Friday, January 30, 2015

Titipkan doa buat mereka yang pergi

Berusia 48 tahun lebih kurang usia hubby saja tetapi sudah dijemput Izrael untuk meninggalkan dunia yang sementara ini. Kami berdua terkenang hajat allahyarham sebelum pergi.  Sudah lama beliau menempah rumah sewa kami sebaik diketahui penyewa kami yang ada kini akan berpindah rumah untuk mengikut anak keduanya yang sudah mempunyai bayi untuk dijaga. Allahyarham merupakan sahabat masjid/surau hubby. Menjalankan business alat pemadam api - fire-extinguisher. Bertambah erat dengan hubby kerana selalu hubby memberi peluang business kepadanya. Tiga hari sebelum beliau pergi hubby berkata ada bertemu di masjid sewaktu tazkirah Isyak. Hari berikutnya bertemu di surau taman sebelah perumahan kami. Boleh bergurau lagi apabila dia menepuk belakang hubby ketika tazkirah baru hendak bermula, lalu akhirnya duduk bersebelahan. Hari ketiga malam itu sekali lagi di masjid ketika berwudhuk di malam majlis maulidurrasul. Pagi selepas majlis maulidurrasul itulah beliau dikatakan dijemput Izrael lalu meninggalkan kami sahabat-handai serta sanak-saudaranya.

Terlalu mudah perginya seorang hamba Allah yang begitu baik, luhur dan murah dengan senyuman. Sewaktu hidupnya sangat mendamaikan sahabat-sahabatnya. Perginya dia meningalkan kesan kasih dan ukhuwah yang sukar digambarkan. Kami kehilangan sahabat yang baik. Isteri dan anak-anak kehilangan tempat bergantung kerana isterinya tidak bekerja. Harapan kami moga businessnya masih boleh diteruskan oleh isteri dan anak sulungnya.

Jika mengikut perancangan beliau akan menyewa rumah kami pada bulan Februari ini. Sekiranya hajat itu mahu diteruskan oleh isterinya sungguh kami tidak ada halangan.Agak terkilan juga buat aku dan hubby namun ketentuan Allah tidak siapa mampu menidakkannya bila beliau tiba-tiba pergi buat selama-lamanya. Doa dari kami sahabat-handai dan saudara-mara semua semoga roh Allahyarham Latif ditempatkan bersama kalangan para solihin.

~~ Usia dan kesihatan bukan pengukur bila ajal akan tiba. Begitulah pengakhiran selepas 327 hari hilang, pengumuman khas semalam sudah mengisytiharkan MH370, bahawa kesemua 329 orang yang berada di dalamnya dikatakan menjadi nahas korban kemalangan. Doakan buat semua mangsa. ~~

Thursday, January 29, 2015

Pengusaha berjaya dari Batu Pahat

Selain lotion allano produk Amway, keluarga kami sangat sinonim dengan penggunaan minyak sakal putung serai wangi Warisan Dakam. Dari dulu aku kecil-kecil lagi minyak urut ini sudah sebati dalam kehidupan seharian kami. Sakit perut, kena gigit nyamuk, gatal kena daun serai (dulu main sembunyi-ibu pokok serai pun jadi tempat sembunyi - dahsyat budak dulu), urut bila terseliuh, kembung salah makan dan apa juga yang dirasakan boleh diguna-pakai minyak serai wangi inilah jadi sasaran. Tetapi dulu kami panggil minyak Wak Dakam. Sekarang sudah dikomersialkan nama sudah berubah tapi bau dan kehebatannya masih kekal sama.

Ada kelulusan - Jangan takut walaupun agak panas bila disapukan tetapi dalam beberapa minit kemudian akan terasa sejuknya. Itulah istimewanya minyak Warisan Dakam ini.
Nama komersialnya - Minyak Sakal Putung Serai Wangi bersama gambar warisan dari dulu hingga kini. Aku rasa mungkin inilah wajah Wak Dakam yang memulakan ujudnya minyak istimewa ini.
Malaysia Best - Tersenarai dalam produk keluaran terhebat di Malaysia.
Selain Hajjah Faiza Bawumi Bt. Syed Ahmad pengeluar beras Faiza yang sudah tidak asing lagi, tidak kurang Wak Dakam juga terkenal dengan minyak istimewanya ini. Menjadi kebanggaan penduduk Batu Pahat pastinya. Kalau di Muar ada Mee Bandung istimewa, di Batu Pahat ada Nasi Beryani gam. Kalau makan terlebih jangan bimbang sakit perut, sapu saja minyak sakal putung serai wangi Wak Dakam ini, pasti sebaik sembuh dari sakit perut, sepinggan nasi beryani akan diminta lagi. Hebat penangan Batu Pahat:)

~~ Minyak Wak Dakam inilah yang selalu hubby gunakan untuk mengurut bapak.~~



Wednesday, January 28, 2015

Bila mama letih dan penat


~~ Telefon Pizza Hut tolong masakkan dan hantar rumah.~~

Tuesday, January 27, 2015

Aduhai bapak...

Semalam - Belum pun kaki menapak menuju tangga untuk menuju bilik pejabat, telefon bimbit di dalam beg tanganku menyanyi-nyanyi. Bila waktu begini bunyinya pasti cepat saja tangan mencapai. Kakak aku yang menghubungi berkata bapak tidak sihat. Baru malam itu dihantar balik atas kehendaknya Isnin pagi sudah menelefon mengatakan dia tidak sihat semula. Mama Leha (panggilan anak-anak pada kakak aku) berkata sebenarnya bapak mahu menelefon aku tapi tertelefon dia. Bapak selalu tersilap memanggil kami anak-anak sudah sedia maklum. Setelah diberitahu mama Leha tahulah aku yang bapak teringin ke rumah aku tapi tidak mahu menyusahkan mama Leha agaknya lalu disuruh hantar balik rumah kampung dulu. Aduhai bapak..

