baginda ini lemah tapi baginda sudah malu untuk naik lagi ke sidratul Muntaha mohon yang 5 waktu ini dikurangkan lagi. Jika yang 50 waktu itu baginda dengan malunya bertemu Allah memohon dikurangkan tetapi untuk yang lima waktu itu baginda sudah tidak mahu lagi. Baginda tahu jumlah 5 ini sudah terlalu sedikit. 'Discount' yang Allah berikan kepada umat baginda sudah terlalu banyak!


Dua lokasi - Gambar atas ketika di surau taman perumahan aku. Manakala gambar bawah di masjid ceramah dibuat secara forum. Agak meriah kerana sessi soal-jawab dibuat selepas ceramah seperti majlis santai setiap selepas maghrib di surau kami.
Dari sini dapat kita lihat betapa solat adalah tunggak segala ibadah sebagai umat Islam. Indahnya rukun yang satu ini diperintahkan oleh Allah terus kepada baginda bukan melalui malaikat Jibril seperti perintah berpuasa, berzakat dan menunaikan ibadah haji, . Cara mendirikan solat juga tidak ada disebut di dalam Al-Quran. Oleh itu apa yang kita lakukan adalah cara yang bagaimana baginda rasulullah buat. Bacaan setiap umat tidak berbeza walau ianya tidak terkandung di dalam Al-Quran. Bacaan seperti doa iftitah, rukuk, sujud, tahiyyat, berdiri/qiam semuanya adalah atas tunjuk-ajar baginda rasulullah. Cara saja yang membezakan apabila ujudnya beberapa golongan mazhab namun ianya tidak membatalkan solat.

Menikmati hidangan - Bersama sahabat-handai dan jemaah yang turut serta di majlis ilmu tersebut
Salah satu hidangan yang sempat aku abadikan. Ini ketika di masjid
Bersyukurlah dengan perintah solat yang hanya lima waktu ini buat kita semua. Baginda rasulullah tahu jumlah ini adalah jumlah yang paling sedikit dan mampu dilakukan oleh umat baginda. Bersama kita istiqomah mendidik anak-cucu-cicit kita tunggak rukun dalam kehidupan sebagai umat Islam. Orang yang bersolat pasti setiap hari secara tidak langsung akan berselawat ke atas junjungan baginda. Selawat inilah yang membantu untuk kita mendapat syafaat baginda di padang Mahsyar kelak. Harapan kita setiap ummah pastinya.
Anak-anak - Biarlah mereka mahu berselfie sesama merka janji solat tidak dilupakan. 

~~ Berusaha untuk mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat.~~

Monday, May 18, 2015

Bila ke pasar selepas majlis jemputan

Adalah alternatif terbaik sewaktu cuti hujung minggu selepas menghadirkan diri ke majlis pengantin terus ke shopping mall untuk berbelanja. Tidak perlu membuang tenaga, masa dan minyak kereta. Jika ke tempat shopping untuk membeli barang kering seperti sabun, syampoo, beras dan sebagainya masih tidak ada masalah. Tetapi jika ke pasar basah untuk membeli ikan-ikan dan sayur-sayuran dengan baju bling-bling ada sedikit kurang selesa buat aku. 

Tidak selesa  - bila berbaju begini untuk membeli ikan-ayam-udang-sotong.
Bayangkan dengan berbaju kurung dan kain tekat, berkasut sempurna selepas menghadirkan diri dari majlis persandingan anak kawan, kami ke pasar basah yang mempunyai bermacam-macam bau, selesakah aku? Bau asap rokok, hanyir ikan, ayam-daging, udang-sotong semua bersatu dengan bau perfume yang aku pakai menjadi satu. Sungguh tidak selesa.

