Mendengar anak-anak apabila mahu menyatakan sesuatu yang lebih-lebih akan ditambah hujungnya dengan perkataan gila. Panas gila, geram gila, sedap gila, benci gila, cantik gila dan macam-macam lagi gila. Hal ini sebenarnya buat aku dan papa anak-anak aku kurang gemar. Entah bagaimana suatu hari bila mama/papa tegur tiba-tiba Kak Meen mencadangkan "OK... Mulai hari ini kita tukarlah perkataan gila ke jiddan". Kak Reen dan Kak Meen memang belajar di kelas aliran agama (KAA) sebab itu mereka bolehlah faham sedikit-sebanyak bahasa Arab.
Pink - Jangan kata cantik gila sebaliknya tukar kepada cantik jiddan (sekadar hiasan semata-mata. Bunga di halaman rumahku) |
Merah+kuning - Sama juga dengan yang ini jangan kata besar gila, sebaliknya tukar kepada besar jiddan. (juga bunga raya di halaman rumahku sebagai hiasan entri semata-mata) |
~~ Anggapan setiap kita tidak sama. Ada yang mendengar perkataan kasar adalah perkara biasa. Ada juga yang terasa bagaikan terlalu kesat di pendengaran telinga. Terpulanglah.~~
58 comments:
Betul tu kakzakie.. setiap yg mendengar ada penilaian sendiri.. terpulang pd individu tu..
Boleh juga kita tukar dgn.. Subahanallah cantik sungguh bunga
ini.. MashaAllah besarnya bunga ini.. pilih lah perkataan terbaik utk Di ucap kan kakzakie ;)
salam kakak..lama tak melawat nie...hehehe..
bagusnya idea kat meen tuh..kalau dalam bahasa omputih sekalipun mana ade guna crazily beautiful ker big pun pun ..memanglah betul kata kakak tuh...elok tukar pd yg lebih elok...inshaallah
ehh, betul la kakak..mungkin sbb dh terbiasa dgn ayat mcm tuh..akan falsya tukarkan...tq kakak..;)
Ye la kak...baik! Mulai hari ni...sy akan latih anak2 cakap mcm ni...insyallah...:)
berbahasa molek2 n indah...setiap yg tersebut kan doa...takut pula kalau gila2 xmenentu..
boleh dipanjangkan kat anak nih.. selalu jugak perkataan giler tuh digunakan
TQ sharing
assalam kakzakie..betul la..acik pun naik pening dengar..suka sangat sebut gila..
menarik ni kak zakie..good sharing!
budak2 sekarang memang macam2 bahasanya..sampaikan kita pon dah terikut jugak sekali sekala..bagus idea kak Meen tu..sama2 kita cuba tukar...:)
alhamdulillah ilmu baru..
Mekasih atas peringatan dan perkongsian kak. Nak kena ajar anak² sebut 'jiddan'.
tq2...
nureen mmg x guna perkataan gila kat blkg bila ckp ngan anak2 kecuali bila jumpak kwn2 huhuuu
kadang mama sendiri tak suka guna perkataan tu ..macam tak elok je kan kak,..
tq kakak
mulut ni kadang2 biasa & laju je nak nyebut "panas gila lapau gila"
nak kene cubit mulut ni hehe
Saya sebenarnya dok tengah plan nak buat entri pasal bahasa anak-anak ni, terutama perkataan gila tulah, mmg itulah perkataan yang sering diorang guna, cantik gila, pandai gila...pernah dulu anak murid saya cakap, cantik gila, saya balas..cikgu taknak cantikla, nanti gila..diorang tergelak jelah..
tuler dah terbiasakan.. betoiler kena tukar kena tukar...
yelah zakie...semua pun gila..naik risau kekadang...ckp tu doa..main2 nti jadi betul2 gila..
Perkara dah terbiasa tapi jika cuba ditukarkan kepada lafaz yg lebih baik...lama2 akan berubah juga.
Walaupun maksudnya sama tapi sebutan berbeza ianya memberi persepsi dan pandangan yg sedikit berbeza...
Spt babi disebut khinzir...
Subhanallah `cantik jiddan'..sama n3 kita ya...macam mana kak zakie membelai ni....
akan dicuba....
Masyallah...jaid jiddan...bagus sangat kak...tambah pengetahuan...
Hhhh saya ni stop pulak kelas arab gara2 tak de bibik...nnt boleh sembang in arabic dgn anak dara akak...heeee
Trend Ikut-ikutan...sebutan yg berulang-ulang kali kita dengar sehingga kita pun terikut-ikut sekali....sudahnya pada fikiran kita tidak ada apa2 perkataan "gila" tu namun maknanya memang tak pernah berubah..yg gila itu maknanya "Tidak siuman" maksud yg tidak baik kan kak...sama2 kita cuba tidak lagi menyebutnya selepas ini...InsyAllah..
Bagus perkataan tu kakak. Nanti boleh ajar anak-anak juga insyallah.
