Showing posts with label Rindu. Show all posts
Showing posts with label Rindu. Show all posts

Thursday, February 4, 2016

Tangisan di hujung talian

Sedang berdoa selepas solat Zuhor telefon berdering. Baru mahu disambut sudah terhenti. Sambung lagi berdoa tetapi sudah tidak khusyuk bila nombor yang tertera adalah nombor telefon awam asrama adik. Pasti ada sesuatu yang penting kalau tidak adik sudah arif waktu ini adalah waktu mama bersolat. Terus saja taqobbalallah tutup membaca doa sambil menanti panggilan adik sambil mengoles compact powder di pipi tua ini.

"Locker almari adik terkunci, Kunci adik hilang". Tangisan di hujung talian membuat hati aku tidak tentu-arah. Naluri aku sudah terasa dari awal lagi pasti ada yang tidak kena. Adik juga sedar bila telefon tidak bersambut tahulah yang mama sedang bersolat. Memujuklah aku melalui talian. "Adik cuba pinjam pisau dari makcik kantin, buka screwnya." Aku cuba memujuk dan mengajar apa yang terfikir di benak. Bimbang juga sebab kerja-kerja begini manalah adik pernah buat. "Jangan nangis, malu kalau kawan-kawan nampak. Cuba dulu nanti call mama balik". Selepas itu kami hentikan perbualan.

Tidak sampai 10 minit telefon berdering lagi. Suara ceria di hujung talian mengatakan kakak tingkatan 5 yang membantunya dan pastinya membuat aku sangat lega. Aku sudah terfikir apabila pergi menjemput adik untuk cuti Tahun Baru Cina esok, pasti akan aku belikan sesuatu buat anak itu. Bantuan yang sangat bermakna sudah diberikan olehnya amat kami hargai.

Adik dengan sahabatnya - Dari mereka berempat ini tiga masih belajar di sekolah dan asrama yang sama. Dorm saja tidak sama. Hanya Yana terpisah (berbaju belang hitam putih bersekolah di Maahad Mersing). Aku selalu merindui mereka semua.
Aku bersyukur lingkungan sahabat dan pembelajaran adik di situ tidak ada masalah. Cuma adik kurang selesa di sini, setiap kali jika mahu ke bilik mandi dia perlu berkawan. Sudah dua kali waktu malam sebelum tidur ketika mahu buang air adik terdengar bunyi air seperti orang mandi tetapi hakikatnya tiada. Kawan adik pun sudah terkena sama. Oleh sebab itu masing-masing mesti berteman apabila mahu ke bilik mandi.

Esok bersempena majlis maulidurrasul sekolah, adik diminta oleh pihak sekolah untuk membuat persembahan membaca Al-Quran atau berzanji. Adik memilih membaca berzanji sebab jika uzur masih boleh membaca lagi. Bermakna esok merupakan hari pertama adik naik pentas untuk sekolah barunya. Malu dan berdebar katanya sebab ramai kakak/abang yang lebih pandai tidak tahu mengapa cikgu memilih adik yang baru tingkatan satu. Aku sudah berpesan tidak perlu mengalun tarranum ras atau bayati tetapi bawa saja tarranum sikah. Tarranum sikah ini tarranum yang biasanya aku ajar buat anak-anak yang baru mengenal tarranum. Tidak sabar menanti esok petang pasti banyak cerita adik.

 ~~ Anak walau besar mana pun tetap mama juga sebagai rujukan bila bermasalah.~~


Monday, January 4, 2016

Bukan kain sarung

Cuba kita merenung ke dalam diri kita dan lihat tubuh badan kita. Apa yang kita ada ini sebenarnya sekadar sarung saja. Bukan kain sarung yang boleh ditukar-ganti. Tetapi sarung yang kalau dulunya kecil ia akan membesar. Gemuk-kurus, cantik-hodoh sarung bukan ukuran kepada kekuatan iman yang ada. Roh sekadar menumpang sementara di sarung ini. Sebab itulah bila izrael datang menjemput roh pergi, apa kemampuan diri kita? Lalat hinggap di hidung pun tidak mampu mahu menepis. Semua yang datang menziarahi kita membuka kain penutup muka melihat wajah kita tidak ada kemampuan untuk kita menolaknya samada ia sahabat karib mahupun musuh kita. Musuh kita mencemuh depan muka waktu itu pun tidak mampu lagi untuk kita menoleh ke arah lain.