Mudah - buka kemeja luar dengan t-shirt pagoda saja pasti selesa mahu bergerak.
Tetapi senang buat en hubby aku ini. Sebelum melangkah keluar kereta buka kemeja yang dipakai, tinggalkan t-shirt pagoda yang dipakai sebelah dalam sebelumnya. Ganti sandal yang ada di dalam kereta. Memanglah selesa mahu menolak trolley. Itu yang akhirnya bila pusing sekali lagi aku menunggu saja di tempat menjual buah-buahan sementara en hubby pergi membeli sendiri. Bila perlu bertanya dia telefon aku. Sebaik selesai membeli, masuk saja kereta terus pening kepala. Mengapa agaknya pasar basah di negara kita dari dulu sehingga kini mesti lecak dengan dan kurang bersih? Kalau di pasaraya yang menjual ikan, sotong, daging, ayam dan sebagaikan boleh pula bersih kenapa tidak di pasar basah biasa? Hairan sungguh!

~~ Panjatkan doa kita semua selepas 5 waktu solat, moga hukuman mati yang dijatuhkan ke atas Sheikh Yusof Qhardhawi dan Muhammad Mursi mendapat pertimbangan semula. ~~


Saturday, May 16, 2015

Celaru cuti hujung minggu

* SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA YANG BERGELAR GURU*

Pagi Jumaat semalam seperti biasa sebelum bertolak pergi kerja aku memberi sepatah-dua kata buat anak dara kecik aku. "Nanti pergi tuisyen mak hantar adik. Papa pergi project site tengok abang Fairuz buat kerja di Kluang. Mama pergi kerja sekarang tau." Mak bermaksud Mak Zah yang akan menghantarnya. Bila dapat tahu saja adik sudah menangis. Menangis tidak puas hati sebab biasanya kalau hujung minggu papa yang akan menghantarnya pergi dan balik. Boleh singgah mana-mana warung membeli sarapan untuk dibawa bekal. Tetapi kalau dengan Mak Zah akan mengambil laluan dekat tidak adalah warung ditemui. Itu yang membuatnya kurang senang hati. Walau sudah besar kalau nama pun anak kena juga pujuk. Tapi jauh di sudut hati aku terasa juga sebab hujung minggu pun kami tidak dapat sama-sama menikmati cuti yang sama. Itulah sebabnya sejak negeri Johor declared cuti hujung minggu pada hari Jumaat/Sabtu, aku sering mengambil cuti pada hari Sabtu bagi memenuhi ruang-ruang masa bersama keluarga.

Hari Ahad kerana hari cuti mingguan aku, lalu pergi-balik sekolah kebangsaan dan sekolah agama adalah waktu paling gembira buat adik. Sudah tercatat dalam minda bahawa mama yang akan menghantar dan mengambilnya. Anak tidak terfikir yang mamanya kesunyian di rumah sebab papa bekerja dan anak pula bersekolah. Menonton televisyen kalau sendirian pun boleh mengantuk. Jadi ruang masa banyak pada mesin jahit dan dapur. Belum pencen lagi aku sudah rasa kesunyian apa lagi kelak bila anak-anak sudah punya kehidupan keluarga sendiri. Aku dapat merasakan kesunyian di hari tua kelak.

Ura-ura cuti kakitangan awam dengan swasta mahu diseragamkan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis bagaikan diangin lalu. Senyap terus tanpa usul selanjutnya. 

~~ Masih terus menanti suatu yang belum pasti.~~


Friday, May 15, 2015

Fadhilat surah Al- Ahqaaf ayat 15

Kadang-kadang apabila ianya menjadi kelaziman dibaca selepas solat kita tidak tahu kebaikan sepenuhnya dari mengamalkannya. Apa lagi jika ianya hasil dari yang orang tua kita yang mengatakan ianya doa yang baik untuk dibaca selepas solat. Bila aku melihat program tv petang jumaat lepas baru aku tahu ayat yang selalu meniti dibibir ini amat baik untuk diamalkan.

