Monday, October 5, 2015

Fairy tales adik dan brooch CikSu

Seminggu ini adik sibuk benar berlatih dengan kawan-kawannya untuk persembahan yang akan dipentaskan sebelum cuti sekolah yang akan datang. Siap berkumpul dan berlatih di rumah kosong kami. Masing-masing sibuk mencari idea untuk memilih pakaian sesuai dipadankan dengan tema yang pihak sekolah berikan 'fairy tale'. Baju sudah mama sediakan. Sebenarnya baju Kak Meen yang baru dipakai sekali kerana tema majlis pernikahan seseorang. Selepas itu simpan. Tinggal mencari tudung dan crown kepalanya. Namun semalam bila papa balik dari kerja membuka peti surat ada kiriman CikSu yang buat kami semua gembira. Cantik dan comel! sesuai untuk dipadankan dengan baju yang akan adik pakai.

Perwira gagah sudah hilang
sepakat memburu tokoh baru
gembiranya bukan kepalang
mendapat brooch dari CikSu
Kiriman CikSu - Umi yang punya anak comel bernama Rania yang bermurah hati memberi ini untuk kami kerana GA yang dibuat bersempena Rania buah hati mereka menjejaki usia setahun.

Sepasang - Cantik, comel dan manis dipandang mata seperti juga buah hati CikSu yang pasti semua tahu tidak puas mata memandang si comel Rania.

Padanan - Cuba dipinkan dibaju adik. Sangat sesuai. Tetapi cadangan akan dipakai bersama tudung yang akan dicari hujung minggu ini.

Baju adik -  Walau pun baju 2nd -hand tetap tidak sabar menanti waktu untuk dipakai di majlis makan malam bersama teman dan guru-gurunya di salah sebuah hotel berdekatan dengan rumah kami. Bukan tidak sabar memakai baju tetapi majlis makan malam itu mereka akan membuat persembahan.
Jiwa bersih hati nurani
sarat disaluti bersama pekerti
terima kasih dari kami
buat umi Rania yang baik hati

~~ Anak-anak bila tema diberi fairy tale pasti gembira kerana biasa dalam cerita-cerita fairy tales yang dibaca akan berakhir dengan " ......and they live happily ever after".~~


38 comments:

saniahibrahim said...

Cantek memang padan dgn baju adek tu.
Yalah kan tahun terakhir sek rendah tentunya nak jadi kan kenangan terindah di hari istimewa tu.

saniahibrahim said...

Cantek memang padan dgn baju adek tu.
Yalah kan tahun terakhir sek rendah tentunya nak jadi kan kenangan terindah di hari istimewa tu.

Aisy Nasiha said...

Tema yang cukup menarik tu. Lawa baju biru adik ni, pasti comel budak muda pakai jubah macam tu. Padan betul dgn brooch biru tu...masa kita kecil kita pun tak terbayang dunia ni macam yang kita tengok, alami dan dengar sekarang.. moga anak2 kita juga akan tabah dan tidak hanyut bila berhadapan dengan dunia sebenar bila dah dewasa nanti..

AtieYusof said...

Anak-anak suka klu tema fairy tale ni kan kak..semangat tu nak buat persembahan...
cantik baju adek.. warna pun sesuai..:)

Izwa Kamaruddin said...

cantik nyer..cantik sangat jubah dan brooch tu..alhamdulillah murah rezeki akak adik dan sekeluarga.

Nieyla Nadia said...

Salam pagi...
cantik warna baju tu...
sangat padan dengan brooch tu..:)

Falsya said...

Cantik..mmg kene sgt ngan jubah adik..;)

I am LZ said...

Assalamualaikum Kakzakie, tak sangka brooch tu sedondon warna dress fairy tale adik.. Boleh terus rasmi.. ;-)

Mia Kassim said...

Anak2 perempuan mmg suka dgn cerita2 fairy tale ni kak. Semua pun berangan2 nak jd princess :)
Cantik baju biru tu, sesuai dgn broochnya

Kayu Manis said...