Pokok cili bapak - Terlanjur tiba di kampung tengahari semalam aku jenguk belakang rumah. Cili tinggal sedikit sebab sudah dipetik Abah Din (panggilan anak-anak pada abang aku) dan Mama Leha yang baru balik.
Cili padi berbagai bentuk - Dapatlah juga sebekas bekas yang selalu diguna untuk membeli air tauhu dari beberapa pokok yang ada.
 
Bila hati tidak senang memikirkan bapak, semalam setelah agih serba-sedikit kerja dipejabat aku keluar, ambil Kak Reen di rumah untuk menemankan aku balik ke kampung. Tiba di kampung aku lihat bapak sudah siap berkemas dengan beg baju dia. Sihat-walafiat, Alhamdulillah - aduhai bapak. Hati kita yang sudah ingatkan dia betul-betul tidak sihat. Tidak mengapalah. Bila di dalam kereta baru aku tahu dia mahu en hubby mengurut badanya yang sakit-sakit. Menurut mama Leha manalah tidak sakit usia yang hampir 90 tahun masih semangat/gigih menanam pokok pisang sehingga 20 pokok! Bukan tidak ada pekerja tapi itulah bapak.
Limau kasturi - Juga tinggal sedikit sebab sudah dipetik Mak Zah dan abang Din hari Jumaat lepas.
Balik dari kampung aku singgah di fast food lalu drive thru saja sebab Kak Reen teringin aiskrim. Aku pula tidak sedap hati lalu membelilah sekali empat set burger. Tapi tanpa disangka-sangka boleh bapak bila disua aiskrim Kak Reen terus dia kata sedap. Kerana kasihan Kak Reen kata "Tak apalah tok, makanlah." Aku senyum sebab tidak sangka pulak bapak sukakan aiskrim tersebut sebab bapak tengah batuk. Serba-salah aku dibuatnya. "Kesian atok kan mama, tak apalah esok malam boleh beli lagi". Nasib baik Kak Reen sudah matang. Tapi dalam hati aku tersentuh juga. "Bapak sudah tidak macam dulu". Sedih juga tapi aku bersyukur bapak sangat sihat dan boleh beribadat mengalahkan orang muda.
Petai - Boleh bapak suruh lagi pekerjanya memetik petai. Apabila Kak Reen bertanya "Atok nak jual kat mana ni tok?" Dia menjawab "Eh... bawa rumah JBlah". Aduhai bapak banyaknya manalah termakan oleh kami.
Tiba di rumah kami - Sampi rumah keluar bonet boleh ada labu lagi. Masa bila ianya masuk di dalam bonet kereta aku pun tidak sedar. Semalam petang juga aku agih pada jiran-jiran petai-petai itu.
Malam tadi balik dari masjid dengan hubby tertunailah sudah hajat bapak mahu berurut dengan menantunya. Bapak kecil saja saiznya dan mudah untuk hubby mengurut. Selepas berurut kelihatan leganya bapak sebab tidurnya lena sehingga pagi. Solat tahajjud pun rasanya tidak dibuat kerana terus terlena sehingga subuh. Itu pun Mak Zah yang tolong kejutkan.  

~~ Mudahnya kami menjaga bapak sekarang berbanding dari kesusahan bapak dulu mendidik dan membesarkan kami lapan beradik dalam himpitan kemiskinan.~~




Monday, January 26, 2015

Merotan dan eksperimen di rumah

MEROTAN - Isu terkini yang hebat  sehingga ada yang membantah dan tidak kurang menyokong saranan akta supaya tidak merotan anak. Untuk pengetahuan teman-teman di rumah aku ada sebatang rotan yang bahagian hujungnya sudah pun pecah. Tetapi rotan aku tidak pernah aku gunakan untuk merotan anak-anak. Bunyi rotan yang aku sebatkan ke dinding, meja dan lantai sudah cukup membuat anak-anak gerun. Sehingga ada kalanya suara untuk mengaji pun jadi perlahan. Rasulullah juga ada menggantungkan rotan di dinding rumah baginda.

Tidak perlu dirotan - Apabila sudah memohon kebenaran mana mungkin akan dimarah. Ros kuning mama dijadikan eksperimen anak. Di gunting sekuntum dan dibawa masuk ke dalam biliknya
Merah - Pewarna merah untuk buat kuih di dalam fridge dibancuh dengan air lalu dimasukkan ke dalam botol mineral seperti ini.
Dua hari - Cecahkan tangkai bunga sehingga mencecah pada air merah tersebut
Pink - Ros kuning mama menjadi warna pink. Sehingga entri ini dibuat pagi ini aku lihat bunga ini masih lagi berada di meja tulis di dalam biliknya.
Ros merah - Mahu bereksperimen dengan ros merah ini untuk dijadikan hitam tapi mama tidak benarkan. Macam rugi saja sebab warna cantik jadi tidak menawan kalau hitam jadinya.
Seandainya merotan sehingga menimbulkan kecederaan walau tidak ada akta pun rasanya memang wajar diambil tindakan. Tetapi kalau motifnya adalah untuk mendidik demi kebaikan apalah salahnya. Aku masih ingat lagi ketika berada di dalam darjah 5 satu kelas kena rotan gara-gara salah seorang kawan lelaki kami main campak-campak cicak yang telah mati membuat kelas riuh-rendah. Bila cikgu masuk kelas semua kena berdiri di atas kerusi, tadah tangan dan rotan cikgu hinggap di tapak tangan kami. Aku menangis waktu itu. Masih kejap dalam ingatan tapi tidak ada seorang pun mak-ayah yang datang untuk menyangsang cikgu kami. Tapi yang jelas kami semua menjadi 'orang' tidak ada yang kecundang.

~~ Renungkan hadith ini - Perintahlah anak-anak kamu dengan solat ketika berumur 7 tahun dan rotanlah mereka jika tidak solat apabila berumur 10 tahun.~~


Friday, January 23, 2015

Ar-Rohman dan Ar-Rohim

Santai-santai di hari Jumaat ini.

