Mengambil peluang pada hari cuti mengikut hubby ke tapak projeknya. Hajat dihati bukan mahu melihat orang membuat wiring sekolah dan asrama projeknya itu, tapi mahu singgah di Kluang Rail Coffee yang menjadi buah-mulut ramai. Pergi sebelum ini tersalah hari iaitu hari Khamis yang merupakan hari ia ditutup.
 |
| Kluang Rail Coffee - Inilah signboardnya. Terdapat dua signboards yg sama. Satu di bahagian depan pintu masuk dan satu lagi di bahagian tepi di tempat orang ramai duduk di bahagian verandah. |
 |
| Sesak - Alangkah tidak disangka terlalu ramainya pelanggan. Bila melihat menunya bagaikan tidak percaya. Tetapi mungkin disebabkan keadaan hujan lebat mencurah-curah di luar itu yg membuat ramai masing-masing duduk di dalam sambil menikmati kopi panas |
 |
| Ala-ala kampung - Bila melihat ini aku terkenang sewaktu zaman kanak-kanak aku dulu. Beginilah cara bungkusannya dan saiznya. Comel-comel belaka. Kalau dulu sewaktu sekolah rendah harga sebungkus baru 30 sen. Ini seringgit. |
 |
| Sebungkus - Aku makan dua bungkus ini. Hubby makan mee-hoon. Kak Mien pula makan telur setengah masak 2 biji. Betul ala-ala kampung, dengan meja-kerusi hanyalah dari plastik biasa saja. |
 |
| Roti bakar - Roti ini dipanggang menggunakan arang. Mahu ambil gambar pun malu sebab terlalu ramai pengunjung pada hari tersebut. Ramai juga yang mengambil gambar di sana-sini. |
 |
| Licin - Pada aku biasa-biasa saja. Mungkin sebab aku tidak menikmati kopinya. Buat hubby yang merupakan penggemar kopi mengatakan kopinya sangat enak. Aku dan anak-anak memang tidak gemar kopi. Mungkin dulu sewaktu kecil rumah aku punya kopi yang lebih istimewa (hasil dari kebun sendiri) itulah jemu jadinya. |
Bertemu dengan pelanggan dari seberang tambak yang duduk semeja dengan kami mengatakan mereka suami-isteri semata-mata datang ke situ hanya untuk menikmati kopinya. Ketawa aku dibuatnya. Apa lagi melihat dari usianya yang boleh dikatakan telah lebih separuh abad menjadikan satu kehairanan buat kami. Pasangan ini betul-betul hanya minum air kopi-o dan selesai minum mereka bertolak pulang ke Singapore. Aneh sungguh.
~~ Hanya kerana kopi pun ada yang sanggup meredah perjalanan jauh untuk menikmatinya.~~