Monday, March 31, 2014

Makan malam terakhir sebelum naik sekolah

Maka tibalah malam terakhir untuk anak-anak menimkati malam malam sebelum esoknya akan balik ke asrama. Pilihan makan di Tasconi's Pizza. Puas makan di Pizza Hut dan Domino tukar menjamu di Tasconi pula. 

Tasconi Pizza - Inilah lokasi pilihan anak-anak. Kak Nurienne malam itu pening kepala jadi order dibuat oleh adik-adik.
Special - Tidak tahu pula apa nama dish ini. Sedap juga
Pepperoni - Adik suka pepperoni walau ke mana outlet pizza. Hanya dua jenis pizza satu pilihan adik dan satu pilihan Kak Yasmien.
Air teh lemon - Suam sebab mama sudah dilanda batuk. Tatapi dua anak dara mama tetap minum air sejuk pilihan mereka juga.
Expresso - Papa  biasalah mesti si gelap ini juga jadi pilihan
Bungkus - Bila tidak habis mesti kami bungkus. Malam sambil menonton tv tiga-tiga anak dara akan menghabiskan semua ini. Esok pagi semua licin.
Kek lapis Sarawak - Beli ini di booth pameran di luar Tasconi outlet. Empat perisa RM20/-.  Tetapi sehingga mereka sudah balik asrama masih berbaki lagi di rumah. Adik pula bila sudah tidak berteman makan pun agak kurang.
Berakhir sudah acara makan-makan cuti sekolah kali ini. Pesanan buat anak-anak mama moga ikatan kasih dan sayang terus berkekalan hingga ke syurga. Kasih yang tidak boleh ditukar-ganti. Bersyukur dan taat perintah Allah, sayangi rasulullah moga hidup terus diberkati. 

~~ Mendustai saudara seagama sendiri mungkin selamat di dunia, namun akhirat Allah itu kekal abadi. Di sana semua menjadi saksi yang tidak boleh berdolak-dalik.~~

Secret Receipe pulak hala di tuju

Hari Jumaat cuti sekolah yang baru lalu makan malam kami ke Secret Recipe. Niat di hati mahu membeli kain-kain untuk dijadikan blouse tetapi makan-makan punya pasal sudah agak lewat dan menurut adik di kedai itu lagi 15 minit akan ditutup. Belilah juga dua setengah meter kain berkaki untuk dijadikan jubah adik. Kakak-kakak tidak kisah kalau tidak dapat jangan adik mahu tidur pun masih teringatkan kain yang diidamkan kalau tiak membeli.

Kek Oreo - Sementara menanti hidangan adik dan Yasmien makan ini dulu. Kak Nurienne dan Mak Zah meninjau mencari subang silver katanya.
Spaghetti seafood - Ini papa punya. Kopi hitam legam pun pilihan papa juga. Isteri dan anak-anak tidak minum kopi walau papa merupakan peminat kopi tegar.
Asing meja - Kak Nurienne duduk dengan Mak Zah di sini. Mak Zah punya makanan belum sampai Nurienne makan dulu.  Lambat  makanan Yasmien, mama, mak Zah dan adik punya sebab itu lupa untuk dipotretkan. Adik makan pun tidak habis dan di bungkus bawa balik.
Kakak & Adik - Sajalah nak bagi kakak dia kerja. Adik sebenarnya selalu makan masih bersuap. Teringat aku dulu pun selalu arwah mak suap makan walau sudah besar. Sedap makan dengan tangan suapan mak. Anak-anak aku mengikut jejak aku. Selalu masih bersuap dari satu pinggan kongsi untuk makan bertiga. Gilir-gilir suap bila habis ambil lagi. Mamalah jadi tukang suap dan kadang masuk mulut mama juga.
Setiap malam sepanjang cuti sekolah lepas, sebaik anak-anak yang mengaji balik, kami pula keluar rumah. Semalam semua mula bersekolah dan rutin makan di luar akan berhenti serta-merta.

