Saturday, July 7, 2012

Bagaikan sakura yang bermusim

Warna pink dan putih berselang-seli di tepi jalan menuju ke sekolah adik. Cantik dengan bunga yang lebat bagaikan bunga sakura di Jepun.

Putih - Megah berdiri di tepi pagar sekolah adik.  Bunga-bunga yang gugur bagaikan sakura, cantik.
Pink - Tidak ketinggalan menjadi payung pada yang menyaksikan sukan pada hari tersebut. Kedudukan pula bersebelahan pondok menunggu bas, amat sesuai benar.

~~ Aku suka melihat bunga-bunga apa lagi bila ada berpeluang untuk dating dengan bunga comel ini. Pertemuan untuk kali keduanya lebih lama sayangnya pagi ini camera tertinggal di rumah, sekarang aku dipejabat, lain kali sajalah aku bercerita.~~

Friday, July 6, 2012

Bloglist kakcik Nurseroja

Banner - Inilah banner yang kakcik gunakan.

Sedikit rentetan bagaimana aku mengenali kakcik. Bermula bila ditag oleh teman blogger ibundo, empunya blog Secawan Kopi Panas yang biasa aku panggil kakpah. Kemudian aku turutserta segmen anjuran kakcik. Tanpa di duga aku tersenarai untuk mendapat tupperware yang dijadikan ganjaran. Sejak itulah aku kian sayang dan seandainya berjalan untuk menziarahi teman blogger di alam maya, blog kakcik tidak pernah aku tinggalkan untuk dijejaki walau sekadar sebaris ayat. Tupperware pemberiannya juga sehingga hari ini terus setia  menjadi bekas bekal aku ke pejabat. Kali kedua aku menerima cenderahati kakcik hasil lawatan dia ke Sabah,  walau dialog suka-suka yang aku berikan lari jauh dari yang sepatutnya, tetapi aku dapat juga. Rantai kunci tersebut kini tersimpan rapi di dalam almari hiasan - sayang mahu menggunakannya.

Kepada yang ingin turut serta menjadi teman kakcik seterusnya tersenarai dibloglist beliau sila klik di sini.


~~ Indah ukhuwah di alam maya sukar digambarkan dengan kata-kata.~~