Jumaat lepas anak ke dua dapat cuti balik dari asrama. Malam pertama kami makan di Restoran Singgah Selalu di tepi Lido. Mama-papa ikut saja apa yang mereka mahu makan - janji kenyang. Nasi putih asasnya. Lauk pilihan anak-anak.
 |
| Jus semangka - Pilihan si kakak. |
 |
| Fresh Oren - Mama-papa dan Mak Zah sama. Adik biasalah lebih suka air masak saja. |
 |
| Ketam masam manis - Mama makan nenas saja bimbang kolesterol. Udang butter pun ada tapi tak tahu mana pergi gambarnya hilang pula... |
 |
| Menu waji ada - Shark-fin soup kegemaran anak-anak |
 |
| Siakap stim lemon - Ini kegemaran papa-mama. Anak- anak suka ketam dan udang. |
 |
| Asparagus goreng - Kalau tidak kailan, brokoli mesti asparagus itulah biasanya |
 |
| Kerabu mangga - Sedap mama dgn Mak Zah yang paling banyak makan ini. Pandailah dia buat. |
 |
| Siap - Bila dapat ini makan pun berhenti. Tapi kalau buku belajar susahnya |
~~ Semalam adik dapat gaji dari cikgu kerana tugas menjual di koperasi sekolah. Duit RM 30/- itu tercicir dengan dompetnya sekali. Mujur dalam dompet itu ada gambar, ada seorang ibu yang mahu mengambil anaknya telah terjumpa dan dikembalikan. Tetapi adik sekadar mengucapkan terima kasih. Tidak ada inisiatif untuk memberi seringgit-dua pada anak wanita itu. Tidak peka lagi.~~