Ini adalah WhatsApp dari anak buah yang tinggal di Qatar buat renungan seluruh keluarga demi menjaga syari'at bersama. Semakin teknologi melangkah maju ke depan semakin banyak ujian buat umat Islam.
War-warkan - Walau cantik, antik dan mahal bagaimanapun bila keluar penjelasan begini sebaiknya jauhilah. Sedikit sebanyak pasti rasa syak, dzan dan waham akan menerjah minda sebaik membaca ini. Samada ianya betul atau tidak bila sudah ada rasa syak, dzan dan waham di minda ianya menjadi haram untuk kita gunakan. |
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa sebuah hadis Rasulullah SAW ada menjelaskan "Sesungguhnya
yang halal itu terang (jelas),dan yang haram itu terang, dan di antara
keduanya pula terdapat perkara-perkara syubhah (tidak terang halal atau
haramnya) yang tidak diketahui oleh manusia. Orang yang memelihara
dirinya daripada perkara syubhah itu adalah seperti orang yang
melindungi agama dan kehormatan dirinya."
~~ Jika sudah tahu kena tinggalkan segera dan war-warkan kepada sesama saudara kita. ~~
59 comments:
terima kasih berkongsi info kakzakie...jika ada sebarang syak waham dihati statusnya elok ditolak samasekali..
Kena hati2 kan kak. Byk barang2 skg ni diperbuat dpd binatang haram tu.
Nasib baik kami dirumah cuma gunakan gelas dan mug kaca.
warna dia biasa kuning2 gitu kot..
nk kena periksa jugak..
mcm gelas2 percuma tu bnyk.
Astargfirullahhalazimm.. bermacam agenda mereka ini.. sebagai muslim kena berhati-hati barangan dari China ni.. Terima kasih kakzakie, berkongsi info..
AllahhuAkbar!
bila kita ambil mudah semua perkara, tidak mustahil makanan halal yang kita makan, jadi haram kerana beralaskan bekas dari sumber yang haram...
terima kasih kak zakie, kena ambik tahu ni, inshaAllah.
terima kasih kak ats info psl mug ni... takut bila tau pasal ni... kan kat rumah kita byk yg guna mug... risau jugak terkena mug dari tulang babi...nauzubillah...
terima kasih kakak atas info ini
tu la kan...teringat masa nak beli set cawan utk hi tea..mmg dah berkenan sgt..tapi nasib baik la pekerja islam tuh bgtaw bahawa set tu jgn beli sbb haram untuk org islam.. jadi, perkongsian mcm nie sgt2 bagus...untuk kite sampaikan maklumat untuk kita terus jauhi yg haram...:) thanks kak..
assalamualaikum kakzakie...terima kasih dgn perkongsian info ini...:)
Salam Jumaat Kak..
balik rumah ni kena check betul2 segala pinggan mangkuk..adui! seram sejuk bila fikir kita ni makan dr bahan haiwan tu..Nauzubillah!
Salam Jumaat Kak Zakie..
Terima kasih sebab share.. sekurang2nya siapa yg tidak tahu boleh alert dengan hal ni..
Terima kasih kak kerana berkongsi info. Setakat ni memang takda gunalah. Kalau macam ni patternnya, memang saya tak berapa minat. Insya Allah, akan datang akan lebih berhati-hati lagi. Sekarang dah banyak sangat produk made in China!
allahuakbar... iye ke...
kena betul-betul prihatin bab ni..
ada je dioran nie kan..kena check nie
pinggan mangkok jenis ini memang bnyak dipasaran dan cantik2 semuanya.kena berhati2 bila membeli. pernah berbalah pasal pinggan mangkok ni..tapi ada juga yang mempertahankannya..walaupun beliau selalu bercakap pasal agama.kerana minat hal pinggan mangkok yg mahal dan memilikinya..jadilah 'halal' baginya..
saya dah check segala pinggan mangkuk di rumah..takde jenama ni dan seangkatannya..yg takde cop tu camne pula ye?