Begitulah betapa kita ini tidak punya apa. Perancangan disusun-atur pun kalau tiada rohman dan rohimnya jika kataNya tidak maka tidaklah. Qada' dan Qadar jadi sandaran kita sebagai hambNya yang lemah. Jangan cuba menidakkannya. Anak yang berjuang untuk belajar pun bila keluar rumah tidak mampu kita menegah inikan pula kuasaNya.

بَدِيْعُ السَّمَاوَاتِ وَ الْأَرْضِ وَ إِذَا قَضَى أَمْراً فَإِنَّمَا يَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ

Yang menciptakan semua langit dan bumi dengan tidak ada bandingan. Dan apabila DIA telah menentukan sesuatu, DIA hanya berfirman kepadaNya - Jadilah! maka diapun terjadilah. -Albaqaroh:117
Anak mama - Hari pertama keluar dari rumah untuk pendaftaran 02-01-2016.  Bergambar di porch rumah sebelum melangkah. Tinggal sudah handset, kucing-kucing kesayangan dan teddy-teddy semua simpan di dalam almari di biliknya.
Senyum dalam debaran - Hari pertama juga melangkah kaki untuk menimba ilmu jauh sikit dari mama. Sebulan sekali boleh balik. "Kalau kakak boleh mengapa tidak adik" itu katanya. MRSM hingga kini tiada jawapan. Bersekolah adik di SBP ini. 
~~ Roh aku sedang berkecamuk. Ada rasa rindu menggigit yang teramat sangat pada adik.~~


Monday, November 30, 2015

Cuti sekolah dan cuti memasak

Dua perkara yang sangat sinonim dalam keluarga kami. Apabila cuti sekolah tiba akan bertambah keraplah aku cuti memasak untuk makan malam. Balik dari kerja melihat anak-anak ada di rumah bagaikan ada hormon malas meresap dalam diri. Mulalah mencari jalan mahu makan apa dan mencari sasaran tempat makan yang mudah dijejaki. Janji perut tidak lapar apa saja pun boleh.

Starter kami - Setiap seorang satu slice. Mak Zah balik kampung sejak Khamis lepas.

Minuman pilihan - Honey lomen, almond latte, lemon tea dan cappucino pilihan kami.

Mama punya - Mushroom soup dengan bun

Spring rolls - Kami beli ini sampai tiga kali. Entah mengapa sedap pula malam itu kami makan. Tetapi set ke tiga kami bungkus bawa balik.

Mee curry - Adik suka benar dengan mee curry. Tetapi tidak terhabis bungkus bawa balik juga.
Begitulah selalunya. Apa lagi masing-masing sudah tidak perlu menghadap buku pelajaran semakin rancak kami boleh bersembang sama. Menonton televisyen pun boleh sama-sama berbaring satu katil dalam bilik. Televisyen di ruang tamu sesekali saja ditonton. Rasa seronok dan mententeramkan jiwa. Sesekai rasa rindu menerjah juga terkenang anak yang jauh di mata.

~~ Kalaulah anak-anak semua sentiasa ada di depan mata alangkah bahagianya.~~


Tuesday, September 23, 2014

Labbaikallah hummalabbaik..

