Showing posts with label Wayang. Show all posts
Showing posts with label Wayang. Show all posts

Tuesday, October 20, 2015

Cemburu, dicemburui dan mencemburui

Masa mencemburi kita atau kita yang cemburu dengan masa. Masing-masing mempunyai jawapannya. Buat aku ada kalanya aku yang cemburu bilamana melihat anak dan papanya bercuti sedangkan aku pula bekerja. Tetapi hari Sabtu lepas aku dapat merasakan yang masa mencemburui aku bila mana terasa cepat benar masa berlalu sedangkan kami merasa bagaikan baru sebentar masuk ke dalam mall sudah kena segera balik. Kami keluar rumah selepas solat zuhor dan belum jam dua petang kami sudah menjejaki shopping complex itu. Kehendak adik minta mama menghantar dia dan temannya ke Aeon untuk menonton wayang. Dua kawan adik dihantar papa mereka ke rumah kami. Mudah untuk aku membawa semua anak dara.

Anak-anak - Walaupun yang dua bukan anak aku tapi mereka sudah mesra dengan aku. Memanggil aku juga mama seperti adik juga. Apa yang adik makan dia ikut makan. Begitu juga adik sudah mesra dengan keluarga temannya ini. Ibu-ibu mereka juga percaya jika anak-anak berada di rumah kami. Begitu juga jika adik di rumah mereka. Ada dua lagi kawan adik yang tidak dapat ikut sama iaitu Elyana dan Balqis.  Bersama kami Sabtu itu Nazura dan Nazreena. 
Selepas membelikan tiket buat mereka bertiga dan memandangkan masa untuk masuk panggung lewat lagi aku ajak mereka makan dulu bersama. Anehnya semua anak-anak mahu makan sushi. Mama tua ini kenalah ikutkan mereka walau hanya separuh biji sushi sahaja yang masuk dalam perut mama, itupun dek kerana beberapa kali Kak Meen asyik menyua ke mulut mama. Selepas mereka bertiga masuk panggung barulah aku bergerak mencari keperluan Kak Meen pula. Niat asal aku dan Kak Meen mahu terus balik rumah dahulu dan datang semula menjemput selepas habis tayangan tetapi tidak jadi. Sebaik keluar dari Watson, mata kami terhenti melihat Polo membuat offer sehingga ada yang 70%.  Membelilah aku beberapa helai baju buat anak-anak. Belilah juga untuk hubby sehelai kemeja-T dan untuk aku sepasang kasut.

Kak Meen - Tengok sampai tidak sedar mama mengambil gambarnya. Baju wanita Voir pun ada juga. Kak Meen membeli juga untuk adik. Mama jadi tukang bayar sajalah sebab papa tidak ada. Papa busy dengan site projek melihat pekerjanya memasang pintu dan wiring di Kluang.
Penat juga kaki tua ini melangkah mengikut langkah anak remaja. Dahaga yang mamanya rasa tetapi masuk cafe bukan saja air yang dipesan bahkan siap dengan makanan. Mama yang belum makan lagi tentulah ada yang mahu dipesan. Setiap main course dibeli dapat satu pilihan lain dengan harga 50% diskaun. Cafe ini baru dibuka. Biasalah anak pantang nampak tempat baru mesti mahu mencuba dan masuklah kami ke dalam.


Dating - Sesekali dating dengan mama berdua saja. Jarang kami keluar berdua begini. Biasa mesti sekeluarga.

Salad chicken - Ini mama punya. Dalam kata tidak lapar habis juga kami makan berdua

Honey chicken - Inilah yang 50% dipilih Kak Meen.
Pasti hari Sabtu lepas masa yang mencemburui kami kerana sepetang itu penuh masa digunakan untuk kami bersama. Sesekali biar masa yang cemburu kerana sudah selalu aku mencemburui masa.