terimakasih share...Insya Allah akan sya war2 kan pada kwn2 dan saudara mara
rasanya lebih baik jgn beli pinggan mangkuk yg diperbuat dari tulang ni kan.. walaupun bukan tulang babi pun... lebih suka gelas or clay jerr
sekarang ni kalau nak beli jangan tengok cantik je..seram pulak kalau terbeli jenis tu..haiyaa..
kene hati2 lebih la lepas ni kan kak
Terima kasih kak zakie kerana beritahu. Kena cek semua pinggan mangkuk dan cawan porcelin, bila dah tau kenalah bertindak!
Besar sungguh cabaran umat islam kan kak.. Sampai dah jadi debu pun ada kegunaannya babi tu..
Tkasih kak bagi info ni....bila balik rumah nnt nak check jugak lah Mug2 yg ada dirumah tu...
Sebenarnya benda ni dah lama saya baca tapi mungkin jarang di perbesarkan oleh sebab2 tertentu perniagaan.Persatuan2 & pertubuhan2 tertentu yang terlibat khusus dalam perkara halal haram ini patut beri garis panduan yang jelas pada masyarakat Islam di Malaysia. Ada sesetengah portal kerajaan/bebas pula macam segan saja nak updated blok depa...benda2 macam ni patut disebarkan dari awal.
ya allah, memacam cara dorang gunakan..
risau jugak..balik ni nak check sumer barang pinggan mangkuk gelas..harap takde la..
Assalamualaikum kak..:)
Aduhai..macam2..
Alhamdulillah..In Sha Allah..tiada koleksinya..
Tq utk info
Mekasih atas perkongsian kak. Nak kena check balik nih.
takut dpt free2 tu yg ada...kena check ni..tq kak
Ada juga terbaca satu pandangan lain...katanya tulang lembu / babi tu dibakar sampai jadi abu...kemudian barulah dicampurkan dgn tanah liat sbg agent pemutih dan penguat porcelin...
Menurut pandangan itu, tulang yg dah dibakar sehingga jadi abu tu dah menyebabkan tulang tu kembali kepada asalnya..debu...yg tak boleh dibezakan bentuk dan sifat. Oleh itu, terangkat hukum sblmnya dan jadi hukum yg baharu. Ada diberikan kaedah dan nas rujukannya tapi aku tak pasti kesahihannya.
Aku rasa ia seperti seekor babi yang mati di atas tanah, mereput dan hancur segala daging dan tulangnya dah sebati hancur menjadi tanah.. Persoalannya, sampai berapa tahun kawasan tanah tu masih dianggap najis? Adakah 10 thn? 100 thn? 1000 thn? Atau masih najis sampai kiamat?
Persoalan teras yg diutarakan ialah jika najis itu sudah berubah properties drpd tulang babi kepadahanya sebatian kimia calcium dan silica dan carbon, yg mana ciri2 itu adalah asas kepada benda2 hidup termasuklah manusia, apakah hukumnya telah berubah?
Kalau ikut kakaklah Nizam, seandainya sohih tulang itu memang tulang ba alif ba ya yang sengaja diproses untuk dijadikan peralatan walau sudah bertukar bentuk baiklah kita jauhi.
Berbeza dgn ba alif ba ya yg mati terbiar di atas tanah usah kata setahun tapi kalau sudah tidak kelihatan bentuk, bau dan warna dek kerana tanah yg biasa kita jadikan alat utk samak ianya sudah amat jauh berbeza.
Wallahualam... kena jadikan forum ni bagus kan...
Salam kak...di sebabkan semua nilah sy tak berani beli pinggan mangkuk secara online atau pun atas tgn orang biar saya pergi pilih sendiri boleh di telangkup Terbalikkan untuk pastikan ia drpd apa.