Pantasnya bulan berganti bulan tanpa sedar bulan Zulkaedah kian mengundur diri bagi menggantikan bulan Zulhijjah. Bulan penuh keberkatan dinanti berjuta umat manusia seluruh dunia. Bagaikan baru aku kunjungi Baitullah kini musim Haji tiba lagi. Rasa rindu menggamit siapa saja yang telah menjejakkan kaki di sana. Samalah dengan Cik Ju ibu saudara kami yang akan bertolak ke sana tidak lama lagi. Memandangkan permohonan secara muassasah asyik mengecewakan kali ini permohonan secara pakej. Pakej Tabung Haji tahun ini yang paling murah pun hampir mencecah 30 ribu. Bayangkan. Kalau waktu aku dulu pakej termurah baru 15 ribu kini harganya sudah berganda-ganda. 

Cik Ju - Ibu saudara sepupu  yang akan berlepas untuk menunaikan ibadah Haji tahun ini. Pada 25-09-2014 ini bertolak ke KL kerana penerbangan pada 27hb. dari sana.
Berziarah sebelum pergi  - Cik Ju diapit oleh Mak Zah (Mak Zah pergi menunaikan ibadah Haji lebih 20 tahun dulu. Umrah tempohari juga ada aku bawa sama) dan Cik Utih (menunaikan Haji pada tahun 2007) turut sama menziarahi Cik Ju ada hari Ahad lepas bersama aku.
Cupcake - Balik menziarahinya,  Cik Ju bekalkan kami dengan cupcake ini buat anak dara yang bersekolah. Di Johor pada hari Ahad hari pertama anak-anak bersekolah sebab itulah adik tidak ikut.
Kami semua mendoakan semoga Cik Ju diberikan kesihatan terbaik bagi membolehkannya menjalankan ibadah Haji di tanah suci. Beroleh haji mabrur dan selamat kembali semula ke tanahair. Buat teman-teman semua berdoalah semoga diberikan kemampuan fizikal dan mental untuk menunaikan ibadah Haji, rukun Islam yg kelima ini. Sebaiknya pergilah ketika usia muda kerana ibadah haji memerlukan tenaga dalam semua amalan dilakukan seperti tawaf, saei dan melontar jamrah. Bila sihat untuk beribadah juga bersemangat dan sangat indah terasa.

~~ Rindu untuk bertalbiah di tanah suci. Labbaikallah hummalabbaik Labbaikala syarikala kalabbaik, Innalhamda wannikmata lakawalmulk lasyarikalak.~~ 


Thursday, December 12, 2013

Pertemuan untuk menghilangkan rasa rindu

Dua tahun berpisah kerana tugasan, hari Isnin baru lepas sempena cuti Hol Al-Marhun sultan Johor kami bertemu lagi. Kali ini kembali bagi menghilangkan rasa rindu lama tidak berjumpa. Anak yang dulu sewaktu perginya belum tahu apa-apa kini sudah boleh memanggil walidnya dengan fasih sekali.

Mohd Thaqif - Inilah dia cucu saudara aku yang masih bayi ketika walidnya terbang ke Riyadh kini sudah boleh makan sendiri. Tidak mahu disuap oleh umminya. Sangat-sangat cerdik. Sepah tidak mengapa nenek zakie alas dengan tikar plastik Acik Adik Usu punya.
Si kakak - Sudah hendak masuk tadika tahun 2014 ini. Sedap betul kelihatannya makan mee soto nenek Zakie buat. Tidak toleh lagi bila dipanggil:)
Ala-kadar - Kunjungan yang tidak diberitahu. Makan sajalah apa yang nenek  masak ye sayang.
Tengok walid yang sihat bukan main - Ada cerita yang membuat kami ketawa. Sehari ketika walidnya baru tiba di rumah bila ditanya mana walid? Pantas jari telunjuk menunjukkan ke arah laptop. Walau jauh di Riyadh tetapi setiap hari mereka berhubung melalui skype. Sebab itu walau walid sudah di depan mata dia masih menunjukkan di laptop itu ada walidnya. Tapi darah daging walau tak pernah berjumpa sejak sudah besar (baru dua tahun) tetap mahu dipeluk/sayang dengan walidnya. Dengan orang lain dia tidak mahu.
Ole-ole - Banyak juga ole-ole dibelikan buat mama zakie dan keluarga. Salah satunya kurma madu ini. Kalau dulu masa beliau masih bersekolah mama Zakie memberinya duit raya tapi kali ini beliau yg memberi mama Zakie. Terharu rasa.
Balik sekadar tiga minggu pasti terasa cepat benar masa berlalu. Berada di rumah sendiri di KL seketika terus balik kerumah mummynya (Kak Long aku). Kemudian berziarah ke rumah semua nenek-atok dan mak-pak saudara.  Setelah selesai semua urusan dua anak yang akan ke sekolah tahun depan beliau akan terbang semula ke Riyadh pada 29-12-2013. Kerana tuntutan tugas terpaksalah berpisah dengan anak dan isteri lagi.

