Kisah pada hari Khamis, 05-06-2014 sebelum bertolak ke Terengganu kami ke Kluang. Tujuan kami kerana mahu memperbaharui kad pengenalan. Lebih memudahkan kerana bangunan kerajaan di sini disenggara oleh syarikat hubby bekerja. Mudah kerana kami sudah tinggalkan dokumen dikehendaki lebih awal. Datang hanya mengambil setelah siap kesemuanya. Hanya Kak Meen punya tergendala sebab dikatakan cap ibujari karinya tidak sama dengan yang asal. Kena tunggu sebulan. Bila hubby melawat ke sana bolehlah ambil kemudian. Mama, Kak Reen dan Mak Zah punya siap tidak sampai sejam. Idea tidak membuat di Johor Bahru agak memakan masa panjang sebab ramai yang berkunjung.
 |
Kluang Rail Coffee - Sementara menanti kad pengenalan siap kami ke sini. Niat di hati mahu mencuba makan di sini yang selalu diperkatakan hingga masuk dalam program JJC di tv3 tapi sayangnya hari Khamis pula ia tutup. Tidak ada nasib. |
 |
Lengang - Patutlah ketika tiba mudah benar untuk mendapatkan tempat parkir. |
 |
Jus asam jawa
Saidina - Kami duduk di satu warung berdepan dengan stesen keretapi
tersebut. Ada juga nasi lemak dan makanan untuk sarapan seperti biasa. |
 |
Jam 10:30 pagi
- Kak Meen makan lontong. Mama, adik, Kak Reen dan Mak Zah makan nasi
lemak. Papa pula memilh roti canai. Air asam tersebut tidak kami sentuh
sebab tidak terbuka pula rasa keinginannya. |
 |
Jabatan Pendaftaran Kluang - Tidak sampai satu jam kami sudah beredar meninggalkan pejabat ini dan beredar menuju destinasi seterusnya. |
Warna biru kad pengenalan yang baru lebih manis warnanya berbanding yang lama lebih cerah. Bahagian hadapan kini ada dipaprkan dua gambar kita, satu kecil di bahagian tengah dan satu lagi di posisi yang sama dengan yang lama. Sebagai rakyat rasa lega bila apa yang disarankan sudah ditunaikan.
~~ Kad pengenalan hanya sekadar memenuhi kehendak dunia tapi kad pengenalan di dunia yang satu lagi sendiri kena sediakan dari awal arah mana mahu dituju. Sebagai manusia kenalah kita seimbangkan dunia dan akhirat.~~