Showing posts with label Buah. Show all posts
Showing posts with label Buah. Show all posts

Friday, December 30, 2016

Cuti di kampung yang indah - 4

Menguji sejauh mana anak-anak tahu tentang pokok.


Sewaktu membersihkan kawasan belakang rumah di kampung bersama-sama semua anak aku bertanya kepada adik pokok di atas itu. Mudah betul adik berkata "Kari! gemuk betul pokok kari Cik No kan mama". Aku ketawa lalu Kak Meen dan Kak Reen ikut ketawa sama. Mahu menguji si kakak pula aku bertanya kepadanya. "Pokok pucuk manis." Kata Kak Reen. Tambahlah buat mama ini ketawa besar. Tanya pula pada Kak Meen "Itu macam pokok yang sebelah bilik sana." Bila mama kata pokok belimbing semua gelak. Pokok belum besar itu alasan yang diberikan.

Walaupun selalu balik kampung dan memetik buahnya, tapi bila buah belum ada mereka tidak tahu lagi. Jelas anak-anak ku tidak seperti aku dulu yang lebih alert berkaitan tumbuh-tumbuhan yang ditanam oleh almarhum bapak atau almarhumah mak.

~~ "Rugi kalau ilmu yang sudah di depan mata pun masih tidak mahu ambil tahu." Itu kataku kepada anak-anak.~~

Cuti di kampung yang indah - 3

Bukan saja buah yang belum masak dirosakkan olehnya. Pokok durian belanda / sour-sop yang baru mengeluarkan bunga pun menjadi mangsa monyet-monyet yang berkeliaran. Buah yang masih muda digugurkan begitu saja. Bunganya pula di petik. Mahu bersanggul dengan bunga durian belanda agaknya si monyet betina itu😀.


Bunga - Biarpun bunga berwarna kuning tetapi buahnya berwarna hijau.

Kering - Mana yang dirosakkan pasti tidak menjadi buah. Biasanya kelopak bunga akan gugur dan bahagian tengah itu yang akhirnya akan menjadi buah. Sayangnya aku cuba membelek tidak ada satu pun yang boleh dipotretkan untuk dipaparkan di blog ini.
Muda - Lihatlah masih muda sangat dipetik dan dibaling ke bawah sebab masih belum cukup matang untuk dimakan. Kalau besar sedikit pun walau belum matang sekurang-kurangnya boleh juga digoreng macam buah sukun. Tetapi ini masih terlalu muda. 
Ada juga kami bercadang mahu melaporkan kepada pihak perhilitan tetapi rasanya jika mahu ditangkap semua monyet yang berkeliaran di kampung kami, dua bas pun tidak muat agaknya. Selagi kami masih boleh bersabar dan boleh berkongsi kami biarkan dulu. Kasihan juga sebab habitat mereka sudah diganggu-gugat dek pembangunan di hujung kampung.

~~ Monyet sudah tentu tidak ada akal, tetapi bagaimana pula dengan manusia yang berakal adakah mereka tidak takut dosa? ~~


Thursday, December 29, 2016

Cuti di kampung yang indah - 2

Sebut saja kampung terbayang di ruang mata kita suasana yang banyak pokok-pokok. Udara yang nyaman. Hijau di sana-sini. Tidak termasuk ternakan yang dibela. Begitulah juga kampung papa kepada anak-anak ku. Banyak pokok buah-buahan bermusim dan tidak bermusim ada ditanam. Tetapi memandangkan mak/abah sudah tiada lagi bila siang hari tiada siapa yang menjaga. Pokok berbuah dengan sendiri tanpa dibaja. Ada juga yang belum sempat di petik sudah hilang dari pokok. 