Mengeluh dan rasa bagaikan kecewa apabila doa dan harapan tidak juga kesampaian. Bagaikan ada sesuatu yang menyekat setiap apa yang dipohon. Puas mencari salah dan silap diri masih menemui jalan buntu. Cuba kita renungkan anak yang kita belai dari lahir sehingga membesar, sehingga pandai menilai yang mana satu baik dan buruk. Sewaktu kecilnya dulu ketika kita bergelumang menjahit dengan jarum dan gunting bila anak mahu bermain dengan jarum dan gunting adakah kita memberikan kepadanya? Aku pasti tidak ada seorang ibu pun yang sanggup dan rela hati memberikan gunting dan jarum kepada anak seusia 1-3 tahun sebagai permainan. Tidak memberi bukan bermakna tidak sayang. Semua ini adalah atas dasar rasa kasih-sayang yang mendalam kepada anak tersebut. Tetapi sekiranya anak meminta susu pasti dengan cepat akan disediakan. Itulah tanda kasih dan sayang ibu.
Al-Quran milik anak-anak - Semua apa yang kita cari ada di sini. Perlahan-lahan kita mendidik hati. Mentadabbur isinya dengan istiqamah sebab tidak semua yang kita mahu dapat diperolehi dengan mudah.
Oleh yang demikian apabila setiap doa dan permohonan belum kesampaian bukanlah bermakna Allah tidak sayangkan kita. Sesungguhnya sifat Ar-Rohman dan Ar-Rohim itu milik Allah. Setiap kali mahu melakukan apa juga kerja mulut menyebut basmallah "Bismillahirrohmanirrohim". Tetapi adakah kita benar-benar telusuri makna di sebalik basmallah itu. Lalu percayalah harapan yang belum kesampaian itu bukan bermakna Allah tidak sayangkan kita. Banyak sudah landasan diberi mengapa doa tidak kesampaian. Selidik dalam diri kita. Mohon keampunan andai ada tersasar anggapan. Cari hikmah mungkin akan ada yang lebih baik akan diberikan olehNya. Kitab Allah banyak memberi panduan untuk kita semua.

Renungkan ayat Allah ini -  "Kami tidak akan membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya. Dan pada sisi Kami ada satu kitab yang membicarakan kebenaran dan mereka tidak dianiaya" (Suroh Al-Mukminun:62).

~~ La haulawala Quwwata Illabillah - tidak ada daya dan upaya kecuali Allah subhanahu wata'ala.~~




Thursday, January 22, 2015

Tradisi makan di dalam talam/dulang

Boleh dikatakan sekurang-kurangnya dalam sebulan adalah tiga hingga empat kali aku berpeluang makan di dalam dulang ketika berada di masjid. Apabila ada jemaah yang mahu bersedekah sebelum majlis tazkirah, dapatlah kami menikmati hidangan berjemaah juga. Apa pun hidangan pasti terasa sedap belaka. Biasanya satu dulang/talam aku akan berkongsi makan bersama Mak Zah, Kak Meen dan adik. Jika anak-anak mahu makan bersama kawan mereka maka bertukarlah teman sedulang kami.

Sabtu lepas - Contohnya beginilah yang kami makan pada hari Sabtu yang lepas. Nasi putih, ayam goreng, daging beryani, pencuk nenas+timun+sengkuang dan sambal belacan.
Kebiasaan jika di tempat kami sini, dulang besar akan dialas dengan plastik dulu sebelum disendukkan nasi dan lauk-pauknya. Cara ini adalah bagi memudahkan kepada pihak noja masjid mengemas. Sebab itu kami galakkan jika tidak habis makan bungkus saja bawa balik bagi kucing makan. Oleh itu dulang tidaklah kotor ketika membersihkanya. 
Ukhuwah - Kami makan bersama-sama di beranda yang terletak di luar bilik solat wanita.
 
Kami minum juga menggunakan gelas polystyrene. Habis minum masukkan dalam plastik hitam yang disediakan di tepi meja dimana balang air disediakan. Biasa air yang disediakan dua jenis sejuk dan panas. Pilihlah mana satu yang digemari. Jika anak-anak biasanya air sejuk tapi orang dewasa lebih kepada air panas.  
Sejadah dan telekung - Bila tiba waktu menjamu selera kami tinggalkan saja di tempat solat begini sementara menikmati hidangan. Alhamdulillah sehingga kini belum ada masalah dan masing-masing sudah tahu untuk kembali mencari tempat asal.
Sebenarnya apa yang menambah selera makan berjemaah ialah kami makan bersama-sama. Berdoa bersama-sama. Tidak ada sembang kosong sebab selepas makan akan bersambung untuk solat Isyak. Selepas Isyak pula ada tazkirah. Habis tazkirah balik rumah.

~~ Petua bapak jika mahu hubungan kekeluargaan erat makanlah sekeluarga di dalam dulang seperti ini.~~

 

Wednesday, January 21, 2015

Renungan di bulan Rabiulawwal - 2


Untuk anak-anak mari bersantai bersama makcik lagi boleh? Memandangkan hari ini hari terakhir Rabiulawwal 1436H makcik mengambil kesempatan sekali lagi. Sambil mentelaah buku yang masih baru dan wangi apa salahnya jeling seketika entri tentang 'superhero' kita ini.



Sebaik saja anak-anak membuka rancangan televisyen makcik percaya ramai yang tidak dapat lari dari meminati program katun yang kebanyakannya memaparkan super-hero menipu belaka. Hulur tangan keluar 'power', terbang laju, lompat pun tinggi, boleh berpusing keluarkan angin dan macam-macam lagi yang super. Makcik faham benar jika watak super-super itu dipaparkan di televisyen, masing-masing sudah tidak kisah untuk melihat program yang lain. Kalau boleh makan nasi pun mahu di depan televisyen bukan? Sekarang makcik mahu membawa anak-anak lihat dan renungkan betapa super heronya baginda rasulullah nabi kita.
Dari google - superherokah ini?
1. Dalam usia baginda baru 4 tahun dada baginda sudah dibelah. Waktu itu baginda sedang bermain-main dengan saudara sesusuan baginda. Cuba anak-anak bayangkan betapa superheronya baginda. Hebat bukan? Adakah manusia yang seperti kita mampu dibuat begitu tanpa bius dan dilakukan doktor.

