Showing posts with label Zakat. Show all posts
Showing posts with label Zakat. Show all posts

Friday, July 26, 2013

Zakat dan sedekah

Islam itu ditegakkan atas lima dasar: Menyaksikan bahawa tiada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, menunaikan solat lima waktu, membayar zakat, berpuasa di bulan ramadhan dan menunaikan ibadah Haji (Riwayat: Tarmizi dan lain-lain).
Resit - Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah menetapkan zakat tahun ini adalah RM8/- seorang

Untuk anak yatim - Jawatankuasa penyelaras anak-anak yatim setiap tahun juga menyediakan ini. Kesian amil kalau kita derma 5-10 ringgit  ringgit kena koyak resit banyak kali. Mudah kalau derma satu/dua/tiga buku sebab sehelai baru seringgit. Namun sedekah ini terpulang pada masing-masing bukan diminta oleh amil pun.
~~ Ambillah zakat dari harta mereka, guna membersihkan dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doamu itu menumbuhkan ketenteraman jiwa bagi mereka. (At-Taubah: 103) ~~


Saturday, July 13, 2013

Bersedekah sebelum berzakat

Sedekah dan zakat berbeza antara jumlah dan nilai. Bersedekah tidak ada had dan nilai terpulang kepada empunya diri berapa yang ia mampu dan mahu. Tetapi zakat ada kiraan yang perlu diambil tahu. Begitu juga bentuk pemberian sedekah dan zakat. Kalau mahu bersedekah apa saja yang mahu diberikan kepada yang dia mahu berikan boleh saja tidak ada had. Namun zakat ada nilai tertentu dan had seperti duit dan makanan asasi. Tidak adalah zakat dengan panadol, nasi lemak atau sebagainya.
Gambar Amalan Sunnah yaitu Perbanyak Sedekah di Bulan Suci Ramadhan
Memberi dan menerima - Gambar dari google

Begitu juga dari segi masa. Kalau mahu bersedekah bila-bila pun boleh. Siang-malam-pagi-petang semua boleh. Setiap hari juga boleh tidak seperti zakat. Kalau zakat harta/binatang/tanaman kena ada kiraan jumlah dan masa (cukup haul). Begitu juga zakat fitrah dari awal ramadhan sehingga sebelum solat aidilfitri. Kalau dikeluarkan zakat fitrah selepas solat aidilfitri jadilah ianya sebagai sedekah.

~~ Kalau kita ada kelebihan bersedekahlah disamping jangan lupa untuk berzakat di atas kemampuan yang kita miliki.~~

Friday, August 10, 2012

Tiada niat untuk menghampakan tapi kami curiga

Seperti biasa sebaik habis solat maghrib seisi rumah akan bertadarus sementara menanti waktu Isya'. Hubby keluar ke masjid awal kerana mahu mengisi minyak motor yang Mak Zah selalu guna untuk mengambil adik balik sekolah. Tidak lama kedengaran sayup-sayup suara perempuan memberi salam. Selalu adik cepat saja dengar tetapi kerana khusyuk mengaji dengan suara agak kuat dia tidak mendengar dan terpaksalah aku keluar.

Wanita itu duduk di sebelah taman perumahan kami. Seingat aku bagaikan pernah melihat wajahnya tapi tidak begitu cam. Bila dia tanya Pak Imam ada lantas aku kata hubby telah ke masjid. Namun musykil bila berkali-kali dia mahu berjumpa Pak Imam sedangkan hubby bukan imam lantikan sekadar kalau tiada imam bolehlah dia tolong ganti-gantikan. Setelah berkali-kali aku bertanya apa tujuannya baru tahu dia mahu meminjam duit. Sepantas kilat aku teringat ramadhan tahun lepas wanita ini juga yang datang meminjam duit mengatakan tiada duit untuk membawa anaknya ke klinik. Hati kami memang mudah luntur bila sebut budak sakit. Kali ini dikatakan dia perlukan duit untuk ziarah orang tuanya. Namun aku tidak panjangkan perbualan kerana hubby tidak ada lalu dia pun pergi dengan kereta kancilnya.

Hubby balik terawih baru aku tahu wanita ini menggunakan bulan ramadhan meraih simpati pada mereka yang agak boleh memberi. Biasalah kita membantu pada yang susah. Namun hubby sudah ikhlaskan duit yang dia pinjam pada tahun lepas cuma kali ini kami mohon maaf kerana lebihan dari yang kami agihkan telah kami serahkan pada pusat zakat.