Seronoklh adik yew...pdn dgn warna plk..
Masa ni adik2 btul seronok dgn kwn2 lain.dh bertungkus lumus perah otakkk sblum ni...

enjoy adik..

sitirohaida said...

cantik..pastu kena pulak dengan warna baju..

nohas said...

cantik jubah biru..mesti adik jadi princess..hihi..

Fiza Rahman said...

Cute brooch tu. Baju adik pon cantik.

norhidana said...

sgt sesuai brooch ngn baju adik tuh... lawo... tak sbr nk tgk di gaya kan

SalbiahM said...

comel..sesuai betul warna tu dengan baju..nampak pengaruh Frozen kat situ..hehe

paridah said...

rezeki adiklah tu xdisangka-sangka dpt kiriman hadiah blogger yg baikhati bersesuaian pula dgn keperluan adik...semoga berteater dgn baik.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Cantik kiriman sahabat Blogger. Sesuai dipandankan dengan baju adik.

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah aturan Allah...tunggu tudung pulak ni..kak zakie nanti bila adik dah lengkap menggayakannya kongsilah di titisan nurani..

iryantyismail said...

Cantik...sepadan pulak warna broch tu dengan baju adik

Malinda said...

cantiknye baju adik dapat pulak rezeki brooch sedondon bertambah seri baju...aunty pon doakan adik happy2 selalu ye sayang :)

uncle gedek said...

Fairy tale mesti bermula dengan, once upon a time... kan?

Inani Hazwani said...

Wahhh cantiknyaa :)

@na said...

macam tau-tau plk cik su...kirim brooch sedondong dgn gaun fairy tales adik...hehehe...

Time Traveller said...

Cantik dan sesuai sangat padan dengan baju tu huhuhu :D

Dr K said...

Kak Zakie letak la gambar Adik pakai baju tu...ala ala princess dalam fairy tale :P

Unknown said...

Anak2 mesti suka gaya ala2 princes kan.
kain labuh.. kembang2.. ade mahkota. kemain happy dah. hehehe

Kamsiah yusoff said...

cantik kaler bajunya..seolah sudah rezeki mendapat brooch senada warnanya

amirah said...

waaa,...bestnya adik pun ada dinner kat hotel..mesti mcm farewell la ek kak...kalo wat persembahan ni smp ke tua ingat wat kenangan ni..huhuhu..

Mummydearie said...

Kebetulan pulak sepadan dengan pakaian. Untunglah Adik. Tak payahlah mama cari yang baru untuk dipadankan dengan baju. Wah, sekarang majlis untuk budak sekolah 12 tahun pun buat kat hotel ke, kak? Hebatlah budak-budak sekarang ni. Saya sendiri tak ingat masa habis Darjah 6 dulu ada ke tidak majlis perpisahan! Huhuhu!

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sekarang dah jadi trend pulak bila budak darjah 6 dinner akhir tahun buat kat hotel.. dulu nabilah pun mcm tu..
Cantik dress tu kakzakie..
Kena pulak brooch tu dgn baju adik tu..
Tak sabar lah saya nak gmbr adik buat persembahan tu ^__^

Normala Saad said...

zaman kak bebudak dulu..selalu berangan nak jadi cinderella...snowhite la..konon..berebut rebut nak jadi heroin

adarnadzmie said...

wahh... cantik sgt baju adik.... ditambah dgn brooch yg comey tu....

itupun dah cukup cantik bila adik yg memakainya....

Permata Malap said...

wah,untunglah akak dapat brooch dari Cik Su. tapi memang sesuai pula dengan baju tu..

Fida Z Ein said...

Assalamualaiku...menyinggah sebentar......warna brooch tu yang lembut memang sesuai dengan baju tu...

QasehnyaRania said...

assalam..
macam tahu tahu aje ciksu ye, adik nak pakai dress warna tu nanti.
puas memilih warna yg mana satu bersesuaian..
tak disangkan pilihan warna itu mengena :)

alhamdulillah..
terima ksih kakak :)
suka baca pantun di atas..

Cikna said...

Kita pun xsabo nk baca n3 pasal fairytale adik....all d best yunk....;-)

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...wah cantiknya..all the best adik...:)

nhhas said...

Cerita adik sentiasa buat sy tersenyum...

Dah selesai ke majlis nya kak?