Petang hari raya ke dua.kami sudah berada di kampung Batu Pahat. Rambutan yang bergayutam menggamit kami untuk cepat berada di bawah pokok. Namun kerana sudah terlalu lewat kami sepakat esoknya sebelum beraya bolehlah petik bersama-sama. Apa lagi petang 3 Syawal adalah giliran marhaban di rumah pusaka. Namun malang pula menimpa di pagi 3 syawal , tanpa di duga ketika aku dan anak-anak sedang bersiap untuk pergi beraya sementara menanti hubby bersiap jeritan adik ipar aku membuat dada aku berombak kencang. Hubby pengsan! Sengatan dari seekor lebah benar-benar buat hubby kalah.
Tanpa berlengah adik ipar segera mengambil MPV dia sebab mencari kunci MPV aku tidak tahu di mana hubby letak. Usung 5-6 beradik berdesup terus ke Putra Specialist yang letaknya lebih kurang 5 minit dari rumah kami. Dalam bilik kecemasan dua orang doktor, tiga jururawat dan dua pembantu hospital memberi bantuan segera. Sungguh mereka semuanya amat cekap dan pantas. Aku saja dibenarkan untuk berada di samping hubby. Anak-anak sudah aku arahkan ke tingkat 3 untuk solat hajat dan membaca yaasiiin sebanyak boleh sehingga mendapat arahan aku berhenti baru berhenti.
Menurut doktor saluran pernafasan hubby sempit dan juga melibatkan organ dalaman bengkak. Apa yang termampu olehku selain berdoa yang panjang sambil tidak putus. Bila hubby sedar aku bertanya samada dia dengar kalimah syahadah yang aku bisikan tapi katanya dia langsung tidak sedar atau mendengarnya. Gelihati juga bila sebaik sedar dia ingat kami berada di JB. Masih mamai walau mulutnya sentiasa membaca ayatul-kursi dan macam-macam ayat Al-Quran.
Menurut doktor saluran pernafasan hubby sempit dan juga melibatkan organ dalaman bengkak. Apa yang termampu olehku selain berdoa yang panjang sambil tidak putus. Bila hubby sedar aku bertanya samada dia dengar kalimah syahadah yang aku bisikan tapi katanya dia langsung tidak sedar atau mendengarnya. Gelihati juga bila sebaik sedar dia ingat kami berada di JB. Masih mamai walau mulutnya sentiasa membaca ayatul-kursi dan macam-macam ayat Al-Quran.
Sedar - Berada di wad ICU selama dua hari baru dipindahkan ke wad biasa. Boleh buang air sendiri tanpa bantuan aku lagi. |
Makan sendiri - Lega bila semua wayar-wayar berselirat sudah dicabut. Hanya jarum ini melekat bagi memudahkan pihak jururawat untuk memasukkan air dan mengambil darah. |
Takziah - Ada juga bunga, hamper dan buah-buahan diterima. Bunga ini kami bawa balik JB tapi buah-buahan agihkan saja kepada semua yang mahu. |
Sebagai manusia biasa kita hanya mampu merancang. Namun perlu diingat bahawa biar bagaimana cantik dan rapi pun perancangan kita, Allah juga sebaik-baik perancang. Tahun ini segala susunan perancangan untuk beraya di Batu Pahat tidak terlaksana. Kami berkampung selama 4 hari di Putra Specialist Hospital. Malam hantar anak-anak balik rumah pusaka, aku tidur di hospital. Sebaik hubby keluar hospital terus petang itu juga kami bertolak balik ke JB.
~~ Adik pun sudah puasa Syawal tapi Hubby belum berpuasa syawal sehingga kini. Moga masih diberi peluang.~~