2. Sudah dibedah, diambil hatinya dan dicuci dengan air zam-zam. Semua ini ada dijelaskan oleh Allah dalam suroh Al-Insyirah. Jadi makcik mahu anak-anak minta ibu-bapa anak-anak pegang kepala anak-anak di ubun-ubun dengan tangan kanan dan letak tangan kiri di dada minta ibu-bapa bacakan suroh Al-Insyirah ini setiap kali bersalam hendak tidur, hendak pergi sekolah dan balik sekolah (anak makcik biasa buat waktu ini) . Atau bila-bila anak rasa yang mudah buat ibu-bapa anak-anak. Boleh? Tidak dapat menjadi hero macam Ultraman, Wonderwoman atau Superman tidak mengapa tapi anak-anak boleh menjadi 'super-anak' kepada ibu-bapa anak-anak sendiri. Lagi baik sebab anak-anak sendiri yang jadi superheronya:)

4. Sedari baginda kecil lagi ibu susuan baginda sudah dapat melihat walau kemana pun baginda berjalan pasti ada tompokan awan akan melindungi baginda. Hebat sebab baginda tidak perlu berbuat apa-apa seperti katun yang anak-anak tonton. Payung atau topi tidak diperlukan.

5. Kali ini lagi hebat untuk makcik jelaskan buat anak-anak. Baginda rasulullah tidak ada bayang-bayang. Cuba anak-anak lihat apa benda yang terkena cahaya tidak ada bayang? Pasti tidak ada.

6. Sewaktu baginda berusia 12 tahun dan mengikut Abu Talib berniaga di Syam ada seorang paderi bernama Bukhairah mengatakan kepada Abu Talib sifat-sifat yang ada pada baginda terserlah dan nyata sudah ada dalam kitab mereka yang mengatakan bahawa baginda adalah "penghulu dunia dan utusan Allah yang memberi rahmat sekelian alam". Sekelian alam bermakna bukan saja manusia ye anak-anak, ianya meliputi gunung-ganang, lautan luas, tumbuh-tumbuhan dan semuanya yang dilaut dan di daratan. Super dan heronya baginda rasulullah kita jelas tidak ada tolok bandingnya.

Banyak sudah makcik berikan disini jadi apa salahnya anak-anak terapkan rasa kasih dan cinta pada junjungan kita nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam. Selain iman bertambah kukuh, ianya alam realiti bukan seperti wonderwoman, superman dan yang seangkatan dengannya. Doa makcik buat anak-anak semua moga jadi anak yang soleh dan solehah.

اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ
~~ Allahumma solli 'ala Muhammad, Wa 'ala ali Muhammad.~~


Buatlah anak asal saja dimakan

Adik punya kerja - senang makan bila sudah dileraikan baru ngap-ngap-ngap


Kakaknya pula - habis setengah botol blueberry hanya untuk sebiji kek ini.


~~Wahai seluruh manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa sahaja yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. - Suroh Al-Baqarah:168.~~
 
   

Tuesday, January 20, 2015

Mata-mata baru buat anak-anak

Rutin setiap tahun buat anak-anak. Anak-anak sudah remaja dan meningkat remaja tidak perlu lagi mama-papa pilihkan bingkai bagaimana buat mereka. Mereka boleh berbincang sesama mereka baru bertanya pendapat mama-papa. Mama-papa pula apa pun yang dipilih pasti akan sependapat berkata "ok", "cantiklah tu", "boleh" tidak ada yang kata tidak elok. Sebenarnya mama-papa sudah tidak tahu trend anak-anak sekarang. Janji pilihan mereka dalam kategori harga mampu kami tidak ada halangan. 

Memilih - Selepas pemeriksaan mata masing-masing memilih bingkai
Pemerikasaan lagi - Adik bagikan bermain teropong-teropong
Testing - Selepas keluar dari bilik gelap kena uji menggunakan cermin ini bagi mendapatkan kesesuaian dan keselesaan mata
Papa - Sajalah papa kalau tidak melawak dengan anak-bini dia tidak sah.
Malam tadi - Selepas dua hari barulah siap semuanya. Barulah mama perasan semuanya memilih bingkai yang lebih kurang sama bentuknya.
Walaupun sedari dalam kandungan semuanya dijaga rapi kerana tidak mahu mereka mengalami masalah rabun seperti mamanya tetapi tetap gagal. Bila usia mencecah 8-9 tahun semuanya sudah terpaksa berdepan masalah ini dan terpaksa bercermin mata. Masing-masing pula sudah tahu mahu cantik dan tidak mahu bercermin mata sebaliknya mahu bercontact lens tapi aku tidak benarkan lagi selagi mereka belum pandai menjaga dengan baik. Tunggu bila sudah cukup pandai menjaga terpulanglah.

~~ Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apa pun. Dan Dia (Allah) yang memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur. (Suroh An-Nahl: 78)~~

Monday, January 19, 2015

Murahnya rezeki kami malam itu

Kak Reen balik bercuti panjang selepas habis peperiksaan. Malam itu kami menjemputnya di depan Skudai Parade. Memandangkan semua belum makan kami terus menuju mencari tempat makan. Tempat kami makan semua sudah maklum hidangan diberi banyak belaka. Biasa aku berkongsi dengan Mak Zah tatapi malam itu Mak Zah tidak ikut lalu aku berkongsi dengan hubby. Ikut saja seleranya. Anak-anak memilih pesanan masing-masing.

