Seronok juga melihat dan membaca buku yang dibekalkan kepada peserta. Angka-angka disebut secara singkat seperti satu jadi tu, dua jadi wa, tiga jadi ga, empat jadi pa, lima jadi ma, enam jadi na, tujuh jadi ja, lapan jadi ka, sembilan jadi lan dan seterusnya. Kependikan sebutan angka ini boleh jadi mainan. Contohnya jika 4412735512 bila disebut jadi pa pa tu wa ja ga ma ma tu wa. Balik dari kem pada hari pertama anak-anak aku ketawa menggayakan nombor-nombor yang disingkatkan itu.
Keratan Akhbar - Melalui keratan akhbar ini jugalah yang diperolehi anak dari sekolah lalu membawa dia ke kem tersebut. Salinan asal yang diperolehi sudah tidak jelas, ditambah pula kamera aku inilah dia perolehannya.
Buku - Inilah buku yang dibekalkan kepada peserta kem
SK Taman Bukit Kempas - Sehari sebelum mendaftar kami sudah menggoogle di mana lokasi sekolah ini. Jauh juga dari jalan utama.
Penjaga - Ramai penjaga beratur menunggu giliran mendaftar. Hari pertama kelas bermula jam 10:00 pagi disebabkan ramai yang datang dari jauh tidak dapat berjumpa lokasi sekolah. Ada yang datang dari luar negeri Johor dan menginap di hotel. Pasangan gambar di atas inilah yang membantu aku menumpangkan anak untuk ke sekolah tersebut kerana beliau bekerja di Celcom, Kempas dan ianya laluan beliau untuk ke tempat kerja. Anak beliau juga satu kelas dengan anak aku.
Gurau - Kami dapat mendaftar seawal jam 8:45 pagi lagi. Sementara menanti kelas, keadaan hujan lebat membuat adik dan kakak duduk di kantin sekolah ini sambil menikmati mee hoon yang mama goreng dan donut yang dibeli di Angsana malam sebelumnya.
Jom kita main-main macam anak-anak aku. 5537730437 cubalah cari apa dia bunyinya? Tiada hadiah diberikan, sekadar mencerna minda seketika........