Wednesday, February 8, 2017

Warna-warni dedaun

Sebagaimana rencah kehidupan yang penuh dengan warna-warni, begitu juga dengan hasil ciptaan Allah terhadap dedaunan yang indah untuk dijadikan hiasan halaman. Sekali lagi aku paparkan warna-warni dedaunan dari pokok bunga puding di rumah kakak aku.

Warna-warni 1 - Jejalur kecil bagaikan rumput tetapi penuh dengan warna-warni. Ada pink, kuning, hijau, oren dan merah.
Warna-warni 2 - Bentuk daun bagai daun maple. Lebar juga hanya pecahannya tiga saja. Daun maple satu warna tapi yang ini berwarna-warni.
Warna-warni 3 - Pokok ini ada dua species. Satu kuning dan hijau tapi satu lagi warna-warni. Ada merah, oren, coklat, hijau dan kuning. Gabungan banyak warna itulah yang menambah cantik ditanam.
Warna-warni 4 - Bentuk bundar dan sedikit berputar menambah cantik pokok ini. Sewaktu muda daunnya hanya satu warna iaitu hijau, tetapi bila sudah matang ia mengeluarkan warna begini.

Warna-warni 5 - Bentuk daun ini juga bundar tapi pendik. Warna yang mendominan warna hijau dan merah. Tetapi ada juga sedikit kuning dan coklat.

Warna-warni 6 - Menariknya pokok puding yang ini daunnya lebar. Background warna hijau tetapi setiap daun ada yang bertitik warna kuning, ada juga yang merah dan ada juga yang pink.

Warna-warni 7 - Berbentuk runcing dan memanjang. Banyak kepada warna hijau gelap dan warna oren dan merah.

Warna-warni 8 - Keras dan berkilat tetapi licin.Sewaktu muda bahagian tepi berwarna hijau muda dan tengah berwarna kuning. Tetapi bila sudah matang hijau muda menjadi warna hijau gelap dan yang kuning di tengah menjadi merah/oren.

Warna-warni 9 - Pokok ini juga seperti yang no. 8 tetapi bentuk daunnya lebih bundar sedikit. Di atas daunnya tidak licin tetapi embossed. Boleh dirasa embossed itu berketak-ketak. 
Mempunyai halaman rumah yang luas sudah pasti satu kepuasan bila mampu membuat halaman seperti taman idaman. Ada kalanya terdetik juga di hati aku ini untuk balik kampung sebelum pencen. Mahu melihat taman seperti taman di rumah kakak ku ini.

~~ Ada orang takut dengan pokok puding kerana kaitannya dengan kubur. Tetapi sebenarnya kalau ingat kubur lagi baik boleh mendekatkan diri kepada Allah.~~


37 comments:

Khairul Bariah said...

alahai kak, baru komen entri pertama dah keluar puding merah pulak. Cantiknya! Yang paling atas tu, saya tak pernah jumpa lagi.

Juls Julie80 said...

salam kak..cantiknya bunga tu...bunga2 legend.. tp yg 1st tu saya x pernah jumpa @ tgk lg...mmg cantikkk!! <3

raihanah said...

lama dulu mmg mak pun suka tanam pokok ni kak

HeNRieTTa JoSe said...

pokok yang pertama tu cantik la akk...teringin juga nak tanam....

QasehnyaRania said...

assalam kakak

alahai bestnya kalau rumah ada halaman luas blh bercucuk tanam
seronoknya. terapi minda juga nih..

ini lah pokok puding, kan..a ri tu terbaca di fb, ada org melaka ke negori ntah siap buat rendang lagi

ke pokok puding lain?

Nieyla Nadia said...

Ala..dah lama mak nieyl x bela bunga puding nie...
dia lebih kepada bunga kertas dan pokok yang berdaun je... :)

Izyan Balqis said...

cantiknya pokok 2 puding ni kak..=)

betul tu kak, kubur Arwah suami saya ada pokok puding ni warna kuning halus2, tanam atas kubur 2 pokok...=)

Kamsiah yusoff said...

yg lain2 tu saya biasa tengok..cuma gambar pertama tu ja..cantik dan unik..

Jepun Mari said...

best ye ada halaman yg luas, boleh buat taman bunga, kat rumah nenek banyak pokok mcm ni, teringat kat kmpung pulk,

dorsett pink said...