Pertama - Ini dish pertama yang dihantar ke meja kami. Pelengkap nasi beryani katanya

Kedua - Ini juga set untuk nasi beryani. Lauk-lauk sudah sampai tapi nasinya tidak kunjung tiba.
Ketiga - Nasi goreng ketam adik punya pun tiba juga.
Ke empat - Aku bertanya pada hubby kenapa nasi beryani ini hitam. "Tak kisahlah kita makan aje. Rezeki jangan banyak complaint, tak baik". Aku pun akurlah setelah memasukkan ke dalam pinggan kosong yang dipesan.
Tidak lama spaghetti bolognese Kak Meen dan Kwee-teow Tomyam kak Reen pula dihantar ke meja kami. Sebaik kami semua sedang menikmati hidangan tiba-tiba satu pinggan nasi lagi dihantar. Terkejutlah kami "Eh.. ini nasi apa." "Encik order nasi beryani kan?" "Habis ini nasi apa?" Musykil juga sebab sudah suku berada di dalam perut aku dan hubby. "Emm.. ini nasi goreng chicken-chop." Tahulah kini yang aku dan hubby sudah tersilap makan pelangan lain punya order. Tapi kerana kasihan pada waiter itu kami kata tidak mengapa lalu kami minta dibungkus saja. Selepas itu barulah betul nikmat aku dan hubby makan nasi beryani seperti selalu. Kalut-kalut lupa pula mahu diambil gambarnya. Sambil makan sambil tersenyum. "Murah betul rezeki kita sampai terlebih satu hidangan" itu kata hubby. Bayar tetap bayar, tidak mengapa lagi pun bukan dibuang boleh bawa balik dan Mak Zah boleh makan.

 ~~ Membayangkan Pantai Timur kini dilanda musim sejuk dengan keadaan tempat tinggal belum sempurna apa tindakan kita? Ujian Allah buat kita semua tidak kira di sana mahu pun yang di sini.~~


Friday, January 16, 2015

Renungan di bulan Rabiulawwal - 1

Sekadar siraman rohani buat anak-anak bersempena bulan Rabiulawwal yang tinggal seminggu saja lagi.

Anak adalah anugerah terindah. Setiap ibu-bapa sebaik tahu bakal menerima cahaya-mata pasti akan berusaha sebaik mungkin untuk membuat persediaan. Sebenarnya kita tidak tahu pun lagi anak itu bakal menjadi anak yang baik atau sebaliknya. Bahkan ujian yang bakal dilalui pun tidak diketahui lagi. Tetapi keghairahan untuk menerima cahayamata tiada tolok bandingnya. Apa yang pasti kelahiran anak itu sebenarnya ada kaitan dengan siibu-bapa. Harapan pastinya mahu anak tersebut menjadi anak yang soleh/solehah yang dapat mendoakan ketika si ibu-bapa sudah berada di alam satu lagi. Sebab itulah anak itu dikatakan memberi manfaat kepada kita ibu-bapanya. Itulah harapan dan doa aku juga sebenarnya.

Cuba lihat bagaimana kelahiran baginda rasulullah. Banyak peristiwa luarbiasa terjadi ketika lahirnya baginda walaupun lahirnya baginda tidak dibuat persediaan lengkap seperti kita hari ini. Peristiwa luarbiasa yang biasa disebut Irhas ini hanya terjadi kerana kerasulan baginda. Sejak dari dalam kandungan ibundanya Aminah lagi, Allah sudah memberi segala kebaikan. Lahirnya baginda ketika Mekah diserang tentera Abrahah yang bergajah tapi Ababil (burung) atas perintah Allah membawa batu api neraka dapat menewaskan tentera bergajah tersebut. Banyak lagi yang boleh dicatat dan dijadikan renungan:-

1. Baginda sewaktu lahir terbaring menadah tangan kelangit bagaikan berdoa
2. Keadaan alam keliling bergemerlapan dengan cahaya bersinar keluar dari tubuh.
3. Sinar cahaya pula boleh dilihat sehingga ke Syria.
4. Api di biara penyembahan kaum Majusi yang 1000 tahun tidak pernah padam terus padam
5. Berhala-berhala mengalami kerosakan sehingga jatuh 
6. Mahligai Kisra di Parsi bergoncang sehingga retak dan 14 tiangnya runtuh.
7. Tasik dan gereja-gereja yang jadi tumpuan musyrikin tenggelam ke dalam tanah.
Perkarangan Masjid Nabawi - Berada di perkarangan tempat bersemadinya baginda pun sudah terasa tenang, syahdu dan rasa kecintaan yang tiada tolok bandingnya. Adik yang belum baligh pun sudah ada rasa kecintaan yang aku tahu ianya sukar digambarkan dengan kata-kata. Melihat airmuka kegembiraannya pun sudah dapat dibaca.
Seronok sebenarnya walau kisah diulang-ulang saban tahun kerana bila tiba musim Rabi'ulawwal pasti menggamit rasa kecintaan yang berganda-ganda pada diri setiap kita kepada baginda rasulullah. Oleh itu walaupun ada yang menganggap sambutan Maulidurrasul itu adalah perbuatan bid'ah tetapi mengasihi rasulullah adalah satu tuntutan sebagai hambaNya. Daripada rasa cinta kian pudar sekurang-kurangnya sambutan ini dapat memutar ingatan kita yang selalu alpa dan lalai. Kalau setiap tahun sambutan ulangtahun suami, isteri, anak dan sebagainya dibuat apalah salahnya kita sambut orang yang menjadi penyuluh sekian alam, memberi kita petunjuk jalan kebenaran dan sentiasa kita cintai dan ada di dalam hati kita. Pengisian sambutan itu yang penting bagi mendidik diri ke arah kecintaan kepada baginda rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Wallahu'alam.
~~اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ~~
 *Allahumma solli 'ala Muhammad, Wa'ala ali Muhammad.*