~~ Doakan moga anak buah aku terus berbahagia dan akan dapat bertugas semula di Malaysia.~~

Monday, August 5, 2013

Nama-nama manis yang pasti akan kita rindui

Zehra - Kalau di Malaysia ramai yang menggunakan anak nama Zara atau Zahra (lebihkurang macam Mak Zah kami Zahrah). Aku pasti kurma ini juga menjadi pilihan ramai.

Amira - Begitu juga nama ini. Cantik dan ramai yang memilih nama ini. Kelihatannya Yusof Taiyoob pun sukakan nama ini sebab itu meletakkan nama ini di salah satu kurma keluarannya.

Wasem - Jarang kedengaran nama ini di negara kita tetapi kalau keturunan arab ramai yang menggemari nama ini. Kurma sudah dikeluarkan isinya masuk ke dalam tupperware. Gambar kotak kosong saja.

Tamar Madinah - Ini pembelian kami tempohari di Madinah. Kurma basah yang perlu di simpan di dalam freezer. Kurang manis tetapi aku suka yang ini.
Nama-nama wanita yang tertera di kotak kurma begitu terasa manis dan melegakan. Tetapi cuba kita lihat nama seperti Sandy, Irene, Wilma dan Catrina rasa gerun terasa apa lagi melihat suasananya dan akibat dari ribut dan taufan tersebut.Syukur alhamdulillah negara kita tidak mengalami kemusnahan seperti ini. Keluasan yang terlibat kalau di negara kita yang kecil ini bagaimanalah agaknya. Mohon Allah berikan kita perlindungan. Hormati para ulama dan jauhi kemungkaran, moga kita semua terselamat.

Ribut Catrina - Melanda New Orlean LA, USA sekitar 2008 (gambar dari google)
Taufan Sandy - Keadaannya ketika melanda New York 30-10-2012 (gambar dari google)

~~ Islam menggalakkan pemilihan nama anak biarlah yang baik-baik.~~

Friday, July 5, 2013

Air zam-zam

Setiap mereka yang balik dari tanah suci pasti akan mendapat 10 liter air zam-zam yang diberikan. Kalau dulu dalam botol empat segi yang tebal tetapi kini pembungkusun telah difranchisekan. Lebih kemas, cantik dan selamat. Botol dengan penutup yang telah diseal, kemudian dimasukkan ke dalam plastik yang juga telah diseal dan akhir sekali masuk ke dalam kotak. Balik tempohari kami membawa enam botol yang jumlah keseluruahan sebanyak 60 liter. Tidak termasuk botol-botol kecil yang aku bawa ketika pergi untuk bersolat di Masjidilharam dan mengisi balik dengan air zam-zam ketika pulang dari solat. Botol kecil itu aku masukkan ke dalam luggage. Puas kami dengan air zam-zam kali ini.

Plastik luar - Botol masih berada di dalam plastik yang disealed. Tiba di airport Senai kami terpaksa buang semua kotak sebab tidak muat kereta Innova untuk membawa beg-beg kami semua waktu itu.