Bergayutan - Pokok nangka ini sudah banyak memberikan hasilnya kepada keluarga kami.
Kongsi - Tetapi belum pun masak sudah ada yang cuba menikmatinya. 
Togel - Lebih sadis semua sarung pun dia pandai koyak dan tanggalkan.
Monyet-monyet semua sebenarnya tidak boleh disalahkan sebab habitat dia sudah banyak yang musnah dek pembangunan di kawasan berhampiran pantai hujung kampung ini. Akibatnya banyak yang berlegar-legar mencari makanan di kampung berdekatan. Bukan saja rumah kami yang menjadi mangsa tetapi rata-rata jiran-jiran kami semua mengalami masalah yang sama. Sebab itu walaupun ayam kampung terpaksa di kurung bila tuannya pergi bekerja. Telur ayam tidak boleh leka pasti habis diratah mereka anak-beranak.

~~ Allah berikan rezeki untuk dikongsi tetapi ada kalanya buat kita hampa bila apa yang kita nantikan berakhir dengan kosong.~~

Thursday, December 1, 2016

Benih yang baik..

... kalau dicampak di mana pun hasilnya baik juga.
Tua - Punyalah tidak ada masa Mak Zah sehingga ulam raja ini rancak berbunga tidak dicantas. Sudah sama tinggi dengan pokok bunga kantan dan lengkuas.
Benih - Biarkan yang satu ini menjadi tua tapi bila ditabur di atas tanah akan meriah jadinya.
Satu lagi - Ini pun di simpan untuk dijadikan benih.
Menjalar - Pokok labu air ini walaupun sekadar bergayut/menumpang pokok mangga dia masih mampu memberikan tuannya hasil. Sewaktu kecil kelihatan bagaikan buah mangga sebab duduknya di atas pokok mangga tetapi bila sudah sebesar buah kelapa lihatlah di bawah.
Harapan - Sengaja ditinggalkan sebiji ini tidak dipetik kerana mahu dijadikan benih juga. Semua sudah menempah mahu benihnya. 
Tuai- Yang muda ini sudah menjadi hidangan.  Sebiji kalau dimasak tidak boleh masak semua. Sebahagian  di masak lemak, sebahagian pula masak tumis air pun sedap juga. Boleh diagih ke jiran juga.
Segugus - Ikut kata adik segugus ini jangan dipetik tunggu sehingga dia balik. Bersyukur jugalah sebab ia tidak menjadi perhatian anak-anak yang selalu ada dan burung yang selalu hinggap.  Memang rezeki adik yang ini terlindung di sebalik daun. Dapatlah adik merasa sebaik balik bercuti sekarang.

~~ Seperti juga kita manusia untuk mendapat anak yang baik kita sendiri sebagai ibu-bapa juga kena jadi baik dahulu. ~~




Thursday, October 6, 2016

Banyaknya buah-buahan di Malaysia

Dulu sewaktu alamarhumah mak mertua hidup lagi,  monyet tidaklah semeriah sekarang. Bila mak sudah dijemput Izrael, musim buah tidak terkawal lagi. Setiap pagi kelihatan di bawah pokok rambutan penuh dengan kulit rambutan bagaikan karpet merah/kuning. Buah mata kucing langsung tidak dapat merasa. Beruntung lagi kami yang tinggal di JB ini buah mata kucing masih meriah lagi sebab yang memetik tidak akan mengambil mana yang muda. Sebaliknya jika monyet yang makan  habis semuanya dipukul rata, bersih menjadi habuan dia bersama anak-cucu-cicit.