~~ Benarlah anak-anak itu salah satu amanah buat kita. Kena susunatur sebaik-baiknya agar amanah memberi kebaikan bukan sebaliknya.~~


Thursday, June 5, 2014

Bila mama/papa makan berdua

Mereka berpakat tiga beradik mohon mahu pergi menonton wayang di IOI Mall. Kalau mengikut kehendak mereka juga mahu mama/papa ikut duduk di dalam panggung. Terkenang dua tahun lepas sebaik keluar dari panggung aku pening kepala, itu yang jadi serik. Papa pula waktu itu duduk di dalam panggung bukannya menonton, sebaliknya terlena. Jadi sebaik membayarkan tiket, membeli sedikit kudapan dan mereka masuk panggung, mama/papa pun keluar mall. Biarlah mereka tiga beradik menikmati Maleficent.

Singgang ikan kembung - Ini nama restorannya. Tidak ada cukai perkhidmatan makan di sini  tetapi lihat senarai tergantung tanda betapa ramainya pengunjung yg rata-rata datang bekeluarga. Kami makan berdua di sini.
Sedap - Makan berdua sehingga sudah selesai makan baru teringat mahu mengambil gambar. Biasanya ada yang tolong mengingatkan bahkan tolong capture. Kami makan nasi goreng kampung, kailan goreng bawang putih dan sup daging.
Selesai - Tetapi air teh-o dia aduhai manis bukan kepalang sehingga terpaksa memesan segelas air masak. Campur dengan air masak baru boleh ditelan.
Licin - Tidak tinggal sedikit pun tanda masakan sangat sedap buat kami berdua.
Pop-corn - Lebih kurang jam 11:30 malam baru telefon berbunyi menandakan mereka sudah selesai menonton. Mama/papa sebenarnya sudah hampir 15 minit menunggu di tempat parkir.  Masuk kereta dihulurnya pop-corn yang tidak terhabis. Itu yang mama bawa balik masuk bekas jadi kudapan mama di pejabat.
~~ Entah bilalah mereka dapat berpeluang untuk menonton bersama lagi memandangkan selepas ini cuti mereka tidak sama.~~ 

*mohon maaf puan empunya blog berada di luar JB sehingga hari Isnin - segala komen akan dibalas selepas ini.*


Thursday, October 20, 2011

Sekolah adik ada panggung wayang...

Semalam balik dari kerja......

Adik: Mama esok mama cuti boleh tak?

Mama: Eh... mana boleh kita dah rancangn cuti minggu depan. (Minggu depan sekolah bercuti seminggu sempena Deepavali)

Adik: Adik nak ajak mama tengok wayang di sekolah. Sekolah adik ada panggung wayang.

Mama: Ha... ada wayang di sekolah adik?

Adik: Kalau mama tak boleh datang adik ajak papa. Rugi mama tak mahu ikut.

Mama: Hmm... kita dah rancang cuti minggu depan, mana boleh mama cuti esok.

Kesudahannya hari ini kedua mama-papa adik tidak dapat pergi kerana tiada pemberitahuan dari awal. Kami merancang untuk bercuti pada 24hb hingga 26hb ini kerana bersempena cuti Deepavali. Sejak dilahirkan hanya sekali mereka aku bawa ke panggung kerana sudah berjanji. Sekadar mahu mereka tahu scenario dalam panggung sahaja. Kini mereka telah tahu cukuplah sekali itu.

Tiket wayang .... ada pop-corn dan air mineral dibekalkan pihak sekolah selama 2 jam menonton. Bayaran dikenakan RM2/- sahaja.



