Monday, November 12, 2012

Penerapan tiga unsur di rumah

Cuba menerapkan tiga unsur dalam rumah sementara cuti sekolah yang panjang ini. Bila sekolah bermula masing-masing sudah balik ke asrama. Kalau tidak tinggal di asrama pun pada hari sekolah siang sehari suntuk di sekolah, malam pula mereka ke tuisyen. Hujung minggu pula ada kalanya kena menghadirkan diri ke sekolah kerana kegiatan ko-kurikulum seperti Bulan Sabit Merah, Teakwondo, Tunas Puteri dan sebagainya. Ambil peluang ini bersama.

Unsur Kehakiman - Bukan negera saja perlu ada badan kehakiman. Rumah kita pun boleh juga. Tidak salah rasanya kalau kita jegilkan mata, marah kerana suasana rumah yang kelam-kelibut dengan buku cerita bersepah-sepah. Tetapi sekiranya anak membantu seperti membersihkan halaman, mengemas bilik,  membaking kuih dan sebagainya selain memuji bolehlah ketika keluar berbelanja katakan padanya "Pilihlah nak buku mana. Ini hadiah sebab rajin tolong mama." Samalah bila mereka berjaya dalam sesuatu tidak salah rasanya memberikan hadiah sebagai penghargaan.

Unsur Sekolah - Walau bercuti ada juga anak-anak yang akan menduduki peperiksaan. Kena ada persefahaman sama-sama duduk belajar. Walau mungkin kita tidaklah pandai tetapi dengan adanya kita bersama memberi semangat untuk anak lebih rajin. Jangan ikut seperti aku. Oleh kerana anak akan menduduki peperiksaan SDKA (Sijil Darjah Khas Agama), Bahasa Arab manalah aku tahu, itu yang duduk muka pandang buku tetapi mata tertutup layu - mengantuk.

Unsur Masjid - Bukan bermakna kena pergi masjid. Tetapi jemaah bersama dalam banyak hal. Makan bersama, jogging bersama, menonton televisyen bersama, belanja sayur atau membeli pokok bunga pun tidak salah bersama-sama. Biarlah macam keretapi berderet yang penting ukhuwah kekeluargaan terjalin erat.

~~ Sekadar pandangan. Setiap kita pasti mengimpikan kebahagiaan keluarga di dunia dan akhirat.~~


Saturday, November 10, 2012

Cuti sekolah bermula, cuti ke dapur pun bermula

Mengikut kehendak adik ke Steamboat Melayu lagi. Sekadar mengalas perut sebab aku malas mahu bersilat di dapur. Harga pun tidak mahal. Orang dewasa RM 17/- dan kanak-kanak RM10/-. Makanlah banyak mana pun boleh.

Baru mula - bbq di tepi dan steamboat di tengahnya

Adik - mesti tidak tinggal makan dengan beehoon. Aku lebih suka sayur kangkung, broccoli, cauliflower, kacang bendi semuanya fresh belaka.

Dua pemisah - Pilihan kami sebelah kuah sup dan sebelah tomyam. En hubby aku suka ketam dan udang. Yasmien suka ayam dan daging tapi Nurienne suka fishcake, fishball dan sayuran.

Habis - Hubby kata jangan tunjuk yang membuat orang mengidam kesian nanti en suami mereka kena mencari hingga ke Johor Bahru. Kalau yang tinggal dekat tidak mengapa. Jadi tunjuk yang sudah habis sajalah.

Banyak - Sebahagian bahan mentahnya yang sempat dicaptured
~~ Sekolah sudah bercuti. Aku pun jadi malas untuk ke dapur sebab lepas maghrib sudah boleh bawa anak-anak keluar makan di luar. Makan apa saja yang terlintas.~~