Cempedak - Sebiji ini mampu menghasilkan semangkuk besar cempedak goreng. Nasib baik ramai anak-anak mengaji yang tolong makan. Kalau kami makan sendiri sudah pasti tidak habis. Siap potong dulu bimbang sampai rumah isinya tidak banyak sebab sebelum ini Kak Reen bawa balik dua biji isinya sedikit dan kurang manis.
Merah - Makan suka tapi yang membuat malas semut punyalah banyak mengharung. Kena tuang di dalam sink dan siram dengan air banyak-banyak baru selesa mahu makan
Manggis - Agak kurang sekarang berbanding ketika almarhumah mak mertua ada. Berkongsi dengan tupai dan monyet yang tidak terkawal terutama di siang hari tidak ada sesiapa di rumah.
Keladi - Ini membeli di Air Hitam

Durian - Monyet tidak mengganggu tetapi tupai berjoget lambak dengan durian ini. 
~~ Musim buah juga buat ramai anak-anak mengaji yang batuk dan demam.~~


Tuesday, September 20, 2016

Sebuah perjalanan

Hari: Ahad 18-09-2016 (petang selepas solat zuhor)
Misi : Perjalanan menghantar adik balik ke sekolahnya

Berhenti - Biasalah bila ada VVIP atau VIP di atas jalanraya, kita yang kerdil begini kenalah ke tepi. Sebagaimana kita ikut dan taat perintah Allah, dgn orang kehormat kita kenalah hormati juga. Walau mahu cepat bagaimana pun kena ikut peraturan. lainlah kelak di Padang Mahsyar mahu meniti titian As-sirot tidak ada pengkhususan VVIP, VIP mahupun darjat.

Buluh kuning - Menarik buluh galah ini. Kuning emas dijadikan tempat berteduh seorang pakcik berjualan hasil buah-buahannya. Tetapi berat pula mulut ini mahu meminta ranting halus. Niat di hati mahu di gunakan untuk jadi penunjuk/tuding ketika mengajar anak-anak mengaji. Bila berat mulut akhirnya tidak dapatlah.
Rezeki - Lihatlah buah-buahan pakcik itu. Pernahkah kawan-kawan membeli bukan kerana mahu makan tetapi hanya kerana ada satu perasaan lain. Itulah juga yang terjadi pada kami. Berhentikan kereta membeli buah pulasan tiga kilo di sini.
Dukong - Membeli ini ketika singgah menumpang solat maghrib di Masjid Kota Tinggi. Sementara menanti hidangan yang dipesan papa membeli ini. Sedap tapi yang leceh ada getah melekat di tangan.
Sewaktu keluar dari perkarangan masjid itulah tiba-tiba kereta kami ditahan sebuah MPV Pajero. Dia menghulurkan dua plastik nenas yang setiap satu ada tiga biji di dalamnya. Rezeki Allah kami terima dengan senang hati. Terima kasih kepada yang memberi. Dia mengagihkan nenas yang tidak dijual kepada semua jemaah yang mahu keluar dari masjid. Cepat saja Allah memberi balasan. Aku berkata kepada anak "Tadi papa bagi laluan kepada enam kereta untuk melintas, cepat aje Allah balas dengan memberi enam biji nenas. Bagaikan satu kereta lepas ganjarannya sebiji nenas." Semua ketawa tapi kadang memang hal begini di luar kemampuan kotak minda kita. Balasan Allah tidak semestinya di akhirat saja. Walaupun niat di hati sekadar tidak mahu melihat jem sebelah kanan kian panjang disebabkan dia tidak dapat melintas ke sebelah kiri. Apa salahnya kita yang memandu di sebelah kiri memberi laluan untuk mereka. Masing-masing senang hati. Tidak sampai pun 5 minit.

~~ Musim buah memang sedap tapi batuk itulah yang tidak selesa.~~

Wednesday, August 10, 2016

Sesegar namanya harumanis


Harumanis - Hubby petik di tempat kerjanya. Mangga harumanis menjadi salah satu lanskap di bangunan CIQ Sultan Abu Bakar. Tiga biji sudah penuh semangkuk besar ini.
Semangkuk - Buatnya sama dengan ayam masak merah dan sup ayam untuk hidangan makan nasi tomato. Biasa semangkuk begini tidak berbaki tetapi dek kenyang makan harumanis di atas ketika makan nasi ini masih berbaki lagi.

~~ Musim harumanis belum habis, durian sudah menyusul di sana-sini.~~


Friday, July 22, 2016

Semua di luar kemampuan kita bila....

ada kalanya tanpa diduga ianya datang tanpa disangka-sangka.

Coklat - Apa pun jenis coklat di rumah kami tidak pernah ditolak. Peti sejuk di rumah tidak pernah tidak ada coklat. Baru-baru ini sewaktu ulangtahun Kak Meen salah satu hadiah yang dia dapat adalah coklat yang mirip Ferrero Rocher. Sebaik coklat itu hampir habis aku bersuara pada hubby bila shopping mahu membeli Ferrero Rocher yang original. Tetapi belum sempat pergi membeli sebab esoknya kerja boleh pula driver syarikat aku bekerja memberi ini. "Kak, ini dari Sharmine". Beliau adalah pelanggan syarikat aku di Singapore bukan supplier.  Mestilah aku terkejut. Alhamdulillah...

Orange - Sejak ramadhan berakhir aku belum membeli buah orange untuk dimakan di rumah.  Pada hari Sabtu lepas merupakan hari akhir kami berpuasa sunat syawal 6 hari. Aku bersuara kepada hubby sewaktu berbuka puasa  kerana tekak tiba-tiba teringin mahu makan orange.  Niat di hati boleh membelinya pada hari pasar malam di tempat kami.  Tetapi sedang aku berwirid selepas  solat  Isyak boleh pula jiran rumah kami memberi salam menghulur sup tulang dan orange ini.  Bagaikan dia mendengar apa yang aku inginkan. Cepat sungguh hanya beberapa minit saja Allah mahu memberi. Miracle bukan?
Tetapi ada satu yang tidak disangka-sangaka juga. Hari Khamis semalam makan malam aku masak asam pedas ikan pari dan sayur brokoli. Adalah lauk-lauk lain sebagai sampingan seperti udang aku rendang dan ikan goreng sedikit. Tengahari sebab tidak berpuasa dan tidak membawa bekal minta budak bawah tolong belikan. Sebaik dibuka bungkusan, buat aku tersenyum sebab lauk yang dibelikan adalah ikan asam pedas dan sayur brokoli juga. Hanya berbeza pada ikan yang dibeli asam pedas ikan kembung. Jadi makan malam dan tengahari aku semalam adalah menu yang sama.

~~ Allah maha pengasih dan maha mengetahui apa yang tidak kita ketahui.~~


Monday, June 27, 2016

Terung pipit dan mata kucing

Menemankan hubby melawat rumah kami yang kosong. Sengaja kami kosongkan dan tidak mahu sewakan lagi. Hubby ada perancangan lain. Di sini hubby ada tanam beberapa pokok mangga, sudah berbuah pun. Pokok rambutan kuning dan merah juga sudah berbuah. Pokok buah mata kucing, tebu dan pisang pun ada. Minggu pertama puasa tempohari hubby ada semai pokok timun, peria, cili, terung dan kacang bendi di keliling pagar. Nampaknya sudah mula membesar sebab kena pada masanya sebaik bulan ramadhan, hujan pula boleh dikatakan kerap turun. Harap-harap bolehlah menjadi. Pokok bunga talang dan kacang botor yang sedia ada juga kami biarkan terus menjalar. 