Beginilah botolnya - isinya telah diagihkan kepada saudara-mara-rakan-taulan. Botol yang kosong dua anak dara aku gunakan untuk mengisi air masak untuk kegunaan ketika di asrama.
Apa yang membezakan minum air zam-zam dengan air minuman biasa? Ianya sunat berdiri dan mengadap qiblat ketika minum manakala air minuman biasa makruh minum berdiri. Betapa istimewanya air dari sejarah Nabi Ismail dan Siti Hajar dulu. Air yang tidak ada tolok banding akan istimewanya tidak pernah surut walau berjuta umat manusia yang menggunakannya.

Zamzam Project - Inilah dia labelnya

Sisi satu lagi - Label dalam bahasa Arab

Not suitable for air shipping - Tetapi beratus-ratus liter terbang bersama dengan jemaah. Syukur tidak ada apa-apa yang terjadi.
Doa minum air zam-zam: -

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْماً ناَفِعاً وَرِزْقاً وَاسِعاً وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءِ وَسَقَمٍ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
 Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala penyakit dengan berkat rahmatMu wahai dzat yang maha penyayang’.


~~  Rindu untuk menikmati air zam-zam sambil berdiri mengadap kaabah. ~~

Tuesday, February 19, 2013

Siraman rohani buat anak-anak

Sehari sebelum balik ke asrama membawa anak-anak ke majlis ilmu. Sebagai siraman rohani dan baja kesuburah iman ketika berjauhan dengan keluarga. Peluang diambil kerana kami tidak ke mana-mana pada hari Sabtu tersebut. Tazkirah dan ceramah di Masjid Wadi Hassan, JB. Masjid yang aku kira telah ujud sebelum aku lahir lagi. Namun kegiatan masjid amat membanggakan. Ceramah hari itu berkisar hal mengerjakan Haji dan Umrah.

Ustaz ABu Bakar Watak - Setiap pertanyaan dijawab dengan jelas

Wanita - Setengah hari kami duduk di sini  rehat 15 minit untuk bersarapan kemudian sambung semula

Tawaf - Buat adik yang belum pernah merasai bagaimana tawaf mestilah teruja mahu tahu. Ustaz mengatakan baru minggu lepas beliau mendapat telefon ada jemaah yg masih tidak faham ketika bertawaf beliau telah memegang kelambu kaabah, kemudian selesai tawaf terus bersai dan bergunting. Sedih... umrahnya tidak sah. Syarat sah tawaf kena tahu betul-betul. Sedangkan umrah pertama adalah wajib dan umrah selepas itu sekadar sunat. Oleh itu kenalah berhati-hati dan faham betul-betul.

Kaum lelaki - Pada pandangan aku kaum perempuan lebih ramai dari lelaki. Mungkin kaum lelaki sibuk berbanding perempuan.

Slide - Penerangan yang jelas buat semua yang hadir

Balik - Lebih kurang 12:30 selesai sudah semuanya. Moga ilmu dapat dimanfaatkan.

~~ Berkawan dengan mereka yang berilmu dapat membantu meningkatkan kekurangan diri, tapi berkawan dengan mereka yang kaya belum tentu boleh membuat kita kaya.~~

Thursday, January 3, 2013

Semua rindu - Berkejaran balik mendengar panggilan bapak

Cepat - Kalau berlari mestilah ayam sampai dulu berbanding itik yang terkedek-kedek.

Berebut - "Tidak kira siapa kita semua peliharaannya, jadi kena makan sama-sama" agaknya itu yg dikatakan sebab bising sungguh.

Masih menunggu - Sudah kenyang tapi masih di sini rindu betul dengan bapak agaknya.

Bersama - Itik dan ayam jiran pun ada di sini juga menumpang makan.

Geng - Satu geng sentiasa bersama tidak macam ayam.