Kalau dah terbeli dan terbayar Susah jugak di buatnya nak tak nak buang ajelah.
kenapa yea
dalam banyak2 bahan di dunia ni
nak juga buat guna tulang bab ni
apa agenda meke ni sebenarnya..sedih
SalamN,
tu la mcm mana yg dtg dr barat tu semua ada FINE....mcmnan vintage? rungkaikan sikit.
Bunga2 dr royal albert dah baung dah.
saya penah tulis psl ni..pinggan mangkuk dari serbuk tulang..fine bone.
saya pun ada satu, ole2 dari kwn. Sebab statusnya tak jelas, saya jadikan mug tu tempat letak pen.
itulah kak..terima kasih atas info ni...
Salam Kakak~
Zura pon ade terbaca pasal cawan daripada tulang babi nih. terkejut jugak memula baca pasal nih. memang zaman skrg bermacam2 dugaan untuk orang islam kan. cuma skrg zura risau pada cawan2 yg x de tulis pape tuh.. harap2 bukan dr tulang babi. huhuhuhu
salams kak,
kalau made in china memang semua ada tulang babi ke kak? saya msh konpius....
Sebenarnya banyak yang kita tak tahu dan tak sedar tentang perkara2 begini...
Kebanyakkannya Yang kita tahu bab barang makanan sahaja yang ada benda haram ni...jarang kita terfikir peralatan lain juga terlibat...
Kak zai setuju dengan Normala saad kebanyakanya takut bertindak.
Hati2 juga dengan berus penyapu telur yang digunakan bila membuat biskut.
Good info. Kita ni ramai yang tak tau tentang produk tembikar. Biasa main belasah je pakai sebab tak tau proses pembuatannya.
ya allah macam2 cara musuh islam ni nak jatuhkan umat islam...
Tak pernah tgk brand yiyun ni tp saya bila tgk tapak tu tertera China bone mmg x beli lah
salam kakzakie;
walau pun tak makan umat islam secara tak langsung terbabit jugak..nauzubillah..
kita harus berhati-hati dlm byk hal...
MasyaAllah..terima kasih atas perkongsian ni kak..tipu daya hadir dalam pelbagai bentuk dan cara..
Nauzubillahi min zalik.. cawan pun boleh guna binatang tu eh? How inconvinient
Dari dulu China memang monopoli pasaran pinggan seramik di Malaysia...
Kena check ni....bahaya
tq kak
thanks share this oak, ritu tengok pasal dorang proses rambut jadi serbuk something untuk proses food, bila ramai protes, depa cakap kalau tak guna rambut manusia, depa guna babi... so... tawakkal jer la kan sebab kita bukan tau pun nama2 chemical benda alah ni semua. tapi tu la, yang terang gini boleh la kita avoid.
ya allah....terkejot bace...thanks sharing kak...kalau x, sy x tau pun....
Tq share info in Kak... Kena lebih hati2 lepas ni
dulu2 saya cukup fobia kalau ada "Bone" tertulis..
pinggan mangkuk zaman mak kita yang jernih/lut sinar tu lebih selamatkan kakzakie:-))
sekarang ni klu nak beli apa - apa , semua kena cek ...
tq for sharing..
lps ni kena alert n check dulu brg2 sblm guna
Terima kasih kanda kerana berkongsi .... Nak pi check sekarang jugak hehe
X de pakai jenama ni. Nasib baik. Tapi tetap kena hati hati jugak kan. Tks akk for sharing d info
terima kasih kak zakie kongsi info ni, jm terus check d dapur nasib baik x de
Tqvm kak zakie for ur sharing .. Mcm -mcm sekarang ni kan akan diwar-warkan .. Takut jugakan kalau sembarangan beli .. Dan dan terus pi cek
Kak saya ada satu mug yang bertulis fine bone dibawahnya, sebelum kes ini kita ketahui lagi saya dah ada cawam tu. dah guna berpuluh-puluh kali agaknya. Sekarang dah buang.Walupun tak ditulis fine Yiyun bone pun, saya tetap ragu-ragu..So baik tak payah pakai
Post a Comment