Tuesday, November 9, 2010

Smile

Photo taken from friendster


The moment reach in the office, first thing that I'll do is turn-on my computer, air-conditioner and radio. Upon keep handbag in the cupboard, my eyes sight will automatically set to see all the frames attached on the wall in my room. One of the frame is "SMILE". Not to misunderstand as the frame is not smile but the words in the frame asked us to smile.

Smile cost nothing, but gives much
it enriches those who received
without making poorer those who give
it takes, but a moment
but the memory of it
sometimes lasts forever
None is so rich or mighty
that he/she can get along without it
and none is so poor
but that he/she can be made rich by it

A smile
creates happiness in the home
fosters goodwill in business
and is the contersigned or friendship
it brings rest the weary
cheer to the discouraged
sunshine to the sad
and it is natures best antidote for trouble

Yet it cannot be bought, begged, borrowed or stolen
for it so something
that is no value to anyone
until it is given away

Some people are to tired to give you a smile
give them one of yours
as none needs a smile so much
as he/she who has no more to give
Malays said: "jangan senyum tak bertempat, nanti dikata kita gila"
What do you think?




Thursday, November 4, 2010

Dahulu Lain Sekarang Lain


Sebulan sebelum musim peperiksaan banyak sekatan terpaksa aku buat ke atas anak-anak. Tiada televisyen untuk hari sekolah. Tiada facebook/game dan semua mouse aku simpan dalam laci yang berkunci. Telefon bimbit mereka aku simpan dalam handbag aku sentiasa. Bila peperiksaan sudah berakhir semua aku serah kembali. Masuk bilik aku lihat di whiteboard segala jadual peperiksan telah dipadam dan terpampang tulisan “Yahoo,!! dah habis exam”. Terkenang bezanya zaman aku dulu dengan zaman ini.

Orang dahulu pergi sekolah jalan kaki.
Sekarang pergi sekolah bas/van/kereta/motor dan paling tidak pun naik basikal sendiri

Orang dahulu pergi sekolah bawa bekal dan duit 30-50 sen.
Sekarang pergi sekolah tak mahu bawa bekal dan kalau bawa bekal duit tetap RM 3-5/-

Orang dahulu belajar tidak ada kelas tambahan berbayar (tuition).
Sekarang belajar mesti ada kelas tambahan yang setiap satu mata pelajaran sekurang-kurangnya RM 30/-.

Orang dahulu belajar kongsi buku kerana ada penjaga yang tidak mampu.
Sekarang belajar kalau tidak ada buku yang diperlukan sanggup tidak pergi sekolah.

Orang dahulu belajar kalau tidak betul cikgu tidak takut-takut untuk pukul anak murid.
Sekarang belajar sudahlah tidak pandai, berani pula menghukum guru malah ada yang kurang didik (rasa kurang enak kalau disebut kurang ajar) tidak malu-malu menghentam pula guru yang mangajarnya.

Orang dahulu pergi sekolah pakai kasut sekolah sepasang saja (brand tidak penting). Kalau basah panggang belakang dapur atau gantung dekat dengan kipas angin.
Sekarang kasut sekolah berpasang-pasang dengan brand yang berbeza-beza.

Orang dahulu pergi sekolah guna satu beg sahaja sehingga tak boleh dipakai baru tukar baru.
Sekarang sekolah kebangsaan beg lain, sekolah agama beg lain, tuition beg lain dan asal ada saja keluaran beg baru beg yang masih boleh pakai pun hendak diganti baru.

Orang dahulu belajar kalau kena pukul cikgu takut hendak beritahu ibu-bapa (kena tambah lagi adalah).
Sekarang anak kena piat telinga sudah membuat laporan ke Balai Polis mengatakan telinga anak pekak kerana kena piat dan lebih teruk lagi kena naik-turun mahkamah.

Orang dulu jadi guru kelulusan baru tingkatan 5 saja. Boleh juga mendidik.
Sekarang ada yang jadi guru kelulusan phD pun ada kerana untuk menyara hidup sebab cari kerja lain tidak dapat (tambahan pula sekarang dugaan sebagai guru amatlah banyak. Sabarlah cikgu.....)
---
--
-
Buat semua guru yang pernah mendidik aku, jasamu terlalu agung untuk ku kenang. Susah payah mendidik suatu masa dulu tetap ku kenang sehingga ke akhir hayat.
---
--
-
Renungan bersama…..
BERGURU KEPALANG AJAR
BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI