Tuan empunya kedai mempunyai dua lot kedai yang berhampiran adalah strategi mereka yang pandai kerana memudahkan pelanggan. Satu kedai perkhidmatan untuk kaum lelaki dan satu lagi untuk perempuan. Tetapi untuk perkhidmatan mata hanya di lot kedai yang diusahakan oleh si lelaki. Aku berurut di kedai yang perempuan ditemani Kak Meen manakala papa ke kedai untuk lelaki bertemankan Kak Reen sebab di sini boleh membuat therapy mata. Sementara menanti mama dan papa berurut kak Reen membuat perkhidmatan mata.
![]() |
| Kak Reen - Sedang dipasang alat bagaikan google (bukan google internet ye😁). Ini google cerminmata. |
![]() |
| Pejamkan mata - Sedang dalam rawatan. Power mata sudah mencecah 500 memang agak susah tapi hendak buat macam mana, terpaksa juga memakai cermin mata. Bukan boleh buat selalu di sini. |
Mungkin aku akan mencuba perkhidmatan berbekamnya. Belum pernah berbekam seumur hidup walaupun berbekam sangat baik. Aku takut melihat darah tetapi mungkin sudah sampai masanya untuk aku mencuba. Mana tahu itu salah satu perubatan yang boleh mengubat belikat kanan aku dan ibu jari kanan yang tidak selesa. Akupuntur aku masih takut lagi bila melihat banyak jarum tercucuk sana-sini😅. Berubat sekadar usaha sebab penyembuhan tetap atas redha Allah juga.
~~ Berbekamlah. Jangan membiarkan darah yang berlebihan melimpah, maka ia akan membunuhmu - Hadith riwayat Bukhari dan Muslim. ~~




