Terung pipit - Keluarga kami memanggil terung pipit ini cepokak. Ulam makan dengan sambal belacan. Anak-anak  tidak pandai makan tapi mamanya yang merupakan anak kampung jati mestilah pandai.
Tumbuh sendiri - Pokok ini sebenarnya bukan kami tanam tetapi ia tumbuh sendiri samada di bawa angin atau burung. Tumbuh berhampiran dengan pokok mata kucing yang besar, jadi terlindung dengan panas itu yang cantik buah-buahnya.
Mata kucing - Musim yang lepas buah mata kucing ini tidak terjaga. Lebih banyak sedekah kepada mereka yang jogging, budak sekolah tunggu bas sekolah dan burung-burung yang singgah. Alhamdulillah berkongsi rezeki.
Di luar pagar - Niat di hati ada masa mahu disarung buah yang di bahagian dalam pagar sebab yang diluar pagar biarlah kongsi kepada siapa yang mahu, tetapi sehingga Sabtu lepas masih tidak terbuat lagi. Ahad hubby bekerja. Pokok mata kucing ini sudah terlalu besar. Mungkin akan tiba masanya kelak terpaksa di tebang juga. Tetapi kasihan pula dengan anak-anak sekolah yang menunggu bas biasa berlindung dibawah pokok ini sambil menikmati buahnya.
Sebagaimana binatang belaan begitu juga pokok. Sayang pula mahu ditebang walau sudah terlalu besar dan bimbang memudaratkan pula. Apa yang kami nampak anak-anak lelaki suka memanjat. Kami bimbang ketika memanjat sambil mereka bermain. Bimbang mereka jatuh. Biasa kalau yang bahagian bawah sudah tidak ada buahnya mereka sanggup memanjat. Itu yang bahaya. Tunggulah samada kami tebang pokok mangga dulu atau pokok mata kucing dulu.

~~ Walaupun ada pokok sendiri kami masih juga membeli buah mata kucing dan mangga yang dijual di luar.~~


Thursday, June 16, 2016

Setem yang menggoda iman

Pada mulanya mengambil album koleksi setem kerana mahu memasukkan setem yang aku perolehi hasil kiriman postcard dari KakNoor. Sambil mencari ruang sempat membelek setem-setem yang sudah agak padat ruangnya. Tapi entah mengapa sepasang mata yang tuannya sedang berpuasa ketika itu boleh pula memandang buah ini. Salah satu buah yang mampu mengimbau nostalgia zaman aku kanak-kanak dulu. 
Jambu bol - Sebelum ramadhan tempohari jambu ini juga agak meriah di depan rumah bapak. 

Menggoda iman - Subhanallah boleh aku teringin untuk menikmatinya sebaik melihat ini. Teringat jambu-jambu yg jatun ke tanah tempohari di rumah bapak. Masa tidak berpuasa dan banyak di depan mata tidak kisah pula. Bila sedang berpuasa dan jauh dari kampung minda teringat-ingat pula.
Istimewa jambu ini ada biji yang boleh dibuat main baling-baling. Kedudukannya di tengah-tengah buah.  Boleh digunakan sebagai senjata membaling ibu ayam yang marah bila anaknya dikacau. Teman sepermainan kami yang lelaki pula menjadikan bijinya sebagai biji melastik. Itulah kisah kami dulu-dulu. Bermain tanpa halangan samada sedang berpuasa ataupun tidak sama saja. Kekuatan fizikal dan mental anak-anak dulu tidak boleh dipertikaikan. Istilah demam dek bermain dikala panas atau hujan tidak ada dalam kamus kehidupan zaman kami kanak-kanak dulu.

~~ Sesekali merenung kisah lama mampu membuat bibir ini tersenyum sendirian walau himpitan kewangan waktu itu sebenarnya ada tetapi aku tidak tahu kerana belum matang.~~


Wednesday, May 4, 2016

Makan kena beringat




  ~~ Senak perut dibuatnya.~~

Tuesday, March 15, 2016

25 things that make me happy

Banner - Mesti kena ada banner ini sebagai syarat penyertaan.
What to do? 
Create a new post + Insert picture above 
 List 25 things that make you happy 
 Mention the blog that have tagged you 
 Tag at least 5 bloggers & make sure they know they've been tagged! 
 Share your favourite quote of the week! (if none, then it'll be okay)

