Showing posts with label Award. Penipu. Show all posts
Showing posts with label Award. Penipu. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

Macam-macam cara mahu menggoda

Sila baca email yang aku terima pada hari ke 3 ramadhan lepas.

Salam...

Sebelum saya meneruskan email ini dengan segala hormatnya saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Puan Nor Ashikin Abdul Aziz, berasal dari Malaysia dan bekerja sebagai juru audit di bahagian audit HSBC Bank AS. Dengan segala hormatnya saya meminta anda agar menjaga isi kandungan e-mel ini sebagai amat sulit dan menghormati integritinya.

Saya ingin memberitahu anda informasi yang saya yakin akan menarik minat anda dan anda terdorong untuk membantu saya. Saya tahu anda pasti tertanya-tanya kenapa saya menghantar e-mel ini pada anda dan memilih anda. Saya memutuskan untuk menghubungi anda melalui e-mel kerana saya kesuntukan masa dan memerlukan bantuan anda sebagai rakan kongsi dalam menerima wang yang tiada pewaris berjumlah US $1.3 Juta dolar yang masih berada di dalam akaun dan tidak lagi aktif semenjak tahun 2002.

Dana tersebut akan dibahagi dengan nisbah 50/40, 40% untuk anda dan 50% untuk saya dan 10% untuk sebarang kos jika diperlukan dan dikeluarkan untuk melaksanakan urusan ini. Setelah segala urusan selesai ianya terpulang kepada anda untuk menggunakan wang tersebut untuk pelaburan, membeli hartanah atau membayar hutang. Walaupun jumlahnya tidak seberapa, saya harap anda sudi menerimanya. Saya memerlukan bantuan anda disini kerana pemegang akaun ini tidak mempunyai pewaris.

Saya mendapat tahu maklumat mengenai hal ini semasa melakukan audit dalaman. Saya telah cuba untuk mendapatkan maklumat mengenai pewaris namun menemui jalan buntu kerana pemegang akaun ini tidak meninggalkan seorang pewaris pun. Saya tidak dapat membuat tuntutan ini kerana saya bekerja disini dan kerana itulah saya memerlukan bantuan anda. Saya akan membantu anda untuk menjadi pewaris untuk wasiat tersebut dan anda membantu saya untuk menerima wang tersebut. Hal ini sangat penting kerana anda perlu membuat tuntutan tersebut dalam masa tiga minggu atau bank akan memindahkan wang ini sebagai wang tidak dituntut dan menjadi hak milik negara AS.

Saya akan berikan maklumat lanjut tentang apa yang anda perlu lakukan untuk urusan ini jika anda berminat dan saya percaya bahawa urusan ini akan berjalan lancar. Keikhlasan anda untuk melaksanakan urusan ini sangat saya hargai. Pastikan anda membalas e-mel ini melalui e-mel peribadi saya (ashikinabdulaziz@yahoo.com) saya akan segera membalas email anda.

Yang Ikhlas,

PUAN NOR ASHIKIN ABDUL AZIZ.
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------
Maaflah Pn Nor Ashikin harta itu terlalu banyak buat saya. Puan ambillah semuanya atau mungkin kalau puan berasal dari Malaysia carilah adik-beradik puan sebagai warisnya. 

Semakin berpusu-pusu email seperti ini masuk ke inbox rakyat Malaysia sekarang. Musykil betulkah dia berbangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Masih adakah yang percaya.


~~ Terpaksa aku hentikan petikan beberapa nas berkaitan ganjaran berpuasa dari tarikh 1-10 ramadhan kerana baru aku dapati ianya tidak sohih. Oleh itu terpaksa aku padamkan demi kebaikan bersama walaupun tujuan adalah untuk kebaikan tetapi kenyataan amat meragukan. Ianya ada dinyatakan dalam majalan Al-Ustaz yang terbaru tulisan Ustaz Muhamad Noor- Sarjana Muda Usuluddin( Tafsir hadis) MA (Hadis)~~


Wednesday, September 7, 2011

Duit Raya dari Mrs. Rose Patrick

Bukan sehari-dua bercuti, tetapi sepuluh hari. Mahu menghitung mudah kerana jari-jemari tangan Allah kurniakan ada sepuluh, tidaklah terlajak atau terkurang masa bercuti. Naik kerja dihadiahkan dengan bermacam-macam e-mail. Paling "special" dapat award dari microsoft. Bukan sebarangan award. Kalaulah begitu mudah untuk mendapat jumlah wang sebanyak itu aku rasa lama sudah aku duduk rumah tidak perlu pergi kerja saban hari. Pandai betul mereka 'trick' orang Malaysia. Lihatlah di bawah ini:-
....................................................................................
Micro-soft Sweepstakes Promotion,
100 Victoria St, London SW1E 5JL
United Kingdom
Customer Service.

Your Batch No: 2011/19803/CMT
Your Reference No: SHK/SMO/0829

You have been awarded the sum of 550,000 British Pounds and a Toshiba laptop in the on going Micro-soft Sweepstakes Promotion 2011. For claims send the above reference number and batch number and fill the form below for verification and release of winning prize.

YOUR FULL NAME:
RESIDENT ADDRESS:
OCCUPATION:
AGE:
SEX:
POST CODE:
CITY:
STATE:
COUNTRY:
MOBILE-TELEPHONE:
FAX NUMBER:
WINNER EMAIL ADDRESS:
REFERENCE NUMBER:
AMOUNT WON:


Fiduciary Agent Name: Mr. Allan Fred
Tel: +44 704-571-0545
Email: mspredeem@yahoo.cn

Yours Faithfully,
Mrs. Rose Patrick.
Micro-Soft Sweepstakes Promotion.
...........................................................................
Kalaulah banyak benar duit mengapa tidak dibantu saja mereka yang di Somalia itu. Naik cuti ini banyak benar email seperti ini masuk ke dalam inbox aku.


~~~Mengambil kesempatan ini juga mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Makdara Terdiva yang kad Hari Rayanya baru di terima sebaik balik dari kampung halaman. Buat Ayu, Citarasa Rinduan jangan susah hati. Sebaik posmen naik kerja sampailah kad itu ke rumah kakak. Terima kasih buat kalian.~~~