~~ Ada pihak ibu-bapa yang tidak setuju dengan anjuran wayang di sekolah anak aku, tapi buat aku dan hubby asalkan ianya tidak melanggar batas susila rasanya tidak salah pihak sekolah membuat anjuran seperti ini. Pihak sekolah lebih arif dan tahu untuk memilih tajuk yang sesuai untuk anak-anak seusia 7-12 tahun. ~~

Wednesday, June 29, 2011

Janji sudah ditunaikan

Setelah lebih 16 tahun aku tidak menjejakkan kaki di panggung wayang hari itu sekali lagi kaki aku telah menjejakkan kaki ke panggung wayang hanya kerana menunaikan janji. Janji kalau dapat keputusan peperiksaan yang baik sebagaiman target telah menepati sasaran. Balik kampung Batu Pahat hari itu kami singgah di Pacific Mall dipanggil juga Batu Pahat Mall. Rasa janggal juga sebab terlalu lama tidak pergi. Sama ada teman semua percaya atau tidak itulah kali pertama aku membawa anak-anak ke panggung kerana mereka tidak pernah tahu bagaimana yang dikatakan panggung wayang. Kesian anak mama....
Perkarangan BP Mall - Tiba di sana kenalah bawa Abang Cik (anak saudara hubby - berdiri belakang Yasmien) sebab kami tidak tahu di mana kedudukan panggung tersebut. Mak Zah mereka tidak pernah ketinggalan turut ikut sama.

Urut badan - Sementara menanti masa tayangan hubby duduk mengurut badan di kerusi urut. Anak dara yang dua ini mana boleh lihat papa dia relax. Konon mahu mengurut papa dia sebagaimna kalau mama dia buat facial muka. Habis juga 5 ringgit kerana hendak sedapkan badan dan berurut lama sikit itulah jadinya. Kalau tidak silap aku bayaran dikenakan seringgit untuk tempoh 3 minit. Nasib baik anak-anak punya urutan tidak dikenakan bayaran.

Miasara - Budak mongel inilah yang sangat-sangat disukai keluarga kami. Tapi masa ini belum ditayangkan lagi. Kami menonton KL Gangster. Entahlah penilaian masing-masing sebab aku kurang berminat dan tidak pandai membuat penilaian.

Tiket - Jumlah keseluruhan RM 64/-untuk kami semua. Adik bergaya dengan tiket-tiket tersebut. Maklumlah tidak pernah nampak pun tiket wayang.


Gembira - Sebelum masuk panggung masing-masing sudah teruja mahu masuk kerana kami tiba cepat. Mereka berdua ini dikenakan harga kanak-kanak sebab bawah 12 tahun.


Tayangan serentak - Waktu ini cerita 3,2,1 Cinta pun ada ditayangkan. Tapi aku bimbang cerita ada babak yang tidak sepatutnya, maklumlah cerita cinta lalu biarlah aku pilih yang lasak kerana aku tahu anak aku tidak pandai bergusti. Oleh sebab itulah kami pilih KL Gangster, arahan anak Yusuf Haslam.
Silent mode- Gara-gara silent mode telefon berbunyi tidak disedari ditambah suasana dalam panggung yang bingit. Uhhh.... tak sanggup aku.

Play Station - Keluar panggung masuk pula tempat permainan kanak-kanak. Wah.... adik apa lagi sebaik pakai gelang pelekat masuk bermain hingga berpeluh-peluh walau di dalam bilik berhawa-dingin

Permainan - Macam-macam alat permainan ada. Kapal jet, kapal terbang, replika binatang semuanya ada untuk mereka bermain. Kelihatan di belakang terdapat juga tempat untuk bermain lompat-lompat, slides dan sebagainya semuanya menjadi tarikan.


Rumah kecil - Adik kata ini rumah repunzel yang berambut panjang. Membayangkan dia macam repunzel seperti yang dikisahkan dalam buku cerita dia.



Oleh kerana belum bersolat zuhor lagi, jam 1:45 kami tinggalkan BP Mall dan belum pun jam 2:00 petang kami telah tiba di rumah kampung. Pendedahan pertama kali ke panggung buat anak-anak amat melegakan kerana janji telah tertunai. Itupun terasa kurang kerana yang sulung tidak dapat ikut lantaran ia berada di asrama. Untuk pergi lagi bagaikan tidak sanggup. Lain kali kalau hendak pergi biarlah mereka pergi bersama-sama sepupu-sepupu mereka. Aku sebenarnya kurang berminat kerana kalau boleh hari cuti aku mahu baring-baring saja.