Al-Ahqaaf - Pendik saja ayatnya untuk diamalkan buat kita semua tidak kira yang jadi ibu-bapa mahupun anak-anak yang baru belajar membaca doa selepas solat. 
Menurut uztaz yang memberikan tazkirah petang itu ayat 15 dari suroh Al-Ahqaaf ini amat baik diamalkan kerana boleh membantu untuk dimurahkan rezeki. Memudahkan bibir mengucap kalimah Allah di saat menuju alam kematian kerana sudah pasti kita semua mahu mati dalam husnul-khotimah. Satu lagi yang aku pasti semua kita mahu dihormati dan disayangi anak-anak, jadi ayat ini juga dapat membuat anak-anak akan sayang dan hormat kepada kita ibu-bapanya.

Maksudnya - Perhatikan ayat 15.  Bermula dari Dan Kami wajibkan manusia berbuak baik kepada kedua ibubapanya; ibunya .... sehingga baca gambar di bawah

Sambungan - Pengakhiran ayat 15 tersebut sehingga sesungguhnya aku dari orang Islam yang tunduk patuh kepadaMu.
Sebagai hamba kita terus berdoa dari ayat-ayat yang telah diberikan kepada kita untuk dijadikan amalan. Samada ianya diterima atau tidak kita kena istiqomah kerana kita semua tahu sesungguhnya Allah itu sangat Ar-rohman dan Ar-rohim.

~~ Terlalu banyak petunjuk diberi melalui kitab Allah ini.~~


Thursday, May 14, 2015

Aku dan kerenah anak-anak

Walaupun guru merupaka kerjaya pertama aku sandang tetapi aku bukanlah seorang guru yang baik lalu bertukar kerjaya. Mungkin sebab itulah akhirnya Allah jadikan aku kuli seperti sekarang ini yang lebih sesuai dengan kemampuan yang aku ada. Biarpun begitu aku masih ada peluang menjadi 'guru' bukan saja pada anak-anak sendiri tetapi juga kepada anak-anak jiran yang masih mahu memberi kepercayaan. Apa lagi anak-anak bagaikan sudah biasa dengan aku. Bukan aku tidak pernah marah pada mereka. Tetapi mereka masih tidak segan-silu mahu bercerita itu-ini kepada aku. Ada satu anak yang kami panggil Abang baru bertatih membaca Iqra'. Lidah masih belum lembut lagi. Bila mahu menyebut "tha' berkali-kali aku mahu dia keluarkan hujung lidah ke gigi atas tetapi gagal. Sehinggakan aku ambil tangan dia untuk merasa angin yang keluar dari mulut aku bila menyebut huruf 'tha' tetap masih tak berjaya. Papa yang biasa tidak balik selepas maghrib entah mengapa hari itu balik dan mencuba nasib konon sebelum mahu ke dapur.

Papa: Cuba abang tengok papa sebut "tha"
Abang : Huwaaa..... (menangis)

Kalut papa bila tetiba saja abang menangis. Berkali-kali dengan aku tidak menjadi masalah, bila papa bersuara abang sudah menangis. Papa pun bukan tinggikan suara sekadar mahu mencuba nasib mana tahu dengan papa boleh menjadi tapi sebaliknya suara tangisan yang meledak. Nampak benar walau garang macam mana pun aku anak-anak masih boleh bergelak dan bercerita itu-ini. Mereka tahu rotan yang aku pegang sekadar menakutkan saja. Sebaliknya macam mana lembut pun papa budak masih takut lagi sebab tidak biasa.

Sekarang setiap hari sebelum membaca Iqra' selain membaca doa - Allahummaftah'alaina ---> sehingga ar-hamarrohimin dan Robbisyrohli ---> sehingga yafqohuqouli, aku juga ajar abang baca "Ya-Fattah" suruh dia ulang berkali-kali. Nampaknya sudah lembut sikit lidahnya. Ada kalanya dia akan letakkan tapak tangannya untuk merasa angin yang keluar dari huruf yang disebut. Comel sangat. Satu lagi tektik aku guna sebab abang baru berusia 5 tahun, jika dia boleh membaca dengan betul aku akan katakan "Abang pandai, macam inilah mama sayang." Budak kena puji macam ini pun muka sudah berseri-seri gembira. Semakin bersemangat dan rajin. Daokan aku boleh mendidik abang comel ini seperti anak-anak lain.