Nota: Sementara masih ada sisa bulan rabiulawwal ini, Makcik akan cuba sambung lagi entri bersempena rabiulawwal ini buat anak-anak. Tunggu ye sayang!
Baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Awan turun menyelimuti Siti Aminah sehingga beliau mendengar suara seruan "Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu, dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''. Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan, nabi s.a.w lahir dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk. Malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan. Riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, "Telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.'' Satu goncangan berlaku di Mahligai Kisra (Parsi) dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya (dewannya) runtuh. Biara Majusi (tempat penyembahan tuhan api) di Parsi yang tidak pernah padam seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi. Tasik Sava/Sawah dan gereja-gereja yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Pintu langit tertutup dan raja syaitan (azazil) menjadi resah takut.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Awan turun menyelimuti Siti Aminah sehingga beliau mendengar suara seruan "Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu, dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''. Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan, nabi s.a.w lahir dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk. Malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan. Riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, "Telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.'' Satu goncangan berlaku di Mahligai Kisra (Parsi) dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya (dewannya) runtuh. Biara Majusi (tempat penyembahan tuhan api) di Parsi yang tidak pernah padam seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi. Tasik Sava/Sawah dan gereja-gereja yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Pintu langit tertutup dan raja syaitan (azazil) menjadi resah takut.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Awan turun menyelimuti Siti Aminah sehingga beliau mendengar suara seruan "Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu, dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''. Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan, nabi s.a.w lahir dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk. Malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan. Riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, "Telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.'' Satu goncangan berlaku di Mahligai Kisra (Parsi) dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya (dewannya) runtuh. Biara Majusi (tempat penyembahan tuhan api) di Parsi yang tidak pernah padam seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi. Tasik Sava/Sawah dan gereja-gereja yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Pintu langit tertutup dan raja syaitan (azazil) menjadi resah takut.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Thursday, January 15, 2015

Pangkat dan darjat di sekolah

Sebaik melangkahkan kaki ke tahun tiga baik di sekolah kebangsaan mahupun sekolah agama, adik sudah dilantik menjadi pengawas sekolah tidak seperti kakak-kakak yang dua orang dilantik ketika berada di tahun empat. Pada aku berkemungkinan tempias dari publisiti kakak-kakak. Tidak ada keistimewaan lain yang aku boleh nampak. Tetapi hari pertama adik ke sekolah agama tahun ini, ada satu kejutan. Guru besar dan guru pengawas bertukar guru baru. Hari pertama adik sudah berpakaian pengawas tetapi apabila tiba pemberian borang perlantikan pengawas untuk tahun 2015 adik tidak tercalon. Bermakna tahun ini terlucutlah jawatan adik sebagai pengawas. Mama-papa yang akur malam itu pergilah membeli baju kurung putih, tudung putih (sebab sudah suntuk tidak sempat jahit sendiri) dan kasut putih walaupun uniform pengawas adik sudah siap tiga helai semuanya (ini semua aku jahit sendiri). Siapa sangka sebab tidak pernah terjadi pada anak-anak lain.

Petang hari pertama balik sekolah itu aku lihat kemurungan adik jelas terpancar. Melihat airmata adik yang luruh buat aku sebak. Mulalah adik mencari dimana keburukan dia sehingga dia tidak tercalon. Tahun lepas Guru Besar lama bagaikan memberi mandat mahu dia menjadi penolong ketua seperti kakaknya dulu tetapi lain pula jadinya. Alasan aku sebab semua ustazah yang terlibat ustazah baru mereka pasti ada caranya sendiri untuk memilih murid yang berkriteria bagaimana. Kenalah akur. "Mungkin Allah nak adik concentrate dengan UPSR adik, jadi kenalah terima. Mesti ada hikmahnya yang kita tak tahu." Itu nasihat aku dan papanya. Dalam sendu sambil menyembabkan muka dipangkuanku dia berkata "Adik tak pernah dapat nombor bawah 2. Adik selalu jadi imam. Adik wakil sekolah baca berzanji. Adik wakil sekolah musabaqah Quran. Adik malu dengan kawan-kawan adik yang lain." Wah! sungguh aku tidak sangka dia boleh mengungkit itu semua. Habis! pening Rokib dan Atid berbincang mahu ditolak atau tidak pahala budak kecil ini.
Sijil - Ini keputusan UPKK adik tahun lepas. Selalu tewas satu nombor dengan rakan rapatnya tetapi bila peperiksaan besar begini sebab tidak menggunakan nombor mereka sama-sama mendapat keputusan yang sama. Biasa adik mendapat tempat ke dua dan rakan karibnya tempat pertama.
Tetapi petang hari kedua bersekolah balik adik dengan senyum lebar. "Adik dah dapat surat pelantikan balik mama." Aduhai! baju putih, tudung putih dan kasut putih baru sehari dipakai tiba-tiba ini pula jadinya. Bila diceritakan tahulah kami kisah sebenar. Pihak sekolah mahu mengurangkan jumlah pengawas dan secara tidak langsung ustazah yang bertanggungjawab menggugurkan banyak nama termasuklah nama adik. Tetapi apabila ramai ustaz-ustazah lain tiba-tiba terlihat adik berbaju putih pada hari itu mereka memanggil adik lalu adik dilantik semula. Papa berkata "Sikit benar ujian buat adik dah menangis. Ingat tu dik, kalau Allah nak tarik apa pun bila-bila masa aje boleh. Adik kena sujud syukur." Adik akur.

Melihat scenario adik, dapat aku bayangkan mereka yang tewas dalam pertandingan merebut sesuatu jawatan. Adik sekadar anak mentah yang lebih banyak dilingkungi alam sekolah pun sudah rasa kecewa apalagi orang dewasa. Mungkin sebab itulah ada yang kita lihat hanya kerana mengejar pangkat dan darjat ada yang sanggup berbunuh.

"Maha berkat Allah yang jika Ia kehendaki tentulah Ia akan mengadakan untukmu (di dunia ini) sesuatu yang lebih baik, dari apa yang mereka katakan itu, iaitu syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta mengadakan untukmu istana-istana yang tersergam indah".- (Al-Furqaan:10)

~~ Besar mana pun jawatan disandang ia akan ditinggal juga akhirnya.~~


Wednesday, January 14, 2015

Timun tikus







~~ Rasanya seperti timun biasa juga.~~

Tuesday, January 13, 2015

Rutin ibu-bapa sibuk sudah bermula

Hampir dua bulan aku berehat sekian lama,  kini rutin sibuk aku kembali semula. Kalau biasaya bangun pagi terus menuju ke bilik air tetapi kini ruang dituju adalah dapur. Seawal sebelum subuh aku sudah berada di dapur. Selesai siapkan bekal sekolah barulah masuk ke bilik air. Tunggu solat kejut anak pula. Selesai solat bungkus bekal untuk diri sendiri. Sementara tunggu adik sarapan aku siram pokok bunga kemudian menanti adik sarungkan setokin/kasut. Langkah seterusnya menghantar adik ke sekolah. Sayang-sayang-peluk-cium dan apabila adik sudah masuk ke dalam perkarangan sekolah terus ke pejabat. Mengharung jalanan yang pastinya sesak dengan jumlah kereta yang banyak bagaikan menyesakkan nafas. Aku mula menganggarkan mungkin setiap seorang cikgu satu kereta itulah bila hari sekolah terasa banyak betul jumlah kenderaan di atas jalan raya.

