Tuesday, August 11, 2015

Majlis dialog dan jamuan Hari Raya

Majlis dialog prestasi UPSR bersama ibu-bapa bersempena mengambil keputusan percubaan UPSR adik berlangsung Ahad lepas. Keputusan adik menurun kerana peperiksaan sebelum ini adik mendapat tempat pertama mengalahkan semua pelajar tahun 6 yang ada, tetapi kini jauh terus ke nombor lapan dan juga ke lapan seluruh tahun 6. Walaupun cikgu berkata pada aku jangan bimbang tetapi sebagai mama pastilah ada sedikit rasa cuak. Peperiksaan UPSR sudah paras hidung kerana akan berlangsung  7, 8, dan 9 September ini. Sudah terlalu dekat.



Tekun- Anak-anak lelaki tahun 6 yang duduk sebelah kiri kami. Di bahagian aku duduk semuanya murid perempuan.

Kerjasama - Selepas mengambil fail keputusan peperiksaan duduk semula ke dewan ini untuk acara seterusanya. Pihak sekolah mengadakan majlis jamuan Hari Raya.
Telefon bimbit adik - Sementara menanti semua sedia adik kena menghafal hafazan tiga suroh ('Ammayatasa alun, 'abasawatala dan  satu lagi lupa pulak aku) sebab 9, 10 dan 11 hb  (hari ini) adalah hari peperiksaan hafazan untuk peperiksaan SDEA (Sijil Darjah Enam Agama) Negeri Johor.

Senang - Budak sekarang mahu menghafal mudah sebab boleh ke hulu-hilir bawa handset. Alhamdulillah adik sudah hafal semuanya. Aku sendiri yang menjadi tukang semak sebenarnya pun tidak hafal.

Masa makan - Anak-anak dan ibu-bapa dijamu dengan hidangan enak. Nasi impit/lontong, lodeh, kuah kacang, rendang ayam dan kuih-muih  serta buah-buahan disediakan pihak sekolah. Ada caterer yang menghantar. 

Marhaban - Sebenarnya sebelum makan kami ada bermarhaban dipimpin oleh ustaz sekolah adik.
Moga tahun terakhir UPSR ini adik dan kawan-kawannya mampu meraih impian mereka dan tidak kurang harapan ibu-bapa dan para guru yang dedikasi. Sudah terlalu banyak usaha dan cara pihak sekolah lakukan semata-mata demi kejayaan anak-anak. Ibu-bapa dan anak-anak sendiri kena lebih prihatin demi kejayaan yang mahu diraih.

~~ Usaha sudah, doa kena panjat selalu sebelum berperang ke medan peperiksaan yang tinggal beberapa hari saja lagi.~~


35 comments:

Aisy Nasiha said...

Insya Allah semoga Adik berjaya dalam UPSR nanti. Kami doakan juga untuk Adik.

Fazleyatul Aini said...

good luck adik semoga berjaya dengan cemerlang UPSR nanti

SalbiahM said...

gud luck untuk adik ye! semoga seiring dunia dan akhirat..sejuk perut ibu mengandung

Izwa Kamaruddin said...

good luck adik!

saya nak jadikan akak sebagai contoh ibu yg terbaik dlm mendidik anak kak..kagum saya!

Eye_nee said...

Gud Luck Adik...Semoga terus cemerlang...

Nory Zoulkefle said...

insyaALLAH, semoga adik Berjaya dalam UPSR...AMiinnnn

Malinda said...

inshaa Allah adik mesti bole buat yg terbaik...aunty doakan adik berjaya mendapat keputusan cermerlang...beruntung akak ada anak sepintar adik...tahniah kepada akak dan seluruh keluarga

nohas said...

Good luck utk adik, UPSR dan peperiksaan hafazan..man jadda, wajada..In shaa Allah..

Yana Shaiful said...

InsyaAllah adik boleh..ada masa lg..good luck yer adik..