Senarai 25 yang yang membuat aku gembira:-

1. Bertunang dan bernikah dengan en papa pada anak-anakku
2. Pengesahan dari doktor aku hamil (dari anak pertama hingga ke tiga sama saja)
3. Saat melihat anak-anak lahir ke dunia (sakit tapi gembira tidak terkata)
4. Bila melihat anak mula bercakap dan belajar mengikut bersolat
5. Anak sudah pandai membaca Iqrak seterusnya boleh membaca Al-Quran
6. Surat Tabung Haji (2008) sahkan dapat menunaikan Haji setelah sekian lama menanti
7. Dapat tawaran bekerja selepas habis belajar (keluar sedikit dari kepompong kemiskinan)
8. Dapat membuat anak-anak didik khatam membaca Al-Quran 
9. Dapat gaji hujung bulan,  bonus tahunan dan kenaikan gaji 
10. Dapat hadiah/cenderahati/ole-oleh tidak kira daripada siapa pun
11. Membeli rumah yang pertama. Walaupun kecil tetapi sangat bermakna.
12. Boss menghargai apa yang dipersembahkan
13. Mendapat kelulusan dari apa juga permohonan yang dibuat ke pihak tertentu
14. Menggembirakan seseorang hasil pemberian kami (contoh: masa Hari Raya - puas rasa)
15. Melihat anak-anak berjaya cemerlang dalam pembelajaran / pertandingan
16. Hubby memberikan sesuatu tanpa disangka-sangka
17. Mencuba resepi baru dan hasilnya dinikmati seisi keluarga
18. Melihat bapak sembuh dari penyakit/sakit/demam (sujud syukur lagi)
19. Melihat gambar-gambar lama ketika masih berkumpul adik-beradik
20. Balik kampung
21. Tanaman yang membuahkah hasil (buah/bunga/pucuk/daun dan sebagainya)
Nenas Philippine - Pokok nenas ini aku tanam guna jambulnya bukan sulor tepi buah. Sudah dua tahun baru berhasil. Gembira sudah pasti sebab tanamnya di tepi sebelah longkang tempat aku bekerja saja. Tidak sangka Allah memberi rezeki jua akhirnya. Aku sedang menanti mana tahu akan keluar sulor tepi buah boleh tanam lagi.

22. Melihat hasil mengemas rumah/pejabat menepati seperti yang dikehendaki
23. Membaca blog kawan-kawan yang ada budak-budak atau baby comel
24. Memandu kereta di laluan yang sangat-sangat tenang tanpa gangguan traffik
25. Bertemu sanak-saudara

Huh! selesai juga akhirnya aku tunaikan apa yang dikehendaki hasil kena tag Huda Cik Manisah Lesing:) Namun syarat terakhir untuk 5 orang perlu di tag berikut adalah nama-nama pilihanku ini:-


Aku tinggalkan kata-kata berikut sebagai renungan bersama:-

~~ Apa pun juga yang kita miliki tidak akan kekal abadi. ~~





Thursday, October 29, 2015

Harta dunia yang akan ditinggalkan

Sementara masih bersisa usia diberi, biarlah jika ada yang mahu ditinggalkan semua dalam keadaan selesa dan mengikut keperluan semasa. Rumah yang baru kami beli tempohari atas nama Kak Reen sudah selesai semua urusan pindah-milik. Walaupun tidak ada papan tanda atau kenyataan untuk di sewa tetapi sudah terlalu ramai yang merisik dan bertanya. Begitulah keadaan di sini. Permintaan untuk menyewa rumah tersangatlah tinggi. Kasihan bila melihat yang datang sehingga merayu-rayu sebab sudah terlalu suntuk dan amat terdesak untuk mencari rumah. Namun sebagai tuan empunya kenalah juga beringat apakah apa yang mahu diberi setimpal dengan bayaran yang dikenakan.

Bersepah - Kalau masuk ke dalam memang berselerak dengan barang sebab dalam proses membaiki cornice, tukar lampu dan mengecat baru.