Malam pula rutin duduk belajar sama selepas anak-anak balik dari mengaji. Duduk menemani adik membuat kerja sekolah. Jika kerja sekolahnya banyak seperti malan tadi, kenalah adik makan bersuap. Sambil mama menyuap ke mulutnya tangan adik terus memegang pensil membuat kerja. Tahun ini tahun penentuan adik sebelum melangkah ke alam sekolah menengah. Baru hari kedua semalam aku lihat kerja sekolah adik sudah begitu banyak. Kalau tidak disuap makan aku pasti adik sanggup tidak makan. Rentak rutin akan bertambah rancak bila bulan Februari nanti bermula kerana adik kena duduk pula di kelas tuisyen.
Adik - Moga bertambah matang dan lebih cemerlang di tahun 2015 ini.
Aku percaya ramai ibu-bapa seperti aku juga. Rehat panjang sewaktu cuti sekolah hujung tahun membuat badan terasa letih benar bila memulakan semula rutin sibuk ini. Memikirkan bekal apa mahu dibawa setiap pagi satu hal yang bersarang di kepala. Minggu pertama ini masih banyak menu terfikir. Ahad baru lalu - roti gulung sosej, Isnin - kwee-teow goreng, hari ini beehoon goreng, esok belum terfikir lagi.

~~ Bujang => menikah => dapat anak =>; menjalankan tanggungjawab => anak berdikari => kita tua (dengan izin Allah) => akhirnya kita pergi juga. Perkara utama diharapkan adalah doa dari mereka. ~~

Monday, January 12, 2015

Etika dan kesesuaian masa memberi nasihat

Hati dan minda anak-anak masih terlalu banyak ruang kosong. Seandainya ibu-bapa tidak mengambil peluang mengisi ruang kosong tersebut dengan sebaik-baiknya usah kesal di kemudian hari. Carilah wadah yang terbaik agar tidak ada peluang untuk perkara yang tidak baik mengisi ruang yang ada. Ibarat mangkuk yang kosong kalau terbiar lama pasti tidak banyak sedikit habuk pasti akan melekat.

Ambil sedikit masa contohnya ketika di dalam kenderaan. Boleh saja menggunakan masa ini untuk berbincang. Uji pembacaan fatihahnya, doa qunutnya, doa iftitah atau tanya apa doa yang anak suka. Minta dibaca dan dengarlah dengan prihatin. Betulkan mana yang tidak betul. Jika ada kesilapan tegur dengan berhemah kerana kita pun tidak sempurna. Carilah doa-doa yang boleh menimbulkan minat anak seperti doa solat dhuha, doa zikir munajad sebab doa/zikir seperti ini boleh dialunkan berbentuk lagu. Bila dibuat bersama-sama ibu-bapa-kakak-abang-adik mesti akan menjadi suatu yang menyeronokkan.

Bersama papa - Anak-anak kami yang masih memerlukan perhatian kami
Begitu juga ketika makan. Kalau dapat makan sedulang lagi baik tetapi buat masa sekarang kalau hidangan berada di atas meja agak sukar untuk makan menggunakan dulang. Lainlah kalau makan di atas lantai. Namun masa ini juga masih boleh digunakan untuk menasihati anak-anak. Rasulullah pernah menasihati seorang kanak-kanak bernama Umar bin Abi Salamah. Ketika makan biasalah budak, tangan menggapai merata dulang. Lalu baginda menasihati dengan lemah lembut dengan memanggilnya dengan panggilan orang muda. Nasihat baginda mulakanlah makan dengan menyebut nama Allah. Ambil makanan yang terdekat dengan kita dahulu. Sejak itulah Umar dan yang lain-lain menjadikan nasihat rasulullah ini sebagai ikutan. Oleh itu  menasihati anak ketika makan haruslah berhemah kerana bimbang membantutkan selera makannya.

Etika memberi nasihat ini bukan saja terpakai untuk anak-anak bahkan juga kepada orang yang lebih dewasa. Kesesuaian tempat dan masa perlu ada. Contohnya ketika memberi nasihat orang yang sedang sakit. Janganlah kita menasihati "Baik engkau solat jangan tinggal, mana tahu entah esok-lusa Izrael menjemput macam mana?" Ini nasihat yang tidak berperasaan. Cuba ubah "Kita manusia mana ada yang sempurna, tapi kalau boleh biarlah dari hari kehari kita menjadi semakin lebih baik. Tidaklah menyesal di kemudian hari. Dunia ini pun sementara saja. Hari ini engkau di uji entah esok lusa aku pula". Sedaplah sikit si pesakit itu mendengarnya.

Walau apa pun banyak cara dan masa boleh digunakan seperti waktu sebelum tidur, selepas solat, sewaktu masak bersama-sama (jika anak-anak perempuanlah), melipat kain-baju, belai-membelai seperti bersikat rambut dan sebagainya. Gunakan masa terbaik untuk menjadi penasihat terbaik buat anak-anak dan keluarga kita. Aku pun mahu terus belajar dan belajar kerana anak-anak itu amanah yang perlu kita didik dan asuh. Andai ada tergelincir anak-anak itu sebenarnya mungkin adalah salah dan silap kita.

