Tuesday, February 10, 2015

Sambil beriadah mata menjeling

Rutin setiap pagi Sabtu dan Ahad pasti akan ke padang untuk memberi tubuh yang kian dimamah usia mengeluarkan peluh. Setelah lima hari duduk, duduk dan duduk, rehat, rehat dan rehat inilah masanya memberi peluang diri beriadah. Sambil kaki melangkah, mata menjeling keliling padang yang sarat dengan tumbuh-tumbuhan. Seandainya ada yang menarik mata memandang, singgah sebentar menghalakan kamera telefon untuk merakamkannya. 

Mengkudu - Pokok mengkudu ini sudah terlalu besar dan tua. Tidak pernah berhenti dari menghasilkan buah. Berguguran tidak ada sesiapa pun yang mengambilnya. Tumbuh sendiri.
Cantik - Terbiar melingkari batang pokok yang dijadikan pelindung mereka yang beriadah di sini. Hidup subur walau tidak pernah ada yang memperdulikan kehadirannya.
Unik - Bungakah ini? Ini hasil dari tumbuhan pokok di atas. Jika di rumah kampung ku ada menanam pokok ini tetapi tidak pernah menghasilkan seperti ini. Sebaliknya pokok ini tanpa jagaan tapi subur dan menghasilkan 'bunga' yang unik.

Telah dinyatakan bahawa semua makhluk Allah samada tumbuh-tumbuhan atau haiwan kesemuanya berzikir kepada Allah S.W.T mengikut cara masing-masing. Hukum membunuh binatang tidak kira yang mughalazah tanpa tujuan selain untuk mengelakkan dari membawa kemudharatan seperti penyakit adalah haram. Walau bagaimana pun adalah sunat hukumnya untuk membunuh binatang yang berbisa kerana boleh memudharatkan manusia seperti kala jengking, lipan, ular, dan sebagainya.
 
~~ Tumbuh-tumbuhan sentiasa berzikir kerana takut esoknya hari kiamat. Bandingkan diri kita dengan tumbuh-tumbuhan tersebut.~~

49 comments:

Hudalatip said...

Entry menarik, cantik kehijauan tu kan kak..Riadah kat mana ni kak?

eMMe said...

Salam Kak Zakie, tetiba terkedu utk titipkan komen di entry ini... Kalau minta dibandingkan diri kita dengan tumbuh2an..yg sentiasa basa dgn zikir, pastikah diri kite selalu utk berzikir?
masih jadi tanda tanya kak Zakie...

Acik Erna said...

pokok sukun ke tu kakzakie

@na said...

jogging ambil menjeling la ni kak..hehehe..

Izwa Kamaruddin said...

Astagfirullahalazim..tumbuh tumbuhan lagi baik dari saya kak... :(

cahayahidupku.blogspot.my said...

Renungan di entri bawah tu membuat diri ini berfikir sejenak.. apakah diri ini sudah cukup banyak berzikir seperti tumbuhan2 tu.. atau banyak berzikir yg lagha sahaja.. astgarfirullah..
Terima kasih kakzakie atas ingatan ini..

lieyalatif said...

kehijauan fauna yg menenangkan kite kan kak...ishh akak buat entry pasal pokok2 ni teringat kat pokok daun kesum lieya...lupe nak siram beberapa hari kak...kering dah ...uwaaaaaaaaaaaaaa.... tapi dah try siram balik dah naik plak pucuk hijau baru...hope boleh laa diselamatkan lagi...

paridah said...

SAMBIL BERJOGGING MELEPAS PNDG PADA ALAM SEKELILING YG INDAH DIHIASI TUMBUHAN YG UNIK MNARIK...SUBHANALLAH...HATI YG TERDETIK MNGAGUMINYA JG TERCATAT GNJARAN ALLAH..

zmarl (ibu) said...

konsisten lagi akak beriadah every week yer..

norhidana said...

kak, naper tak kutip buah mengkudu tuh, banyak khasiat nyer kan...

yelah pokok tumpang tuh mmg selalu lebih subur dr pokok yg ditumpanginya

iryantyismail said...

:-(( terkadang lalai dengan kehidupan duniawi..

Ave Ry said...

Mengkudu banyak khasiatnya, menghilangkan berbagai jenis penyakit. Di Indonesia sudah ada penelitian tentang manfaat buah mengkudu, jadi sayang kalau buahnya hanya terbuang, siapa tahu bisa dimanfaatkan. Coba search "Khasiat mengkudu"

AMIIZAA@Mieja said...

alhamdullilah kak, moga2 tumbuhan dan haiwan2 disekeliling kita mendoakan kita, amin:):)

kak mengkudu buat jus kak:)
daunya buat ulam...yummmy:)

Kayu Manis said...

nor tak dptlah buat semua tu kaka..

adalah sepasu dua...

Inani Hazwani said...

ingat lagi dulu ustaz cakap jangan petik daun sesuka hati sbb tengah berzikir ^^

Inani Hazwani said...

ingat lagi dulu ustaz cakap jangan petik daun sesuka hati sbb tengah berzikir ^^

jie susanos said...

huhu..hari ni byk baca ttg bunga2..sejuk mata memandang..

Mia Kassim said...

Mengkudu tu ada juga tumbuh depan rumah dikg. Banyak buahnya ... bila masa jatuh berguguran ... kadang2 terpijak .. lembik jak terasa :)

Nieyla Nadia said...

Kawasan umah mak nieyl pun ade pokok mengkudu nie kak...Ramai yang minta buah nya,daun nyer untuk buat ubat katanya...

Puan Kutu said...

Gambar terakhir tu unik kak zakie

Nak menitik air mata baca yg terakhir bandingkan kits dengan tumbuhan..

sud@is said...

Bunga pokok keladi ka tuu.Kak Zakie .macam pernah nmpak...

Falsya said...

bestnye kakak tau je nama bunga la daun la..falsya nie pokok inai depan umah pun xtau..nasib baik xtebang..tau pun itu pokok inai sbb mak marah bile kate nak tebang..hehehe

saniahibrahim said...

pokok mengkudu kat rumah saya ni pun terbiar walaupun tau banyak khasiat ,biasanya orglain je yg dtng meminta .
terasa kerdil diri dibandingkan tumbuh2an yang sentiasa berzikir kepada Nya.

Ujie Othman said...

subhanallah..mmg unik yg mcm bunga tu. Tak penah nampak lagi.

BinMuhammad said...

Saya pun macam akak...kadang2 tu pergi shopping mall pun dok tengok pokok yg mereka tanam...
Boring jer orang rumah...hehe

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Kak Zakie..kat kg atie pon ada pokok mengkudu gak..sama lar..buahnya jatuh..xder sapa nak kutip

Ahlam Miera Shafie said...

cantik bunga pokok 2... syok klu petang2 jalan2 cuci mata tengok kehijauan ciptaan Tuhan...

Nor Azimah Ali said...

pokok/daun hijau hidup berzikir, bila berenti berzikir layu dia dan jatuh ke tanah..kita..selalu alpa..tapi Allah yang maha Baik masih selau memberi kesempatan utk kita bertaubat..

kehidupan sihat said...

bagus perkongsian ni

aizamia3 said...

Suka dengan suasana yang menghijau dan tenang.. ;)
Saya biasa jogging keliling taman perumahan je.. dekat dengan rumah.. ;)

Sham said...

Depan rumah sy ni ada pokok rambutan..buahnya xlah cantik..tp daunnya lebat bila gugur jenuh nk menyapu...tp nk ditebang syg pulak...mcm akak kata tula pokok2 ni kan bzikir...

Normala Saad said...

Saya selalu was2, risau dan tertanya-tanya sendiri tatkala membunuh siput2, belalang2 & ulat2 yang sering merosakkan tanaman saya..iyalah kerana mereka sentiasa berzikir kepada Allah SWT..Akhirnya saya terbaca komentar yang membahas isu ini secara agak detail merumuskan haiwan perosak ( haiwan fasiq ) ini makruh dibunuh tapi dengan cara yang bersesuaian bukannya mendera mereka...macam kita selalu membunuh nyamuk tu kann...

Zaitun said...

Terasa kerdil jika dibandingkan dengan tumbuh2an. Kadang2 ada juga kerja2 yang melalaikan.

Fiza Rahman said...

Kat umah mak ada pokok mengkudu nih. Sihat betul pokoknya. Mak dulu suka bercucuk tanam. Tanam apa pon menjadi.

babYpose said...

rajin kak zakie, memberi semangat kepada saya ni untuk beriadah di hujung minggu jugak :)

Umialya said...

Saya jugalah belum punyai keazaman beriadah, naperlah tiada kerajinan ke arah tu..??

Sejuk jer mata memandang..

Umialya said...

Saya jugalah belum punyai keazaman beriadah, naperlah tiada kerajinan ke arah tu..??

Sejuk jer mata memandang..

Ann Ishak said...

buah mengkudu tu boleh makan ke kak

TukangKebun said...

Saya pun tak berapa reti nak manfaat penuh buah mengkudu ni.

OKje said...

Dimamahlah usia sangat tu kanda hihi......
Cik abe tak ikut meneman ke kanda....kang bini kena ngurat kang baru tau haha....

aby said...

salam kz ..
selagi kita makhluk Allah swt ..
kita ada tanggung jawab dalam pengabdian kpd pencipta kita ..
manusia dan tumbuhan tidak terkecualikan ..

zila norazila said...

Pergi beriadh kt mutiara rini tu ke kak...kita sbgai hmbanya kkdg nk berzikir pun susah kn kak..

kakrose said...

jus buah mengkudu mengandungi antioksidan yg tinggi. tapi tak lalu nak minum..rasanya..masyaallah..

nOe suhaimi said...

rajin juga kakzakie beriadah...semoga kakzakie diberi kesihatan yg baik..

Lydia Miza said...

Jeles tgk daun mengkudu tu kak. Klu dkt rumah sy mudah la sy nk guna utk bertungku nanti..

Jauh pula sy fikir kan?

Kita ni bila sakit je mulut asik berzikir..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...betul tu kak beriadah utk kesihatan badan kita...:)

Mummydearie said...

Saya salutelah dengan Kakzakie ni. Memang pakar tumbuhan betul. Nampak apa sahaja, tau dah apa nama. Kalau sayalah diberi 10 gambar, mungkin sepuluh-sepuluh pun saya tak kenal. Setakat semalu tu, I knowlahkan :)

Akak memang tak pernah belajar ilmu botanikan ni? Ish, serius konpius. Yang belajar pun tak kenal, yang tak belajar lagi terror!

Unknown said...

Menarik tu. dapat berkenalan dengan pokok tu. Kalo sendiri mungkin takda effort nak belajar pasal pokok tengok tembus jer. At least i learn something today

mama eija said...

rajinnya kakzakie berjogging... eija muda2 ni pun malas huhu... berlemak2 dah ni...