Selepas mengaji - Nama pun budak-budak dapat makan beehoon soto simple macam ini pun licin bila makan sesama mereka. 

~~ Kerenah anak-anak macam-macam gaya ada kalanya menagih kesabaran yang tinggi.~~



Wednesday, May 13, 2015

Mana satu pilihan hati

Mangga kulit purple

Kak Meen ingin merasa

Mama punya

Kak Meen punya

Papa kongsi dengan mama

Adik punya

Penghilang dahaga kami

~~ Banyaknya nikmat Allah buat hambaNya.~~


Tahun ini perlu di semak dulu



~~ Sabarlah hati....... ~~



Tuesday, May 12, 2015

Melaka bandaraya bersejarah

Hujung minggu lepas kami ke negeri yang kaya dengan sejarahnya. Sesak dan padat dari dulu hingga kini tidak dapat dielakkan. Menagih kesabaran tinggi ketika memandu menuju arah bandarayanya. Cuaca panas pula mengalahkan panas di JB. Tapi kerana sudah berjanji dengan anak-anak papa memandu juga menuju destinasi yang dikehendaki. 

Cantik - Pemandangan yang pasti akan ditatap setiap kali tiba di sini. Masih tidak berubah tetapi cantik dipandang mata.

Gendang - Gendang ini berada di dalam Surau Warisan tempat persinggahan kami untuk solat jamak/qasar Zuhor/Asar. Tidak ramai pengguna tetapi agak selesa.
Sebelum bersolat sebenarnya kami singgah di Muzium Melaka sambil itu dapatlah juga sejukkan badan yang berbahang. Mengimbau kembali pembelajaran sejarah bagaimana Melaka dibuka oleh Paremeswara sehinggalah akhirnya menjadi negeri yang menjadi tumpuan ramai pengunjung. Semua ada di paparkan di dalam Muzium ini. 

Kahwin paksa - Apabila melihat patung-patung pengantin ini boleh anak dara aku berkata pengantin sebelah kanan itu kena kahwin paksa sebab itu dia hampir pengsan tersandar ke dinding 
Tradisi bangsa juga banyak dopaparkan di sini termasuklah dari majlis meminang, bernikah, bersanding dan bercukur rambut bayi. Suatu yang pastinya membuat anak dara mama senyum-simpul kerana ada juga yang rasanya bukan tuntutan agama tetapi sekadar adat bangsa masing-masing.

Rumah kayu - Budak sekarang susah jumpa rumah kayu. Kalau banyak duit boleh bina rumah begini. Menarik!

Hantaran - Apa yang menarik pastinya barangan yang ditunjukkan. Ini salah satunya. Lihat bedak cap bunga ros/amoi dan sikat kutu. Suatu yang pastinya membuat anak dara mama gelak tidak terkata. Orang dulu banyak kutu tidak ada syampu rambut itu kata mereka.

Memilih - Banyak boleh dibeli apa lagi tidak lama lagi akan menyambut Hari Guru pilih sajalah mana yang berkenan di hati. Apa pun adik lebih banyak membeli baju sendiri.

Panas - Kerana cuasa yang panas berbahang inilah akibatnya semalam adik masih demam. Walau dapat bertahan untuk sekolah kebangsaan tetapi petang tidak mampu ke sekolah agama. Hari ini sudah beransur sembuh.
Selesai singgah makan di salah satu restoran di Jonker Walk kami beransur pulang. Papa dan mama sudah tidak mampu menghayun kaki walaupun anak-anak masih tidak ada kesan pun. Mereka faham mama/papa sudah tidak segagah dulu lagi.

~~ Taming Sari Keris Hang Tuah, Makin berseri Melaka bersejarah.~~