Akak. Selalunya saya pandang sebelah mata je pokok ni. Tapi bila akak buat entri ni baru sy tengok betul2 gambar pokok akak tu dan ambik tahu pasal pokok ni.. tq for sharing

LadyBird said...

Lady suke pokok yang berdaun warna warni. Tp xde rumah lg tuk ditanam. Hihi

paridah said...

CANTIKNYA PUDING ANEKA WARNA N BENTUK DAUNYA...PUDING DAUN MERAH BOLEH DIMASAK RENDANG

saniahibrahim said...

Banyak rupanya jenis2 puding...cantek2 berwarna warni.

PetakBunga said...

pokok puding. old time fav ni..
pokok evergreen..

Unknown said...

kak, ain suka warna warni 8. cantiknya! yang first tu rumput ya kak? tak pernah tengok lagi rumput colorful macam tu. cantik sangat! 😍

nurbijen said...

wah, banyaknya variasi daun pokok puding..
cantik2 kak...

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
Subhanallah! Hebatnya Allah yang memiliki ilmu yang tidak terbatas. Setiap apa yang dijadikan sebagai satu peringatan bagi kaum yang mahu berfikir. Dedaun yang beraneka jenis, haiwan yang bermacam, begitu juga manusia yang dijadikan bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar dapat saling mengenal. Demikianlah 'perencah dan rempah' dalam kehidupan yang digaul sebati menjadikan hidup kita ini ada pahit, manis, suka dan dukayang mematangkan. Subhanallah,
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan!"

Nadhie Wueen said...

Cantik dan unik setiap ciptaan Allah swt. Alhamdulillah :)

PeRdU cINta said...

Kak..pokok puding yang first tu cantiklah..tak pernah tengok lagi..halus2..

nuyui a.k.a miss YUI said...

lama tak nmpk pokok ni kak..

Kekanda Hawa said...

cantik warna warni, sedap pula di pandangan mata

norhidana said...

cantik... kt umah kampung johor pun ada mcm2 puding kak...

mak suke tanam, kalu jln pi mana2 dia suke lah tukar2 pokok puding ngn kwn2 or jiran2... waalaupun bunga nya tak cantik tp daun2nya cantik memikat hati

E'in said...

mmg cantik kak..
best laa ade laman luas, boleh bercucuk tanam.. hihi

Warisan Petani said...

Pokok puding ditanam kerana bentuk daunnya yang unik dan warnanya yang pebagai.
Kalau mahir boleh dicantumkan pelbagai bentuk dan warna tu dalam satu pokok.

Reenri89 said...

Setuju ayat terakhir akak.. Membuatkan kita lebih mengingati Allah..

Mar Mansor said...

pokok puding memang senang hidup dan cantik warnanya...sesedap makanan bernama puding

Abam Kie said...

mcm2 kaler ada. tenang rasa bila tgok..

Ogy said...

Terpaku tengok pic pertama tu...cantik dan unik...subhanallah..seakan dipotong jalurannya..tq kak zakie belanja gambar bunga2 puding...

Nour Adieb said...

cantiknya 🌸

Zaitun said...

Cantik...daun yg penuh dgn warna warni dan berbagai bentuk. Kakzakie klau nak tahu rumah keluarga kampung kak Zai dulu berpagarkan pokok puding. Mana mampu nak pasang pagar yg lamannya luas.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Hebat Allah SWT ciptakan semua pokok-pokok ini.
Cantik dipandang mata.

Nor Azimah Ali said...

Pokok puding yg atas tu tk penah plak jumpa, seyes cantik.

Suria Amanda said...

pokok puding cantik sebagai hiasan laman tapi ramai yang cakap x bagus sebab ianya hiasan utk kubur

jie susanos said...

pokok2 yg biasa di tanam di halaman rumah..

cantik dan tenang..

Huda Rahim said...

Cantiknya pokok puding tu kak.sgt meriah.teringat suatu waktu dulu,kat kg byk pokok2 puding ni.huhuhu.

nOe suhaimi said...

gambar daun yg pertama tu tak pernah jumpa..tapi mmg nampak cantik...berwarna-wani...daun2 yg lain tu biasa juga noe tengok

OKje said...

Pokok puding mmg kalerful ye kanda. Tp dinda kurang sukalah pokok puding ni. Mcm kat kubur huhu...