Siling - Disebabkan ada roof-tiles yang tertanggal akibatnya cornice rosak sebab terkena air.

Cat baru - Sudah bertukar warna dari merah bata kepada warna putih/kelabu supaya kelihatan lebih cerah. Baki-baki cat akan kami guna untuk rumah lain, jadi tidak adalah istilah membazir.  Kipas lama dibuka.
Cornice baru - Sudah diperbaiki cornice yang rosak dan tukar dari lampu down-light  ke lampu cerah-putih empat segi dan kipas siling. 

Sink - Masih belum diperbaiki lagi. Menurut hubby perlu ditukar ensel cabinet bawah sink kerana sudah hampir tercabut.
Porch - Sebelum ini berpagarkan BRC yang kotak-kotak boleh nampak luar. Buat begini mereka yang mahu duduk adalah sedikit privacy. Menurut hubby malam tadi ini juga sudah siap keseluruhannya dan siap bercat juga.
Raja Udang - Hari Sabtu lepas sewaktu sedang duduk-duduk menemankan hubby memasang lampu dan menikmati bubur kacang merah, boleh ternampak pisang jiran sebelah. Lama sungguh aku tidak melihat/makan pisang ini. Kami bercadang akan menanam pokok jambu atau mata kucing di atas sedikit ruang tanah untuk rumah ini daripada kosong tidak ada apa-apa.
Selepas selesai memperbaiki rumah ini barulah kami bercadang untuk beralih ke rumah yang corner lot. Dua rumah ini masih kosong tetapi sudah ramai yang 'meminang'nya. Tetapi kita sebagai penyewa kenalah adil agar apa yang diberi kepada mereka setimpal dengan apa yang mereka bayar kepada kita. Maklumlah rumah di JB ini rata-rata duduk di atas kayangan. Kalau dapat menyewa rumah bawah mereka lebih selesa. Kereta boleh terus parking masuk di porch dan pagar berkunci. Menurut hubby 1hb November, ini sudah ada yang mahu masuk. Esok sudah boleh dicuci dan harapnya yang akan masuk dapat tinggal dengan selesa.

~~ Menyewakan rumah pun ada risiko. Seperti ada satu rumah kami sudah tiga bulan masih belum dibayar sewanya. Mahu bertanya kasihan pula sebab kita tidak tahu masalah mereka. Tekanan hidup kian menghimpit.~~


Tuesday, September 22, 2015

Berpantun dengan mata kucing

Jahatnya hati yang terdetik
sudah merajuk lagi bermegah
hari-hari ada yang memetik 
termasuk juga gagak yang singgah

1. Belum besar sangat tapi ingin merasa
Dingin hubungan dek bahasa
tamsil ibarat tidak peduli 
teringin juga untuk merasa
hasil dari tangan sendiri

2. Walau begini sudah ramai yang menikmati bersama sebab duduknya di luar pagar
Senyum terukir biar segar
rakan mendamping suka jadinya
duduknya pun diluar pagar
kongsi saja makan sama-sama


~~ Dua daripada rumah-rumah yang kami sewakan ada pokok mata kucing ini.~~


Wednesday, September 2, 2015

Buah apakah ini?

"Wahai sekelian manusia makanlah dari apa yang ada di muka bumi yang halal lagi baik." Surah Albaqaroh: ayat 168

Macam duku tetapi saiz sebesar buah epal
Macam manggis tetapi isinya tidak licin 
"Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa." Suroh Thoha:132.

~~ Sebenarnya seumur hidup aku ini baru pertama kali melihat dan merasanya. Maha berkuasanya Allah.~~

Wednesday, May 13, 2015

Mana satu pilihan hati

Mangga kulit purple

Kak Meen ingin merasa

Mama punya

Kak Meen punya

Papa kongsi dengan mama

Adik punya

Penghilang dahaga kami

~~ Banyaknya nikmat Allah buat hambaNya.~~