Menjadi rutinnya membeli sarapan pagi. Bapak tinggal berdua dengan bibik (isteri ke dua bapak dan juga adik arwah emak). Keduanya telah berusia dan soal makan kebanyakannnya dibeli saja. Tambahan pula kuantiti yang dimakan bukanlah banyak mana. Sarapan dibeli setiap pagi, makan tengahari biasa bibik masak dan malam ada kalanya masak dan ada kalanya mereka membeli saja.
Gerimis pagi hari itu telah mengundang padah dan ujian buat kami sekeluarga. Kemalangan yang menimpa bapak membuat satu kampung kecoh. Menurut saksi yang melihat kejadian, bapak terlambung ke atas dari bahagian hadapan kereta dan jatuh ke bahagian belakang kereta. Namun bagai ada kuasa ajaib yang menadah kerana perlahan saja bapak jatuh di bahagian belakang kereta di atas jalanraya. Bapak tidak jatuh terhempas - maha pengasihnya Allah mungkin graviti waktu itu dikurangkan. Bayangkan dalam usia telah melebihi 80 tahun kalau tubuh terhempas pasti ada risiko tinggi. Itulah yang membuat doktor yang merawat bapak berkali-kali membelek semua laporan x-ray.
Luka sana-sini tidak boleh dikatakan lagi. Mata, bibir dan hidung bapak membengkak sama rata bagaikan bola. Doktor agak terkejut kerana kaki kiri, tangan kanan, muka dan kepala bapak terkoyak bahkan berjahit dan bengkak lagi tetapi ct scan dan x-ray yang dilakukan tidak ada satu pun retak/patah/internal injuries terjadi. Maha kaya Allah. Pertanyaan doktor untuk melihat IQ bapak dijawab dengan tenang. Bapak memang tidak merokok, tidak ada darah tinggi, tidak ada kencing manis dan tidak ada sakit jantung. Soalan terakhir yang membuat kami tersenyum bila doktor bertanya adakah bapak minum arak? Masya-Allah kami termasuk doktor pun senyum juga sebab menurut doktor, itu adalah procedure yang biasa untuk ditanya kepada pesakit. Hubby boleh kata kalau Pak Imam minum arak satu kampung makmum lari dari surau.
Apa yang menjadi tandatanya kami adik-beradik (maklumlah kami bukan doktor dan adik aku yang tinggal di Selayang dan cucu-cucu bapak yang ada ilmu kedoktoran pula waktu itu belum sampai lagi) mengapa bapak muntah darah dari Hospital Pontian hinggalah ke HSA, JB. Baru kami tahu kerana darah itu masuk ke dalam perut melalui hidung dan mulut sewaktu kemalangan hasil dari kecederaaan parah di kepala. Sebab itu bila dia muntah darah yang keluar bukan masalah dalaman usus atau perut sebagaimana yang menjadi kebimbangan kami tetapi ianya dari darah yang tertelan masuk melalui hidung dan mulutnya semasa kejadian dan ianya terkeluar balik bila bapak muntah.
Dari awal kemalangan bapak sedar dan bibir bengkaknya tidak putus dengan bacaan doa/wirid yang tidak jelas membuat hati kami semua bertambah rawan. Menjadi kebiasaan bapak sentiasa berwirid sehinggalah dia tertidur itulah juga yang dibuat ketika dia di atas katil hospital. Solat tahajjud bapak setiap malam, sujud syukur bapak setiap usai solat subuh, kasih bapak pada isteri-anak-cucu-cicit tidak pernah berbelah bagi, melihat kanak-kanak tidak pernah tidak dihulur walau seringgit-dua, itulah yang kami rasakan walau kelima-lima doktor berkali-kali mengatakan "its miracle" tapi kami tetap mengatakan inilah dia Allah tunjukkan kepada kami anak-cucu-cicit bahawa Allah memberikan kasihnya pada bapak di saat-saat semua orang tidak percaya bapak kini masih boleh berbual (sedikit/perlahan) dengan setiap tetamu yang hadir berkunjung. Bapak bukan ada ilmu kebal seperti yang diguraukan oleh salah seorang doktor. Dari hari pertama bapak terlantar pun bapak tidak tinggal solat walau secara berbaring. Kini bapak bersolat secara duduk. Percayalah semua ini qada' dan qadar Allah.
Semua kereta milik aku terpaksa parking di bahagian belakang rumah kerana saban hari tidak putus ada saja yang datang berkunjung untuk menjenguk bapak. Jalan Damai 7 taman aku tinggal boleh dikatakan banyak dengan kereta yang datang untuk menjenguk bapak. Tahun ini jugalah biskut raya aku susut cepat - alhamdulillah.
Berkat doa dari saudara-mara-sahabat-handai-rakan-taulan-jiran-tetangga di sini aku dan seisi keluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga di atas segala doa yang dititipkan buat bapak. Tidak ketinggalan teman-teman blogger yang sudi menelefon/sms aku walau pastinya mengundang esak-tangisku di hujung talian tapi ingatan tersebut amat aku hargai. Moga bapak akan terus beransur sembuh dan pulih seperti sediakala. Kini bapak dalam jagaan aku walau rumah akulah yang paling kecil berbanding dengan adik-beradik yang lain. Selain itu juga bapak perlu membuat pemeriksaan susulan di HSA, di JB di mana rumah aku adalah yang paling hampir.

~~Pagi ini kami bawa bapak ke hospital lagi untuk membuka segala jahitan. Harapan kami tiada komplikasi lain terjadi. Terima kasih atas doa kalian semuanya.~~
Moga ayah kakak sembuh.
Moga ayahnda cepat sembuhnya. insyaallah..
sabar ye kak...
Jun doakan akak kuat menempuhi saat2 seperti ini dan bapak akan segera sembuh. Selebihnya hanya kepada ALLAH jua kita berserah.
Moga akak dan keluarga kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan ini..
insyaallah
Banyak-banyak bersabar ye kakak....dengan anak-anak dan keluarga disisi, insyaallah, bapak akan cepat sembuh....
akak sabar ye, moga semuanya akan baik2 saja.
dugaan di bulan syawal ni...sedih dengar berita macam ni
makchaq doakan yang terbaik untuk bapa kakzakie dan semoga beliau cepat sembuh
harap akak tabah ye kak. AK doakan semoga bapak akak akan segera sembuh dan kembali pulih seperti sediakala. aminn!
Moga tabah. di doakan cepat sembuh. Amin.
teringat kembali semasa ati dpt
berita ayah ati kemalangan di kulai
cuba nak bertenang tapi jadi blank pula...
semoga bapak kak azie kuat dan segera semboh...amin!
sabar ye kak. moga bapak akak cepat sembuh dan dilindungi olehNya sentiasa.
semoga bapak akak tiada alami kecederaan yang serius dan cepat sembuh hendaknya
Amin...
tabahkan hati kak...
moga bapak cepat sembuh..
semuga Allah permudahkan segala-galanya buat Bapak dan keluarga akak ...
Semoga Bapak cepat sembuh dan kuat semangat untuk sembuh
bertabah kak..
kita sama-sama doakan untuk bapak akak
sabau ye akak..moga ayah akak cepat sembuh..
tabahkan ati ye..semoga ayah akak cepat sembuh..
Yun doakan agar ayah akak sembuh.
Kuatkan semangat yer.
sesungguhnya setiap kesakitan yg menimpa anak Adam itu akan mengampunkan dosa..
Sabar ya kak zakie..
Saya doakan moga ayah akak akan segera sembuh, dan moga semua urusan berjalan lancar ya kak...
moga ayah akak cepat sembuh...amin..
sabar ye kak..
Moga diberikan kekuatan menghadapi ujian ini buat ayah serta kakzakie sendiri.....amin.
semoga bapak kakak cepat sembuh dan takde kecederaan yg serius...aminnn...
rasa baru je cium tangannya kan...
apa-apapun Nur doakan bapak selamat dan cepat sembuh...
sabar ya kak..kami semua sama-sama mendoakan
semuga ayah akak segera sembuh
Amin....
insyallah kat hospital aminah lebih baik rawatannya...
Salam takziah.
Semoga tabah hadapi ujian ini. sama kita doakan semuanya baik2 sahaja dan pakcik cepat sihat.
p/s : akak.. tenangkan hati yer.. jgn stress.. sentiasa panjantkan doa pada Allah..
semoga semuanya selamat.