Ramadhan ini bulan yang berkat
umat Islam semua berpuasa
gembira di hati mendapat poskad
dari KakNoor yg bercuti di London sana
![]() |
| Setem - Sudah pastinya ini juga menggembirakan aku. Sekali dapat dua keping setem. Dapat menambah koleksi album setem yang ada. |
Bertadaruslah semampu kita
misi 30 juzuk itulah harapan
gembira di hati tidak terkata
buat KakNoor jazakallahu-khairan
![]() |
| Titipan KakNoor - Blogger aka Chef dari Brunei ini siapa tidak kenal |
Al-Quran dan ramadhan berganding rapat
tidak amalkan sendiri rugi
moga ukhuwah mendapat berkat
jauh di mata dekat di hati
![]() |
| Bath Abbey - Bunga dan bangunan yg yang cantik ini sudah cukup untuk membuat mata tidak berkelip memandangnya. |
Usah terpesona indahnya dunia
seiringkan agar tak pincang jadinya
mahu mengenali KakNoor di alam maya
klik saja di sini jumpalah blognya
~~ Sekali lagi terima kasih buat KakNoor diatas ingatan di bulan mulia ini.~~


