~~ Bukan mudah mahu mengenali hati budi yang jujur atau tidak. Apa lagi di bulan mulia ini kita beranggapan semua umat berlumba-lumba mahu menambah saham akhirat.~~


Thursday, August 9, 2012

Bukan semua yang kita miliki adalah hak kita

Lihat dengan mata hati tapi jangan ikut perasaan. Itu kata hubby sebaik barang-barang diserahkan padanya. Bukan mudah untuk kita dipertemukan insan seperti ini sekarang. Hubby tahu keluarga ini layak menerima zakat harta kami. Melihat situasi rumah yang terlalu dhaif buat airmata ramadhan luruh. Si suami telah berusia dalam lingkungan 50an dan kodong sebelah  kaki akibat kencing manis dan kelihatan sebelah lagi ada tompok-tompok hitam, isteri pula dalam lingkungan 30an (jodoh mereka usah dipertikaikan) bekerja sebagai pembersih di syarikat berdekatan dengan tempat hubby bekerja, anak berumur lima dan tiga tahun. 

Ketika tiba si isteri tiada kerana bekerja lebih masa. Anak 'dijaga' suami yang terlantar. Istilah jaga tapi pada pandangan kami bagaikan terbiar. Makan-minum pun diuruskan sendiri. Bahkan anak yang berusia 5 tahun itulah yang membantu membuang najis si bapa. Si adik berbaju tanpa seluar. Anak itu tidak ada rasa malu berbanding kalau anak kita pastinya entah kemana bersembunyi bila ada yang melihat diri berbogel. Staff hubby yang malu tolong ambilkan dan sarungkan seluar. Mujur si anak tidak nakal atau berkeliaran keluar. Maha kaya Allah si anak tahu si ayah terlantar mereka hanya bermain di dalam rumah yang terlalu uzur. Melihat sorotan mata anak itu tahu betapa teringinnya dia mahu menikmati potato chips dan jajan-jajan  yang ada dalam bungkusan. Hubby bukakan satu untuknya dan terus mereka duduk menikmatinya. Bayangkan kalau anda berada di tempat itu? Boleh tahan air mata dari tidak luruh?

Buat si adik - Lama sudah aku tidak membeli baju comel-comel macam ini.  Baju anak-anak aku dulu kebanyakannya telah dibawa bibik-bibik aku balik ke Indonesia sebab dulu aku tidak berjumpa orang susah begini.
Untuk si abang - Baru aku tahu baju budak lelaki lebih mahal dari budak perempuan. Satu t-shirt boleh beli sepasang gaun anak perempuan. Tetapi budak lelaki aku tiada pilihan selain t-shirt dan seluar (anak aku semuanya perempuan).

~~ Sesungguhnya dalam kita menikmati kehidupan yang amat selesa masih ada lagi insan yang memerlukan bantuan. Paling aku bimbang ada hak yang aku nikmati seharian sebenarnya adalah hak mereka ini. Bersama kita renungkan.~~

Monday, July 30, 2012

Kembar amalan solat adalah zakat

Hari Sabtu dan Ahad dipergunakan sepenuhnya bertemu anak-anak di asrama. Mereka tidak boleh keluar tetapi sebelum menjengah aku sudah membelikan makanan untuk mereka makan ketika ifftar. Lama sudah hidup bersama mama-papa tahu makanan kegemaran anak. Sayangnya Kak Yasmien memberitahu rendang untuk dimakan bersama ketupat telah basi sebelum di makan. Nasib baik ayam masak merahnya tidak basi sama. Air untuk Kak Yasmien kami belikan cool-blog. Kak Nurienna pula air durian belanda katanya tidak ada rasa durian belanda langsung dan tawar. Katanya mungkin orang yang menjual lupa mencampurkan gula. Sedih juga bila dapat tahu.  nasib baik ada air asam boi dan yong -taufunya sedap. Kuih-kuih semuanya tidak ada masalah. Biasalah bila membeli dan bukan buat sendiri.

Tuntutan - Sebagai umat Islam en hubby semalam menjalankan tanggungjawabnya membayar zakat melalui  'amil yang duduk di bazar ramadhan.  Suami-isteri + tiga anak + Mak Zah semua sekali enam.  Negeri Johor tahun ini memberi dua pilihan sebanyak RM5/- dan RM8/-. Diri sendiri kena pertimbang di kategori mana kita berada.