Belum dua minggu berada di dunia kampus sudah kena balik kerana mahu menduduki peperiksaan MUET (Malaysia University English Test). Oleh kerana pendaftaran sudah dibuat ketika duduk di sekolah lagi, oleh itu kenalah Kak Reen balik ke sekolah lamanya. Terubat juga rindu dengan kawan-kawan yang di tinggal dan masih meneruskan perjuangan di sekolah sama. Hati mama/papa yang di selatan ini dari awal sudah risau bila mengenangkan baliknya nanti sendirian.
![]() |
| 27-07-2014 - Lihatlah bukan tiket tetapi official receipt. Tertera tempoh boleh guna. Sudah pun digunakan untuk balik pada hari Selasa lepas. Membelinya pun di dalam kampus saja. Ada yang menjual. Tidak kisah lebih sikit harga tetapi lebih mudah. Hati mama/papa pun senang. |
![]() |
| Tiket balik - Malam tadi berangkat semula pulang ke kampus. Detik jam 12 malam Kak Reen sendirian lagi dengan menaikai bas ke sana dan dijangka tiba jam 9:00 pagi. |
![]() |
| Sendirian - Lihat, bas menunjukkan ke Singapore tetapi setelah diberitahu inilah basnya. baru kami tahu bas baru balik dari Singapore. Kak Reen duduk di seat single. Kami pilih yang paling hadapan sekali dan tidaklah bimbang kena tindih seat orang hadapan yang suka merendahkan seat mahu tidur. Sayu hati pula sebaik salam-salam-peluk-cium dan bas mula bergerak meninggalkan JB malam tadi. |
Lebih kurang jam 9:05 pagi tadi sebaik aku telefon Kak Reen mengatakan sudah berada di dalam teksi untuk menuju ke kampus. Jam 11:00 pagi nanti semua siswa/siswi diwajibkan berkumpul untuk program ko-ko. Moga semuanya dipermudahkan.
~~ Masa kecil dibelai, ditatang dan hantar ke mana pun pergi-balik. Tetapi bila sudah besar dan jauh terpaksa dilepaskan sendirian terasa sedih pula hati.~~


