Showing posts with label Semut. Show all posts
Showing posts with label Semut. Show all posts

Monday, February 16, 2015

Alam, serangga dan kehidupan kita

Hari Sabtu yang lepas merupakan hari larian sekolah adik dan aku perhatikan banyak sekolah di Johor Bahru berbuat yang sama. Oleh itu berjogginglah aku bersendirian. Tiba di taman sudah ramai teman walau bukan sebangsa tetapi kami sudah saling mengenali antara satu sama lain. Balik dari jogging hubby jemput untuk pergi bersarapan pagi dan selepas itu terus ke rumah sewa kami yang telah kosong hampir dua minggu. Mengambil peluang yang ada kami membersihkan kawasan luar rumah tersebut.

Buah mata kucing - Sementara mencantas apa yang patut, petiklah juga setangkai-dua untuk dinikmati.

Membakar - Semua daun-daun kering yang berguguran di sekeliling rumah kami bersihkan dan bakar.  Daun mangga, mata kucing, rambutan, pulasan dan jambu batu yang paling banyak berguguran.
Adik - Lebih kurang jam 11:00 pagi adik sudah memanggil untuk diambil. Juga terus ke sini untuk berehat. Bermain unggun api yang ada. Kalah dalam larian tersebut. Top 50 pun tidak dapat adik, tidak mengikut jejak mama-papa dulu yang merupakan pelari pecut di sekolah. Mungkin sebab mama dulu kecil kurang zat jadi ringan untuk berlari pecut.
"Rasulullah SAW melarang kita membunuh empat jenis binatang iaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung shurad" - hadith dari Ibnu Abbas ra. Dari sini jelas menunjukkan larangan membunuh binatang tersebut yang pasti ada hikmah yang tidak kita ketahui - Wallahu'alam.

Kasut jogging - Akhirnya setelah 3 tahun kasut murah mama menjadi arwah, kenalah kongsi sama dilonggokkan dipembakaran dedaun yang kering. Nasib baik tertanggal tapaknya ketika mengemas di sini. Kalau di padang jogging mahu sengsara mama dibuatnya. Pinjam selipar adik. Satu hal bila memakai selipar kena berperang dengan semut yang banyak. Masalahnya tidak boleh dibakar berdosa - terpaksalah mengelak mana yang mampu.
Bersih - Lebih kurang jam 12:00 tengahari baru selesai semuanya. Itu pun tidak sempurna lagi. Minggu depan kami akan ke sini lagi. Telah berbelas tahun rumah aku sewakan mungkin memerlukan satu pembaharuan. Anak-anak suka rumah ini sebab lebih besar dan mempunyai tanah yang luas maklumlah yang ini corner-lot tetapi aku lebih selesa tinggal di rumah kecil ku yang kami tinggal kini. Senang mahu mengemas.
Saban hari terpaksa menerima panggilan orang mahu menyewa sedangkan kami belum berhasrat mahu menyewakan kepada sesiapa lagi. Dari mana mereka mendapat nombor telefon kami pun tidak diketahui sebab kami tidak memberi notis paparan yang mengatakan rumah untuk disewa. Bagilah rumah itu berehat seketika. 

~~ Rumah menjadi keperluan dalam hidup tetapi harga yang ditawarkan kini kelihatan berganda-ganda mahalnya berbanding harga rumah-rumah yang kami beli dulu. ~~

Friday, June 1, 2012

Habis buka semua yang dipakai

Menjadi kebiasaan aku parking kereta di depan pintu pagar. Mudah sebaik keluar rumah terus buka kereta dan panaskan enjin. Sementara itu boleh membelai pokok bunga yang duduk bersebelahan saja dengan kereta aku. Sekarang boleh dikatakan setiap hari bila hampir menjelang subuh pasti ada gerimis atau hujan sedikit. Walau tidak perlu menyiram pokok tetapi tetapi habit mahu membelek pokok-pokok tetap ada. Paling tidak pun buang daun yang kuning. Tidak lama mana pun.

Selesai membelek masuk kereta sambil menikmati bunyian yang berkumandang dari corong radio. Cuti sekolah jalan sangatlah selesa. Tetapi tiba-tiba ada satu yang membuat aku kurang selesa. Terasa sedikit aku raba, picit dan buang. Terasa lagi aku raba, picit dan buang. Lama-kelamaan aku jadi tidak keruan. Seram-sejuk aku menahan. Mahu berhenti di tepi jalan rasanya tidak praktikal dalam keadaan masing-masing memandu laju. Nampak saja petrol kiosk terus bagi signal dan masuk. Mat Bangla sibuk mengarah aku masuk ke pam yang kosong. Aku buat tidak nampak terus mencari parking yang paling selesa. Tarik hand-break tanpa menoleh lain terus saja aku menonong menuju ke bilik air. Mujur pintunya tidak berkunci.

Oleh kerana aku berseluar panjang aku cuba selak Masih tidak cukup. Akhirnya kasut, setokin, seluar panjang, blouse aku buka. Aduh... ini betul-betul semut gatal!! Mahu ikut aku ke tempat kerja gerangan semut-semut ini. Seram-sejuk aku dibuatnya. Ini pasti dari pasu bunga yang aku belek sebelum masuk kereta tadi. Tahu apa kesannya bila tidak digaru gatalnya tidak terkira tapi bila digaru sakit terasa. Terpaksa aku sapu minyak kapak. Alahai semut....

~~ Biasa bila orang masuk ke pejabat akan bau harum perfume tapi masuk ke bilik aku hari ini pasti akan berbau minyak kapak. ~~