~~IM529 bukan jumlah yang sedikit yang terkorban. Sedih.~~

Friday, March 28, 2014

Legoland sudah ada di dapur rumah kami

Lebih 500 menjadi korban 
ikhwanul muslimin saudara kita
gembira sungguh mendapat titipan 
dari Mama Maszull teman blogger

Setem yang cantik - Serampang dua mata kerana selain mengumpul FM, mengumpul setem juga sebenarnya salah satu kegemaran aku sedari dulu. Oleh itu setem ini pun aku simpan dalam simpanan album.
Ucapan - Dititipkan juga kata-kata moga ukhuwah terjalin selamanya. Amin.
Cenderahati - Legoland FM dan Face Mask dititipkan sama. Nanti hari Ahad akan aku cuba face mask ini.
Bersama teman - FM Legoland itu sudah aku tepekkan bersama teman-teman yang lain di dapur.
Dr. Muhamad Morsi pemimpin mereka 
dipenjara tanpa dakwa-dakwi
buat mama Maszull teman maya 
syukran jazilan dari keluarga kami

~~ Buat teman-teman yang ingin mengenali mama Maszull ini bolehlah klik di sini.~~

Ensiklopedia Al-Quran

Sebuah buku yang penuh pengisian. Sewaktu diadakan tazkirah di masjid aku sekadar membawa duit untuk menderma jadi tidak dapatlah membelinya. Sudah berjanji dengan adik boleh saja membeli di book store, tetapi bila hari Maulidurrasul tempohari ada booth menjual buku dan buku dikehendaki pula ada di depan mata, apa lagi kenalah tunaikan janji. Harga pun berpatutan kerana tidak sampai RM100/-. Berkulit keras dan kualiti kertas yang tebal dan berkilat. 

Ensiklopedia Al-Quran - Sudah sebulan adik mengidamkan buku ini akhirnya dapat juga. Membacanya tapi baru bab pertama dan ditebuk terus ke bab explorasi angkasa. Agaknya bab itu yang lebih menambat hatinya.
Sejarah - Boleh dihayati ini juga. Aku pun belum habis meninjau baru 2-3 bab membacanya. Biasalah bila ada buku baru buku lama di tinggalkan sekejap. Sekarang aku sedang membaca buku Ahamd Ammar. Adik pula dengan novel-novel yang baru dibeli pada hari kedua sebaik cuti sekolah. Bila sekolah di buka dia sudah kena simpan semua novelnya.
Explorasi angkasa - Meninjau bab ini dulu sebab bagi adik bagai ada ironi dengan yang terjadi kini di negara kita. Sesungguhnya kandungan isi al-quran meliputi keseluruahan yg di langit dan di bumi, yang di darat dan lautan, yang hidup dan yang mati. Mudah kata meliputi sekelian alam.
Penerbit - Mungkin boleh juga berhubung dengan alamat tertera di atas seandainya ingin memilikinya.
~~ Membaca fatihah untuk mereka yang hidup rasanya tidak salah kerana al-fatihah bukan khusus untuk mereka yang mati sahaja. Bergantung bagaimana penyampaian doa dibuat kerana suroh al-fatihah mempunyai  beribu-ribu kebaikan. Janganlah dijadikan isu besar.~~ 

Thursday, March 27, 2014

Bila line kredit kad tidak berfungsi

Sudah dikatakan cuti sekolah adalah hari cuti memasak buat aku. Malam ketiga hari cuti sekolah kami ke Old Town White Cofee. Tujuan sebenar adalah untuk berbelanja di Giant. Namun sebaik membelek barang tiba-tiba ada pengumuman mengatakan malam itu sistem kredit kad tidak berfungsi. Kami jarang membawa cash yang banyak, sedangkan untuk berbelanja biasa mencecah hampir 1K. Mujur anak dara kami mendengarnya kalau tidak penat memenuhkan trolley tetapi tidak boleh membayar. Sebaik membeli 2 helai baju dalam adik kami membayar tunai dan keluar ke sini. 

Tomyam mee -Pilihan Nurienne
Mee apa ini? - Pilihan Yasmien

Sandwich -Adik makan ini saja sebab ada dish yang dikehendaki tidak dapat dipenuhi pihak restoran.
Curry mee - Mama dan papa punya selera sama
Swiss roll - Adik tidak mahu makan tapi aku orderkan ini dan sandwich. Merajuk dengan restoran bukan dengan mama kerana niat asal adik hendak makan sizzling mee tetapi dikatakan sudah habis.
~~Boleh pula tidak ada ATM di Giant Plentong. Susah juga kalau line kredit kad tidak berfungsi.~~

Titipan doa dari kami semua

Majlis doa selamat diadakan bersempena sahabat kami yang akan menunaikan ibadah umrah. Seperti biasa tuan rumah akan merisik aku. Pantas aku katakan Insya-Allah dan jangan bimbang sebab jauh di sudut hati tidak bimbang sebab aku ada 'penyelamat' jika majlis dibuat waktu cuti sekolah.Anakanda sulung aku sudah boleh menjadi 'penyelamat' sekiranya aku ABC. Jadi malam itu majlis Yasiin, tahlil dan doa selamat diimamkan oleh anak dara sulung aku. Alhamdulillah selesai dengan baik.