Eh... sudah terlebih border jangan sampai kena geles kereta merayap sampai ke jalan.
~~ Balik seketika pun jadilah. Minggu ini sepatutnya Mama Leha perlu menghantar bapak balik tapi sebab MLM dia selalu ke sana-sini bapak lebih suka balik semula ke rumah aku. Adik mestilah suka bila ada atuk dia ada di rumah macam mama dia juga.~~



Thursday, July 12, 2012

Sujud syukur bapak

Sujud syukur bapak sewaktu aku kecil dulu kerana walau letih dan penat masih boleh membesarkan kami untuk ke sekolah dengan pendapatan tidak seberapa dari hasil jualan ini semua. Kini bapak masih juga tidak tinggal sujud syukur selepas solat kerana anak-anak bapak tidak lagi perlu menjual ini semua untuk menyara kehidupan yang kian rigid sekarang.
Bogelkan - Bersihkan semua masuk periuk besar. Curah air campur garam sikit kemudian rebus. Semua ini untuk di bawa ke asrama Nurienne sebab itulah kena buka semua baju. Boleh diagih pada teman-temannya agar tidak sesak bakul sampah asrama. Satu pesan mama asal saja jangan dihilangkan tupperwarenya sudah.
Baju jagung - Inilah semuanya kalau direbus dengan bajunya pasti boleh penuh tong sampah asrama. Kalau yang ada lembu/kambing ini juga boleh dijadikan makanan.

Berpapan-papan - Lewat seminggu banyak yang sudah masak. Petai bila terlalu tua akan hitam kulitnya dan di dalam isinya akan disaluti dengan kulit merah/oren. Tapi ada jiran aku suka yang jenis begini katanya manis.  Habuan bersama jiran-jiran.
Limau kasturi - Banyak berguguran terbiar tidak dihiraukan oleh bapak dengan bibik. Kami petik di atas pokok pun tidak terhabis. Sejak dua-tiga hari sejak balik dari kampung setiap kali makan kami buat air limau ini. Aromanya menyengat hidung.
Betik - Aku agihkan pada budak yang datang mengaji. Mana yang ibu-bapa yang makan petai sekali aku bagi juga. Untuk diri sendiri manalah termampu untuk menghabiskan. Simpan lama pun tidak boleh.

Sebenarnya ada cili, cempedak dan mangga juga aku bawa balik tetapi ianya tidak tersenarai dalam N3 ini sebab dulu kami adik-beradik tidak menjual itu sebagai sumber pendapatan keluarga.


~~ Setiap kali hasil ini dibawa balik setiap kali itu juga akan ada cerita lama menjadi habuan telinga anak. Betapa bersyukurnya anak-anak sekarang.~~


Wednesday, January 18, 2012

Mengapa resah jadinya

Setiap kali Mak Zah bertanya mahu masak apa aku kebuntuan. Tinggal empat mulut sekarang yang ada di rumah. Hubby, aku, Mak Zah dan adik. Malas benar hendak mengolah. Hubby juga aku lihat semakin hilang selera makan sejak dua anak daranya tidak ada di rumah. Ambil masa sebab hampir dua bulan cuti sekolah mereka sentiasa berada di depan mata.

Makan malam tadi - Ini saja yang kami lawankan dengan nasi putih. Itu pun masih tidak habis. Sudah seminggu juga aku tidak masak pagi sebab tengahari adik tidak balik. Dari sekolah kebangsaan adik akan terus ke sekolah agama. Malas dan kerinduan menjeruk rasa diri aku sekarang. Aku yang teruk atau anak entahlah. Mujur juga dia rajin membuat panggilan telefon.

Adik punya - Untuk adik mee goreng style mamak dengan nugget.

~~ Betapa dulu agaknya ini yang orang tua aku rasai bila 8 dari anaknya satu-persatu keluar meninggalkan rumah yang riuh-rendah akhirnya ditinggalkan mereka berdua.~~