PeRdU cINta said...

Kita sama sama berdu'a kak..moga adik mudah menjawab soalan peperiksaan dia..amin..

Sue Bee said...

Good luck..anak SB pon amik UPSR tahun ni.

aizamia3 said...

Moga atas usaha yang dibuat.. Adik berjaya dengan cemerlang mengikut jejak langkah kakak2 beliau.. ;)

Kayu Manis said...

jgn risau kak..biasa percubaan soalan agak sukar..berbanding exam sebnr..
sure adik berderet score A nnti..

iryantyismail said...

study smart ..dont study hard

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Selamat Berjaya Adik. Study baik + doa dan usaha yang berterusan insyallah berjaya.

nurbijen said...

Semoga adik dapat buat yg terbaik masa UPSR... Adik boleh!

Angah said...

Selamat Maju Jaya buat adik...

Mummydearie said...

Good luck, Adik!

InsyaAllah, kak janganlah bimbang sangat. Kalau ikut track records tentu Adik mampu menjadi antara yang terbaik. Sebagai emak ni biasalahkan kak, sentiasa gusar :)

cahayahidupku.blogspot.my said...

IsyaAllah.. semoga adik akan berjaya dalam UPSR kelak..
Sekolah anak saya buat malam sabtu itu hari kak..
Buat bacaan doa selamat utk menyambut UPSR dan Jamuan hari raya..
Nabil dan Najeeha cukup suka bila puas dapat makan kambing panggang :)
Lupa pula mengambil gambar ..

saniahibrahim said...

Jgn risau kkzakie, biasanya result trail xdpt nk mntukn result exam sbnr.lgipun thn 6 ni bukan lgi dinilai pd nombor...sya yakin adik pasti boleh

Fiza Rahman said...

Dah nak dekat tu. Good luck adik.

Mun said...

dah nak dekat sgt tu...
smga berjaya hendaknya...

akak..nanti email kat mun alamat umah ye.. mun nak bg pos kad kawen..

siti_doraemon85@yahoo.com

eMMe said...

InshaAllah Adik boleh hafal semua surah tu.. usia adik boleh ingat semua tu.. cam kite ni pun payah dah hafal2 ni..surah2 pendek boleh la.. heee~

Gud Luck Adik!

Hudalatip said...

Semoga adik akan berjaya dalam peperiksaan UPSR yang bakal menjelang.

ajax85 said...

Semoga adik berjaya..hehehe

jie susanos said...

buat yg terbaik dlm peperiksaan..huhu

norhidana said...

gudluck utk adik n kwn2 yg lain...

bgs lah adik, hp bkn utk serook2 je, kalu di gunakan sebaiknya banyak manfaatnya kan...

Zaitun said...

Good luck semoga adik berjaya dengan cemerlang.

Inani Hazwani said...

In sha allah keputusan adik cemerlang

Unknown said...

assalamualaikum kakzakie
good luck tuk adik ya semoga mendpt keputusan cemerlang nanti

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Semoga adik berjaya di dalam peperiksaan yang akan dihadapi nanti. Sama juga dengan anak saya yang berada di SMAPT serta yang di PPTIK yang akan menghadapi peperiksaan.
Melihat adik tekun menghafaz, teringat semasa saya di maahad dulu duk menghafaz cuma sekarang ni mudah dengan henfon. kami dulu dengan mushaf je...

Unknown said...

Good luck adik.. smoga berjaya.. :)

Bunda_nora said...

Tahniah Adik, InsyaAllah semoga adik berjaya dalam UPSR nanti...

QasehnyaRania said...

semoga berjaya adik.
all the best

TukangKebun said...

InsyaAllah mungkin masa percubaan rasa gementar tu ada.
Tukang Kebun pun banyak surah yang anak dah hafiz, maknya tak hafal.
Hafazan surah Yassin pun anak lagi fasih dari maknya.