Manja - Dua hero ini aku kenyit-kenyit dan pancing dengan games di handset aku lalu melekat duduk dengan aku hingga selesai majlis. Waktu makan pun dia boleh tinggalkan ibu masing-masing. Mahu melihat gambar ini dari yang aku captured. Suka benar kalau boleh mahu ikut aku balik agaknya. Sebenarnya aku yang terlebih seronok. Comel kan:)
Puan Rosyidah - Inilah sahabat kami yang akan menunaikan Umrah dan akan bertolak pada hari Ahad ini. Beliau menjalankan perniagaan dari rumah. Frozen karipap, samosa, roti pizza di ekspot ke Tempines, Singapore. Doakan moga beliau dan keluarga dipermudahkan dan diberi kesihatan terbaik untuk menjalankan ibadah di tanah suci.
Air dalam bekas - Setiap kali ada majlis begini mesti akan ada air begini diletak dihadapan aku. Kali ini duduknya di depan anak dara sulung aku. Bagi peluang dia mengendali sesekali boleh juga mama jadi makmum.
Selesai majlis - Ramai juga kariah yang hadir pada malam itu. Syukur alhamdulillah moga doa-doa kami diterima Allah.  Juadah dihidang banyak. Pilih sajalah mana satu idaman hati.
Kami punya - Ini pilihan aku, Mak Zah, Nurienne dan adik. Yasmien sedang ABC tidak dapat turut sama tetapi kami dibekalkan berkat untuk dibawa balik. Dapatlah hubby dan Yasmien merasa juga.
~~ Setiap kali ada majlis amal di waktu sekarang sebaiknya bersama-sama juga kita mendoakan semoga Allah memberikan petunjukNya ke atas MH370.~~

Wednesday, March 26, 2014

Cadbury coklat

Siapa kata sudah besar-besar tidak bergaduh. Adik boleh menelefon aku di pejabat semata-mata mahu mengatakan "mama kakak curi coklat adik" sambil menangis. Manalah aku tidak geram. Mana mungkin makanan di dalam peti sejuk itu boleh dikatakan 'kena curi'. Sudah tentu ada dalam satu rumah mestilah jika ada coklat tersimpan sesiapa saja oleh memakannya. Tidak mahu mendengar tangisan di corong telefon itulah aku memujuk dengan mengatakan "nanti mama minta tolong papa belikan lagi".

Mama beli - Membeli sebaik balik dari kerja sebab menyangka papa mereka sibuk service motor dan kerete.
Papa beli - Biasalah papa kalau anak yang hendak seboleh-boleh dia mesti cari punya hanya mama saja yang salah sangka lalu membeli juga.
Akibatnya - Beginilah jadinya. Biar puas makan coklat!
Cooking coklat - Kasihan papa punyalah mahu memberi anak rasa coklat yang lain boleh coklat untuk masakan yang dibeli. Suruh tukar katanya "tak apa boleh buat kuih" Kami semua ketawa berderai.
~~Seluruh ahli dalam rumah kami semuanya suka coklat. Sebab itu dalam peti sejuk kena sentiasa ada stok coklat.~~

Meriah bagaikan sakura di Jepun

Pink
Pink dan putih
Putih
Gugur ke bumi
~~ Percayalah mekar dan gugurnya bunga ini pun atas kehendak Allah juga.~~


Tuesday, March 25, 2014

Starhill Golf & Country Club

Mengisi ruang masa yang ada dengan anak-anak pada hari Ahad. Aku tidak perlu mengambil cuti tetapi en hubby terpaksalah mengambil cuti demi meluangkan masa dan memenuhi kehendak anak-anak. Kami menuju ke tempat yang tidak sampai setengah jam pun boleh tiba dari rumah kami. Kakak-kakak sebenarnya melayan kehendak si adik. Aku dan en hubby duduk menanti di cafe sambil membaca buku. Aku melayan buku Ahamd Ammar remaja yang berjaya membuka minda banyak umat Islam. Moga rohnya dicucuri rahmat Allah.