~~ Buat anak-anak pula ingatlah. Tidak kiralah samada berhijab atau tidak, perbuatan berpeluk/bercium dengan yang bukan mahram itu tetap haram di sisi Islam. Samada sengaja mahupun sekadar lakonan. ~~




Saturday, January 10, 2015

Misi kedua berlangsung dengan jayanya

Melihat cara mereka bekerja tidak mustahil mengapa isteri-isteri tidaklah perlu turut-serta. Cukuplah sekadar membantu packing yang perlu dibawa ke sana dan mendoakan misi bantuan serta perjalanan pergi-balik mereka selamat. 

Tiba destinasi - Pagi Jumaat masing-masing sudah tiba di bumi Kelantan
Kasih & sayang - Bila rasa kasih dan sayang pada tempat itu sudah ada dalam hati masing-masing pasti semampu boleh mahu melakukan yang terbaik. Jangan tidak tahu ada kalangan sahabat hubby yang sambil bergurau berkata "masjid ini masjid angkat aku" kiranya bagai anak angkat dia sebab trip pertama (mingu lepas) sebelum ini ketika menjejakkan kaki di situ rupa masjid itu terlalu teruk keadaannya. Sungguh dia mahu masjid itu menjadi cantik dan ceria semula dengan kelengkapan yang sempurna dari sebelumnya. Gambar ini bukan masjid yg dimaksudkan.
Gotong-royong - Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Membersihkan bangunan khairat kematian bersama-sama. Alhamdulillah kuderat tangan-tangan lelaki muda pantas saja dapat dibersihkan.
Selesai hari pertam - Malam mereka menjamu selera di sini. Letih memang letih tapi apa yang boleh dilihat meriah sungguh hingga aku berseloroh pada mereka "Balik JB sudah boleh membuka syarikat mencuci bangunan". 

Apabila sesuatu musibah diterima dengan keredhaan dan kerendahan hati tidak mustahil ada yang lebih indah dan cantik akan Allah berikan. Ibarat bagai cerita kanak-kanak tentang kektus dan ulat. Kesedihan melihat taman yang dipenuhi kektus dan ulat membuat seorang hamba bersedih membandingkan dengan pokok orang lain. Tetapi tanpa disedari ulat yang disangkakan musibah dan kektus yang berduri ada hikmah indah setelah sekian lama berada di tamannya. Kektus mengeluarkan bunga-bunga yang indah dan ulat menjadi rama-rama berwarna-warni. Mungkin inilah yang akan dinikmati saudara dan sahabat kita yang dilanda musibah banjir. Dari kepayahan dan ujian ada keindahan dan rahmat di sebaliknya. 

~~ Islam itu indah. Kerana musibah pertalian persaudaraan terjalin bertambah erat.~~

Friday, January 9, 2015

Peluang - ramai berebut untuk beramal

Ada hikmah aku dipertemukan dengan Cik Azie melalui blog Mama Ju. Telah aku katakan sebelum ini misi minggu lepas memberi rasa kurang puas hati hubby and the group sebab sangkaan kami mereka lebih memerlukan makanan tetapi sebaliknya mereka lebih memerlukan keperluan prasarana harian seperti pakaian dan kegunaan harian. Oleh itu sebaik balik dari Gua Musang mereka berbincang membuat post mortem mencari jalan untuk pergi sekali lagi. Malam tadi hubby and the group pergi sekali lagi.

Syukur ramai dikalangan sahabat-handai kami yang turut mahu memberikan bantuan.

Berlonggok - Balik kerja aku lihat porch rumah aku sudah berlonggok bermacam-macam untuk dibawa ke sana. Misi kami kali ini lebih kepada keperluan harian seperti telekung, sejadah, kain-kain, baju dan sebagainya.
Botol air - Hari persekolahan anak-anak kian tiba. Botol-botol begini pun kami bekalkan buat mereka di sana. Moga boleh menggembirakan sedikit rasa sedih anak-anak di sana. Ada juga pensil warna dan beg buat anak-anak.
Sejadah - Minggu lepas mereka membersihkan satu masjid dan surau. Melihat kerosakan yang dialami kali ini kami bawakan keperluan ini
Al-Quran - Moga dapat dimanfaatkan dan sama-sama mendapat ganjaran dunia dan akhirat
Telekung - Tidak sama kaum lelaki mudah untuk bersolat. Wanita Malaysia bila bersolat tanpa telekung terasa janggal walau aurat sudah ditutup rapi.
Kain batik/pelikat - Walau kami tahu di sana banyak kain-kain ini tetap kami mahu agih di sana kepada yang memerlukan.
SMS diterima - Ramai yang tidak mahu ketinggalan untuk beramal, sehingga minyak kenderaan pun ada yang mahu memberi. Peluang untuk beramal sedang terbuka luas buat kita semua sebenarnya. Alhamdulillah - terima kasih.
Tasbih - Ini sebenarnya aku pun tidak ingat baki aku balik Haji atau balik umrah. Tetapi memandangkan masih belum digunakan kirimkan juga untuk keperluan mereka yang mahu.
Azam & Misi - Malam tadi sekali lagi jeep ini sarat membawa muatan menuju destinasi. Sehingga entri ini ditulis hubby belum menghubungi aku lagi. Azie pun belum sms lagi. Mungkin mereka sibuk.
Akhir - Jangan ketawa melihat tempe ini. Ada saudara/sahabt di Gua Musang yang mengidam tempe ini. Aku suruh hubby beli bebanyak. Duduknya sepanjang perjalanan juga aku kata letak di seat dalam bukan di belakang.

Sebenarnya misi kali ini lebih banyak sasaran kerana selain kenderaan pacuan 4 roda mereka juga menyewa kontena membawa peralatan meja kerusi untuk keperluan sebuah tadika yang minggu lepas hubby and the group mencuci. Sedih membayangkan anak-anak yang tidak tahu apa-apa mahu meneruskan persekolahan mereka itulah semua di sini sepakat membeli keperluan. Dengan kontena lebih banyak muatan dapat dibawa.

~~ Hikmah disebalik aku membaca entri Mama Ju akhirnya berpanjangan ukhuwah kami. JB - Gua Musang bagaikan dekat jadinya. Begitulah hebatnya blog bila dimanfaatkan dengan sebaiknya. ~~