Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Tuesday, January 24, 2017

Dairi 2017 tokidoki

Punyalah gigih Kak Reen mengumpul setem untuk mendapatkan diari comel tokidoki. Bermula dari akhir tahun lepas sudah mula membeli kudapan/jajan yang yang mana bila membeli itulah akan mendapat setem. Untuk memenuhi ruang itulah dia membeli lagi dan lagi sehingga memenuhi ruang setem yang ada. Setiap kali lalu di depan 7eleven dibelinya kudapan yang memberi setem tersebut. Malam minggu lepas penuh semua ruang. Pagi ketika menemankan mama untuk membuat physiotherapy di hospital singgah untuk menebus diari yang diidamkan. 

Penuh - Ada disediakan 24 ruang untuk ditampal dengan setem. Mama pun kurang pasti berapa harga membeli untuk mendapat satu setem. Yang mama tahu anak-anak mama suka benar singgah di sini sebab tempat laluan bila balik ke rumah.

Diari 2017 - Inilah diari yang diidamkan olehnya
Buku - Bagikan buku exercise sekolah biasa pada mama. Cuma sebab design kulit yang tebal. Itu sajalah yang menariknya.
Saban tahun sebenarnya mama memperolehi banyak diari dan kalendar yang diberikan oleh supplier, forwarding agent, syarikat insurance, bank dan sebagainya. Tetapi tahun ini amat terasa kurangnya berbanding tahun-tahun lepas. Amat ketara semua organisasi telah mengurangkan apa juga kos yang boleh dikurangkan. Tahun 2017 ini bagaikan kita akan melihat bermulanya keperitan ekonomi kepada siapa juga jika tidak berwaspada. Paparan akhbar bukan berbahasa Melayu sering memaparkan isu ini berbanding akhbar kita yang lebih kepada hiburan, kemalangan dan bencana alam. Bencana ekonomi mungkin kurang menarik perhatian pembaca akhbar bangsa kita atau mungkin wartawan kita yang kurang berminat membuat liputan itu.

~~ Diariku biasa penuh dengan catatan berkaitan kerja saja.~~



Thursday, November 3, 2011

Gembiranya tidak terkata

Hujung tahun amat sinonim dengan pemberian diari dan kalender. Saban tahun aku merupakan orang pertama menerima diari dan kalendar tapi tahun ini adik menjadi orang pertama. Tidak rugi adik menjadi pembaca setia novel-novel keluaran PTS Publications and Distributors Sdn Bhd. Buku seperti Empat Imam besar dan ramai lagi pejuang Islam yang telah dibukukan oleh Pak Latip Talib juga keluaran PTS Publications - ini biasanya milik aku. Semalam adik dapat bungkusan sampul surat dari PTS Publications & Distributors S/B.



Cop - Bila dapat sampul surat yang ada cop ini adik sudah melompat mesti ada novel baru.


Diari Sarah - Pada awalnya disangkakan novel bertajuk Diari Sarah. Bila diselak baru tahu ia adalah diari untuk tahun 2012

Sampingan - Diberikan beberapa risalah berkenaan novel-novel dan majalah baru keluaran PTS Publications. Ada juga disertakan kupon potongan harga hingga membuat adik sudah tidak sabar untuk ke kedai buku.


Selak - Bahagian dalam diari tersebut.



Adik tidak ada FB atau blog. Seandainya ada mesti sudah diluahkan kegembiraannya yang tidak terkira kerana baru tempohari dia mendapat hadiah sebuah novel, buku nota dan pin baju PTS Publications. Hanya dengan mengisi keratan penanda buku pada borang yang dikepil pada novel-novel yang dibeli dia mendapat novel tersebut. Semalam pula tanpa ada apa-apa penyertaan dia diberikan diari untuk tahun 2012. Terima kasih PTS Publications and Distributors.






~~ Dulu aku mendidik anak dengan membelikan buku cerita mengharap agar bila sekolah kelak rajin membaca. Benar mereka minat membaca tetapi membaca novel bukan buku pelajaran. Membaca buku pelajaran sentiasa kena pantau selalu tidak seperti membaca novel yang kalau dalam bilik air pun masih boleh membaca. Susahnya mahu membuat mereka rajin belajar sebagaimana mereka mengulek novel.~~