Starhill Golf & Country Club - Inilah loksinya. Pintu masuk sudah ada papan tanda ini.
Sudah tiba - Menapak ke hadapan akan ditunjukkan arah di mana tempat yang dikehendaki
Buah hati kami - Kakak-kakak kenalah melayan adik untuk menikmati mandi di sini.
Adik - Ini adalah kolam khas untuk kanak-kanak. Puas adik menjelajah. Slide sana-sini semuanya dicuba. Kakak-kakak sekadar berendam di dalam air kolam yang lebih luas dan agak dalam. Slide pun lebih tinggi dan mencabar.
Gelang - Seperti di mana-mana taman tema samalah juga di sini. Biru untuk bawah usia 12 tahun. Ini adik punya.
Merah - Untuk usia 12 tahun ke atas. Harga tiket lupa pula tapi yang pasti tidak semahal di Legoland. Namun buat mama dan papa yang tidak mandi kena juga membayar walau kami tidak mandi pun. Sama di mana-mana taman tema air pun begitu juga.
Balik - Bila handset menunjukkan azan zuhor berkumandang aku arahkan anak-anak bersiap untuk balik. Selasai mandi kami pulang. Lihatlah masing-masing menjinjing baju basah.
Walaupun tempat ini berdekatan dengan tempat tinggal kami tetapi aku dan en hubby tidak pernah masuk ke dalam. Sekadar melihat dari tepi jalan saja. Biasa anak-anak pergi dengan cikgu-cikgu mereka untuk kem motivasi. Kawasan tidaklah terlalu besar tetapi jika untuk melepaskan keinginan mandi-manda dan berenang bolehlah juga. Mengasah skill berenang agar tidak hilang. 

~~ Seandainya benar dikatakan PM kita yang MH370 begitu kesudahannya, bersama kita sedekahkan al-fatihah buat semua roh umat Islam yang terkorban. Takziah buat yang bukan Islam. Sedih.~~

Monday, March 24, 2014

Asam pedas juga menjadi pilihan

Seperti biasa bila cuti sekolah bermula maka bermula juga periuk-belanga dapur rumah aku lebih banyak berehat. Gas pun lambat habis. Dari satu anak ke satu anak sentiasa ada saja cadangan untuk makan di tempat yang diinginkan. Sabtu lepas kami makan di sini tanpa papa sebab papa mereka ada tugasan penting di pejabat. Membeli buku-buku dan novel kehendak anak-anak. Selesai membeli kami singgah makan nasi berlaukkan ikan asam pedas. 

Curry Pit Stop - Anak-anak lebih suka asam pedas berbanding kari. Sebab itu walau signature dish restoran ini kari tetapi kami memilih ikan masak asam pedas.
Aku punya - Ikan merah masak asam pedas, sayur kobis dan sambal belacan.
Kak Nurienne dan mama punya - Adik-adik masih kecil tidak boleh makan kepala ikan. Biar kakak dan mama saja yang makan.
Makanan beralas kertas di atas pinggan - Anak-anak memilih ikan pari, ayam masak lemak cili padi dan ikan sembilang. Air minuman sirap limau kasturi. Nasi sudah disediakan tetapi rasa aku size untuk lelaki dewasa sebab itu buat kami semua memang tidak habis. Keseluruhan makanan RM64/-
~~Buat teman-teman yang ingin merasa bolehlah ke Plaza Angsana untuk menikmati hidangan ini.~~

Friday, March 21, 2014

Diterbangkan ini dari tempat jangkaan MH370 terhempas

MH370 meninggalkan kasih 
bilalah menjadi sebuah pengakhiran 
Alhamduillah dan terima kasih 
pemberian diterima dari mulan

Semalam - Balik dari mengambil anak-anak dari asrama Mak Zah memberikan bungkusan ini. Sahabat kita yang menjadikan Vietnam ini bagaikan kampung halamannya yang ke dua.
Kuning - Pouch yang cantik bersulam. Adik sudah menempah katanya akan digunakan untuk membawa telekung ke sekolah. Terima kasih diucapkan kepada auntie Mulan.
Melekat - Fridge magnet yang cantik sudah aku satukan bersama-sama dengan teman-teman yang lain.
Pemandangan - Memberi gambaran yang sungguh damai dan nyaman walau hanya dari sekeping fridge magnet.
Doa dititip setiap hari
mangsa MH370 dilindungiNya
buat sahabat TITISAN NURANI
jadikan mulan sahabat mu juga

~~ Moga ukhuwah terjalin abadi hendaknya. Terima kasih Mulan.~~