Berjanji dengan anak-anak ini tempat terakhir percutian kita untuk tahun ini. Buka lembaran baru untuk ke sekolah tahun depan. Jadi pelajar lebih baik dan pintar ilmu dunia dan akhirat.
Wet World Batu Pahat - Kalau pergi mandi-manda di pantai masa ini gelombang agak besar, tetapi di sini lebih selamat. Anak-anak pun gembira.
Baju semua sudah siap dijahit, dicuci dan sterika. Kak Nurienne berbaju biru muda macam adik tetapi kain kakak berwarna hitam. Kak Yasmien pula masuk tingkatan satu tidak tahu ke sekolah mana lagi kenalah buat baju putih dulu. Warna kain tidak tahu lagi kerana biasanya kena ikut sekolah yang akan ditempatkan kelak. Adik pula sekolah kebangsaan berbaju biru muda dan kain biru gelap manakala sekolah agama berbaju pink dan kain maroon.
Peralatan - Perkakasan untuk membuat baju kurung sekolah adik. Manik ini dibeli untuk seni visual dia masa peperiksaan akhir tahun tempohari. Ikut kehendak dia dijadikan sebagai butang baju. Sama dengan rantai leher dan gelang tangan dia. Leher baju adik tidak guna tulang-belut sebab hendak cepat aku kait guna benang ini - mama sudah letih menjahit.
Bayangkan baju kak Nurienne sudah 3 pasang, Kak Yasmien 3 pasang dan adik 6 pasang. Kalau tidak dijahit dari awal bimbang tidak cukup masa. Bila sudah siap semuanya lega. Kain kami beli di Jakel Tampoi tempohari kerana harga kain untuk pakaian sekolah jauh lebih murah berbanding kedai biasa.
Leher baju adik - Inilah hasil mama kerana hendak cepat malas buat tulang-belut jadilah begini. Pujuk adik tidak nampak pun sebab pakai tudung - nasib baik dia boleh terima.
~~ Tahun depan tinggal adik di rumah. Dua kakak akan tinggal di asrama. Mesti kami akan kesunyian.~~