Ada kalanya kita terlepas pandang bahawa dengan membuat perbandingan boleh menggugat kebahagiaan yang dikecapi. Oleh itu berhati-hati ketika membuat perbandingan. Apa lagi perbandingan yang melibatkan ketidakpuasan hati apa yang telah digenggam atau dimiliki. Tidak kurang juga dengan membuat perbandingan antara anak-anak, staff yang ada, kemewahan, kecantikan, kekuasaan dan sebagainya. Khususnya wanita/perempuan kelompok yang rasanya lebih suka membuat perbandingan berbanding kaum lelaki, walaupun tidak kurang ada lelaki yang lebih-lebih lagi dari perempuan. Buat penilaian diri kita di mana duduknya diri kita dalam hal ini.
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin kepada kaum wanita oleh yang demikian Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Oleh sebab itu wanita yang solehah adalah mereka yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya" - (Suroh An-Nisa':34)
~~ Sekadar renungan di hari dan bulan yang mulia ini. ~~
28 comments:
Bersyukur atas apa yang dimiliki...
singgah pagi...
setuju sangat entry ni kak
betul tu. setiap individu itu unik
bila kita buat perbandingan memang pasti melukakan
setuju kak..
PERBANDINGAN TAK PERLU SBB PERBEZAAN KEJADIAN ALLAH BERBEZA PERANANNYA...SYUKUR APA SAJA KEHENDAKNYA....
assalamualaikum,
setuju.
selagi ada perasaan "tak cukup" dalam diri...bahagia akan bertempiaran lari
Betul kak..bila sering membanding..ia seolah racun dalam kehidupan orang lain..sakitnya,pedihnya dan bisa yang teramat dalam..mungkin mereka lupa...semuanya Allah punya..diri dia sendiri pun Allah punya..
nak setuju
tapi
tertakluk kepada terma dan syarat
hehe..
Syukur apa yang telah dikurniakan. Harta dan segalanya hanyalah pinjaman.
membanding banding ni lah yg menjadi punca banyak jenis perbalahan dan masam muka..
membanding banding boleh menyebabkan sakit hati,iri dan tak pernah puas ...sifat yg selalu ada disekeliling kehidupan kita.
Alhamdulilah syukur apa yang ada..ukur baju badan sendiri :-))
permandangan dari segi positif Insyaallah motivasi dalam kehidupan.yg penting kena bersyukur dengan apa yg kita ada
Alhamdulillah wa syukurillah kak zakie.. dengan apa yg saya ada..
memang bahaya kalau kita buat perbandingan ni..
kalau anak2 mesti dorang terasa sangat kan.. lepas tu mesti mereka berjauh hati..
Saya jenis orng yg 'pi lantok le' rezeki masing2 tak kuasa nak pikir bukan2 melayan perangai si mak enon pon dah penat kak....kikiki
saya pun malas nak melayan org yg suka buat perbandingan ni . bab harta - rezeki setiap org tak sama . sikap lak kenalah byk muhasabah diri ...
Manusia itu sifatnya tak akan pernah berasa puas, namun andai kita hargai apa yang ada di depan mata, pasti kita menjadi seorang yang bersyukur.
.
jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
.
Akak, mujur ingat nama akak. Dapat jumpa balik blog ni :)
betul tu kakak
kadang kadang kitatak sedar yg kita tgh buat perbandingan itu.
ps: in shaa Allah kakak. terima kasih .yang sebenarnya kan, saya kagum dgn adik.. doakan utk kami ye kakak.tima kasih
memang betul..bab bandingan ni selalunya melukakan. Dah selalu terkena..tapi nasiblah hati ni jenis banyak yang..'tak apa ' dengar, telan dan buat tak tau aja...tak payah melebih-lebih. Takut nanti malu diri sendiri...
hi akk,as salam =)
renungan di hujung minggu,apa pun yg Allah dah tulis sememangnya yg terbaik utk kita.
selamat berpuasa kak =)
lelaki yang baik tentunt=ya untuk perempuan yang baik,bila dah dapat seorang lelaki jadi pemimpinmu maka ikutilah dia selagi tidak menyekutukan Allah.....Masing-masing kita ada kelebihan dan kekurngan masing-masing. Tetapingat siap diri kita akan jadikn kita orang yang selalu beruntung.
kak zakie apa khabar? memang betul jangan sesekali nak membanding. tapi kalau nak banding juga, try bandingkan diri dengan kucing. pasti kita bahagia.
Setuju kanda....pompuan ni mmg apa pun nak lebih haha....tp tulah.... janganlah sampai timbul mazmumah dlm hati tu kan kanda
walaupun ringkas tapi padat....
salam ramadan kz ..
baru sempat menjengah ramadan ni .
harap sihat dan dapat beramal dibulan yg mulia ni
dan selamat menjalankan ibadat puasa ..
sebagai ketua keluarga,kita buat la perbandingan yg positif apatah dalam bulan ramadan ni ..
contoh ..
alahhh , untongngay lanang kuwi, bojo karo anak2 kabehan teko msjid untuk terawih ..
alahh, untongngay lanang kuwi, bojo karo anak2 kabehan melo tadarusan tekan mbengi ..
wlupun weroh mayar tp ramey wong lanang seng orak entok ngowo anak bojo teko mesjid ramadan kiyer ..
perbuatan koyo kiyer la seng wong lanang harus ngwey perbandingan ..
peringatan utk diri sendiri juga ..
Xsuke sifat banding2kan.. tp klu mmg kjenye xbgs kdg2 perlu bndgkn dgn kerja yg lbh bgs..
Betul tu, kak! Kalau kerap membuat perbandingan, dari aspek apa sekali pun, akan timbul rasa cemburu/tak puas hati dengan apa yang ada pada diri kita. Kalau pun harus dibandingkan, lebih baik melihat ke bawah daripada sakit mendongak ke atas ~_^
True indeed kak. Kekadang terdetik juga perasaan macam tu. Tapi buat apa kan. Setiap perkara yg allah jadikan tu mesti ada sebabnya. Bersyukurlah dengan apa yang ada skang nih.
bila kita suka membanding, rasa syukur tu akan berkurangan.bila tak reti bersyukur, memang susah nak rasa bahagia
Post a Comment