Salam Kak.. kalau baba Pa'e mmg jaga tutur kata, sebab tak mau anak dengar..takut nti dia ikut plak.. lepas ni nak guna perkataan jiddan jg lah.. hehe..
Bagus la kak zakie...ilmu baru...kami pon kalau bersembang ngan en hubby selalu jgk perkataan "gila" tu...selalu kena tego ngan aleesya.."x baik ckp gila la mama!!" Kena sound dh ngan anak dara..ahaha..blh dipraktikkan ni..
MasyaAllah....cantik jiddan bunga raya pink, tentu ceria jiddan laman kak zakie..hehehe...
Kak zakie, bagus cadangan anak Kak zakie tu..jayyid jiddan.
sayalah tu yang selalu guna perkataan gila tu
ye lah kak..perkataan tu macam dah jadi mainan, dah sebati di bibir, kalau sedap didengar tak pe lah.. Insya Allah slow2 tukar.. tak mo lah nanti jadi ikutan anak2 kecik kat rumah tu.. tq kak..
Singgah petang..:)
nieyl suke pink ngan purple..
jadi ape2 yg warna pink dan purple nieyl suke..:)
Dulu kalau mak ayah saya terdengar saya sebut perkataan gila atau bodoh, sure makan penampor la jawabnya.
Namun, segalanya berubah bila saya mula tinggal di asrama. Lepas tu, jangankan perkataan gila atau bodoh, mencarut dalam bahasa Inggeris pun kerap sangat terdengar dari mulut member-member satu sekolah.
Benar...banyak perkataan yang sepatutnya ditukar agar bunyinya lebih sopan didengar!
takmo dah kak ckp perkataan 'gila' tu.. terima kasih kak, teguran akak akan saya ingat sampai bila2...
laki kita x suka kita sebut gila..
mulut ni dah jadi tabiat..
bagus ni boleh share dgn anak2 ni..biasa sngt gunakn prkataan gila walaupun benda yg baik2.
betul apa yang akak kongsikan ni
terima kasih kak
bagus kak.sekurang-kurangnya,kita boleh tukar kepada yang lebih baik..
dan belajar bahasa arab..
setuju 200%..
Mmg itulah yg seelokkan kak zakie...budaya ' letak gila kat belakang' tu kalau diperhatikan, mmg tak bagus, so elok ganti dgn jiddan tu :)
betul la kak....amie ni pon kdg2 suka benor guna perkataan 'gila'..memang kena tukar....anak2 dgr pun tak elok
noe biasa guna penambahan perkataan gila tu kakzakie..hehehe...lepas ni kena tukar gak...terima kasih kakzakie...
kena batang hidung saya kakzakie..
saya pun suka sangat cakap gila tapi bila tulis jadi giler sebab taknak samakan dengan "gila" tak betul tu, walhal kalau ikutkan sama juga bunyinya kan...huhu
nasihat yang WAJIB diikuti
cantik sangat tak tau nak habaq pun saya dah risau nak sebut, sebab tak tau tu negatif. betul kata kak meen tu aunty sokong
kebetulan, saya pun pelajar KAA jugak.
kebetulan, saya pun pelajar KAA jugak.
kebetulan, saya pun pelajar KAA jugak.
kebetulan, saya pun pelajar KAA jugak.
Betul tu kakzakie seharusnya kita menggunakan perkataan yang baik2 dan elok didengar.
Bunga raya yang kat atas tu cantik sangat.
Nak guna word jidan la jugak kak.
Kak cantiknya bg tu. Akk ni tanam bunga pun menjadi tau. Jeles saya.
Kak..ada petua tak. Anak anak saya ni selalu sgt bergaduh. Pening kepala mak ni tau. Camne nak ajar dorang berbaik baik.
terima kasih kak! sangat bagus tips ni. saya pun selalu jugak dok guna perkataan gila tu +_+
assalamualaikum kakzakie...terimakasih dgn perkongsian ni kak...:)
hohoho... ngantuk jiddan kita nie kak zakie... :D
betul tu kanda...kadang kadang maknya pun tersasul bila bercakap dengan kengkawan hehe.... kalau cakap ngan anak pandai pulak berlapik hehe...
perubahan yg bagus dan sedap didengar
Betul juga pendekatan akak ni.. insyaAllah saya pun nak cuba amalkan macam ni. Risau juga memikirkan hal anak2 ramai yang di bawah jagaan ni memang sebilangannya yang suka sebut perkataan macam tu. Bila ditegur, diorang masih juga ulang benda yang sama.
thanks share.nasihat yg baik tu.
thanks kak. insyaAllah lepas ni boleh la didik bibir ni tukar pada perkataan jiddan ;)
Benda yang baik harus diamalkan. Kalau macam ni saya pun nak tukar perkataan gila yang bawa maksud tersangat tu kepada jiddan. Si Abang tu memang suka sebut 'gila' di belakang ayatnya.
Post a Comment